Posted by: abusyakirin | 7 Disember 2011

Antara HAK dan KEHENDAK..dan antara BETUL-BETUL layak dengan MERASAKAN dirinya layak.

Barangsiapa yang merendahkan diri maka akan dimuliakan oleh Allah dan barangsiapa yang membesarkan diri maka dia akan dihinakan oleh Allah

Salamun alaik,

Bila menerima sandang dan bengkung ini..lantas terlintas di hatiku pesan guruku Syed Harun Tuan Besar ( Amin Ayong Al Yahya ) iaitu :Ada manusia yang keliru antara HAK dan KEHENDAK..dan besar bezanya antara BETUL-BETUL layak dengan MERASAKAN dirinya layak.

Kita selalu berusaha merebut status yang tinggi dihadapan manusia agar kelihatan lebih mulia. Kalau orang berilmu harus beroleh Phd agar dihormati, kalau ahli perniagaan dan politik harus bergelar Dato dan Tan Sri. Kalau doktor mesti mahu menjadi pakar dan kalau jurutera kurang-kurang ada Ir.  Kalau dalam SILAT semua kita nak..SANDANG, BENGKUNG, JAWATAN dan GELARAN. Sesungguhnya kita lupa bahawa Allah hanya memandang apakah kita ini seorang MUKMIN, MUSYRIK atau MUNAFIQ !

Semoga Sandang dan Bengkung tidak membawa kepada bongkak dan takabbur serta membinasakan amalan.

Wassalam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Assalamualaikum..cikgu tahniah..semoga amanah gayong terus berkesinambungan

    • Terima kasih ..doakan saya.

  2. Tahniah atas amanah yang diberikan. Terimanya dengan harapan dan doa semoga amanah tersebut dapat digalas dengan sebaiknya.

    • sama-sama..lama menghilang..apa khabar sekarang.doakan saya agar mampu dan berjaya memikul tanggungjawabnya.

  3. Salam perkenalan.. mudah2an Allah memberkati usaha kita🙂

  4. Assalamualaikum Ustaz.. TAHNIAH! “Benih yang baik, ditabur di mana jua akan memberikan hasil” BERJUANG!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: