Posted by: abusyakirin | 3 Februari 2011

Mata Keris DiKunci…Bagaimana nak Menikam

“Memangsaya cuba menarik keluar sarung keris untuk menikam orang tersebut, namun saya tak terdaya..ia bagaikan melekat dengan kuat..” kata Pendekar Aki Ismail

” Habis tu macam mana Aki..?” balas saya

” Itulah yang dikatakan setinggi-tinggi awan, tinggi lagi langit” jawab Aki Ismail

” Selepas itu barulah saya tahu banyak lagi yang perlu saya pelajari ” sambungnya lagi.

Ini adalah salah satu sessi perbualan pertemuan saya dengan Pendekar Aki Ismail yang mahir dalam Silat Minangkabau, Silat Pulut dan Tari. Beliau juga dikatakan mahir bermain Keris dan Pisau oleh orang kampungnya.

Apa Gerangan Menghilang Diri

Rasanya dah sebulan lebih saya tak mengemas kini blog saya ni.. Allah saja yang tahu betapa rindunya saya untuk menulis dan berceloteh di ruangan ini. Ada juga sahabat-sahabat yang menelefon dan menghantar sms bertanya kemana saya menghilang diri, kenapa sepi tanpa khabar berita. Itulah nikmat persahabatan,seperti adat pendekar, Jauh dijemput dekat diturut, Insya Allah semoga kasih sayang persahabatan kita sentiasa mendapat rahmat Allah swt.

Kenapa saya menyepi ada sebabnya, eloklah saya kongsikan sedikit pengalaman saya yang tak seberapa ini buat sahabat semua. Alhamdulillah baru-baru ni saya memulakan program ziarah bertemu mata dengan Guru-guru tua dalam pelbagai aliran persilatan. Semua ini adalah proses untuk mengali khazanah ilmu dan sejarah buat tatapan kita semua. Proses mencari ilmu perlu dipelbagaikan dan sudah tentu ianya tidak terbatas. Selagi ada Kudrat dan Iradat dari-Nya selagi itu proses pembelajaran akan diteruskan.

Walaupun Guru-guru itu ada yang bukan dari aliran Gayong, namun sejarah perjuangan beliau cukup-cukup bermakna buat diri saya, dan sudah tentu ia menjadi pencetus semangat untuk terus bergelar orang silat. Apatah lagi ada sesetengah guru yang tak lokek menurunkan sepatah selidah petua dan langkah silat buat saya. Insya Allah semua ini akan saya kongsikan dengan sahabat semua.

Rahsia Kunci Mata Keris

Kali ini saya ingin kongsikan satu petua yang diberikan kepada saya oleh Pendekar Aki Ismail yang terkenal itu berkenaan perihal Kunci Keris. Berbalik kepada perbualan saya dengan dia di atas, peristiwa itu berlaku apabila ada orang yang cuba pecah masuk ke rumahnya, namun setelah beliau sedari, beliau pantas menambil kerisnya utuk menikam lelaki tersebut. Alangkah terkejut dan hairannya bila beliau cuba menarik keluar sarung kerisnya dengan sepantas yang mungkin, tiba-tiba srung keris itu seakan-akan melekat dengan mata kerisnya. Puas di tarik sarung kerisnya tak juga tertarik keluar. Begitu juga bila cuba menarik keluar mata keris dengan menarik hulu keris, ianya sama juga.

Pendekar Aki Ismail terus mencapai sebilah  golok yang tak bersarung lalu cuba menyerang lelaki tersebut, bila melihat aki Ismail dengan sebilah golok, terus lelaki itu melompat ke tanah dan perlawanan bermula..Ringkas ceritanya, Aki Ismail dapat mengalahkan musuhnya tersebut.

Rezeki Datang Bergolek

Pendekar Aki Ismail menyatakan kepada musuhnya tersebut yang beliau sudi memaafkannya sekiranya musuhnya itu memberitahu beliau bagaimana dia mengunci keris Pendekar Aki Ismail sehingga tak boleh keluar dari sarungnya dan bagaimana cara untuk mengeluarkannya pula. Musuhnya bersetuju untuk menceritakan perihal tersebut. Lalu rahsia itu diajarkan kepada beliau. Dan sampai ke hari ini mereka berdua menjadi sahabat yang baik.

Antara petua bagaimana menghalang ilmu pengunci Keris ialah dengan cara membuang Buntut atau Hujung Sarung Keris. Walaupun sarung keris itu akan tampak cacat atau hilang serinya namun itu adalah petua yang diperturunkan Pendekar Aki Ismail kepada saya termasuk petua membaca gerak musuh dan beberapa langkah cara-cara menikam dan tangkapan keris. Selebihnya kenalah berguru dengan beliau.Jasa dan ilmu yang dicurahkan kepada saya amatlah saya hargai.

Jasa DiKenang Ilmu DiPegang

Sesungguhnya ilmu pendekar-pendekar dahulu kala sangatlah unik dan penuh misterinya. Semua ini tersimpan rapi di dada para pendekar dahulu kala. kunjungilah ia untuk menerokai ilmu dan mewarisi mutiara ilmu yang berharga.Insya Allah ada masa saya akan bertemu lagi Pendekar Aki Ismail untuk mengali khazanah ilmu yang ada darinya.

__________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Assalamualaikum, woo ustaz x pernah jumpa orang yang menggunakan sarung keris untuk mengalahkan pesilat yang bersenjata x.. sebab nampak sarung keris ini kalau yang bahagian macam kapal tu tajam juga..

    • Sarung Keris juga merupakan senjata…maknanya pesilat yang vmenggunakan keris sebenarnya telah menggunakan 2 senjata iaitu keris dan sarungnya.

  2. Assalamualaikum wahai cikgu ambo…menarik post kali ni….
    Bila cikgu cerita pasal ilmu ni barulah terjawab pertanyaan saya suatu masa dulu…. ceritanya saya pernah tengok keris lama yang memang buntut dia dah ‘hilang’…..saya ingat sebab dah lama sarungnya maka buntut dia dh hilang. Rupanya ada sebab ia begitu…terima kasih cikgu….:) Tapi sayang, saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan tuan punya keris itu kerana tuannya telah tiada….:)

    • Begitulah ceritanya tuan Pedang Sakti..setiap benda mesti ada sebab dan musababnya.. ada lemah dan ada kuatnya. kehebatan ilmu kalah pada kehebatan petua… apa pun tahniah diatas terbinanya blog tuan Pedang Sakti. lepas ni bolehlah berkongsi-kongsi maklumat

  3. salam ustaz,ambo peminat blog ustaz ni,follow sokmo. Kalu buleh ambo nok tanyo,pendekar aki ismail ni dok kapung mano?kalu betele nok jugok ambo turut ustaz gi bejale. Salam hormat.

    • dok merapoh ni jah

  4. keris pusako moyang ambo,bekali 100 tahun doh keris tu, pun takdok buntut ni,tok tahu sapo remove. Bahagian lain masih lg intact. Ambo dok ingat ko reput. Munkin ado keno mngeno dgn petuo ni. Terima kasih ustaz sbb brkongsi petuo nih

  5. akum.saya mencari keturunan seni silat spelek tok wan ali,wan johan,wan hassan KELANTAN untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih mendalan ilmu silat yang dibawa oleh beliau.

  6. salam, saya dari Indonesia, pernah mempelajari Gayong dari teman saya orang Kelantan. Gayong sangatlah hebat, aga ngeri juga kalau nak memakai silat gayong, sayapun sudah lupa sedikit2.

    Alhamdulilah seni keris masih wujud di tanah melayu,
    Ilmu Keris ini merupakan seni silat yang sudah punah/hampir menghilang di Indonesia, aliran silat2 kami tidak banyak yang memakai keris dalam bertempur, silat tanah minang, jawa, sunda, betawi tidak ada yang memakai keris untuk senjata. Mungkin di tanah Bugis ada yang pakai, tapi sepertinya kebanyakan juga pakai badik.

    Keris hanya dijadikan pusaka pegangan untuk kesaktian spiritual.

    Padahal kalau membaca hikayat2 lama pahlawan2 Majapahit mereka sering memakai senjata keris untuk bertempur.

    Sangat disayangkan keilmuan tempur keris di Indonesia seperti menghilang, mungkin akibat dulu penjajah Belanda melarang orang kami menyandang keris kemana-mana..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: