Salamun alaik,
Pahlawan Melayu bermulanya di hati,Ligat tangkas pencaknya sebagai mentera keramat,dan gelanggangnya tanah, angin dan bumi melangkah, ke kancah gemalai giur tubuh sukar ditelah gerak tari langkah silatnya tidak mudah terserlah.Pahlawan Melayu tidak mudah marah kerana itu membawa padah kerana rakus itu membuatkannya hilang tumpuan tanpa pedoman dan arah.
Ketika berdepan dengan seteru.Begitu juga pencak silat Melayu,banyak bunga dan buah,lenggang lenggok tubuhnya sendiri penuh helah… segelanggang diselang seli pantun ketawa sindir bengis menjadi inti .masih juga keris Pahlawan Melayu tidak dihunus tetap parang badik dan kerambitnya kaku tersisip
Pahlawan Melayu pada pakaian tanjak tengkolok semutar dan kain sebai sebidang terikat di pinggang terselit kesabaran dalam pertarungan.Jarang Pahlawan Melayu mengamuk.jarang Pahlawan Melayu hilang pertimbangan, kerana akal budi firasat dan gerak hatinya,sudah tentu mendalam jauh ke hadapan menusuk mata lawan. Mengira- ngira detik dan ketikanya,diiringi bunga silat dan tajam renung matanya.
Semangat dan budaya Melayu sudah sedemikian,menjadi mantera warisan, tidak derhaka dan tidak tunduk sahaja,bukan kerana dayus hina dek kerana dada tidak berisi,sekadar segenggam besi waja panasnya mengambil masa, apabila ia menjadi merah…barulah Pahlawan Melayu yang tersohor akan bingkas bertempik,menerjah lawannya lalu keris lok sembilan itu gila ditusuk ke dada lawan
Pahlawan Melayu lemah lembut gerak budi dan tutur bahasa kerana itu budaya keramat bangsa kita,Jangan disentuh jangan digoda dicerca kerana bila musuh rakus itu digempur maka darah mandiannya.Kilat dan guruh sifat dirinya jangan disenda dan dengan kalimah Allah ramuan doanya, Amuk Pahlawan Melayu pasti menggila.
wallahualam
_____________________________________________________________
© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.
“Aku Dan Gayong”
Saya suka artikel ini
By: Naga Boroi on 30 Disember 2011
at 4:23 am
awak suka saya pun suka 😀
By: abusyakirin on 30 Disember 2011
at 6:37 am
kawe pon suke gak 😉
By: Burung Best on 30 Disember 2011
at 7:53 am
assalamualaikum…saya ambil article ni utk design research saya boleh ka?…saya nak menunjukkan perubahan selepas penjajahan terhadap busana pahlawan melayu..
By: amalintajuddin on 14 Oktober 2014
at 3:27 pm