“Wah..hebatnya..dapat berpasangan dengan Pak Ndak..” di antara reaksi kawan yang melihat foto ini..
“Bertuahnya dapat merasa sentuhan direct dari Pak Ndak..” kawan satu lagi menyampuk.
” Ni yang buat kami semua jealous..bila la agaknya kami dapat berguru dengan pak ndak..” kata seorang lagi..
Ini adalah reaksi spontan dari sahabat-sahabat saya bila melihat foto ini. Apa reaksi tuan-tuan semua saya tak pasti..namun cuba lihat gambar di bawah.
Laut Tidak Membuang Sungai, Rimba Tidak Membuang Latah
” Susah nak cari gambar ni…Pak Andak yang kena Kunci…” kata sahabat saya Nazim
” Kagum saya pada Cikgu kerana dapat berpasangan dan mengunci pak Andak…walaupun ianya sekadar latihan..” kata Basit.
Itu adalah beberapa reaksi yang saya terima…namun bukanlah niat saya ingin mendabik dada kepada pembaca semua..bahawa saya ini hebat..saya itu ..saya ini. Bukan itu mesej yang ingin saya sampaikan.
Jangan Bawa Resmi Jagung,Makin Berisi Makin Jegang
Apa yang ingin saya sampaikan ialah sikap Pak Andak Majid yang selaku Gurulatih Tertinggi PSSPGM sanggup berpasangan dengan saya yang masih mentah ini dan sanggup menjadi pasangan kepada saya demi membantu saya memahirkan Seni Tangkapan Keris.
Beliau Sanggup merendahkan martabat seorang Gurulatih Tertinggi di hadapan anak murid yang masih mentah dan hingusan ni..semata-mata untuk memastikan apa yang diajar kepada saya, dapat difahami dan dikuasai dengan sebaiknya.
Inilah yang membuatkan saya terharu dan kagum di atas kesanggupan dia dan kesudian dia mengajar saya..sampai sanggup jatuh bangun dikunci dan di kilas oleh anak murid dia…Biasanya bila seorang guru ditahap seperti dia cukup susah untuk menjadi pasangan kepada anak murid semasa sesi latihan. Namun itu bukan halangan kepada Pak Andak..Yang penting anak muridnya berjaya memahami dan menguasai segala teori dan praktikal yang telah diajarkan.
SIKAP YANG PERLU DICONTOHI
Inilah sikap yang perlu dicontohi oleh semua generasi anak Gayong yang ada sekarang..terutamanya bila dah bergelar Jurulatih.
Janganlah sesekali kita merasa diri kita ini hebat dan berada di taraf yang tinggi. Sekali sekala pandanglah kedudukan orang-orang di bawah kita. ibarat kata pepatah, Tak Berpucuk di atas Enau. Tidak rugi bila kita mengamalkan sikap merendah diri dari membesarkan diri.
Kadang-kadang dapat kita lihat, ada sesetengah jurulatih yang agak takbur dengan ilmu yang dia ada. Sehinggakan orang-orang muda seperti saya ini tak dipandang pun..ada seorang sahabat saya yang pernah dilemparkan dengan kata-kata oleh seorang anak Gayong dengan kata-kata
” tak payah dok cakaplah pasal Gayong..saya ni lebih lama dari awak..sebelum awak lahir saya dah belajar Gayong…”
Itu diantara cebisan cerita yang ada pada sesetangah insan yang bergelar Guru Gayong. Kalau nak cakap pasal Gayong pun tak boleh..apatah lagi nak berpasangan macam saya dengan Pak Andak. Inilah manusia yang diperibahasakan ” Beriak Tanda Tak Dalam, Bergoncang Tanda tak Penuh ” Justeru itu sama-sama kita fikirkanlah sikap kita selaku anak Gayong dan terutama sekali kepada anak Gayong yang sudah dan akan bergelar jurulatih,Gurulatih dan sebagainya.
Lihatlah betapa Pak Andak tidak pernah membezakan anak Gayong Lama dan Baru, tua atau muda, kaya atau miskin..asalkan seseorang itu layak, beliau akan perturunkan ilmunya kepada anak Gayong tersebut. Lagipun amanat ADMAR kepada beliau ialah sampaikan segala ilmu yang ADMAR sampaikan kepadanya buat seluruh anak Gayong yang layak.
Marilah kita renung kembali pesan orang-orang tua
“Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh”
Akhir sekali renungilah pesanan Baginda Rasulullah s.aw
Janganlah Kalian Belajar Ilmu untuk Menyombongkan Diri terhadap Kaum Cerdik Pandai , untuk mencari pujian orang-orang bodoh atau untuk dipandang hormat dalam pertemua-pertemuan. Barangsiapa berbuat demikian, maka nerakalah baginya… ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)
___________________________________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
alhmdulillah…tepat lagi jitu….sifat dan sikap seorang guru yang terbaik…sudi beri badan kepada anak murid utk berlatih….
payah nk cari lagu ni
By: jebat serban hitam on 21 Disember 2010
at 5:33 am
tak payah…pi guar cempedak..rmh pak ndak..jumpa la.. 😀
By: abusyakirin on 21 Disember 2010
at 5:39 am
hehe..tak berani saya ustaz..patah riuk nnt..haha..kena dgn cikgu awang pun tah naya ..haha
By: jebat serban hitam on 21 Disember 2010
at 5:45 am
Assalamualaikum..
kagum atas sifat kerendahan hati & budi Pandak…sangguh dikunci anak murid..
Moga anak2 muda seperti saya diberi keihklasan serupa ini dlm mendidik anak bangsa…insyaAllah
By: amir on 21 Disember 2010
at 5:49 am
Tak kan Hilang bisa ular bila menyusur akar
By: abusyakirin on 21 Disember 2010
at 5:54 am
Biar besar perut . Jangan besar kepala. Kalau besar perut,kenyang. Kalau besar kepala,kena ganyang.
By: Naga Boroi on 21 Disember 2010
at 6:17 am
huh..tu dio
By: abusyakirin on 21 Disember 2010
at 6:48 am
Tapak menyerang cara tu saya pernah tengok Cg Saya dan Cg Sidik selalu guna. Marah dia kalau kita bersedia untuk menyerang tarik kaki kebelakang. Katanya itu tapak untuk cantik, demo bolehlah pakai.
Sesetengah perguruan lain panggil tapak tu sebagai Tapak Pasak Bumi. Wallahu’alam
By: Wan Kancil on 22 Disember 2010
at 2:09 am
Sebab itu saya suruh generasi baru fokuskan tapak itu agar mereka tahu kaedah sebenar.. 😀
By: abusyakirin on 24 Disember 2010
at 2:10 am
salam…
saya memang kagum dengan cikgu majid… bila lah dapat brjumpa..
mngkin bukan masa n xdop rezeki lagi..
By: hambaNya... on 22 Disember 2010
at 2:43 pm
ada masa boleh melawat beliau kat gurun
By: abusyakirin on 24 Disember 2010
at 2:07 am
Assalamualaikum dan salam hormat Tuan Abusyakirin..
Saya ni seorang peminat seni silat dan belajar silat..
Saya kagum tengok guru-guru silat atau pendekar
pandai bermain silat..
Ini Seni Silat Pusaka Gayong kan..saya nak research maklumat
di internet pun tak berapa banyak..tapi berminat nak tahu
lebih lanjut mengenai silat ini..oleh itu, kalau tak keberatan
bolehla tuan menerangkan serba sedikit pasai silat ini..
Setakat ini, apa yang saya tahu adalah silat ini
dipelopori oleh Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
yang mana Guru Utama ialah Cikgu Majid Mat Isa atau dikenali
sebagai Pak Ndak Majid. Guru kanan yang lain seperti Cikgu Awang Daud
Dengar kata Cikgu Majid Mat Isa ni orang Kedah yang duduk di Gurun ka
Guar Chempedak? Saya kurang kenal pasai beliau dan juga PSSPGM
Dimana terletaknya pusat atau ibu pejabat PSSPGM?
Macam mana pengambilan murid atau ahli baru dibuat?
p/s: Maafkan saya jika ada yang tersalah kata, harap tolong
betulkan..
By: Haris on 23 Disember 2010
at 5:25 pm
Wmslm wbt…saudara tinggal kat mana.. senang sikit saya bagi info gelanggang terdekat untuk saudara hubungi.
By: abusyakirin on 24 Disember 2010
at 2:06 am
Saya tinggal kat Tanah Merah, Pendang..
By: Haris on 24 Disember 2010
at 5:30 am
kalau mcm tu pi teruslah ke gurun kat guar chempedak..pi pusat terus
By: abusyakirin on 24 Disember 2010
at 6:06 am
Ular menyusur di bawah akar, tak akan hilang bisanya..
By: Nagamerah on 24 Disember 2010
at 4:42 am
Salam.\
Mura tu aper? Jebon(cerpelai ke?)
By: tdpp on 25 Disember 2010
at 6:16 pm
yer la tu cikgu.
By: abusyakirin on 27 Disember 2010
at 12:46 am
betul..betul..betul..(pinjam kata upin / ipin)
By: Wan Kancil on 27 Disember 2010
at 2:18 am
😀
By: abusyakirin on 28 Disember 2010
at 2:32 am
bokbon bertemu senduk
By: leloh on 30 Disember 2010
at 7:40 am