Posted by: abusyakirin | 9 Mei 2011

Firasat ADMAR sebelum 13 Mei

Salamun Alaik,

Sudah begitu lama saya menyepikan diri dalam menulis coretan di blog saya ini. Alhamdulillah kemudahan internet sudah dapat digunakan kembali. Rasanya banyak sekali yang ingin saya coretkan. Namun setelah berdiam diri lama, maka penyakit malas mula membiak dengan cepat..ūüėÄ

Baru-baru ini saya ada berbual dengan Ayahanda PAk Andak Majid berkisar sejarah Gayong..dalam masa dia bercerita, kelihatan air mata mengalir dikelopak mata dia bila teringatkan Gelanggang Gayong di Pokok Asam Taiping yang mana beliau katakan sudah tidak ada apa yang tinggal. Disitulah rumah Daeng Uda Mohd Hashim ( Tok Uda ), tempat Pak Andak selalu berlatih dan di bawah pokok manggisdi s itulah banyak ilmu dan petua yang dicurahkan oleh Tok Uda dan Admar kepada beliau. Di sini lah barisan anak-anak muda Melayu di latih untuk mempertahankan dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Namun yang tinggal sekarang ialah sebidang Tanah yang dipenuhi semak samun.

Tapak Asal Rumah Tok Uda di Pokok Asam Taiping

¬†Alhamdulillah selepas pulang dari AGM PSSPGM tempohari saya singgah sekejap di rumah Cikgu Sazali di Changkat Jering dan meminta beliau membawa saya¬†untuk melihat sendiri rumah peninggalan Tok Uda,memang yang tinggal hanyalah tanah tapak rumah semata-mata, tiada kesan peninggalan yang lain yang boleh generasi Gayong sekarang lihat. Betapa pilunya hati Pak Andak tidaklah dapat saya selami¬†, lantas saya¬†teringatkan pepatah “Tempat jatuh lagikan Dikenang inikan pula tempat bermain” mungkin itu lah yang mampu saya katakan.

Kemana Hilangnya keprihatinan anak-anak Gayong terhadap warisan bernilai ini..adakah Habis Madu Sepah Dibuang

Saya juga berkesempatan membawa isteri dan anak-anak saya yang teringin melihat sendiri rumah peninggalan ADMAR. Sekali lagi kami terharu bila melihat keadaan rumah ADMAR yang semakin uzur, ekoran dibiarkan terabai dek kerana perebutan tanah pusaka antara waris-waris ADMAR juga kesan akibat projek landasan keretapi GAMUDA.

Rumah yang dulunya dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat termasuk Sultan,Pemimpin Negara dan anak Gayong. Kini terbiar sepi tanpa dibela nasibnya

Saya dan Cikgu Sazali beserta murid saya iaituShamsul mengambil kesempatan untuk melihat keadaan terkini rumah ADMAR dari dalam. Keadaan rumah cukup teruk dan air bergenang separas betis, akibat limpahan mata air.

Misteri Mural yang dihasilkan oleh ADMAR sebelum Peristiwa 13 Mei 1969

Saya bertanyakan misteri mural yang ADMAR lakarkan di dinding rumahnya kepada Cikgu Sazali. Mengikut cerita Cikgu Sazali kepada saya, mural itu dihasilkan sendiri oleh ADMAR sebelum peristiwa 13 Mei 1969. Ada banyak mesej yang ingin ADMAR sampaikan dalam mural tersebut antaranya ialah

 1.Telur di Hujung Tanduk, begitulah keadaan Melayu ketika itu

2. Keris yang mampu mengimbangi Telur dan Tanduk ( membawa mesej dengan perjuangan sebenar melalui wadah Silat Seni Gayong, yang akan menyelamatkan Islam,Melayu dan Tanah Air kita ini.

3. Kubur di setiap penjuru di bawah Lukisan itu menunjukkan sekiranya telur itu terhempas maka keturunan Melayu akan pupus.

4. Tanglong menunjukkan komunis akan merampas kuasa dan jika diperhatikan tanglong itu menghasilkan titisan warna kuning dan Merah dimana agama Islam, kedaulatan raja-Raja Melayu, dan bangsa Melayu akan hancur jika ianya berlaku.

5. Mata yang menangis air mata biasa namun diakhiri dengan air mata Darah. ini menunjukkan kita perlu berjuang habis-habisan hingga titisan darah terakhir.

6. Kucing Hitam mungkin merujuk kepada kumpulan kucing Hitam yang merupakan kumpulan Risikan Gayong yang membawa maklumat atau berita.

Begitulah serba sedikit yang mampu saya kongsikan. Namun hakikatnya masih banyak rahsia disebalik Mural itu yang belum terbongkar. Warna mural itu sampai sekarang masih tak luntur. Alangkah baiknya kalau rumah itu dapat dipulihara, terutama dinding mural itu,agar dapat menjadi tatapan buat anak Gayong yang akan datang. Saya berharap agar kita selaku anak Gayong dapat bersama-sama memikirkan untuk memulihara khazanah berharga ADMAR ini.

Pandangan Belakang Rumah Pusaka ADMAR

Terima kasih Cikgu Sazali yang banyak membantu saya sekeluarga. Insya Allah ada masa kita akan bertemu lagi menyelusuri jejak sejarah ADMAR.

___________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

‚ÄúAku Dan Gayong‚ÄĚ

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Salam, ya saya setuju sekiranya PSSGM (Malaysia), PSSPGM (Pusaka), PSSGWM? (Warisan), PSSGSM? (Serantau) dan sealiran dgnnya…menghubungi Arkib Negara atau Muzium Negara dan Persatuan Sejarah Malaysia, utk membuat projek baikpulih & seteruanya dijadikan Pusat Latihan & rumah ADMAR sebagai Warisan Sejarah Malaysia (spt P. Pinang & Melaka yg menjadi Warisan UNESCO).
    saya juga dimandi-senikan , juga khatam Qulhu di Pusat Latihan ini.

    Sayang & sedih dgn pusaka sejarah persilatan Melayu….adakah org Melayu lupa dgn sejarah perjuangan nenek moyang mereka & rakus dgn kuasa & harta dunia sahaja? Sama2 kita renung & buat sesuatu!

    • Assalamualaikum wbt..saya setuju dengan pendapat Cikgu.. Alangkah baik sekiranya duit mandi adat yang diberikan kepada waris mahaguru bagi setiap pertubuhan di satukan dan digunakan untuk memulihara khazanah Silat Seni Gayong ini.

  2. salam cikgu. apa update ttg projek keretapi tu? yg sy dengar dulu2, diorg kata rumah akan diroboh utk bina jalan keretapi.

    • waalaikumussalam wbt, menurut Cg Sazali rumah itu tidak dirobohkan kerana semasa Dato Seri Nizar jadi MB dulu dia dah meminta Gamuda agar tidak merobohkan rumah pusaka ADMAR. Itupun setelah ex Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu Dr Fairus Khairuddin menghubungi Dato Seri Nizar berbincang tentang rumah Pusaka ADMAR ini.

  3. sedihnya tgk..teringat thn 2005 melawat rumah ni..kt situ la tempat kami bermalam..kami sendiri pn xtahu apa yg harus dilakukan utk menyelamatkn warisan ini..xde siapa yg peduli..

    • Segalanya diatas batu jemala waris ADMAR dan AJK Pusat yang ada sekarang..kita yang tiada apa hanya mampu berdoa.

  4. Assalamualaikum wrb.
    Saudara Abusyakirin. Sedih, pilu dan tiada suara yang dapat ditangiskan bilamana kita cuba mengenang dan mengingat kembali sejarah serta perjalanan yang amat dikasihi ADMAR. Sebagai salah seorang anak murid yang diperlimautapakkan sendiri oleh ADMAR di Gelanggang Sabak Bernam (masa tu Dato’ Hj. Zainal Bin Dahlan adalah pengerusi PSSGM Sabak Bernam/Pegawai Daerah) amat amat bersetuju agar Gelanggang Asal dan rumah ADMAR dibaikpulih lalu dimasyhurkan semula sebagai Pusat Latihan Terringgi PSSGM .Amin

    Nor Azman A. Aziz.
    Gerlanggang Tok Jenai (PSSGM), UPSI, Tg. Malim.

    • waalaikumussalam wbt,
      Alhamdulillah dan Terima Kasih di atas kesudian Cikgu Azman yang sudi menjengah blog saya yg tak seberapa ini. Memang saya menyokong sepenuhnya cadangan yang Cikgu lontarkan. Saya rasa sudah tiba masanya seluruh anak Gayong bertindak untuk memulihara warisan Pusaka ADMAR yang masih ada. Saya ibarat anak, Cikgu-cikgu semua ibarat bapa kepada kami..sebarang usaha baik kami semua sokong dengan sepenuh hati. Kenapa tidak Duit perlimau Tapak dan Seni yang bahagian Waris ADMAR kita salurkan untuk tabung pemuliharaan Khazanah ADMAR ini. Sekarang saya hanya mampu berdoa agar Allah swt mempermudahkan segala niat yang baik untuk menjaga warisan ADMAR. Semoga pertelingkahan diantara waris-waris ADMAR diatas Hak pemilikan Tanah ini dapat diselesaikan dengan segera..wallahualam

  5. salam alaik ustaz nik dan cikgu2 sekalian…..
    sesungguhnya pengalaman ilmu itu ada tiga paras…
    ilmu di telinga…(bila dengar cerita)
    ilmu di mata…(bila dapat melihat sendiri)
    dan ilmu di hati…(merasa sendiri)

    orang yang tidak merasa dan “bertapak” (ilmu di telinga) di rumah ni pun terasa pilu dan sayang..apatah lagi orang2 yang merasa sendiri pengalaman di rumah pusaka ini..

    apalah sangat kalau boleh di pelihara semula tapak rumah ini…berikutan apa yang saya faham….ramai anak2 gayong sekarang “senang” dan ada juga orang2 kenamaan…sayang lah jika tidak di pelihara rumah pusaka ini…
    harap ada suara2 yang tegas dalam menjalankan

  6. boleh x sya copy artikl2 ni???utk dri sdri dan rkn2 s’gyong yg lain???

    • Silakan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: