Posted by: abusyakirin | 9 Jun 2011

Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita….

 

“Senangnya menulis Blog Silat.., payah apa cuma bercerita.. bukan ada apa pun. Patutla ada orang yang suka nak menulis blog tu. Tapi jangan syok sendirilah seronok menulis blog kerana penetuan hebat mengajar adalah bila kita berlawan secara betul”

Itu adalah ayat-ayat cinta yang menerjah ke telinga ku…entahlah apa maksud yang cuba disampaikan oleh seorang insan pada tempohari.. sukar untuk ditafsirkan.. Semuanya kerana Bercerita..ya cerita ada apa dengan cerita. Apakah perbezaan bercerita dengan berbual..? Samakah bercerita dengan mengira..?

‘FADHILAT’ BERCERITA

Cerita membantu mengekalkan maklumat kerana fakta dan cerita menjadikan kita pengguna otak kanan dan otak kiri secara aktif. Itu pandangan saya.

Kita mungkin sudah lupa kepada peranan cerita. Kita anggap cerita ini sebagai suatu aktiviti yang membuang masa, dan menggambarkan kelemahan minda kerana cerita jarang ada nota kaki untuk menyolek tulisan agar nampak ilmiah.

Kita lupa kepada sejarah yang panjang tentang peranan cerita dan tukang cerita.

Di Eropah, sebelum teknologi pembiusan mencapai taraf kemajuan yang ada, doktor bedah menggunakan khidmat tukang cerita untuk mengkhayalkan pesakit. Hebatnya kesan cerita!

Kaedah yang sama juga saya kira digunakan secara bijaksana dan efektif oleh Tok Mudin dalam tradisi masyarakat kita. Selepas sireh ’sakti’ dikunyah dan badan kecut direndam mandi di dalam air, Tok Mudin akan rancak berceloteh dengan ‘pesakitnya’ yang sedang duduk di atas batang pisang.

Pelbagai kisah dikongsi bersama sambil tangannya mengasah pisau (malah buluh) dan zap zap zap…. mission accomplished!

Malah kita tidak perlu lari jauh, kerana pendekatan dakwah Nabi SAW juga kaya dengan cerita. Ketika baginda SAW berusaha membina jiwa yang kental di kalangan para sahabat untuk bertahan dengan tekanan dan penindasan yang dilakukan oleh Kuffar Mekah, baginda SAW tidak preaching semata-mata.

“Bersabarlah… sabar itu sebahagian dari iman”

“Jika tidak sanggup berkorban, jangan cakap tentang perjuangan”

Apakah itu nada Nabi SAW mentarbiyah sahabat?

Pendekatan baginda SAW sungguh hidup. Sungguh manusiawi. Antara elemen penting, adalah pada memanfaatkan cerita.

Demi menerapkan maksud sabar dan cekal ke jiwa sahabat, baginda SAW tidak hanya berceramah atau berdialog secara ‘ilmiah’. Baginda bercerita.

Untuk maksud dan faham sabar itu terserap ke jiwa para sahabat, baginda SAW mendatangkan misalnya kisah Ashab al-Ukhdud. Kisah yang membekas di jiwa setiap sahabat yang mendengarnya. Malah jiwa itu diketuk-ketuk pula dengan irama surah al-Buruj yang ‘merasuk’. Mesej untuk meneguhkan iman… disampaikan dengan lenggok bahasa yang tinggi, bermain dengan ragam bahasa, rhyme ( ) secara efektif dan tidak menjemukan.

Mesej Rabbani itu disampaikan secara yang sungguh hidup lagi manusiawi, bukannya kaku, sejuk dan beku.

Nabi SAW sangat banyak menyampaikan cerita, tetapi cerita itu difaham oleh kita sebagai Hadith. Apabila cerita dilihat sebagai hadith, maka kita berfikir secara yang sangat teknikal, hingga unsur-unsur kemanusiaan dalam pendekatan Nabi SAW tercicir daripada proses pengambilan itu.

Dakwah yang dikatakan berteraskan sunnah jadi sungguh hambar, bosan, tidak lagi seperti dakwah Nabi SAW yang hidup, bertenaga lagi manusiawi

KITA ADA CERITA SENDIRI

Jika kita perhatikan kepada siri buku motivasi seperti koleksi Chicken Soup oleh Jack Canfield, The 7 Habits oleh Stephen Covey, serta Your Road Map for Success oleh John C Maxwell, kesemua buku ini mempunyai dua versi. Versi pertama ada buku utamanya manakala versi kedua adalah workbook yang menyusul.

Mengapa workbook?

Ketiga-tiga buku yang membentuk manusia ini, kaya dengan cerita. Dan setiap kali kita mendengar dan membaca cerita yang dipaparkan, kita akan mula teringat kepada cerita kita sendiri. Kita juga mahu bercerita. Kita juga mahu mengaitkan cerita itu dengan cerita kita. L

Apabila saya bercerita, pembaca juga terpanggil untuk berkongsi pengalaman. Itulah ‘kuasa’ cerita. Ia menjadi alat yang efektif untuk mengikat pendengar atau pembaca kepada apa yang ingin kita sampaikan.

CERITA DAN KEIBUBAPAAN

Belum pernah anak saya menolak untuk mendengar cerita.

Mereka yang fitrah itu dengan jelas menampakkan kecenderungan manusia kepada cerita.

Biar pun saya belum mampu untuk membacakan satu cerita satu malam untuk anak, namun setiap kali peluang itu ada, saya akan cuba berkongsi cerita.

PENCERITA PROFESIONAL

Saya yakin, jika memanfaatkan kemahiran bercerita, kesan ceramahnya akan bertambah efektif. Ceritalah… dan angkat cerita sebagai kemahiran profesional dalam mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar.

Biarkan Insan Hebat menabur berita…

Kita membalasnya dengan cerita… cerita bukan sebarang cerita!

Kuasai Manusia dengan cerita….

_______________________________________________________________________________

 

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Responses

  1. Assalammualaikum,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada Ustaz Nik Iznan. Bagi pendapat saya, bercerita teramatlah penting. Seperti hidup kita ini pun ada ceritanya. Seperti kejadian manusia ada ceritanya. Tulisan yang ditinggalkan adalah disebabkan ada penceritaan yang telah diceritakan.

    • Waalaikumussalam…
      Ada yang setuju..ada yang tak..bila kita cerita ada yang kata kita syok sendiri, kita ni lebih sudu dari kuah, macam-macam yang dikatakan kepada saya. Last sekali diperli agar berlawan la..baru tahu kita ni hebat ke tak…hahahaha…biarlah saya mengaku kalah. Sebab memang saya tak pandai pun. Dan saya setuju bahawa blog ni bukan tempat nak tunjuk handal. Kita cuma ingin berkongsi maklumat. Namun ada yang tak puas hati. Tak tahu kenapa..Kalau tak suka tak payah baca..saya tak paksa dan mengaku blog ni adalah yang terbaik.

  2. Sabar Nik…tak jadi kudis pun.

    • 😀

  3. Hamba bawakan kisah sebenar dari kitab Malayu yg menerangkan segala rahsia dunia ini. mahadaya-asalama.blogspot.com

  4. cerita sebagai ibrah bagi golongan yang memikirkannya

  5. Salam
    Sy x nak komen pasal ceriti tapi dari segi cabaran. Silat Seni Gayong dibangunkan oleh Allahyarham Dato’ Meor Rahman berlainan dengan cara silat lain. Iaitu ada sistem pelajaran dan kumpulan orang bersemangat untuk menyebarkan silat ini. Zaman itu tiada blog tapi kata – kata dan demonstrasi. Cabar – mencabar memang biasa ialah lihat bagaimana Tok Majid dan cg Awang belajar silat ini. Setelah ditewaskan oleh pengamal silat ini.
    Sekarang kita lebih berhati – hati kerana cabar – mencabar ini banyak akibatnya. Yalah macam den belajar sebagai riadah main bola pun orang tak bagi sebab asyik tendang orang dari bola (bola kecik da dan kesian sebab bola jarang balas balik)..

    Apa pun teringat pesan guru kami semasa demo kawal kemarahan

    Buah cakap tak ada uah pegang ada
    (tapi dia x bagi la main mak bapak dia masa demo hehe)

    tdpp

    • 🙂

    • Aik…dah tukarlah pulak dari tdpp ke Axe Power. Teringatkan Pak Ngah Rosni bila ko kata buah cakap takde buah pegang ada.

      • hahaha….

  6. “Senangnya menulis Blog Silat.., payah apa cuma bercerita.. bukan ada apa pun. Patutla ada orang yang suka nak menulis blog tu. Tapi jangan syok sendirilah seronok menulis blog kerana penetuan hebat mengajar adalah bila kita berlawan secara betul”

    Orang yg melemparkan komen sebegini patut cermin balik mukanya yg sah2 tak lawa tu dan tanya apa sumbangan diri sendiri utk Gayong dan Silat Melayu amnya~ jgn sibuk nak mengkomen orang saja~ nasib baik dia komen kat blog cikgu nik, kalau sampai kat saya sendiri mau sampai merah telinga si polan tu saya jawab balik~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: