Posted by: abusyakirin | 3 November 2010

Pesan Ayahanda

Duduk dalam kandungan rahim, berdiri dalam alif. “Ini bukan tapak biasa, ini tapak seribu makna, tapak seribu rahsia.”Tapak bersatu dalam Gayong, aku tarik dalam Gayong.”

Selayang Pandang disorong, tanda Melayu penuh beradat. Dalam silat ada silap, dalam silap ada silau, dalam silau duduk rahsia. Rahsia pendekar Melayu, rahsia disebalik rahsia .aku cari rahsia dalam rahsia. Aku cari rahsia dalam bergayung. Mana indah, mana rasa atas rahsia, mana rahsia dalam rahsia.Mahu kenal rahsia diri, baru terlerai segala yang dicari

Ada hati perlu dibasuh dan diasuh. Ada hati perlu dicuci dan disuci. Mahu jadi hulubalang Melayu sejati, mesti kenal rahsia diri, mesti kenal rahsia seni, mesti kenal rahsia tersembunyi.Tidaklah sesukar mana untuk mencari. Perahu sudah di air, hanya menunggu untuk dikayuh. Tidak perlu laju, perlahan pun tidak mengapa. Yang penting selamat tiba. Yang payah apabila hanya tahu berkokok, perahu tidak dicari lantaran berasa diri sudah mencukupi.

Dalam bergayung kita mencari kawan, bukan menghimpun lawanLihat! Lihat tanah itulah asal kejadian kita. Anak Gayung  jangan takut jatuh. Jatuh itu menandakan kita manusia biasa, tidak mungkin menepis buah kesilapan dalam hidup. Kita ini lemah dan hina.”

Kalau anakanda mencari selasih
Selasih ada dikain kasa
Kalau anakanda mencari kasih
Kasih ayahanda sepanjang masa

Bercabanglah tiga Gunung Daik
Nampak dari Kota Melaka
Anakanda asal benih yan baik
Jika didarat binalah takhta

Putera raja memacu kuda
Asyik berburu si burung balau
Jika di angkasa jadilah garuda
Jatuh kelaut menjadi pulau…

_________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Allah…kata2….
    ni yang kena menuntut lebih dgn ustaz…=)

    • Saya hanya menganyam kata menyulam bahasa..

  2. mencari gayung..🙂

  3. indah sungguh…kita semua adlah benih yg terpilih,yg dipilih untuk menjadi khalifah dibumi ini..bergantung kpda empunya diri mahu menurut atau menongkah arus…

  4. Salam…cikgu ambo…. ‘indah’ sungguh kata2… menyimpan seribu rahsia…..betul kata2 cikgu dan saudara wan, perahu sudah di air….dayung sudah di tangan….nak mudik @ menghilir…tepuk ‘diri’ tanyalah akal….di mana bermula…usah difikirkan…yang penting di mana berakhir…kita tentukan….

    Salam persahabatan…. utk semua….

    P/S; Maaf cikgu ambo….lama xpost dlm ni….🙂

    • Sesungguhnya Kata-kata itu lebih tajam dari Pedang..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: