Posted by: abusyakirin | 27 Oktober 2010

Diam Kerana Allah

“Apa pandangan saudara tentang perdebatan di dalam blog berkenaan isu itu..? ” Tanya seorang sahabat pada saya

” Entahlah..saya pun malas nak baca dah komen-komen tersebut kerana bahasa yang digunakan tidak mencerminkan kita seorang ISLAM yang berbangsa Melayu dan juga orang Silat yang diasuh dengan penuh adat susila.” Jawab saya

” Maksud saudara…? ” Tanya sahabat saya lagi.

” Saya tak suka perdebatan yang tiada jalan penyelesaian dan tidak tahu kesudahannya.” jawab saya.

Persoalan perdebatan di ruangan komen blog tersebuat mengheret ingatan saya kepada sebuah buku klasik bertajuk Arguing With Idiots oleh Glenn Beck. Ia memberikan pelbagai sketsa yang memeningkan tentang betapa rumitnya untuk kita keluar daripada belenggu perdebatan yang sudah hilang hujung pangkalnya.

Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.

Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

_____________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Saya setuju dengan tuan.. dengan berbicara sepatah dua, sudah kita tahu adap dan sopannya.. Lebih baik kita berdiam kerana takut hilang adap kita pula akhirnya..

  2. yg kurik itu kendi,
    yg merah itu saga,
    yg cantik budi,
    yg indah itu bahasa…

    tp kekadang bahasa tidak indah kerana telah lama memendam rasa..itu yg keluar segala perumpamaan…kekilafan manusia..maafkan je kerana dia bukan malaikat dan dia juga bukan nabi hatta para sahabat pun bukan…sama seperti kita…yg penting sama2 menegur sama2 cari kebaikan..yg baik jadikan teladan yg buruk toksah nk copy paste..hehehe

  3. diam diam ubi berisi…
    diam sebaik2 mungkin..
    dok diam2…

    *terima kasih cikgu nik….

  4. 🙂

  5. x jadi la nak komen. (diam kerana Allah).
    hehe, gurau je cikgu🙂

  6. argh buat “last man standing” baru selesai haha..

  7. Betul Cikgu….’Arguing With Idiots….’ dah menggambarkan apa yang tersirat….🙂

    Berdebat ni di ajar oleh Aristotle….’Rhetor’ atau org skrg panggil ‘retorik’ adalah satu seni bagi berlawan hujah tanpa mengira kesahihan bukti @ fakta perkara yg dihujah….apa yang penting, cara hujah disampaikan dan bagaimana untuk menang berhujah…. senang cerita…. ‘ba’di kerah keng….’ silap2..menang jadi arang..kalah jadi abu…:)

    • ore tuo kito kato Cerdik tokleh tupe..bodo tokleh ajar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: