Posted by: abusyakirin | 10 Mei 2011

Amalan Kebatinan Seni Yoi

Salamun alaik,

Cikgu Jebat dan Arwah Cikgu Zulkarnain

Rasanya semua sudah sedia maklum akan kehebatan Seni Yoi yang ada dalam Silat Seni Gayong. Biasanya bila dah masuk bengkung Merah ke atas maka pesilat akan diajar permainan Tapak dan buah yoi.

Asal Perkataan Yoi

Ada yang mengatakan Yoi adalah langkah dan gerakkan licik untuk menipu musuh yang lebih besar, banyak dan digunakan ketika lokasi pertempuran yang agak licin,sempit dan sukar.

Sebenarnya ia adalah bahasa orang sebelah Utara yang bermaksud Tanah Lumpur, Pasir Jerlus dan sebagainya. Jadi sudah tentu Seni Yoi ini mengambarkan satu ilmu meringankan badan. Bagaimana kita nak menyelamatkan diri sekiranya kita terpijak di kawasan pasir jerlus atau tanah yang mendap yang akan menyedut kita masuk kedasarnya.

Saya teringat kembali pertemuan antara saya, Cikgu Saiful Hakim France dan Cg Hj Awang Daud di rumahnya pada tahun lepas. Kunjungan itu adalah kerana Cg Saiful Hakim ingin mendengar kepastian dan penjelasan berkenaan Seni Yoi.sila rujuk blog dia di alamat http://narapatinantaboga.blogspot.com/2010/08/yoi-yang-dicari-rajawali-yang-datang.html

Dalam pertemuan itu Cg Awang Daud telah menceritakan bagaimana Seni Yoi ini memang hebat, dan ada amalannya bukan setakat belajar tapak dan buah pukul semata-mata. Dikatakan bila seseorang itu beramal dengan amalannya yang sebenar dia akan dapat melompat dengan tinggi dek kerana menguasai ilmu meringankan badan, misalnya ada orang dulu-dulu yang dikatakan beramal di dalam perigi buta, selepas tempoh tertentu, maka dia melompat keluar dengan mudah sekali.

Begitu juga cerita daripada guru saya Pak andak Majid yang mengatakan bagaimana pendekar dahulu kala ketika melawan penjajah dapat melompat dari tebing sungai sebelah sini ke tebing yang satu lagi dengan cukup mudah. Ini semua adalah Seni Yoi. Banyak yang kita dengar tentang kehebatan Mat Kilau dan Dato Bahaman yang mampu menyeberangi Sungai Semantan dengan sekelip mata sahaja. Kalau bukan ilmu Seni Yoi..apa lagi.

ADMAR selalu bercerita tentang bagaimana dua orang Pendekar bertarung diatas batang kelapa yang terapung di sungai tanpa ada yang terjatuh, walaupun pertarungan itu agak sengit dan bersenjata. Ini menunjukkan kehebatan ilmu para pendekar dahulu kala.

Amalan Seni Yoi

Aksi Singa Malaya Cg Amin Hamzah di umur 50an dan seberat 80kg

Sudah tentulah Seni Yoi mempunyai amalan yang khas, dan kata Pak Andak untuk beramal, anak Gayong wajib khatam alIkhlas sebagai syaratnya. dan selapas itu jika menurut firasat guru anak Gayong itu layak maka akan diperturunkan amalan itu. Semuanya terkandung dalam ilmu Hulubalang. Justeru itu kita semua dapat simpulkan bahawa Seni Yoi ini, tidak lengkap sekadar mempelajari Tapak dan Buahnya saja. Bergurulah dan carilah guru-guru lama yang mahir dalam Seni ini.

Apapun mengikut pesan kedua-dua guru saya, bila kita dah kuasai Yoi maka barulah layak mempelajari Seni Rajawali. Moga dipertemukan di lain kali.

wallahualam

______________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. salam alaik ustaz….mmg menarik entry kali ni….saya ada dengar cerita berkenaan pakndak majid dan paksu awang ber “sparing” di bendang…menurut ceritanya …bendang yang dalam tidak termakan sampai lutut..bahkan bukan lutut..buku lali pun tak termakan selut….sangat hebat seni orang lama….berkait rapat dengan level dan kualiti amalan …mudah2an dapat lah seni di d pelajari….Allahumma ameen

    • Rajin-rajinlah turun ke Gurun insya Allah ada manfaatnya nanti😀

  2. ..syabas buat cikgu syakirin kerana menyelongkar ilmu/petua/rahsia gayong buat tatapan kami yg masih kehausan…
    ..saya mendoakan agar usaha cikgu mendapat rahmat dari Allah subhnahu wataala dan mampu membuka hati anak2 Gayong yang tertutup hatinya…

    • sampaikanlah walau satu ayat…itulah matlamat saya.

  3. ..ada juga cabang seni lain yang dinamakan ilmu sapu angin atau enteng badan…..ada yg mampu bersilat di atas lalang tanpa lalang tersebut rebah….namun bukan dari perguruan gayung…subhanallah

    p/s: Sekadar berkongsi pengalaman betapa dunia persilatan Melayu yang ASLI sememangnya hebat, insyaAllah…salam pendekar

    • Assalamualaikum wbt..ilmu sapu angin dan Seni Yoi adalah hal yang sama😀 dan ianya ada kaitan dengan ilmu lipat bumi. Memang saya bersetuju dengan pendapat tuan, Ilmu Silat Melayu memang Tinggi Kehebatannya.

  4. Yoi bukan ilmu yang enteng,
    Pakaian hulubalang zahir dan batin,
    Tuah melangkah meniti angin,
    Laksana si Rajawali melompat ranting,
    Lipat Bumi kepunyaan Zulkarnain,
    Sulaiman memakai Serapah Angin.
    Ditiru direka manakan mungkin,
    Kerana berhak bagi yang berdamping,
    Damping bukan sebarang damping,
    Pada yang satu Al-Quranul Karim….

    • Elok parang kerana berhulu
      Elok hulu kerana tergenggam
      Elok orang kerana berilmu
      Elok ilmu kerana berfaham

      Sebenar ilmu ada hakikat
      Dikuat pula amalan syariat
      Ditambah dengan ilmu makrifat
      Berpakaian pula dengan isyarat

  5. Salam ustaz.. ilmu kaki jirim12 nabi sulaiman pulak macam mana? jenis ilmu yoi jugak ke?

    • wkmslm. tak pasti…

  6. as slm…sekdr bertnya..adakah amln kebtinn ni ada unsur2 menyimpng disisi agama?diakui ilmu silat memng hebt..malah boleh mengalahkan tomoi insyaallah..tp smua kehbatn ini dari Allah yg membri ilham kepada mnusia utk meghasilkn ilmu2 seni ini,,,seni memperthnkn diri lain hebat juga..cuma saya terkilan tk dapat beljr silat dari kecil..di sekolah selalu di buli…

    • wmslm..Alhamdulillah, semua amalan adalah dengan bacaan ayat suci alQuran.

  7. terima ksih…saya bru bljr silat cekak..minat juga silat gayung tp tk ada peluang lagi..

  8. siapakah panglima bernama gayong yang gagah perkasa dan mencintai allah juga rasulnya . ia mengajak manusia membuat ibadah serta amal kebaikan dan dikatakan ia panglima gayong pertama di atas muka bumi ini di minta tunjuk ajar

    • Wallahualam..saya tak pasti.

  9. nie mgkn out topik skit,,,btl ke ilmu para wali lg tnggi dri ilmu para pndekar?sbb dlu pnh dgr citer yg mat kilau dtg ke Terengganu untk berlindung di sana..beliau berjumpa dgn wali Allah iaitu tokku paloh..klau org Terengganu pnh dgr nama tu…di sana mereka bertukar2 pendapat pasal ilmu kebatinan dan persilatan..selepas tu mereka menguji ilmu masing2..semasa mat kilau hndak mnyerang tokku paloh…dgn sekelip mata tokku paloh hilang lepas tu tiba2 berada di belakang mat kilau dan trus mngunci pergerakkan mat kilau..adakah itu ilmu lipat bumi?maaf..hmba cme bertnye je…pasal citer nie wallahualam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: