Posted by: abusyakirin | 11 November 2010

Sudah Tiba Masanya Cikgu Abdul Majid Berundur dalam Gayong.

Guru Tua Pak Husin Kaslan (PASAK) Dato Abdul Majid Mat Isa dan Allahyarham Dato Mat Lazim

Cikgu Majid tak bosan ke…sejak dari muda sampai ke tua masih pedulikan hal Gayong…Tanya seorang sahabat pada saya.

Kenapa kau tanya begitu…? balas saya

Yelah..di usia dia yang dah tua ni baik dia serahkan pada anak-anak dia tak pun kepada orang-orang yang dirasakan layak…jawab sahabat saya.

Eh..engkau ni..boleh terfikir begitu…Jawab saya

Aku cakap ni benda betul…pada dia duduk sibuk fikirkan hal Penyatuan Gayong tu.. baik dia beriktikaf di Masjid..takpun berzikir banyak-banyak..maklumlah usia dia dah lanjut.kau fahamlah.. jawabnya lagi.

Ish engkau ni..senangnya kau cakap..Bersilat bukan ibadah ker.Lagipun jangan ingat Cikgu Majid Bersilat semata-mata kerana darah keturunannya adalah Darah pendekar.. saya pantas menjawab.

sahabat saya hanya tersenyum sinis pada saya..entah setuju atau tidak dengan saya.

Soalan dan saranan dia membuatkan saya berfikir dan merenung panjang…adakah dia faham maksud IBADAH..dan benarkah saranan yang sahabat saya sarankan iaitu Pak Ndak Majid patut berehat dan mengundurkan diri dalam Dunia Persilatan Gayong..

Saya rasa eloklah kita semua ingati semula kisah seorang sahabat Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam

KISAH HANZALAH

“Mengapa dengan kamu?”Abu Bakar bertanya.

“Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq. Hanzalah sudah jadi munafiq!” kata Hanzalah, penuh kesal.

Terkejut Abu Bakar mendengarnya.

“Mengapa kamu berkata begitu?” Abu Bakar meminta penjelasan.

“Semasa aku duduk di dalam majlis Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan mendengar tentang Syurga serta Neraka, iman aku meningkat kepada keadaan yang baik. Tetapi tatkala aku bekerja dan kembali kepada keluargaku, imanku terjejas dan menurun. Hanzalah sudah jadi munafiq!” cerita Hanzalah.

Keterangan itu menggusarkan Abu Bakar. Beliau juga merasainya.

Mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan menceritakan kisah kebimbangan Hanzalah yang amat signifikan itu. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)” [Hadith riwayat Muslim]

Dalam bahasa yang lebih mudah, jika keadaan dirimu sentiasa baik seperti di dalam majlis ilmu dan ketika di luar majlis ilmu, nescaya Malaikat itu akan tabik spring dengan kamu! Hebatlah jika begitu. Namun ia menyalahi tabiat manusia. Iman itu pasang dan surut. Agama Islam, tidak pernah menafikan hal yang amat fitrah ini. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menegaskan kenyataan berikut:

“ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu…”

Masa bekerja, perlu bekerja. Masa mengaji, perlu mengaji. Masa sibuk, sibukkan diri. Masa berehat, perlu berehat.

Melewati usia senja banyak yang lagi perkara yang perlu diselesaikan

BERSUKAN DAN BEREKREASI  DIANGKAT JADI IBADAH

Semuanya diagih-agihkan mengikut keperluan yang seimbang dalam hidup manusia. Justeru aktiviti berehat, bersantai, beriadhah,bersukan dan berekreasi, diangkat menjadi urusan agama.

كلُّ شيء ليس من ذكر الله فهو لغو ولهو إلا أربع خصال : مشي الرجل بين الغرضين ، وتأديبه فرسه ، وملاعبته أهله ، وتعليم السباحة

“Setiap sesuatu yang bukan zikrullah adalah tidak bermakna dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang melatih kudanya. (3) Bergurau senda seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Rekreasi di luar dan di dalam rumah diangkat oleh Islam menjadi urusan agama. Biar pun tabiat empat perkara itu jauh daripada bayangan manusia tentang apa yang dinamakan sebagai zikrullah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan penegasan bahawa aktiviti-aktiviti itu bukan sia-sia. Ada nilai yang penting di sisi Islam, ada manfaat yang besar kepada umat. Malah kemahiran-kemahiran yang terhasil daripada aktiviti berkenaan menjadi aset yang mesti dipelihara sebagai satu amanah.

Bayangkan!

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah berkata:

مَنْ عَلِمَ الرَّمْيَ ثُمَّ تَرَكَهُ فَلَيْسَ مِنَّا -أَوْ قَدْ عَصَى

“Barangsiapa yang telah belajar memanah kemudian dia meninggalkan kemahirannya itu, maka dia bukanlah daripada kalangan kami – telah mendurhakai (kami) –” [Riwayat Muslim]

Teruskanlah Berjuang Sehingga Dikau dijemput Tuhan

ADAKAN MASA

Jangan terus beralasan ketiadaan masa. Biar pun Monthly Planner saya sudah sendat, saya tidak berani untuk membayangkan (apatah lagi menyebutnya), bahawa saya lebih sibuk daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Namun, Baginda yang sibuk itu, dalam ketiadaan masa, mengadakannya.

Lumba lari Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam bersama Aisyah radhiyallaahu ‘anha adalah contoh rekreasi yang dibuat semasa sibuk. Baginda dan Aisyah yang bersama di dalam sebuah misi menyuruh para sahabat bergerak dahulu dan membiarkan mereka berdua di belakang. Semasa itulah mereka berdua berprogram!

Baginda kreatif mengadakan masa untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh, malah untuk kesihatan rumahtangga.

ANTARA RIADAH DAN BUDAYA SAMPINGAN

Akan tetapi, dalam keindahan Islam mengangkat rekreasi menjadi urusan agama, kita tidak harus lupa kepada tujuannya. Motif berekreasi mesti disemak dari semasa ke semasa. Rekreasi dan sukan selalu datang dengan budaya. Sukannya digalakkan. Budayanya mesti disaring dengan orientasi tujuan dan hukum Tuhan.

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Ada pun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan ada pun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. “ [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Menunggang kuda sangat dianjurkan oleh Islam. Tetapi judi yang menjadi budaya di sekitar menunggang kuda itu ditolak oleh Islam. Sama jugalah dengan sukan-sukan yang lain. Bermain bola itu bagus untuk kerjasama, fokus, kesihatan tubuh dan kecergasan diri. Tetapi judi yang mengiringinya, sentimen ketaksuban pasukan, malah imej-imej pengiklanan penaja berbentuk arak dan loteri, semua itu amat dicela oleh Islam. Muslim mesti mampu menyaring di antara sukan sebagai rekreasi dengan budaya-budaya sekitar sukan yang membinasakan.

Atas sebab yang sama, Syaikh Madun Rashid di dalam kitabnya Qadhayaa al-Lahwi wa al-Tarfih (Isu-isu Hiburan dan Masa Lapang) menyebut, “golf pernah diharamkan di Scotland pada tahun 1457M kerana ia menyebabkan rakyat malas berlatih kuda dan memanah dan secara umumnya tidak memberi manfaat kepada negara” Bukan golf itu yang tercela, tetapi tatkala sukan tersasar daripada matlamat yang murni, ia menjadi suatu kecelaan yang ditegah agama.

Berehat, bersantai, bersukan, semua dengan tujuan.

Justeru marilah kita bersama-sama berusaha hidup seimbang dan menjadi mukmin yang dikasihi Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Bersilat Juga Ibadah- Tangkapan Keris oleh Pak Ndak Majid

(المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍّ خير. (صحيح مسلم، كتاب القدرة، باب في الامر قوة

“Seorang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding dengan seorang Mukmin yang lemah. Pada setiap seorang daripada kedua-duanya ada kebaikan (selagi beliau seorang Mukmin)” [Sahih Muslim]

Saya akhiri penulisan ini dengan soalan kepada anda semua…Patutkah Cikgu Abd Majid berundur..? Anda mampu menjawabnya.

seeru ala barakatilah

___________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Deen – cara hidup..buka mata waktu pagi hingga menutup kembali ketika tidur…semuanya boleh menjadi ibadah..

    Patutkah Cikgu Majid Berundur?
    susah nak jawab ni… 🙂

    • Nanti masa kat Pelantar..fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah…

      • Terima kasih kerana menulis artikel yang sungguh bagus.

        • Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen..saya hargainya

  2. Bukan berundur tapi memberi perhatian kepada peralihan kuasa iaitu siapa yang akan mengendalikan PSSPGM supaya lebih mudah diterima. Tahu jelah pertubuhan silat ni kalau ketua tiada..

    • Terima kasih Cikgu berkongsi Pandangan

  3. salam cikgu…..

    semua org akan merasai ‘waktu’ itu…
    ‘waktu’ itu pasti tiba…

    selagi kudrat masih ada..
    perjuangkanlah… perjuangkanlah… perjuangkanlah……
    berjuang di jalan Allah…

    saya bangga ade guru seperti Guru Pak Andak Majid…

    —jikalau tersalah kata, arap dimaafkan… huhu

    • terima kasih berkongsi pendapat

  4. fardu ain dan fardu kifayah bukan ibadah ka ,,,
    duduk dimasjid memang ibadah tetapi adakah kerana usia dia tak boleh menyampaikan ilmu allah taala yang dia ada
    zikir bukan dimasjid saja
    adakah kita berjuang sepertinya berdakwah melalui persilatan adakah salah
    ,,,kenapa kita tanya soalan begitu adakah kita nak mengantinya peganti admar pon payah ,,,siapa lagi yang nak berjuang hingga keakhir hayat salah ka
    cari apadia ibadat ,,,,,,nak bagi jadi ibadah bukan senang solat pon belom tentu boleh jadi ibadah kalau kita menghalusinya betul betul
    fikir dan renunglah

    • kena jelaskan masa kursus nanti bagi peserta semua faham yang perjuangan kita dilandasan Ibadah..

    • sgt setuju dgn cikgu ad…=)

      • orang kuat Cg Ad rupanya…hahaha

        • eik..hehe..dak gitu ustaz….sokong kepada kebenaran menentang kepada kebatilan…=)
          mana ada sumber rujukan…ambo rujuk…=)

          • Gurau jer bat…

  5. Pendapat saya yang tak seberapa nilah. Amal Soleh tu luas ruang lingkupnya tak sesempit pemikiran dan dada – dada manusia. Itu pun bergantung kepada Niat. Jika niatnya manusia kerana Allah maka jadilah dia Amal Soleh tetapi jika setiap perbuatan manusia itu kerana dunia atau material atau juga pangkat dan ia hanya dapat apa yang diniatkan dan perkerjaan itu tidak menjadi Amal Soleh.

    Soal peralihan kuasa, wasiat dan sebagainya…sebenarnya itu juga tuntutan agama. Cuba perhati ayat al-quran surah al-baqarah ayat 180 – 182,

    2.180] Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

    [2.181] Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    [2.182] Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

    Jadi saya yakin Pak Ndak sudah pun meletakkan batu asas siapa bakal menganti tempatnya jika di takdirkan Allah s.w.t. dia di jemput nanti.

    Berjuang…selagi nyawa dikandung badan menjadi beban taklif kepada kita membawa kalimah tauhid–kaedahnya masing – masing pilih. Adapilih jalan silat, ada yang terus terjun kemedan dakwah, ada memilih tarikat, ada yang memilih pengurusan dan sebagainya.

    Dakwah itu tidak terhenti hanya di musolla, langgar, surau, madrasah atau masjid. Dakwah itu banyak cabang dan metodnya. Ada dakwah bil hal, ada dakwah bil lisan, ada dakwah bil kitabi dan macam – macam lagi.

    Bagi orang silat, dakwah bil hal paling mudah dan paling disenangi oleh non-muslim. Kerana soal hidayah itu hak milik mutlak Allah s.w.t. hak kita menyampaikan dakwah.

    Saya secara peribadi kurang menggunakan kaedah lisan kerana saya tahu kebanyakkan budak – budak dan juga rakan – rakan malas nak dengar kita beleter. Saya lebih suka menggunakan medium penulisan atau bil hal tadi. Tunjukkan contoh yang baik Insya-Allah anak murid kita akan menjadi baik.

    Wallahu’alam

    • Alhamdulillah…terima kasih diatas ulasan dan pandangan yang diberikan..jazakallah

  6. BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL…….

    INNA SOLATI WA NUSUKI WA MAHYAYA WA WA MAATI…LILLAHI RABBIL ‘AALAMIN

    SESUNGGUHNYA SOLATKU AMAL IBADAHKU HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH KRN ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM

    carilah yang tersirat dlm silat

    ilmu iman dan amal = TAQWA

    p/s: bagiku tiada yg layak memimpin gayong ini selain ayahanda…beliau tiada galang gantinya… selagi hayat dikandung badan

    • Terima Kasih Saudara Wafi diatas sokongan kepada Ayahanda untuk terus memimpin Gayong ini

  7. ….pada saya, selagi hayat masih di kandung badan, selagi itulah YM Pak Andak Majid harus berjuang di dalam GAYONG…
    ..ini bukan sahaja satu ibadat tapi, satu jihad kerana dia semata2 untuk menyatukan anak2 Melayu Islam di atas platform silat….
    ..jika nak kata dia dah tua, cuba renung kembali sejarah Islam dahulu, di mana sahabat2 Nabi SAW sanggup menyambut seruan jihad menentang musuh2 Allah walaupun ketika itu mereka sudah di penghujung usia….
    ..selagi dia masih bersemangat, selagi itulah anak2 Gayong harus mengambil peluang yang ada mengutip ilmu yang ada padanya….

    …itu pada pandangan saya yang tidak seberapa ini…

    • Terima kasih saudara di atas sokongan saudara kepada ayahanda kita yang tercinta…

  8. Assalamualaikum, sungguh bagus artikelnya…sememangnya kita harus terus menghormati guru tua, Alhamdulillah saya telah di pertemukan dengan Cikgu Awang Daud 2 bulan lepas, sungguh luar biasa beliau di usia 70 tahun lebih masih bersilat.Insya Allah kalo Allah mengizinkan saya boleh dipertemukan dengan Cikgu Majid, amin

  9. Assalamualaikum Cikgu Nik…

    terdetik pula di hati ni nak bertanya… siapa gerangan “sahabat” yang agak jahil itu. pada saya, agak jahil lagi biadab bila seorang muda berpendapat orang tua lebih elok beriktiqaf di mesjid, berzikir banyak-banyak dan pendek kata, tinggalkan semua yang dianggap bersifat “duniawi”.

    macamlah orang muda yang berkata begitu yakin benar umurnya panjang, maka bagi dia biar orang2 tua sajalah yang banyakkan buat amal ibadah khusus?

    dia ni anak Gayong ker? takkan dia tak tahu bersilat ni sentiasa diiring doa-doa dan ayat2 amalan? yang dah tetap wajib dan sunat tu jangan ceritalah, tak bersilat pun kena buat juga.

    kalau dia bukan org bersilat dan tak reti2 apa2 pasal silat dan apa itu ibadah, tanggungjawab Cikgu untuk pastikan dia tahu dan faham. tapi kalau dia ni anak Gayong, memang perlu DIAJAR sikit… apa ke benda yang beria-ia benar dia nak Pak Andak berhenti dan berundur… dia berminat nak ambil alih ke? dah layak sangat ke? 1st thing 1st, siapa gerangan dia nih?

    • waalaikumussalam wbt…biarlah namanya dirahsiakan dan siapakah dia.. pakat-pakat kita doa semoga dia faham

  10. Assalamualaikum dan Salam Muhibbah utk semua.

    saya orang biasa yg bukan anak gayong.tapi saya kenal gitu2 aje pada tokoh yang disebut2 utk bersara dari silat ni.

    pada saya biarlah soal persaraan tu keluar dari bicara beliau aje. jangan ditanya bila dan dimana akhirnya. beliau tahu apa yg kita nak tahu.

    yang penting selama ada hayatnya kita sayangilah dia bagai permata negara.jasa dan kasihnya dia pd anak bangsa tak terbalas oleh kita.

    semoga ilmu yang kita dapati adalah berkah utk bekalan hidup dan diakhirat nanti.

    salam hormat dari saya…datok bahaman.

    • Terima kasih Dato Bahaman

  11. assalamualaikum…hamba ni mngkin bru brusia setahun jgung dalam gayong ni….tp pd pndapat hmba pengalaman dari org lama amatlah penting bagi anak gayong generasi kini….oleh itu..kita patut hargai jasa dan pengorbanan mereka selain mengambil ilmu dan iktibar dari pengalaman mereka…..bukankah begitu?

    • Benar sekali tuan panglima..hamba pun baru juga

  12. macam orang bawah umur 18 boleh join tak ?

    • boleh..

  13. seorg mukmin

  14. beza guru silat dgn guru agama adalah: guru agama wajib menyampaikan segala ilmunya tetapi guru silat akan menyimpan sedikit untuk diri sendiri..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: