Posted by: abusyakirin | 4 Julai 2011

Pahlawan Melayu

SINGA ALLAH HARIMAU MUHAMMAD

Pahlawan Melayu bermulanya di hati tegak tangkas pencaknya sebagai mentera keramat dan gelanggangnya tanah, angin dan bumi melangkah ke kancah gemalai giur tubuh sukar ditelah gerak tari langkah silatnya tidak mudah terserlah.Juga tidak mudah marah kerana itu membawa padah kerana rakus itu membuatkannya hilang tumpuan tanpa pedoman dan arah ketika berdepan dengan seteru.

Begitu juga pencak silat Melayu banyak bunga dan buah lenggang lenggok tubuhnya sendiri penuh segelanggang diselang seli pantun ketawa sindir bengis menjadi inti, masih juga keris Pahlawan Melayu tidak dihunus, tetap parang, badik dan kerambitnya kaku tersisip.

Pahlawan Melayu pada pakaian tanjak tengkolok semutar dan kain sebai sebidang terikat di pinggang terselit kesabaran dalam pertarungan Jarang Pahlawan Melayu mengamuk jarang Pahlawan Melayu hilang pertimbangan kerana akal budi firasat dan gerak hatinya sudah tentu mendalam jauh ke hadapan menusuk mata lawan.Menghitung detik dan ketikanya diiringi bunga silat dan tajam renung matanya.

 

INSYA ALLAH TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA

 

Semangat dan budaya Melayu sudah sedemikian menjadi mantera warisan tidak derhaka dan tidak tunduk sahaja bukan kerana dayus hina dek kerana dada tidak berisi… sekadar segenggam besi waja panasnya mengambil masa pabila ia menjadi merah …barulah Pahlawan Melayu yang tersohor akan bingkas bertempik menerjah lawannya lalu keris lok sembilan itu gila ditusuk ke dada lawan.

 Pahlawan Melayu lemah lembut gerak budi dan tutur bahasa kerana itu budaya keramat bangsa kita Jangan disentuh jangan digoda dicerca kerana bila musuh rakus itu digempur maka darah mandiannya Kilat dan guruh sifat dirinya jangan disenda dan dengan kalimah Allah ramuan doanya Amuk Pahlawan Melayu pasti menggila.

___________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Responses

  1. Assallammualaikum…
    Saya memng brminat dalam…adat istiadat melayu…apa ta lgi..kalau berkaitan dengan seni bela diri kita…rsanya banyak jenis silat….yg kita boleh kita dengar…antara 1nya…PUSAKA GAYONG…YG SUDAH TURUN TEMURUN..SEJAK ZAMAN TUAH DAN JEBAT.maka itu marilh kita pertahankan…peninggalan mereka.manusia akan pupus…tapi tidal bangsa melayu.bak kata pepatah dimana bumi ku pijak…disitu langit ku junjung…wassallam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: