Posted by: abusyakirin | 30 September 2011

Dah naik Maqam Wali…

Hebat sungguh guru ku ini..apa tidaknya dapat hadir membantu ku ketika aku diserang musuh..Hebat betul guruku ini dapat…hebat betul guru ini kerana itu dan ini..hebat betul kerana bla..bla..bla..Cerita begini selalu dihidangkan menjadi halwa telinga kita. Kena pulak kita yang di alam Persilatan ini.. memang bukan selangkah tetapi dua langkah terus kealam Misteri.

Syeikh! Ana nampak anta minggu lepas di mekah tengah solat di Masjid Nabawi, sedangkan kita ada di Malaysia! Kita agaknya merasa bangga dan hebat seketika! Hati pun mula berkata : Aku ni dah tinggi maqam dan martabatnya(mcm wali). Teringat saya akan kisah di mana para murid Ibn Taymiyah beristighathah dgnnya ketika berhadapan dengan  tentera Tartar, lalu tiba-tiba beliau muncul di udara menghalau Tentera Tartar. Bila ditanya, beliau menafikannya: aku tak tahu menahu hal bantuan itu, yang datang itu adalah syaitan yg nak menipu kamu! Subhanallah  sikap dan pendirian ulama tidak  mudah ditipu setan.

-عالم الجن والشياطين, ms 117

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat (al-Jinn[72:6]).

Wallahualam.

_____________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Advertisements

Responses

  1. Cikgu…bagaimana kita nak tahu itu bantuan dari Allah @ tipu daya syaitan? minta penjelasan…..:)

  2. Assalamualaikum

    Betapa rendah dirinya seorang yang beriman.

    Dulu, semasa saya bersama rakan-rakan lain mengendalikan satu majlis gayong, kami menjemput wakil pentadbiran daripada pentadbiran negeri. Di akhir majlis, YDP negeri tersebut diminta memberi sepatah dua kata kepada anak-anak murid.

    Saya ingin mendengar beliau memberi kata-kata semangat, motivasi supaya rajin belajar, menjadi insan berguna kepada masyarakat, hormat ibu bapa dan sebagainya. Tetapi apa yang diberi adalah, “jika ada orang nak cari pasal dengan kita, kita bagi dia rasa penangan Gayong,” katanya sambil menggenggam penumbuk kanan di atas telapak kirinya.

    Kemudian dia menyambung, “kalau boleh, bagi nyawa dia tinggal suku je.”

    Wow. Kami disuruh bertumbuk. Yakni, dalam erti kata lain, kami disaran menyelesaikan pertelingkahan dengan cara kasar.

    Beberapa hari selepas itu, semasa perjumpaan santai bersama pentadbiran negeri tersebut, saya selaku salah seorang senior gelanggang ditegur tentang satu perkara. Ditegur oleh YDP tersebut, disiplin kami teruk. Saya mengerutkan dahi tanda tidak faham dan perlukan pencerahan. Katanya, disiplin kami teruk kerana semasa rombongan beliau datang untuk menyerikan majlis tersebut (satu kereta sahaja tak silap saya), tiada seorang pun daripada kami yang menyambut mereka.

    Saya baru lagi belajar Gayong. Baru beberapa tahun belajar. Saya banyak baca majalah Seni Beladiri. Saya cuba faham erti silat. Katanya, silat itu penuh dengan adab, adat, istiadat. Yang membezakan silat dengan beladiri lain adalah Islam.

    Haih…

    • 😀

  3. ni nak kena banyak mengaji bab-bab mistik ni. kadang2 kita terlalu leka dengan kisah2 hebat yang bukan sebarangan ni. bukan tidak ada karomah atau lain-lain cuma kita kadang terlalu taksub ini masalahnya. sedangkan ilmu agama kita kurang. syaitan kalau boleh akan sedaya upaya hendak menyesatkan kita. maka kita perlu tahu juga apakah mainanya kalau tak nahas juga kita, apapun saya hanya memberi pandangan.
    mungkin kita boleh belek-belik kitab ibnu qoyim ibnu taimiyyah ini.
    apasalahnya kan?

  4. salam semua, tentera Allah banyak bertebaran di muka bumi bahkan seluruh alam semesta. Mafhum dr satu hadis..bila kita tersesat boleh kita menyeru ” aghisuni ya ibadallah” ( bantu lah aku wahai hamba2 Allah) kerana alam ini tak sunyi dari malaikat, jin atau manusia yang boleh menbantu kita wallahua’lam.

  5. Salam Ustaz. boleh terangkan maksud ” beristighathah “…terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: