Posted by: abusyakirin | 10 November 2010

Siri 2 Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang – Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi…

SEJARAH YANG PERLU DIKENANG

Dalam sejarah al-Ikhwan al-Muslimin, mereka pernah membantu revolusi yang dibuat oleh Jamal Abd al-Nasir sehingga beliau berjaya menjadi Presiden Mesir. Bahkan kemenangan Jamal ‘Abd al-Nasir itu sebenarnya kerana bantuan Gerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Mereka juga yang membela Jamal pada peringkat awal semasa rakyat sudah mula tidak puas hati dengannya.

Malangnya, Jamal ‘Abd al-Nasir yang pernah berbai’ah dengan wakil Hasan al-Banna dan berjanji setia untuk membela Islam itu berubah sama sekali setelah menjadi Presiden. Dia yang mengetahui banyak rahsia-rahsia pergerakan al-Ikhwan telah menggunakan ‘kepakarannya’ itu untuk memusuhi al-Ikhwan habis-habisan.

Ramai pemimpin al-Ikhwan yang ditangkap dan dibunuh. Dialah juga yang menggantung Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Dari seorang teman yang dibantu, menjadi musuh yang memburu. Sebabnya, kerana pemimpin al-Ikhwan tidak berhati-hati melihat kepercayaan dan dasar yang dipegang oleh Jamal ‘Abd al-Nasir yang seakan memakai ‘baju pro-Islam’ pada peringkat awal.

Namun, apabila menjadi Presiden, dia telah menanggal baju tersebut dan jelaslah akidah sebenar yang dianutinya iaitu ‘pro-sosialis’ dan dia sebenarnya talibarut Soviet Rusia. Memang, Soviet Rusia akhirnya menjadi begitu rapat dengan Mesir, bahkan Soviet telah menjadi kiblat pentadbiran sosialis Jamal ‘Abd al-Nasir.

Terbukti tuduhan terhadap Jamal sebelum itu bahawa dia ‘tali barut’ Soviet Rusia adalah benar. Topeng Islamnya adalah mainan politik. Jamal yang terkenal dengan slogan dan kepetahannya telah menjadi idola masyarakat ‘Arab. Sementara Al-Ikhwan terpaksa membayar harga kesilapan itu dengan menjadi kelompok yang paling ditindas dan diseksa.

Akhirnya, al-Ikhwan terpaksa berjuang dengan airmata, penjara dan darah berhadapan dengan seorang Presiden yang memegang tampuk kuasa dengan bantuan mereka sendiri.

Alangkah baiknya, jika para pencinta Islam berhati-hati dalam langkah-langkah mereka. Jangan sampai suatu hari mereka terpaksa bertempur dengan musuh yang ditegakkan oleh mereka sendiri. Musuh itu pulak akan lebih licik kerana banyak mengetahui rahsia mereka.

Kemenangan Islam mestilah melalui denai dan lorong yang diredhai oleh Islam. Jika kita melalui jalan yang asing bersama orang lain, mungkin orang lain akan sampai ke destinasinya, tetapi kita akan tersesat jalan.

Ingatlah selalu firman Allah yang memberi amaran kepada baginda Nabi s.a.w agar tidak terpengaruh dengan tawaran kemenangan segera tanpa melalui jalan yang diredhai Allah. Firman Allah:

(maksudnya) Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat karib. Dan kalaulah tidak Kami tetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh penolong pun terhadap hukuman kami. (Surah al-Isra`: 73-75).

BAGAIMANA PULA DENGAN GAYONG

Kisah diatas sudah cukup untuk menjelaskan kepada keseluruhan anak Gayong agar berhati-hati dalam memilih Sahabat, Guru dan Pemimpin bagi meneruskan kesinambungan warisan Persilatan yang unggul ini. Janganlah ibarat kusangka kan intan rupanya kaca..kusangka kan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengahari…bila terkena diri sendiri ibarat melukut ditepi gantang..Ayam tak patut itik tak sudu..

___________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

 

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Responses

  1. gayong tak berpecah ..yang berpecah adalah kefahaman dan nafsu dunia ,,,murid gayong dan ahli gayong dan anak gayong ,,,gayong tetap tak berpecah ….carilah siapa gayong ,,,siapa anak gayong,,,,dan siapa murid gayong,,,dan siapa ahli gayong,,,, mengungkap kata mengatur bicara bijaksana bahasanya amanah suara dijaga ,,hati memendam rasa ,,,perjalanan harus dijaga ,,,,,,sidiq bila berkata ,,amanah bila berkerja ,,tabligh bila bersuara ,,,fatonah bila menerima

    • Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar…bergerak didalam gelap..biar pecah diperut jangan pecah dimulut..

  2. woo qunut nazilah

    • kenapa tak percaya…hehehe

  3. salam paduka guru,sebenarnya apa ya…
    ambo masih tertanya tanya…

    • Wmslm…takdok gapo..cumo ingin beritahu betapa pentingnya dalam memilih sahabat dan pemimpin.. berhati-hati dan berwaspada adalah sifat pendekar dulu kala..Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..ibarat kata jangan pisang berbuah dua kali.

    • emm..nk nilai sahabat dah pemimpin ni perlukan ilmu dan pengalaman…lagi2 amat perlu rujukan dari guru2…=)
      mudah2an guru2 sekalian boleh lah bimbing generasi muda supaya tidak lagi terpesong utk memilih pemimpin yang benar…=)

  4. semoga allah memberi petunjuk dan hidayahNya

  5. salam anak2 gayong…
    maaf hamba lalu menyibuk…
    tahniah tuanguru abusyakirin… gaya penulisan dan dedikasinya tuan menulis blog ni sama hebat macam guru agama, sama tangkas macam guru silat… masyaallah…
    hamba betul2 kagum dengan tuan hamba… punya nilai melayu muslim sejati..
    maaf kalau buat tuan rasa tak selesa dengan pujian cuma hamba terkaget dan terkagum rupanya wujud anak gayong yg bernialai begini… moga dapat bersua muka, bertukar berita, meluah rasa… cuma komen ttg artikel diatas bila hamba baca terkenang hamba ANWAR IBRAHIM dengan PAS… tahniah!!! teruskan berbakti tuanguru abusyakirin….

    • Waalaikumussalam wbt…Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ni..saya hanyalah insan biasa bukan layak bergelar guru apatah lagi Tuan Guru..😀 apa yang saya titipkan adalah pendapat yang berpaksikan pengajian yang saya pelajari.. terima kasih sekali lagi kerana menyokonmg usaha saya ini… sesungguhnya yang dianyam ialah kata yang disulam ialah bahasa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: