Posted by: abusyakirin | 3 Januari 2012

Berpijak Di Bumi

Salamun alaik,

Pelik ke bersilat tanpa alas kaki...

Daripada Abdullah Bin Buraidah bahawa ada seorang sahabat Nabi s.a.w pergi berehlah untuk bertemu dengan Fadalah bin Abi Ubaid yang ketika itu berada di Mesir. Sahabat itu berkata pada Fadalah :

“ Aku bukannya mendatangimu untuk tujuan berziarah.Tetapi aku mendengar bahawa kita pernah mendengar satu hadis dari Nabi s.a.w dan aku mengharapkan engkau mengetahui sesuatu tentangnya”.

Fadalah bertanyakan hadis tersebut, lalu dibacakan oleh sahabat itu.Setelah itu fadalah bertanya:

“Aku lihat kamu ini agak kusut masai sedangkan kamu orang hebat”.

Jawabnya : “Rasulullah s.aw melarang kami agar tidak selalu bersikat ( berdandan)”.

Lalu ditanya lagi : “Aku juga lihat kamu tidak memakai kasut. Kemana kasut kamu?”.

Lalu dijawab : “ Nabi s.a.w mengarahkan kami agar berkaki ayam sekali sekala”.

( Riwayat Abu daud no 4160, al-Nasa’I no 5073dan Imam Ahmad no 22884 )

Bila membaca hadis di atas saya terkenangkan tentang kita semua selaku para pesilat yang memang sudah sedia maklum yang kita ni memang tak beralas kaki dalam mempelajari ilmu persilatan ini. Dulu ada juga sahabat yang bertanya, apa rasionalnya kita berkaki ayam, Kenapa kita tak pakai kasut, barulah anak Gayung akan nampak setanding dengan Seni Beladiri lain.

Saya kata pada mereka, kita ni orang Melayu, kita ada Adat dan Budaya kita sendiri. Buat apa kita nak malu..duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Kita ada cara kita, mereka ada cara mereka. Jangan di hina adab dan budaya yang dipakai oleh pesilat dulu kala.

PRINSIP GURU TUA

Duduk panglima keris di sisi, Duduk mengawal Duli Tuanku, Tunduk padi kerana isi, Tunduk manusia kerana ILMU.Mana mungkin ada ilmu di dada, Kalau bukan kerana dipusakai jua.Mana datangnya pendekar muda. Kalau bukan kerna ada ajaran tua ..

Bagi guru tua, silat adalah hidupnya, tidak kira apa jenis silat sekalipun. Bagi mereka wajib di jaga, di tatang bagai minyak yang penuh.Silat adalah sesuatu yang hebat. Yang hebat tidak dicipta atau dipelajari dalam sehari..silat adalah jiwa orang Melayu.Justeru itu Guru Tua berpegang pada prinsip yang silat tidak sekali-kali akan digadaikan. Tidak ada jual beli dan tawar menawar dalam silat..kerana bagi Guru Silat..Silat adalah tak ternilai harganya. Setiap Guru Tua tidak pernah memperlekehkan apa jua jenis silat pun.

Silat tidak pernah di hina atau diperlekehkannya. Guru Tua tahu yang silat ini adalah ilham suci anugerah dari Allah swt untuk hamba-hambanya mempertahankan agama, dan tanah air. Sekiranya mereka menghina atau memperlekehkan samalah mereka memperlekehkan Allah swt. Ini adab yang betul-betul mereka jaga.Orang-orang Tua amat berhalus dan cukup cermat dalam menghayati Silat. Mereka Hidup dalam Bersilat, Bersilat Hidup didalam diri mereka. Hakikatnya mereka menguasai sepenuhnya Ilmu Persilatan.

Kaki Tak Beralas.

Pakaian yang kaya dengan adab dan adat istiadat ini, sudah semestinya bertepatan melambangkan bahawa silat ini adalah bukan sesuatu benda ataupun ilmu murahan. Tanjak, Tengkolok, Sandang, Kain Samping,Keris, baju songket,capal dan sebagainya membuatkan pesilat itu bertambah indah dan naik serinya.Keseluruhan badan diliputi dengan persalinan yang indah menawan dan gah dipandangan mata.

Bila dijemput atau Pendekar memasuki gelanggang sambil diiringi tiupan serunai dan paluan gong gendang untuk berpencak barang selangkah dua..sesuatu yang menimbulkan persoalan mengapa kaki dibiarkan tanpa alas, seolah-olah membiarkan pesilat berkaki  ayam memang menampakkan sesuatu yang tak kena, cacat dipandang mata. Kata orang tua-tua ianya tidak cacat malah memang kena dengan gaya dan adabnya. Disitulah iaitu Kaki kita sebagai kemulian ketika kita berpencak.

Kenapa mulia.. “ Silat kita berpijak di bumi nyata”. Tiada penipuan. Bukannya cakap berdegar-degar, ibarat tin kosong.Selain itu kaki kita secara terus berhubung dengan tanah, tidak berlapik dengan mana-mana benda. Tidak berlapik atau tidak beralas mengambarkan dan membawa erti bahawa kita mempunyai hubungan terus dengan Allah swt. Kita tidak memerlukan perantarann seperti  Jin untuk meminta pertolongan. Kita juga kena ingat walau sehebat mana pun kita berpencak, bersilat,  di atas tanah ini, suatu masa nanti kita akan  pulang ke asal, dari tanah pulang ke tanah jua. Pesilat hebat macam mana pun..adat manusia, mati  berkubur, namun Silat mati tak berkubur. Inilah dikatakan  Melayu ini penuh adab dan adat istiadat.

Selain itu  kaki juga merupakan anggota terpenting dalam membentuk pergerakkan “Tapak Empat”. Kenapa Empat..? Katanya orang Tua maknanya empat huruf iaitu  ALIF, LAM,LAM , HA. Bila digabungkan terbitlah kalimah Suci dan Agung “ ALLAH”. Madah Sang Pendita Guru ada berbunyi,

Huruf Allah empat banyaknya
Alif i’tibar daripada Dzat-Nya
Lam awal dan akhir Sifat dan Asma’-Nya
Ha isyarat dari Af’al-Nya.

Ini melambangkan dalam apa jua bentuk pun baik bergerak atau bersahaja, kita dingatkan sentiasa ingatkan ALLAH swt. Orang tua dulu kala sangat halus nilainya dalam menjiwai ilmu silat.  Inilah kelebihan mereka,  menguasai ilmu dan seluruh falsafah yang terkandung dalam segenap pelajaran pencak silat.

Setelah mengkaji dari lisan guru tua dan juga pembacaan maka  jelaslah pada diriku akan falsafah gutu tua berpijak di bumi nyata, dan aku fahami bahawa dalam bab kaki tak beralas kita sudah mengamalkan Sunnah Rasulullah saw.

Bacaan Tambahan :  http://chulahitam.blogspot.com/2009/09/gelanggang-beratapkan-langit-beralaskan.html

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Makin terbuka minda saya.. terima kasih ustaz… 😉

    • satu perkongsian daripada pembacaan dan bicara guru.

  2. Alhamdulillah…semakin faham dan jelas apa yg disampaikan oleh guru saya suatu ketika dulu…..terima kasih ustaz….:)

  3. alhmdulillah…cukup detail penjelasan yang di berikan, syukran ya ustaz, atas perkongsian yang bermakna ini

    • Sekarang tanah dipijak oleh kita..suatu masa nanti tanah pula yang pijak kita..habis dibaluti tanah..dan jasad akan kembali ke Tanah.. 😀


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: