Posted by: abusyakirin | 14 April 2011

Dokumentasi Amalan Kebatinan Silat Seni Gayong

“Apabila seorang insan meninggal dunia, maka terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya]” Sahih Muslim : 3/1255 : hadis no : 1631.

Alhamdulillah sebesar-besar kesyukuran saya panjatkan kerana dapat juga saya menyiapkan sebuah buku yang diberi nama Dokumentasi Amalan Kebatinan Silat Seni Gayong. Terlalu berat rasanya tugas , untuk menyusun sebuah buku berkaitan amalan kebatinan ini. Di dalam menyiapkan Dokumentasi Amalan Kebatinan Silat Seni Gayong ini, saya amat terhutang budi kepada semua yang telah memberi sumbangan ikhlas secara langsung atau tidak,Terutamanya kepada Ayahanda YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa di atas segala ilmu Gayong yang telah beliau ajarkan, Tidak lupa juga buat Ayahanda dan Bonda serta keluarga yang banyak memberi semangat dan sumber inspirasi kepada saya dalam perjuangan Gayong ini, juga buat seluruh sahabat yang bersama meneruskan perjuangan ini.

Dokumentasi ini adalah arahan dan permintaan daripada Ayahanda YM Dato Raja Abd Majid b Raja Mat Isa agar saya menyiapkan satu salinan ilmu yang telah beliau ijazahkan kepada saya sebelum ini di bukukan agar ianya tidak luput dari ingatan, juga menjadi sebagai bukti bertulis variasi ilmu yang merupakan salah satu cabang ilmu dalam Silat Seni Gayong. Ianya adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada Gurulatih – Gurulatih yang sekiranya mendapat ijazah amalan kebatinan daripada Ayahanda YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa.

Kebanyakan amalan-amalan yang dikongsikan di sini tidak dihuraikan secara detail kaedahnya yang sebenar. Ini mengelakkan daripada anak Gayong mengamalkan tanpa pengijazahan dari Guru yang berkelayakan. Ini, boleh dijadikan sandaran untuk anak-anak Gayong semua mencari atau mengadap Guru untuk menerimanya secara kaedah berguru yang sebenar yakni bermusyafahah dengan Guru..Jika mengadap Guru,maka setiap rahsia amalan itu akan diperjelaskan.

Sebenarnya,banyak lagi KERAHSIAAN ILMU-ILMU KEBATINAN GAYONG belum TERBONGKAR. Ianya ada dalam simpanan Ayahanda YM Dato Raja Abdul Majid b Raja Mat Isa yang mendapat secara terus dari arwah MAHAGURU Dato Meor Abdul Rahman, arwah Daeng Meor Abdul Aziz, arwah Daeng Uda Mohd Hashim juga dari arwah Tuan Guru Hj Husin Dol. Carilah dan jangan sekali-kali sisihkan Guru kita ini. Jika Guru kita pinggirkan,maka semakin jauhlah ilmu-ilmu Kerahsiaan ini dengan anak-anak Gayong semua…Gerak Gayong Gerak Berseni Gerak Bayang Gerak Rahsia

Semoga dokumentasi ini adalah permulaan untuk kita memahami hakikat atau rahsia ilmu kebatinan yang Allah anugerahkan buat umat Islam amnya dan kepada anak Gayong khasnya. Walau bagaimanapun segala ilmu perlulah berguru baru kita akan faham. Jangan sesekali belajar tanpa guru kerana ia boleh memberi kefahaman yang salah, apatah lagi guru itu bukan guru yang Mursyid. Perlu di ingati bahawa dalam mencari sesuatu fadilat amalan, kita juga perlu mencari Hidayah. Cubalah dengan sedaya upaya kita untuk memahami maksud dan menghayati zikir yang kita wiridkan.

Memahami hakikat Karamah dan Maunah memang memerlukan satu keyakinan yang penuh kepada Allah. Namun begitu Al-Quran telah menyebut berulang-kali bahawa beriman kepada Allah dan Rasul serta meyakini bahawa bertaqwa kepada Allah merupakan sebab yang membawa kepada kesenangan hidup yang berpanjangan, kemenangan ke atas pihak musuh, serta mendatangkan izzah dan karamah kepada orang mukmin Inilah dia hamba yang sebenar terhadap Tuhannya dan mendapat pertolongan dari Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat, seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menolong mereka yang menolong agamanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. [Al Hajj: 40]

اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Al-Faqir ila awfi Rabbihi

Nik Iznan Musyahmi B Mohamed

_______________________________________________________________________

Advertisements

Responses

  1. Salam Cikgu Ambo…..
    Terima kasih di atas ‘catatan’ yang penuh makna….:)

  2. bila nak terbitkan kalau ada rezeki nak pi belajar kat nik iznan pula…

  3. Paling menyedihkan bila ada orang Gayong mengambil ilmu hitam (berdamping dengan jin, untuk cepat hebat) dan mendakwa ilmunya itu ilmu Gayong. Suka menjatuhkan orang dengan cara kotor, sudah bosan dengan cara melemparkan fitnah, guna pula cara halus. Paling paling paling menyedihkan lagi, bila ramai orang yang beraliran putih hanya diam membisu tidak menentang bila orang yang beraliran hitam itu berada di hierarki atas pimpinan satu pertubuhan Gayong. Nasib orang yang beraliran putih: mereka dipijak-pijak, dihenyak, dilanyak, dipinggirkan sehingga merajuk.

    Saya bukan orang lama gayong. Hanya seorang budak. Baru mengenal gayong setahun jagung, mula tahun 2007. Ilmu baru secetek air longkang. Diserang secara kotor dan HALUS oleh orang Gayong yang duduk di takhta bersandang berbelang-belang berbengkung bercula-cula. Saya merajuk dengan Gayong. Nak belajar lagi pun dah fobia.

    • Datang le, ke Kepong, Taman Desa Jaya – Insya-Allah ada perbezaan. Pertama, kami menekankan faham dari tahu. Kedua, nak berperang kena pakai kederat tak de nak pakai yang bukan – bukan. Ketiga, kalau nak Ilmu silat silalah bertandang, tapi kalau nak belajar silibus sahaja rasanya gelanggang lain pun boleh kot. Apa macam ada berani.

      • Berdasarkan ayat “Apa macam ada berani” di atas, saya harap saudara [cikgu] Wan Kancil tidaklah terasa dengan komen saya di atas. Ya, saya diserang secara halus oleh orang Gayong. Maksudnya, santau lah tu. Tak fahamlah macam mana orang jenis macam ni boleh dapat bengkung hitam dan sandang.

        Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya tahu tidak semua orang Gayong begitu. Tapi macam biasalah, saya ambil satu kronologi mudah: seorang wanita ditinggalkan teman lelaki, akibatnya dia mengambil masa yang sangat lama untuk mempercayai lelaki-lelaki lain. Kronologi yang mudah bukan?

        Ya saya mahukan ilmu silat yang mampu mengubah seseorang termasuk saya supaya menjadi manusia yang berguna dan beriman, bukan manusia yang mengaku anak Gayong tetapi selalu panas baran pantang ditegur kalau ditegur mesti mahu dibunuh tujuh keturunan si penegur kononnya atas dasar membela agama Islam dan perjuangan membela Gayong dan Melayu.

        InsyaAllah nanti kalau saya dapat kerja di area Selangor/KL saya akan ke gelanggang saudara [cikgu] Wan Kancil.

  4. Ada berani tu tag line saya, pasalnya ramai juga yang katanya nak berkunjung tapi rupanya tak jumpa jalan agaknya. Tak apalah, silat apa pun yang di belajar, paling tidak selidik dulu gurunya siapa — maksudnya dari segi syariat macam mana. Macam nik ni, kira hebat dah sebenarnya — kalau dekat dengan cikgu nik ni, lebih baik awak belajar dengan dia, dunia dapat akhirat Insya-Allah tak ketinggalan.

    Saya ni ibarat ilmu kurang cakap lebih, hebat tidak, gagah jauh sekali — kalau setakat nak selangkah dua boleh sahaja nak lebih cari yang lainlah. Cuma istimewa kat Desa Jaya, Kepong — bukan saya yang mengajar, cikgu Mufti yang mengajar saya menumpang aje.

    • amboi..jgn puji lebih-lebih saudaraku..nanti timbul riya’ dan ujub.. Alhamdulillah pakat-pakat belajar dan berkongsi ilmu.

    • salam,abg wan kancil,saya nie da lame da nak belajar silat, tapi x tau la dkat mne area desa jaya nih??bleh abg sugest x dkat saye??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: