Posted by: abusyakirin | 19 Februari 2011

Pelajaran Seni Cindai dari Pak Andak Majid

“Aku nak ajar si kurang ajar,
Aku nak lepas si kain lepas;
Sebelum pagi menyingsing fajar,
Hilang nantera hilang nafas.”

SENI CINDAI SILAT SENI GAYONG

Seni Cindai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Umum mengetahui dalam silibus PSSGM (sila lihat website/blog yang mewakili PSSGM ) bahawa Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan(pukul-memukul) dan Cindai Betina(jerut-menjerut).Manakala Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah:

  1. Sauk-sauk(21 buah),
  2. Tebar(21 buah),
  3. Serkap(21 buah),
  4. Kain Tudung(21 buah),
  5. Awang Bodoh(21 buah),
  6. Pukat(21 buah), dan
  7. Kalung Puteri(21 buah).

Namun dalam PSSPGM kita mempunyai Buah Pukulan Cindai ( mungkin yang dikatakan Cindai Jantan ) Seni Tangkapan Cindai ( Mungkin Cindai Betina ) , juga Seni Cindai Basah dan kalau mengikut Ayahanda Pak Andak Majid tujuh nama-nama permainan Seni Cindai itu adalah

  1. AWANG BODOH
  2. SERKAP
  3. KALUNG PUTERI
  4. RAJA BERADU
  5. KACIP EMAS
  6. ALU PATAH
  7. SIMBAT MAUT

Jika dilihat terdapat tiga nama yang sama namun empat yang berbeza.Persoalannya sekarang bagi kita anak Gayong, adakah ianya berbeza daripada nama semata-mata atau teknik dan Seninya juga berbeza. Jawapannya mudah saja bergurulah kita untuk mengetahuinya. Kerana selagi ada gerak, selagi itu ada Gayong. wallahualam.

________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

About these ads

Respon

  1. Bergurulah sementara masih ada….:) hamba ini hanya ada cindai saja…tiada seninya…:)

  2. Salam, dapat asas cindai sahaja dari cikgu shah rizad, dalam silibus PSSGM masih belum dapat lagi…terima kasih atas perkongsian ini

    • wkmslm..
      bergurulah dengan Cg Jad tu, kena pergilah berjumpa dengan Cg Jad, dia orang banyak ilmu. Memang resmi Cg Jad mcm tu, seorang yang merendah diri.

      • btoll 2… bliau jge bkn org yg kdekut ilmu… cme kne ngn syarat, dn xlnggar amanah……

  3. Salam.. Ada sumber yang mengatakan syarat hendak mempelajari ilmu seni cindai dalam seni gayong perlu berumur 40 tahun ke atas dalilnya tempoh itu sudah mencapai 1 tahap kematang yang sempurna bagi seorang insan atau kemuncak fitrah umur manusia. Minta Al-Fadhil Sheikh Nik Iznan jelaskan???…

  4. Entahlah Nik..yang ada pada saya tujuh aje….itu pun yang betul – betul menjadi dengan saya satu atau dua jah…hok lain tu..setakat belajar jerlah. Kalau orang tanya saya kata “tak tahu…cari orang lain”.

  5. Assalamualaikum wbt…

    Sekadar ingin mendapatkan kepastian dari Cikgu…

    Saya pernah mendengar daripada salah seorang guru Gayong (..minta maaf, saya terlupa nama guru..), bahawa Almarhum Dato’ Meor ada memberitahu bahawa salah satu kaedah untuk mempelajari ilmu seni cindai ini dengan bertapa/berlatih/berwirid berseorang di dalam bilik/ruang gelap bersama2 dengan kain cindai serta pisau lipat/nipis…

    Wallahua’alam

    • Sila lihat artikel terbaru

  6. sebenarnya ada banyak lainnya..untuk tapak yoi..pokcik dah ambil pelajaran tu kat ckgu jad hehehe…hari tu cikgu iznan pi rumah dia kat rompin kawan tak sempat nak jumpa ngan nik iznan kalau boleh kawan nak berguru mengenai amalan ngan nik iznan plak…kawan tau cerita dia…untuk bro tapak yoi yang gayong malaysia pun pokcik dah belajar yang kata cindai jantan tu ap dan cindai betina tu apo..hehehe…cuma dalam gayong pusaka memang ianya berseni, klasik dan memang ianya pelajaraan tua..kalau nak amalan kena tanya tuan blog ni …tapi tak tau pulak bila setiap buah tu seperti sauk ada 21 trebar ada 21 hehehe… tak pernah dengar la pulak…hehehehe

    • Tuan KiaiSepuh..saya mana ada pelajaran semua tu..Cg Jad itu yang banyak menyimpan rahsia… pasal bilangan buah ada 21 tu saya hanya rujuk pada blog2 yang mewakili PSSGM..kalau salah saya memohon maaf.

  7. assalamualaikum..
    hehehe tuan iznan aduh! jangan la minta maaf…betul kata tuan. tuan merujuk kepada blog2 lain..cuma saya pun tak pernah dengar..bukan apa..saya dengan cikgu jad dari Universiti belajar silat. Dua dua pertubuhan saya masuk…cuma saya bimbang dakwaan aja yang kata setiap cara cindai ada 21…tapi kalau betul ada takpa bleh kita belajaq hehehe….apa pun kalau ada rezeki panjang umur kalau tak sempat ngan Ayanhanda Pakndak Majid mungkin saya nak berguru ngan cikgu nik iznan. heheh betul kata cikgu ..cikgu jad memang banyak rahsianya banyak juga yang saya tahu dari beliau cuma saya rasa sangat rugi sebab waktu kat universiti dan semasa duduk serumah sekali saya tak kaut banyak2 ilmu yang ada pada dia huhuhu…

  8. Caption yang terdapat pada gambar ADMAR bersama 4 murid awal di Singapura:

    Tertera gambar di atas ialah Mahaguru Silat Seni Gayong bersama anak-anak muridnya. Pengenalan paling kiri sekali ialah Mahaguru Meor Abdul Rahman, 2. Ahmed Suni, 3. Jonet Hanim, 4. Salim, dan yang paling kanan itulah Hosni Ahmad, atau Hosni Bachok namanya yang sebenar. Pernah dihebahkan di dalam suratkhabar yang beliau adalah Bapa Harimau dan tidak mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada sesiapa pun, tetapi sebenarnya beliau adalah Anak Harimau atau Ekor Harimau dan yang di hadapan itulah Kepala Harimau.
    Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu: Tapak Gayong(permulaan tapak silat), Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong), Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata), Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang), Seni Yoi (buah pukulan), Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan Seni Cendai (tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cendai ialah: Sauk-sauk, Tebar, Serkap, Kain Tudung, Awang Bodoh, Pukat, dan Kalung Puteri.

  9. Assalamualaikum kepada smua guru dan saudara segayong….em…cindai…lama xtengok n main…sy tak tahu sangat…cuma pasal tapak yoi ni saya pernah alami pengalaman yg lain skit lah….dari umur saya 13 tahun hingga 22 tahun berat badan saya xberubah…53kg-54kg-55kg je…tak naik lebih dari tu…sy rasa tapak yoi ni da peringkat lain la..dan saya da lama tidak mengamalkannya..ada jugak saya cuba2 main balik tapi dah tak dapat buat macam dulu…tapi saya rasa ianya satu seni yang sangat unik dan perlukan teknik pernafasan serta beberapa amalan lain..
    (hanya berkongsi harap maaf kalau hamba silap berbahasa..)

  10. mohon perkongsian ilmu daripada Mahaguru2 sekalian..utk pendedahan bg pelajaran mahaguru2 delima 7..trima kasih diucapkan..moga ilmu yg diambil oleh sy di sini dihalalkan dan dibenarkan utk diajar :) assalamualaikum :)


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 66 other followers

%d bloggers like this: