Posted by: abusyakirin | 17 Disember 2010

Benarkah ADMAR mengalahkan Juara Gusti Dunia King Kong

Mahaguru Meor Abdul Rahman bersama juara gusti dunia, King Kong - Sumber PSSGM UM

Alhamdulillah…syukur kepada Allah kerana setelah hampir sebulan saya mengalami batuk yang agak serius akhirnya ia beransur baik.. sudah agak lama saya tak menulis artikel di blog ini. Terasa rindu pulak pada blog saya ini yang seakan diari kehidupan saya selaku anak Gayong.

Ketika ini saya sedang bercuti di Kedah…dan sudah tentu masa cuti saya ini akan di masukkan jadual untuk bersama guru saya Pak Ndak Majid Mat Isa. Sudah 3 malam saya berguru dengan beliau mengingat kembali petua dan langkahan Seni Gayong ini.

Namun begitu selain dari re-fresh kembali silibus Gayong..banyak juga kisah-kisah lama, suka duka perjalanan hidup selaku anak Gayong yang diceritakan oleh Pak Ndak Majid kepada saya..antaranya ialah kisah antara ADMAR dan Juara Gusti Dunia King Kong.

Seperti yang kita semua maklum..heboh diperkatakan bahawa ADMAR lah yang mengalahkan King Kong..namun Pak Ndak Majid menceritakan yang sebaliknya. Pak Ndak mengatakan bahawa ADMAR tidak pernah pun berlawan dengan King Kong…

BERSUA KING KONG DI TEPI PANTAI

Pak ndak mengatakan bahawa beliau, Arwah Cikgu Ramli dan ADMAR masa itu sedang bersiar-siar di tepi pantai dan mereka bertiga terpandang Juara Gusti King Kong, lalu ADMAR mengajak mereka bertiga berjumpa dengan King Kong. Bila mereka bersua dekat dengan Juara Gusti tersebut, ADMAR pun bercakap dengan King Kong dalam bahasa Inggeris..apa yang dicakapkan Pak Ndak kata dia tak faham..

Lepas itu ADMAR menyuruh Pak Ndak dan arwah Cikgu Ramli bermain pentas Keris di depan King Kong. Lepas kedua mereka selesai bermain. King Kong menyatakan dia kagum dan gerun menyaksikannya. Juara tersebut mengatakan bahawa dia takut melihat kelincahan Pak Ndak dan pasangannya bermain pentas Keris dan tak berani berlawan sama ada dengan ADMAR, Pak Ndak ataupun Arwah Cikgu Ramli.

Maka ADMAR pun meminta untuk bergambar dengannya sebagai kenang-kenangan..itulah cerita sebenar mengikut cerita guru saya Pak Ndak Majid. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah sahabat-sahabat semua berkunjung dan bertanyakan sendiri cerita ini pada Pak Ndak Majid.

Wallahualam.

_________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Assalamualaikum
    Dulu pernah dengar Allahyarham Cikgu Mat Lazim cerita dia pernah bertarung dengan seorang ahli gusti yang makan peha lembu cam kita makan drumstick ayam. Dia dapat buat kunci 3 dan orang tu terus respek dan gelar “Gayong Super Combat”…

    • terima kasih atas info tu cikgu

    • terima kasih atas info tu cikgu

  2. mcm tu rupa ceritanya…hmmm sapa la buat reka cerita yg versi ADMAR bertarung tu…kan dah terbongkar..tq sahabat kerana mengeluarkan cerita versi asal…

    • sama-sama😀

  3. Assalamualaikum…
    cikgu nik…walaupun cikgu xkenal saya…saya nk minta cikgu tolong sampaikan
    salam saya kpd cikgu majid…. harap2 blehla jupo nge ckgu majid…

    • Waalaikumussalam wbt…insya Allah..apa nama tuan hamba supaya saya senang sampaikan salam buat ayahanda Cg majid

  4. Salam…
    Sampaikan salam saya kepada Pak andak juga…
    Jikalau x keberatan, adakah Cikgu mempunyai gelanggang di Selangor…
    Saya sebenarnya sudah lama tidak BERGAYONG….
    Bila membaca artikel2 Cikgu, semangat untuk BERGAYONG hidup kembali…

    • wmslm..cuba tel no ni 019 330 7159 ( Basit ) try tanya dia mcm mana dan tempat latihan di selangor

  5. anak2 gayong perlu tahu fakta..bukan sekadar auta..takut2…buat cerita dongeng…
    apalah salahnya membenarkan yang haq..menegah yang batil

  6. Assalamualaikum,

    Cerita ADMAR dengan King Kong tu ramai guru2 Gayong tahu. Betul atau tidak kena selidik lagilah. Kena tanya dengan lebih ramai guru2 lama, misalnya Cikgu Nordin perlis yang duduk lama di Singapura (sejak 1957 sehingga pencen tentera British). Kalau sebut pasal betul atau dongeng, cerita ADMAR dengan mendiang Bruce Lee pun berbeza2. Cikgu Majid dakwa(dalam majalah SB) Bruce Lee terkena penendang ADMAR manakala arwah Cikgu Kalsom dan ADMAR sendiri kata terkena pukulan tangan (kipas nandung). Wallahualam.

    • Sebab itu saya jelaskan ini cerita dari Cikgu Majid..

      • salam cg nik..

        terima kasih atas segala perkongsian,
        amat bermanfaat buat saya.

        nak tanya juga tentang cerita bruce lee tu..
        andai cikgu ada sumnber yg sahih khabarkan lah..
        adik saya tingkatan 2 baru je perlimau tapak
        dah dihebohkan dgn cerita bruce lee ni..

        • insya Allah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: