Posted by: abusyakirin | 1 Februari 2012

Isu Cula 7

 

Bismillahirahmanirahim..

Dari Abu Hurairah ra, telah bersabda rasulullah SAW,”Lelaki yang paling dimurkai oleh Allah pada hari kiamat dan dihinakan keatasnya ialah lelaki yang menggelarkan dirinya sewaktu didunia sebagai raja diantara raja-raja. Sesungguhnya tiadalah raja yang sebenar selain Allah.” (Riwayat Muslim, no. 2606)

Lupakah kita pada pesan Baginda Rasulullah saw di atas bahawa Sesuatu nama/gelaran yang dipakai demi untuk membesarkan diri hanyalah menambah hina di akhirat. Ramai mendakwa mereka adalah Pengganti/Pewaris/Pemegang Amanah ADMAR..ada yang mengaku dapat Cula 6 dari ADMAR dan ada yang mengaku dia pemegang bengkung Hitam cula 7. Semua nak mengaku dia Pakar senjata itu dan ini.. Semua inginkan Gelaran yang hebat-hebat..

Sejak kelmarin hamba bertalu-talu menerima panggilan telefon, baik sms atau mesej di FB..tak larat rasanya nak menjawab dan mengulasnya, semuanya bertanyakan isu pemakaian Bengkung Hitam Cula 7 oleh seorang guru dari Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia.

Sejujurnya saya bukanlah orang yang layak dan berhak mengulas akan kredibeliti Guru tersebut, jauh sekali untuk mengeluarkan apa-apa komen kepada yang bertanyakan hal ini kepada saya. Walau bagaimanapun di atas Amanah dan Tugas yang diberikan oleh Guru kita semua YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa kepada saya, sebagai Wakil Mutlak dan Waris Lembaga Beradat, di atas amanah yang diberikan saya cuba mendapatkan kepastian akan isu ini. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan anadainya bicara kali ini kurang enak dibaca dan didengar..

Hakikatnya…aku bukanlah Seorang Panglima yang memerintah..aku hanyalah hamba Allah yang wajib menjalankan perintahnya dimuka bumi ini, aku bukanlah Anak Gayung yang Terbaik..aku sama dengan anak Gayung yang lain, yang membezakannya adalah aku dibebani dengan beban yang berat berbanding dengan saudara-saudara semua. Jawatan ini adalah Ibarat KESENGSARAAN di dunia PENYESALAN di akhirat

Salam hamba bererti selamat tuan sekalian dari lidah dan tangan hamba, tiada memukul hamba dengan bicara apalagi dengan gerak anggota.

Salam hamba bererti tiada umpat dan nista serta tiada pula niat jahat di hati melainkan segalanya kerana redha Ilahi.

Salam ukhuwah salam pendekar, Menjunjung wadah yg diberikan, Hamba tunas baru nak menjalar, salah silap mohon ajarkan.

salam ukhwah salam bersambut, salam pendekar salam bertaut. hamba ini berdahan lembut, manakan kukuh jadi tempat berpaut

Duduk panglima keris di sisi, Duduk mengawal Duli Tuanku, Tunduk padi kerana isi, Tunduk manusia kerana ILMU.

Mana mungkin ada ilmu di dada, Kalau bukan kerana dipusakai jua.Mana datangnya pendekar muda. Kalau bukan kerna ada ajaran tua ..

Hamba berkata kerana Allah Taala jua..Kelunya lidah hnedak menulis sepatah dua.Walau apa nak dikata titah paduka ayahanda hendaklah dilaksana.

PENJELASAN DATO YDP PSSPGM

Saya tidak menelefon Guru tersebut..saya hanya menelefon YDP PSSPGM ,YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa bertanyakan isu ini.Ada beberapa soalan yang saya tanyakan dan salah satunya ialah

  1. Di dalam Majlis Gurulatih PSSPGM sejak mula-mula ditubuhkan sehinggalah sekarang wujudkah Guru yang memiliki Bengkung Hitam Cula 7. Kalau ada siapakah Guru tersebut. Sebab Kalau mengikut Sejarah Pengarah Majlis gurulatih PSSPGM yang pertama ialah Pak Andak sendiri, selepas itu di ambil alih oleh Cg Tn Hj Awang b Daud dan yang terkini ialah Cg Abd Ghaffar ( Jebat ) b Raja Abd Majid.

 

Manakala soalan lain dan yang berikutnya..tidak akan saya jelaskan kerana saya suka menfokuskan isu CULA 7.

Jawapan yang YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa berikan ialah :

“ Sejak dari dulu sampai sekarang PSSPGM memang tidak ada mana-mana pun Gurulatih yang memakai Bengkung Hitam Cula 7. Kalau ada juga ianya pembohong..”…Arwah Dato tidak pernah berikan kepada sesiapa juga pakai Hitam cula 7…..Ustaz Nik kena tulis dalam internet bagi tau semua perkara yang sebenar. Jika ada sesiapa yang tak puas hati pada perkara ini suruh depa mari jumpa Pak Andak sendiri.”

Inilah jawapan guru kita semua pada soalan yang bermain difikiran kita.. Perlu dingati dan difahami..Saya hanya bertanyakan tentang Gurulatih dalam PSSPGM..tiada kena mengena dengan Pertubuhan Gayong yang lain.. Dan kepada sesiapa yang inginkan penjelasan lanjut silalah berkunjung ke rumah YDP PSSPGM sendiri. Hanya ini yang mampu saya usahakan bagi meleraikan kekusutan yang timbul.

Bukanlah niat saya nak memperlekehkan dan menafikan keilmuan yang ada pada mana-mana guru gayong, kerana saya juga belum tahu dan kenal apa-apa jua hal Gayong. Jauh sekali niat nak mengaibkan mana-mana guru Gayong.

Sheikh Faihan bin Syali Al-Mutairi pernah berpesan

: شر الورى من بعيب الناس مشتغلا – مثل الذباب يراعى موضع العلل

Ertinya; Sejahat-jahat manusia ialah mereka yg sibuk mencari “aib” orang- Seumpama lalat yg sentiasa mencarai tempat luka / bernanah!!..

Sufyan bin Husain al-Wasithi berkata:

“Aku bercerita mengenai keburukan seorang lelaki di hadapan Iyas bin al-Muzani, seorang tabi’in yang menjadi hakim Basrah. Maka ia menatap wajahku dan mengatakan: Engkau pernah ikut berperang melawan Rom? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana dengan Sind (sekarang Pakistan), India, dan Turki? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana boleh selamat darimu Rom, Sind, India, dan Turki namun tidak selamat darimu saudaramu Muslim?”

Sejak dari itu Sufyan bin Husain al-Wasithi tidak pernah menceritakan aib orang lain kepada manusia dan menghebahnya. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/336)

SALAHKAH SEKIRANYA  MENEGUR DAN BERTANYA PADA GURULATIH ATAU PIMPINAN

Semua orang ada hak untuk bersuara.Semua orang ada hak untuk memilih.Semua orang ada hak untuk memberi pendapat…tetapi orang yang lebih berakal lebih tahu mana yang hak mana yang bathil. Ramai seronok nak menegur tapi tak ramai bertanggungjawab dengan apa yang ditegur….

Teguran dan nasihat bukan matlamat tetapi wasilah, matlamat yang menegur dan memberi nasihat ialah keredhaan Allah. Tetapi apalah gunanya jika nasihat dan teguran yang diberikan hanya membawa kemurkaan Allah ?Jadi pastikan teguran dan nasihat itu membawa keredhaan Allah bukan kemurkaan…apa caranya Jawapannya ialah fiqh.

Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:

“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.

Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula kita semua yang dikatakan Pejuang ISLAM pejuang GAYONG..Pejuang yang berslogankan AMAR, MAARUF, NAHI MUNGKAR melarang sama sekali BERTANYAKAN atau MENEGUR pemimpin Gayong sedangkan ianya di atas dasar menjaga kepentingan Pertubuhan.

NAMUN Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti pemimpin… Di sini Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).

‘Cara memuji paling indah adalah dengan mendoakan…Cara mencela paling mulia adalah dengan menunjukkan tauladan”

Maafkan daku wahai saudara-saudaraku semua.terutama sekali saudara ku yang berguru dengan guru tersebut. Mengertilah bahawa aku hanya melaksanakan amanat dan titah perintah yang diberikan oleh Ayahanda kita semua bagi menjelaskan perkara ini.

قال ابن المقفع : الصَّبر صَبران ، صبر الرجلِ عَلى مَا يكرَه ، وصبره عَمّا يحِبّ

Maksudnya : KESABARAN ada dua; iaitu kesabaran seseorang terhadap perkara yang DIBENCINYA (tapi ada di sisinya) dan kesabarannya terhadap perkara yang DIKASIHINYA (tapi tiada di sisinya )

Terkadang kita mampu kehilangan seorang sahabat [bahkan lebih] hanya disebabkan secebis nasihat atau kata-kata yang benar. Sedangkan nasihat adalah tanda kasih sayang anda terhadapnya.

Maka buatlah pilihan yang tepat, sama ada anda sayangkan sahabat atau cintakan kebenaran

Hayatilah pesanan Imam asy-Syafi’e:

Keredhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana tiada jalan membuat seluruh manusia redha terhadapmu.” [Hilyatul Auliya’: 9/122]

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati:

“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda lagi: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ya ALLAH, Yang NurNYA Meliputi sekalian Alam, hidupkanlah hati kami dengan hidayahMU, gerakkanlah kudrat kami dengan TaufiqMU. Janganlah kami disempitkan dengan kejumudan dari mata jahil kami, akal daif kami, kerana sesungguhnnya ENGKAUlah Pemberi dan Pencipta sekalian ilmu di muka alam. Hanya padaMU kami mengadu, hanya padaMU kami memohon, hanya padaMU kami meminta.

SolallALLAHu Alaika Wassalam Ya Rasulullah Fi Kulli Lam Hatin wanafasin

‘adadama wasi ‘ahu ‘ilmULLAH.

Amin Ya ALLAH, Ya Robbal Alamin.

Wallahualam.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. Salam,

    Dalam Gayong Serantau setahu saya paling tinggi pun Chula 6 je, takde yang “kebulur” nak pakai 7 aih. GM pun gitu rasanya maklumlah dah lama tinggal tak ikut sangat perkembangan semasa GM. Tak tahulah kot ade yang teringin nak pakai Chula 7.

    One things I can asure you, Gayong ni sebenarnya dah banyak lahirkan mahaguru – mahaguru silat yang bergerak aktif atas nama persatuan/pertubuhan silat yang beragam. Tak percaya cuba tanya guru utama silat – silat tersebut depa belajaq dengan siapa? ada yang pernah berguru dengan Pak Ndak dan berrakan seperguruan dengan Abg Jebat, Abg Kasturi dan lain – lain. Nak heran apa nik.

    Inikan dalam Gayong, usah ceritalahkan…macam – macam, dunia – dunia hebat sungguh godaanya. Wallahu’alam.

    • Terima kasih abg Wan…saya hanya menjalankan amanah yang disandangkan dibahu ini..menerimnya dengan kalimah berkat syafaat Rasulullah saw..

      Pun begitu dicerca dan diperlekehkan kerana menjalankan amanat ini. Siapalah saya budak yang baru di dalam bidang ini. Menulis demi penjelasan namun di sambut dengan makian dan cercaan. Selagi termampu akan dipikul amanah ini.

  2. Salam Nik,

    Teringat cerita yang di khabarkan oleh 2 guru saya, satu ketika ada seorang guru silat yang pernah mengajar di UK dan mengaku diri mahaguru atau anak muridnya di UK yang memanggil dirinya mahaguru. Di jadikan cerita ketika khatam keris PSSGM terakhir di Port Dickson (selepas itu ADMAR pun meninggal dunia kerana sakit tua), guru tadi dicabar oleh ADMAR dan di pijak kepalanya ke pasir.

    Cerita kedua, zaman datuk mula sakit, dah ada dah guru gayong yang berhajat buka silat lain, akibatnya ada beberapa guru tua gayong yang ADMAR gelar “99 anak haram”. Nak clear kat sini Gayong Pusaka di buka dengan izin ADMAR yang ni dibuka tanpa izin. Siapa? itu biarlah rahsia kerana menjaga aib orang itu lebih baik — saya buka sekadar iktibar bahawa kisah – kisah seperti ini bukan baru dah lama dah.

    Serupa juga dengan ada yang mendakwa guru saya tak habis belajar dengan ADMAR. Saya heran juga kekadang. Guru saya berguru dengan ADMAR bukan berseorangan berlima, Guru saya (Cg Mufti), Cg Sani, Cg Kamaruddin dan dua orang lagi saya lupa (maaf). Jadi kalau guru saya tak habis belajar bermakna yang 4 lagi juga tak habis belajar juga lah yer. Sedangkan kekuatan GM Selangor dahulu tergalas di bahu 5 orang ni. Tambah pula Cg Amin (Perak) juga rakan seguru ketika mereka ulang alik dari Selangor ke Taiping. Jadi adakah sipolan itu nak mengatakan cg Amin juga tak habis belajar juga?

    Mengapa saya kata kekuatan selangor tergalas dibahu mereka. Sebabnya mereka yang pergi berguru direct dengan ADMAR di beri wang saku oleh Cg Razali (setiausaha Agong PSSGM ketika dulu) dengan harapan kelima mereka balik ke Selangor dan mengajarkan kepada guru – guru Gayong di Selangor yang lain.

    Tambah pula ilmu ni bila pula ada titik nokhtah, setahu saya tak habis kita belajar dah habis umur kita. Entahlah…Saya sebenarnya cukup takut dikatakan menumpang populariti guru saya, bagi saya biarlah orang kenal saya kerana saya bukan kerana guru saya. Zaman mereka, mereka sudah lakukan yang terbaik dan berhak menerima pujian itu sekadarnya yang layak buat manusia. Bagi kita binalah zaman kita bukan kerana kepujian tetapi tanggung jawab dan adab kita pada guru. Wallahu’alam

    • Terima kasih di atas nasihat buat saya dan pembaca semua…Seorang penyair arab berkata : “manusia menuduh Allah mempunyai anak, mereka juga berkata rasul seorang tukang sihir. Tidak selamat Allah dan rasulNyadaripada lidah manusia, apatah lagi saya?”… Ya Allah ampunkanlah dosa daku dan mereka semua.

  3. Sy ingin mintak kebenaran utk meminjam sedikit ayat yg terkandung di atas utk di’post’kan dlm fb sy..

    • Silakan..

  4. kalau boleh cikgu nik iznan,boleh kita chat di fb? unblock sy balik.Sampai sekrang taktau punca sebenar.

    • tel saya 013 992 3535..siapa ni..

  5. Asmk sudara blogger….isu cula 7 sudah selesai kan?…so saya minta statement ini diremovedkan…..di facebook sudah diremovedkan…. Sila mohon maaf secara tebuka sepertimana anda letak di blog ini mengenai guru yang anda kata Pembohong ni…..sekian wassalam

    • Waalaikumussalam wbt Kepada seriisma selaku anak Kepada Ybhg Cikgu Ismail Chik, saya terpanggil untuk menjawab kenyataan saudari

      “Sila mohon maaf secara tebuka sepertimana anda letak di blog ini mengenai guru yang anda kata Pembohong ni…..sekian wassalam.”

      Cuba baca dengan hati yang tenang tulisan saya tersebut, saya menulis di atas arahan dato YDP PSSPGM dan yang mengeluarkan kata-kata bohong itu adalah kata-kata Dato YDP PSSPGM. Saya hanya menuliskannya. Sila rujuk sendiri Dato YDP, Sekiranya saudari yang telah menelefon saya sekejap tadi, Alhamdulillah telah saya jelaskannya.
      Harap saudari memahami akan tanggungjawab yang saya pikul.

  6. Saudara blogger…terima kasih…saya sebagai anak takkan nak berdiam diri saja melihat mendengar semua ini…apa anda akan buat sekira nya anda memakai kasut kami sebagai ANAK2..? tulus ikhlas ayahanda saya menumpahkan ilmunya kepada anak anak gayong dari usia mudanya lagi…ini balasan…….kami membesar melihat betapa dia memberi 200% komitment kepada gayong….sedih terguris….bagi saya sebelum anda mengeluarkan statement ini..setelah menghubungi pak ndak majid adalah lebih afdal anda menghubungi tuan punya badan mendapatkan kata dua dari beliau pula……ini tidak,,,…trus menerus hebahkan satu dunia…..manusia ni kita dah tahu..yang tak elok tu sentiasa akan jadi perhatian..akan dijadikan medan maki memaki….umpat mengumpat…bila dah selesai bukan kah sepatutnya dihebahkan jua satu dunia….inintidak…hanya berdiam diri….. Manusia yang punya akal fikiran..dan ilmu agama yang tinggi pasti akan berfikir sewajarnya sebelum mengaibkan hamba lain di muka bumi ini… Wallahualam….. Apa pun terima kasih atas penjelasan anda….sekiranya saya menguris hati…saya minta maaf……kita kena ingat..ada juga org lain yang terluka…..

    • Saya hanya menjalankan tugas saya.. di suruh saya buat.

  7. Asmk..pembetulan ya….bukan YBHG …….nak tulis…tulis betul betul….nampak sangat tak kaji sapa dia tu..maaf la kasar sket….cos yang lain boleh pulak latok letuk….

    • sepatutnya..apa gelaranya.

  8. Assalamualaikum….maksud saudara Nik Iznan dng mngatakan
    “saya menulis di atas arahan dato YDP PSSPGM dan yang mengeluarkan kata-kata bohong itu adalah kata-kata Dato YDP PSSPGM. Saya hanya menuliskannya. Sila rujuk sendiri Dato YDP, Sekiranya saudari yang telah menelefon saya sekejap tadi, Alhamdulillah telah saya jelaskannya.
    Harap saudari memahami akan tanggungjawab yang saya pikul dan Saya hanya menjalankan tugas saya.. di suruh saya buat..”

    adakah brmaksud Dato Paduka Raja Abd Majid Mat Isa mngarahkan agar paparkan sekali gambar individu yg memakai cula trsebut…apakah saudara tidak memikir apa kesannya keatas org2 yg trdekat dngn beliau…saya juga selaku anak kandung Ayahnda Paduka Ismail tidak brpuashati dngn cara pnyelesaian trsebut…luka yg dtingalkn amat dalam..parut yg ada akn kami kenang spnjang hayat…saudara dkurniakn akal fikiran utk menilai baik buruk setiap tindakan..nmpaknya gelaran Ybhg Ustaz Nik Iznan sesuai danugerahkan pada saudara…krana dngn amat bangg dan brbahagianya saudara melaksanakan tugas yg damanatkan oleh Dato Paduka Raja…terima kasih dari kami skluarga semoga Allah merahmati hidup saudara sekeluarga…Amin

    • Kalau saya tak masukkan gambar tersebut..orang semua dah tahu akan isu ini. jangan jadikan alasan gambar di blog saya ini sebab 1 dunia tahu kisah ini. ada saya sebut nama ayah saudari..

  9. Assalamualaikum
    Saya minta izin tumpang lalu,
    Semasa saya belajar gayong dari abg Bad, abg Turi dan sekali sekala dari pakndak pada tahun 90an dahulu, cikgu mail selalu turun ke gelanggang gurun,.saya pon masih ingat gurauan beliau yang sangat ceria tu..cerita lama saja nak share..
    Nampak disini dari isu yang berbangkit, semua pihak nak berkeras nak menang.. Kalau dulu2 siapa yang dok berkeras nak menang mereka akan dibawa oleh bang bad atau bang turi masuk lawan saja dalam gelanggang!!
    Tapi kitani dah mengaku saudara segayong,masih juga lagi nak debat tak habis2..
    Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang nak berdebat!!
    Maaf, minta permisi dulu,

    • Waalaikumussalam wbt.. bukan berkeras nak menang saudara PakDinBrunai… menentukan yang mana Benar atau salah. banyak bezanya tu.. Berkata benar di hadapan pemimpin ( Guru kita sendiri ) adalah jihad yang besar. kerana kita ni saudaralah yang saling tegur menegur kesalahannya…

  10. Assalamualaikum
    Saya minta izin berbicara…kalu trsalah kate2 sy ni menyingung perasaan atau terase ati..maafkn sy…sy bru masuk silat seni gayong dan mule jatuh cinta..bg sy,walau ape pon yg berlaku kite sebagai sebagai segayong harus bersatu bak kate pepatah bersatu teguh,bercerai roboh..walupun sy ni baru lagi,sy xmau r kite bergaduh sesame kite..walupon kite ade pe2 masalah pon kite harus berbincang care baik..sy suke pd seni yg ada pada seni gayong..sy 1 time g rumah Arwah Dato’ Meor,sy rase sedih bile tgk rumah 2..terbiar dgn semak samun n xdiuruskn…akhir kate moga2 silat seni gayong akn terus maju di masa hadapan…T_T

  11. patutlah sya tak pernah jumpa guru memakai tali pinggang hitam cula 7

  12. as salam. Anak Gayung ni ramai..saya juga anak Gayung, berbangsal di bawah naungan Pusaka Gayung 1994/95. Menyentuh isu cula 7, apa yang nak bising bising. Guru yang bersalah pakai cula 7 tu..terima sahaja dgn hati terbuka…dah buat salah, Anak anak beliau, usah ditegak benang yang basah.Terima dgn hati terbuka, jangan emosional sangat..akui kesalahan

  13. Sembah Salam,

    Salam-salam di simpang tiga,
    Sepuluh budak ikatan tali,
    Sanggup selam diri nan tega,
    Selam berulang berkali-kali.

    Rafak sembah gunung budi,
    Junjung kasih genggam hati,
    Hitam kuning pakaian diri,
    Tiga khidmat taburkan bakti.

    🙂

    Wassalam.

    ^_^

    ‘Callsign’ SEPULUH di FORUM HARMONi:
    http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?action=profile;u=723


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: