Posted by: abusyakirin | 18 November 2011

Nak Keji atau Nak Motivasi.

Salamun alaik,

Sungguh lama rasanya tak menulis di blog ini, mungkin kerana saya tak pandai menguruskan masa dek kerana sibuknya tugasan yang perlu saya selesaikan. Kadang mengikut mood dan semangat juga untuk menulis ni. Tambahan pula sekarang ni dok siapkan diri untuk berhijrah.

Dalam masa saya menyepikan diri dialam blog ini, banyak kritikan yang diterima ada yang positif dan ada yang negatif..Alhamdulillah..nampaknya masih ada yang sudi memberi CELAAN dan CABARAN buat diri saya ini.

CELAAN Dan CABARAN

Saya sering melihat pemuda yang lemah kerana celaan orang lain, samada dari temannya ataupun dari gurunya. Akibatnya, setiap kali hendak melakukan sesuatu, ia selalu teragak-agak dan tidak percaya diri. Ia selalu takut orang lain akan mencelanya.

Sifat seperti ini tanda kelemahan. Pemuda yang kuat tidak akan terkesan oleh celaan. Sebab ia tahu apa yang diinginkannya. Cemuhan tidak menyedihkan dirinya, dan sindiran tidak menghalangi langkahnya. Sebaliknya, ia menerima setiap cemuhan seolah cabaran untuk membuktikan dirinya.

Syeikh Muhammad Ismail

Semasa Syria masih dibawah jajahan kerajaan Turki Usmani, hidup seorang pemuda bernama Muhammad Ismail. Beliau pemuda biasa yang bekerja sebagai penjahit. Beliau bukan seorang pelajar, namun selalu menghadiri kelas-kelas agama di masjid. Bukan untuk belajar, tapi hanya untuk mendapatkan berkat sahaja. Setiap kali kelas bermula, Ismail selalu terlihat di barisan pertama.

Melihat ketekunannya ini, syeikh berusaha mengajaknya untuk menimba ilmu. Dengan lembut, beliau berbicara dengan Ismail dan menasihatinya. Ternyata kata-kata gurunya ini sangat mengena di hati Ismail.

Pemuda ini menjadi bersemangat. Beliau segera membeli kitab yang diperlukan, lalu mengkajinya siang dan malam. Permasalahan yang tidak difahami, beliau tanyakan kepada rekan-rekannya. Beberapa masa kemudian, beliau telah menguasai pelbagai ilmu. Semua itu beliau lakukan tanpa meninggalkan profesinya sebagai penjahit.

Orang ramai mulai berdatangan ke kedai Ismail. Mereka datang bukan untuk menjahit pakaian, namun kebanyakannya datang untuk meminta fatwa. Jawaban pemuda ini selalu mengagumkan. Bahkan tidak dapat dilakukan oleh para ulama besar di kota itu.

Sindiran

Fenomena ini tentu sahaja tidak disukai olehpara penyokong mufti Syria pada saat itu. Sebab orang ramai tidak lagi bertanya masalah kepadanya, malah bertanya kepada Ismail. Mereka sangat membenci kepada pemuda ini, namun tidak mampu menghentikannya daripada berfatwa. Sebab Ismail tidak bergantung dari wang kerajaan sedikitpun. Pekerjaannya sebagai penjahit cukup untuk menafkahi diri dan keluarganya.

Pada suatu hari, Ismail berlalu di hadapan orang-orang yang membencinya ini. Beliau mengucapkan salam kepada mereka. Namun mereka menjawab salamnya dengan penuh sindirian: “Engkau hendak ke mana, wahai syeikh? Nak pergi ke Istanbul untuk meminta jawatan mufti ke?” Mereka lalu tertawa-tawa.

Istanbul adalah ibu kota kerajaan Turki Usmani. Di kota ini berada Sultan dan para pegawainya. Mereka yang menetapkan siapa yang berhak menjawat jawatan penting. Termasuk jawatan mufti Syria.

Mendengar sindiran ini, Syeikh Ismail hanya menjawab singkat: “Insya Allah.” Beliau lalu balik ke rumah, mengucapkan salam perpisahan kepada keluarganya, lalu berlayar. Istanbul menjadi tujuannya.

Satu demi satu negeri beliau lalui, hingga akhirnya tiba di Istanbul. Beliau menetap di sebuah kedai bersebelahan dengan pejabat Syeikhul Islam. Syeikhul Islam adalah mufti tertinggi di kerajaan Turki Usmani. Beliau berhak mengangkat atau menurunkan seorang mufti di pelbagai negeri-negeri jajahan Turki Usmani.

Selama duduk di Istanbul, pekerjaan hari-hari yang dilakukan oleh Syeikh Ismail hanya membaca buku atau menulis sahaja.

Soalan Sultan

Suatu hari, seseorang berkata kepada Syeikh Ismail: “Hari ini Sultan mengajukan soalan yang membingungkan para ulama di pejabat fatwa. Mereka tak mampu menjawabnya, namun Sultan tetap memaksa untuk meminta jawapan. Sudikah engkau melihat permasalahan ini, siapa tahu Allah membukakan jawabannya kepadamu?”

Syeikh Muhammad Ismail berkata: “Ya.”

Orang itu berkata: “Mari ikut bersamaku ke pejabat Syeikhul Islam.”

Syeikh Ismail bangkit sambil berkata: “Bismillah.”

Mereka lalu mendatangi sekretaris Syeikhul Islam untuk bertanyakan masalah tersebut. Sekretaris ini memandang Syeikh Ismail dengan sinis. Beliau melihat Syeikh Ismail dari hujung kepala hingga hujung kaki. Penampilan Syeikh memang bukan seperti ulama. Beliau lebih mirip orang awam daripada seorang yang berilmu.

Namun begitu, akhirnya sekretaris Syeikhul Islam tetap menyerahkan soalan itu juga kepadanya, lalu melanjutkan pekerjaannya semula.

Syeikh Ismail mengeluarkan kaca matanya, lalu memakainya. Beliau membaca permasalahan itu beberapa saat, lalu mengeluarkan penanya. Beliau lalu untuk menulis jawapan untuk soalan itu yang ternyata mencapai hingga sepuluh lembar kertas. Beliau lalu menyerahkan kertas itu kepada sekretaris, lalu pergi setelah menuliskan alamat rumahnya.

Syeikhul Islam

Apabila kertas jawaban itu tiba ke tangan Syeikhul Islam, beliau terkejut bercampur gembira. Beliau segera meminta agar Syeikh Ismail datang menghadap kepadanya. Apabila berjumpa dengannya, Syeikhul Islam sangat menghormati dan memujinya.

Syeikhul Islam berkata: “Mintalah daripadaku apa yang engkau inginkan.”

Syeikh Ismail berkata: “Aku minta jawatan sebagai mufti di Syria dan guru besar di kubah Nasr.” Kubah Nasr adalah tempat paling terhormat yang diduduki seorang ulama. Hanya ulama terbesar di Syria sahaja yang layak mengajar di tempat itu. Tradisi itu telah berlangsung sejak ratusan tahun lalu hingga ke hari ini.

Syeikhul Islam segera berkata: “Keduanya milikmu.” Beliau lalu menuliskan surat pengangkatan Syeikh Ismail dan memberinya wang sebanyak seribu Dinar.

Pulang ke Syria

Syeikh Ismail segera pulang ke Syria. Di tengah jalan, beliau kembali berlalu di hadapan orang-orang yang selalu menghinanya itu. Seperti biasa, mereka bertanya kepadanya dengan penuh sindiran dan sambil tertawa-tawa: “Dari mana sahaja engkau wahai Syeikh? Lama kami tidak melihatmu.”

Syeikh menjawab dengan tenang: “Dari Istanbul. Aku sudah meminta jawatan mufti seperti yang engkau suruh.”

Beliau terus berjalan ke pejabat Gabernor untuk menyerahkan surat pengangkatannya. Tidak lama kemudian, Syeikh Ismail rasmi menjawat sebagai mufti Syria dalam sebuah perayaan yang sangat mewah.

Jangan takut celaan dan cemuhan. Terimanya sebagai cabaran yang mesti dimenangi. Inilah nasihat dari Guru yang saya Sayangi dan hormati al-fadhil ustaz Umar Muhammad Nor.Wallahu a’lam.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Responses

  1. terima kasih abg nik.. satu motivasi buat diri sy….

  2. Alhamdulillah…. Semangat anak muda Islam yg seharusnya cekal, berani & berhati waja seperti inilah yang harus dicontohi! takbir!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: