Posted by: abusyakirin | 25 Ogos 2011

PANDANGAN AL IMAM HABIB ABDULLAH ALWI AL HADDAD MENGENAI MUKASYAFAH DAN KARAMAH

Kunjungan Shaykh al-Habib ‘Umar bin Hafiz

Terjemahan dari kitab Risalatul Murid ( Petunjuk Jalan Tariqat) – Al Imam Habib Abdullah Alwi Al Haddad

MUKASYAFAH

Diantara perkara-perkara yang boleh membahayakan seorang murid ialah mencita-citakan

(menginginkan) Mukasyafah (penyingkapan rahasia-rahasia Tuhan) dan berharap keramat

serta perkara-perkara diluar kebiasaan adat berlaku atas dirinya. Ingatlah wahai murid, bahwa

perkara-perkara serupa ini tidak akan muncul selagi kamu dituntut atau diminta-minta dengan

berdasarkan hawa dan nafsu kerana pada kebiasaanya ia tidak akan muncul melainkan pada

orang-orang yang membencinya dan tidak menduganya sama sekali.

Keterangan:

“Kebanyakkan murid dan salik bercita-cita untuk memperolehi ‘mukasyafah’ iaitu terbukanya

rahasia-rahasia Tuhan dan bila terbukanya rahasia ketuhanan maka beralihlah ia untuk

mencapai kedudukkan keramat yang mempunyai perkara-perkara diluar kebiasaan adat resam

sebagai manusia biasa kerana tercapainya kedudukkan keramat akan membawanya kepada

kedudukkan luar biasa, macam ‘superman’. Ingatlah wahai murid dan salik, perkara ini tidak

akan datang selagi kamu mencarinya atau meminta-minta dengan berlandaskan hawa nafsu.

Kerana pada kebiasaanya keramat ini tidak akan datang melainkan pada orang-orang yang

sangat membencinya dan tidak sangka sama sekali bila ia datang. Orang yang benci pada

kedudukkan keramat ini adalah semata-mata tidak mahu diganggu oleh manusia lain kerana

tumpuan yang selama ini diberikan untuk Allah akan beralih kepada manusia dengan terpaksa

melayani fi’il tabiat manusia yang hanya ingin kesenangan dan menolak kesusuhan kerana

kebanyakkan manusia sebegini adalah manusia yang buta mata hatinya”.

Adakalanya perkara-perkara seumpama keramat dan sebagainya itu berlaku juga pada

golongan orang yang tertipu dengan cita-cita untuk mencelakakan dirinya dan sebagai suatu

pengujian terhadap kamu Mu’minin yang lemah I’tikadnya. Semua itu tidak boleh dikira

sebagai keramat yang benar, malah ia merupakan sebagai suatu penghinaan kepada orang orang yang mendakwa keramat itu. Sebab keramat hanya lahir (ada) pada orang-orang ahli

istiqamah, yakni orang-orang yang sudah terkenal lurus dalam perjalanannya.

Keterangan:

“Kadang-kadang perkara seperti keramat berlaku juga pada orang yang tertipu dengan

angan-angannya. Ini adalah sebagai hukuman dari Allah untuk mencelakakan dirinya dan

sebagai pelajaran bagi kaum mu’minin yang lemah keyakinannya terhadap Allah Taala.

Sekiranya berlaku juga sesuatu diluar dugaan manusia itu adalah ‘ketetapan hukum yang

berlaku pada masa itu’ bukan pada keramat seperti yang didakwa oleh orang yang tertipu dan

orang yang ditipu. Keramat hanya akan datang pada orang-orang yang ahli didalam

istiqamah sahaja. Lain cara jangan haraplah! Istiqamah didalam menjalankan ketaatan

perintah Allah Taala dan RasulNya. Sangatlah mudah untuk mengetahui seseorang itu

menerima anugerah keramat ataupun tidak, lihatlah akan ketaatannya pada perintah Allah

dan RasulNya. Mudah bukan! Maka dengan itu janganlah lekas terperdaya dengan dakwaan

seseorang itu keramat atau tidak, lihatlah pada istiqamahnya”.

Wahai kamu murid! Sekiranya Allah Taala telah memberikan penghormatan keramat kepada

kamu, maka hendaklah kamu mensyukuriNya. Awas, janganlah pula kamu berhenti dari

meneruskan amalan kamu lantaran keramat itu telah muncul atas diri kamu. Juga hendaklah

kamu tidak bermegah sangat dengan keramat itu, lalu kamu mengantungkan semua harapan ke

atasnya. Hendaklah kamu merahsiakan keramat itu dari orang ramai dan jangan

membicarakannya dengan mereka.

Keterangan:

“Sekiranya ditakdirkan oleh Allah Taala memberikan penghormatan keramat kepada kamu,

maka hendaklah kamu mensyukuriNya atas pemberianNya. Tapi ingat! Selagi kamu tidak tahu

mensyukuriNya bagaimana mungkin penghormatan keramat akan diberikan? Dan janganlah

pula kamu ‘pencen’ pulak dari meneruskan amalan ketaatan kerana keramat sudah dapat dan

kerana telah sebok melayani manusia . . . Janganlah kamu bertepuk dada lantaran keramat itu

dan mengantungkan semua harapan kamu keatasnya. Kalau perbuatan itu tidak dibuat macam

mana orang nak tahu kamu keramat? Rugilah . . . Duit tak masuk . . .

Rahasiakan keramat itu dari orang ramai dan jangan membicarakannya kalau kamu tidak

mahu disebokkan oleh mereka . . .”.

Akan tetapi, jika semua itu tidak pernah muncul atau lahir atas diri kamu, meskipun kamu telah

banyak beramal dan beribadat, maka janganlah sampai kamu mencita-citakannya dan jangan

juga merasa kesal dan dukacita, apabila dengan tiba-tiba ia hilang tidak menjelma lagi.

Keterangan:

“Sekiranya keramat itu tidak muncul atau datang atas diri kamu walaupun kamu telah banyak

beramal dan beribadat, janganlah kamu berangan-angan kepadanya dan jangan merasa kesal

atau dukacita apabila hilang dengan tiba-tiba, tidak datang lagi. Kembalikan fikiran kamu

kepada ‘kenapa aku berada disini’”.

HAKIKAT KERAMAT

Ketahuilah, wahai murid yang budiman, bahwasanya keramat yang merangkum semua jenis

keramat, samada keramat yang hakiki (betul), mahupun keramat yang bukan hakiki, yakni

rupanya saja kelihatan seperti keramat, tapi yang betulnya bukan keramat; semua itu berasal

dari istiqamah (berlaku lurus dalam jalan Allah); iaitu menurut perintah dan menjauhi

larangan, lahir dan batin.

Keterangan:

“Hakikat keramat semuanya berasal dari istiqamah kepada Allah Taala dan sentiasa berada

pada jalan yang lurus berpandukan AlQuran dan Sunnah RasulNya menjunjung tinggi segala

perintah dan menjauhi segala laranganNya, zahir dan batin. Itulah keramat hakiki (yang

benar).

Lantaran itu, hendaklah kamu membetulkan istiqamah kamu itu serta memeliharanya dengan

baik, kelak semua kaun (alam) langit dan bumi akan terdorong untuk memberikan khidmat

kepada kamu, sehingga kamu tidak akan terlindung lagi dari Tuhan kamu dan kamu tidak

masyghul (sebok) lagi dengan selain dari melaksanakan kehendak-kehendakNya.

Keterangan:

“Oleh kerana itu hendaklah kamu sentiasa menyelidiki dan membetulkan istiqamah dan

memeliharanya dengan baik, semata-mata kerana Allah, BUKAN MENGINGINKAN

KERAMAT! Pasti Langit dan Bumi akan memberi khidmat mereka kepada kamu sehingga

kamu tidak akan terlindung lagi dari Tuhan, ini adalah perjanjian Allah Taala kepada

hambaNya yang menjaga istiqamah mereka. Kamu tidak sebok lagi dengan selain dari

melaksanakan kehendak-kehendakNya”.

________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Terima kasih atas posting. Teringatkan salah seorang guru saya, Tuan Guru Ust Hj Pauzi Awang, UM. Semoga Allah memberi keberkatan dan kesihatan kepada beliau.Amin.

  2. […] Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz Terjemahan dari kitab Risalatul Murid ( Petunjuk Jalan Tariqat) – Al Imam Habib Abdullah Alwi Al Haddad MUKASYAFAH Diantara perkara-perkara yang boleh membahayakan seorang murid ialah mencita-citakan (menginginkan) Mukasyafah (penyingkapan rahasia-rahasia Tuhan) dan berharap keramat serta perkara-perkara diluar kebiasaan adat berlaku atas dirinya. Ingatlah wahai murid, bahwa perkara-perkara serupa ini tid … Read More […]

  3. Subhanallah… Mudah-mudahan Allah memeliharaku dari fitnah karamah ini. Syukran Ya Akhi..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: