Posted by: abusyakirin | 19 Mei 2011

Kisah Tok Ulung

Salamun alaik,

( Aksi Cikgu Jebat dan Arwah Cikgu Zulkarnain )

Kisah Tok Ulung

Ada satu cerita dari guru hamba…….Bila sampai kat Taman larangan, Hang Tuah 5 saudara pergi  untuk melihat Tuan Puteri. Terkejut lah Tuan puteri lalu melarikan diri. Di bawa angin kain tudung nya keatas pokok buluh di tengah kolam. …lalu melompatlah laksamana Hang Tuah mengambil kain tudung itu, Kata guru..tudung tak koyak, buluh tak bergoyang dan air tak berkocak…hebatkan ilmu Hulubalang Melayu

Dalam taman tu ada pokok kelapa genting batangnya.kalau di panjat takut patah jadi sekali lompat Tun Tuah ambil buah 5 biji untuk di minum untuk mereka berlima siap dengan paras buka untuk minum, lalu kata Hang Jebat dia pun boleh buat jugak lalu di lompat, siap potong batang kelapa tu.Habis tumbang kelapa kesayangan Betara Majapahit. Memang Hang Jebat sengaja ingin menjual dan ingin tahu adakah Betara Majapahit ingin membelinya..

Hakikatnya

Kita bila melangkah biar beranak, menjemput ada bersurut, maju biar membunuh, menumbuk biar buah tak sudah. Bila mengambil membawa padah.Lawan rebah tak bangun sudah. Selagi bergerak dia patah.Langkah ting-ting  mula nya langkah, hendak menjemput datangnya buah, tak akan sampai buah jika langkah tak sudah, kita ambil dengen membunuh langkah. Melompat kijang mainan Laksamana, langkah bunuh juga diberi nama. Sekali lompat  bertukar langkah, di atas angin berpencak tak sudah.

wallahualam..

___________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Mengijang atau kijang emas pun sejenis permainan yoi juga. Silat – silat melayu belah Johor banyak juga menggunakan kaedah mengijang — semisal Sendeng.

    • Benar sekali.

  2. kita panggil lenting murai.. he he..

    • Alhamdulillah..indahnya bahasa istilah persilatan bagi setiap perguruan

  3. Terima kasih di atas ‘pencerahan’ itu cikgu….:)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: