Posted by: abusyakirin | 28 Oktober 2010

Doa Arifbillah Shayiddi Sanusi

Berkata Arifbillah Shayiddi Sanusi ; “Sesiapa yang membaca doa ini pada setiap hari dan setiap malam tidak akan terkena anak panah, pedang, padah dan sesuatu yang dibenci dari seterunya. Dia juga tidak akan mati selama membaca doa ini, namun apabila sampai ajalnya dilupakan daripada membacanya.”

بسم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما دائما. حرست نفسي وأهلي ومالي وما حضرني أو غاب عنى بالحي القيوم الذي لا يموت. وألجأت ظهري فى حفظ ذلك للحى القيوم. وأصبحت وأمسيت في جوار الله الذي لا يرام ولا يضام ولايستباح وفي ذمته وضمانه الذي ولا يخفر ضمان عبده. واستمسكت بلعروة الوثقى ربي ورب كل شئ ورب السماوات والارض. لا اله الا هو فاتخذه وكيلا. توكلت على الله وعتصمت بالله وفوضت أمري الى الله. نعم القادر الله. فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين. ان وليي الله الذي نزل الكتاب وهو يتولى الصالحين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ودوام ملكه ومداد كلماته. لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم. فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

 

Yang di bawah ini dibaca tujuh kali:

فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

Ertinya: “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Rahmat Allah keatas Penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya juga ucapan salam yang berpanjangan. Aku kawal diriku, keluargaku, hartaku, apa yang ada bersamaku atau yang tiada bersamaku dengan kawalan tuhan yang maha hidup lagi maha mengurus yang tidak mati.

Aku lepaskan bahuku dalam memelihara semua itu kepada tuhan yang maha hidup lagi maha mengurus. Pada waktu pagi dan petang aku berada didalam jagaan Allah yang tidak boleh dilontar, dizalimi dan diperlakukan sesuka hati. Juga berada dalam tanggungan dan jaminan yang tidak dapat dilindungi oleh jaminan hambanya.

Aku juga berpegang dengan tali yang kukuh, Tuhanku, Tuhan setiap perkara dan tuhan sekelian langit dan bumi, tiada Tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai tempat berserah. Aku berserah kepada Allah dan berpegang denganya. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah. Sebaik-baik yang berkuasa itu ialah Allah, maka Allahlah penjaga yang paling baik dan yang paling penyayang. Sesungguhnya tuanku ialah Allah yang menurunkan kitab Alquran dan dialah yang menjadikan orang-orang soleh itu sebagai orang-orangnya. Rahmat Allah keatas penghulu kami nabi Muhammad serta kelurga dan sahabatnya serta salam sejahtera sebanyak bilangan makhluknya, keridaan dirinya serta timbangan arashnya selama pemerintahannya dan sebanyak dakwat-dakwat kalimahnya. Sungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu yang amat bertanggung jawab diatas penderitaan kamu, sangat bersungguh untuk kebaikkan kamu, amat pemaaf dan penyayang terhadap orang-orang mukminin. Jika mereka itu berpaling tadah maka katakanlah: Allah itu pencukup bagiku, tiada tuhan melainkan dia, kepadanya aku berserah dan dialah tuhan yang mentadbir arash yang maha besar.

Ijazah Doa Ini saya terima daripada Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Lubok Tapah dan Allahyarham Tengku Mat Bin Tengku Bongsu.

________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. i like😉

  2. Salam…cikgu ambo

    minta izin….minta perkenan…:)

    • Wmslm..Tuan Pendekar Pedang Sakti…Kita izinkan

  3. salam Tuan Guru. apa kabar ?
    saya sgt senang doa Arifbillah S. Sanusi, tapi susah baca karena tulisan arabnya tidak ada baris ( arab gundul ),mohon kiranya tuan guru berkenan memberi barisnya. Terima kasih sebelumnya.

  4. salam

  5. salam.adakah doa ni daripada syeikh as syahid badiuzzaman said nursi?sya mnta di ijzahkan untk di amalkan..doa ni,mcam doa kota tauhid.

    • silakan..

  6. salam..terima ksih kern sudi ijzah kat ana cma ustzxjwb lg soalan ana..doani doa syeikh badiuzzaman said nursi ker?ana nk rujuk dalam kitab mana doa ni?jazakallah

    • doa ini ada dalam kitab munyatul Sholi…karangan Syeikh Daud al-Fathani

  7. as salam ..mana baris atas bwh,hadapn?…mcm mana nk bc..ana bukn mahir.kira mcm al mashurat jgk la ini..

    • rujuk kitab munyatul sholi..karangan Syeikh Daud alFathoni

  8. Apakah Sayidd Sanusi yang dimaksud adalah Sayyid Sanusi pengasas Tarekat Sanusiyyah dari LIbya?

  9. salam…blh ke kiranye sy mnya izin tuan guru untuk amalkan doa ini…tp bagaimana hndk membacanye…

    • wmslm..rujuklah para imam di kawasan saudara..insya Allah ada doa ni di dalam kitab munyatul Saholi karangan Almarhum Syeikh Daud alFathoni.

  10. salam…mnta tuan guru ijazahkan doa ni kt sya..

  11. salam…blh sya thu…adakah tuan guru dh ijazahkan doa ni kt sya…terima ksih…

    • belum..saudara jumpa sendiri dengan imam di kg saudara..insya Allah dia akan berikannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: