Posted by: abusyakirin | 28 Disember 2011

Perpecahan Gayung Perpecahan Sayang – Siri 3

Salamun alaik,

Mereka Boleh bersama..Berat sama dipikul ringan sama di jinjing...kita pula bagaimana.

Cuba kita bermuhasabah diri, kerana siapa kita berbeza pendapat ? Kerana Allah ? Kerana diri sendiri ? Kerana kepentingan jamaah atau organisasi ? kerana mencari wajah manusia ? kerana mencari sokongan manusia ?

Perbezaan pendapat ialah suatu kemestian yang mesti dihadapi oleh semua manusia dan hal ini adalah disebabkan kerana perbezaan pendapat termasuk di antara ujian Allah SWT kepada kita semua untuk melihat siapakah di antara kita yang layak menjadi orang yang beriman dan siapakah pula yang tidak.

Firman Allah SWT : “Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia mampu menjadikan manusia umat yang satu, tetapi (Allah mahu) mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka (untuk diuji) . Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.” (Hud : 118-119)

Allah SWT dengan jelas telah memberitahu kita bahawa manusia memang telah ditakdirkan untuk senantiasa berbeza pendapat dan itu adalah termasuk di antara ujian Allah untuk melihat cara kita mengendalikan perbezaan tersebut apakah sebagai seorang yang beriman atau tidak.

Kerana siapa kita berbeza pendapat ?

Itulah soalan yang patut kita bertanya kepada diri kita sendiri !

Orang yang berbeza pendapat kerana Allah tidak akan memutuskan silaturahim, mencela atau menghina orang yang tidak bersetuju dengannya. Manakala orang yang berbeza pendapat kerana kepentingan dunia pasti akan memutuskan pertalian, mencela dan menghina orang lain kerana kepentingannya telah terjejas dan nafsunya tidak dapat dipenuhi. Percayalah kita berselisih bukan kerana hujah tetapi kerana ada kepentingan !

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda lagi: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Allah sahaja yang dapat menyatukan hati-hati kita…

Firman Allah: “Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Anfal :63)

Iman menjadi penyatu dua hati, jika iman berbicara sikap ditunjukkan seseorang kepada saudaranya benar-benar bersih daripada kepentingan dunia. Dia berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa. Dialah penasihat paling ikhlas demi kebaikan saudaranya, dia mewarnai pemikiran dan perasaan, pandangan dan sikap saudaranya dengan nilai agama yang membawa suasana harmoni di antara dua hati. Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah , agenda mereka rancang bersama ialah demi cita-cita akhirat. Tidak sesekali mereka biarkan dunia menghancurkan persahabatan itu.Subhanallah.. Moga Umat Islam dan Anak Gayung Bersatu di atas IMAN..

Jangan masuk Gayung kalau kamu nak cari dunia, jangan gelarkan diri kamu pejuang Gayung kalau nak kan pujian dari manusia, Kamu jangan perasan kamu macam Pendekar Gayung kalau setakat memakai pakaian hulubalang, lengkap bertengkolok dan keris sisip di pinggang. Gayung bukan untuk orang yang cintakan dunia, Gayung adalah untuk orang yang rindukan akhirat. Hidup Mulia atau mati Syahid. Mati beriman, Hidup Bermaruah. Anak gayung adalah manusia yang BERANI MATI di jalan ALLAH dan BERANI HIDUP di jalan ALLAH.{ Kalam Tok Janggut }

Wallahualam.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Dalam sungguh maksudnya Ustaz…

  2. betul iman penyatu hati. Kerana iman mai la ke Bachok perbetulkan cerita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: