Posted by: abusyakirin | 24 Oktober 2010

TUAH, JEBAT DAN TEJA

SIAPA HANG TUAH Beritahu Kita siapa Hang Tuah? “Pahlawan perkasa. Perwira setia. Pengasas Melayu tak hilang di dunia” Beritahu Kita Apa jasa Hang Tuah? “Menegakkan keadilan. Merelakan segala untuk tuan. Menipu perempuan Membunuh kawan” Beritahu Kita siapa ditipu Hang Tuah? “Tun Teja. Ditipu dengan cinta. Dilarikan ke Melaka dipaksa kahwin dengan raja” Beritahu Kita Siapa dibunuh Hang Tuah? “Jebat sahabat setia Menderhaka. Tuah menikam, Jebat mati dihujung senjata. Sia-sia.” Beritahu Kita.. “Tuah hidup berhambakan raja mati ditangan raja. Jebat hidup setia bersaudara mati ditangan saudara. Teja hidup mengelamun cinta mati putus cinta. KATA HANG TUAH PADAKU Dia berkata padaku, betapa kesal hatinya menipu Teja. Budi pada tuannya melampau batas. Tuah berkata padaku, betapa sengsara jiwanya membunuh Jebat. Budi pada tuannya melampau batas. Tuah berkata padaku, betapa bodohnya dia ke Gunung Ledang mencari yang tiada. Budi pada tuannya melampau batas. Aku hanya diam….

 

______________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. baca, fahami dan lihat secara tersurat, cari tersirat, renung cara makrifat..insyaallah 1001 nasihat yg kt jumpa..x gitu ustaz?

    • Terpulang pada pembaca..pembaca memyingkap dari sudut mana..

  2. Benarkah begitu? atau ada sesuatu yang tidak lengkap dalam Pensejarahan itu….perlu di ingat, yang sejarah melayu adalah dari sumber penjajah negara kita dulu….adakah betul sejarah yang di sampaikan atau sekadar propaganda yang di ulitkan dalam bentuk sejarah….Persoalan siapa sebenar pahlawan itu hanya dalam mitos lisan…..tiada siapa yang dapat ‘menghuraikan’ hakikat sebenar sejarah ini….—-> * Hanya pendapat *🙂

    • 😀 Bersambung di siri berikutnya….Tuan Pendekar PedangSakti..sekiranya sejarah ni tidak lengkap..eloklah kiranya tuan Pendekar menceritakan apa bahagian sejarah ni terpadam dek tipu daya penjajah.. Moleklah kiranya yang terpadam itu dikisahkan semula buat generasi kita yang ada sekarang….

  3. dikatakan orang tua kt sini lipis tempat tun tijah dibesarkan sekian hahaha.

  4. ..dan sesungguhnya, pintu rahmat keampunan dan rahim Allah taala tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Pengampun tetap terbuka kepada hamba-hambaNya..

    hatta setinggi gunung ledang sekalipun..

    hatta anjing raja yang penuh dosa pun dibukakan pintu kembali padaNya..

    dititah mendaki gunung anggara murka.. namun apa yang dijumpa di puncak menara?

    heh heh heh heh heh heh..

  5. Salam,
    Tuan, pastikah yang Hang Tuah membununh HAng Jebat? Atau sekadar cerita meniti bibir demi bibir….berpaksikan kisah YAhudia mahu meyalib Nabi Isa…Adakah Nabi Isa yang disalib? Ilmu orang 2 terdahulu, memperlimunkan orang…wallahu alam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: