Posted by: abusyakirin | 12 Februari 2012

Isu Cula 7 Selesai.

Salamun alaik,

Saya difahamkan kata-kata ini bukan dari mulut Ybhg Cg Ismail Chik.. alangkah indahnya ajaran ISLAM bila berbincang dan bermesyuarat baru dapat penjelasan yang sebenar.

Berikut adalah kenyataan RASMI oleh Yang Mulia Raja Dato Abdul Majid B Raja Mat Isa berkenaan isu Cula 7.

” Alhamdulillah, Ybhg Cg Ismail Chik telah memperjelaskannya kepada saya berkenaan isu pemakaian bengkung Cula 7 baru-baru ini. Semua ini kerana berkaitan masalah kefahaman masing-masing, walau bagaimanapun Saya berpuas hati dan menerima penjelasan yang telah beliau berikan.Apa yang dapat saya katakan di sini ialah isu ini sudah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit tentang isu cula 7. Sekali lagi dinyatakan bahawa tiada sesiapa pun di dalam PSSPGM yang memakai Bengkung Pelangi Hitam Cula 7. Wallahualam “

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.

Alhamdulillah, Kenyataan ini amat-amat melegakan saya dan kita semua hendaknya.Saya berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi suara-suara sumbang yang membicarakan isu ini. Kenyataan Rasmi sudah dikeluarkan. Benang yang kusut sudah terurai, yang tersimpul sudah dibuka, maka berlapanglah dada kita semua.

Walaupun tulisan awal saya menerima banyak kritikan, makian dan cercaan, namun saya hadapinya dengan redha, Saya berlapang dada kerana mereka yang marah tidak memahami letak duduk sebenar tugas yang saya pikul ini.

Di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan seandainya saya menjalankan tugas yang diberikan oleh Ybhg Dato YDP PSSPGM banyak yang tersilap saya laksanakan. Saya berharap agar anak-anak gayong yang lain mencadangkan kepada Ybhg Dato YDP PSSPGM untuk MELUCUTKAN segala JAWATAN dan AMANAH yang diberikan kepada saya. Tidak MERAJUK tetapi andainya saya melaksanakan menyebabkan ada yang tak selesa, elok dicadangkan saja. Kerana kita ada orang Islam ada Musyawarrahnya.

Bila anak-anak  Gayong keliru ..tiada pun guru-guru lama tampil membantu..dibiarkan saja memandang sepintas lalu..apalah sangat masalah begitu..umpama ringan seperti debu.. nak berkata tak tergamak malu..hati berbicara namun lidah kelu..tampilnya hamba membujur lalu..dengan amanat sandang dibahu.. bukan bersuara mencari seteru tapi mencari restu agar ianya tidak lagi menjadi isu..mudahan gayong akan bersatu..sama sendiri bantu membantu selamat sejahtera hajat dituju..

RIBATH .. Dalam jihad qital, hati yang ikhlas lilLaahi, mata yang berjaga malam untuk mengawal akan selamat dari sambaran api neraka. Semoga mata-mata yang ribath dalam jihad Gayong dengan mata pena yang tajam pada saat mata-mata lain sedang lena akan selamat jua dari pembalasan api neraka kelak, Allahumma aamiin..

اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Al-Faqir ila awfi Rabbihi

Nik Iznan Musyahmi B Mohamed.

______________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. Alhamdulillah…berlapang dadalah & terimalah seadanya. Moga tiada isu besar lagi yang melanda…amin ya Allah.

  2. Asmk…tu laaa..kalau dari awai pikiaq panjang benda ni tak jadi panjang…..cuba tanya dua dua pihak…….tak payah nak heboh heboh satu dunia kalau kita sendiri pun tak tau hujung pangkai…..kalau polis tangkap pencuri pun bukan trus dia sumbat masuk lokap….tanya saksi…tanya tuan punya badan pencuri….bukti…aparaaa….akai letak lutut…..

    • kenapa masa isu ini di perbahaskan di FB tiada komen rasmi dari FB cg Ismail Chik sendiri. Bila isu dah heboh baru nak telefon sana sini, sms sana sini.

  3. Tak dak balas dari cikgu sebab dia bukan tau bukak fb kot…hahahh…sms pun dia tak gheti…hahahaha

    • 😀

  4. FB Ayahnda Paduka Ismail Chik bukan brtujuan untuk melayan bnda2 ni semua…Fb trsebut dcreate oleh Saya Ayu Ismail selaku anak kandung beliau…brtujuan untk mmudahkan anak2 murid srta rakan2 lama beliau yg ingin mnjejak dmana beliau brada…bukan utk dsalahguna..nak letak crita karut marut smua…@ nak memalukan sesiapa…sebelum buat…pikir dulu natijahnya…dan sblum kata org lihat dulu gambar2 saudara sndiri…CULA BRAPA YG ADA D PINGANG SAUDARA….?????? dapat dari mana…ADMAR bagi ka??? atau Dato Paduka Raja Abd Majid bagi…???? cermin diri sebelum menegur org lain…dan org yg saudara aibkan adalah Ayah kandung saya dan org yg sangat dhormati oleh anak2 muridnya d Pulau Pinang…saudara bukan dari P.P spatutnya x perlu masuk cmpur dlm hal ni…x cukupka CULA 7 dpingang saudara…pakai la Cula 44 smpai penuh keliling pingang x da beza nya …x da apa kuasa lebih pon…esokni masuk kubur nak bawa cula tu skali ka??? klau ada cula banyak Malaikat Mungkar Nangkir bagi diskaun ka…klau cula sikit api x kuar kot mulut ka??? klau ada lebih org tu bole kluarkan Dragon Ball ka…???? pikir pakai kepala yg ada otak…bukan kepala lutut…Setuju dngn Ann..

    • 1. kenapa tak jawab segala persoalan pasal isu cula 7 di tempat tercetusnya isu ni di Group Gayong Bercantum, saudari kena berani menjawabnya di sana sebelum ianya di delete, bukan menghentam saya di sini.
      2. Bukan saya yang menimbulkan persoalan di group tersebut.Sila rujuk ADMIN Group tersebut
      3.Saya pakai Cula 7..bagi bukti..jangan cakap saja.
      4. Teguran Saya bukan dari Pulau pinang so jgn campur tangan urusan anak gayong P.Pinang. Masalah gayong adalah masalah bersama, Gayong bukan hak individu atau negeri.
      5. Terima kasih di atas nasihat pikir pakai kepala yang ada otak bukan kepala lutut.. dan sungguh manis kata-kata saudari..agak-agaknya ustazah barangkali.

      • klau saya tau gambar ayah saya dupload dan djadikan bahan snda dari awal lagi saya dah babitkan diri…dah delete sblum saya cmpur tngn..saya x kata “jngn cmpurtngn dalam hal anak2 gayong…yg saya katakn jngn masuk cmpur urusan kluarga sy…beliau bukan guru saudara dn saudara dah smestinya x kenal lngsung siapa beliau..
        .bukan saudara yg mnimbulkan prsoalan trsebut??? jngn menuding jari pd org lain..saudara dn sahabat saudara Azizan Ibrahim brsekongkol ddalam hal ini…sorang letak gambar sorang tolong comment klau saudara x trbabit manakan bole ujud blog ini…dan smua pon sedia maklum..al kisahnya isu cula7 dtujukan pd siapa…dan saudara sndiri mngatakan apa yg dlakukan adalah atas arahan Dato.d sebabkan masalah ini dah jadi masalah brsama saya telah mnghantar sms pada Kerajaan Pusat untuk mngambil tindakan datas prlakuan saudara Ustaz dan Cg Azizan Ibrahim..nama Dato Paduka Raja Abd Majid telah dbabitkn…secara terbuka Ayahnda saya daibkan secara trbuka juga prkara ini harus dselesaikan…saya masih menungu jawapan dari Kerajaan Pusat…harapa ada yg beri prhatian..
        saya bukannya Ustazah…trima kasih kerana mngakui ayat saya mmg manis, harap semanis kurma la hndaknya…x tau pula klau ustaz @ ustazah d tmpat saudara mmg guna bahasa semanis saya…sbb tu saudara x tau bezakan ya???

        p/s: mungkin rabun agaknya mata saya sbb kelihatan profile Abusyakirin seolah2 brcula7 @ prlukah sy hantar ke FB untk dnilai brsama dng pmbaca yg lain???

        • 1.Silakan report ke kerajaan langit sekelaipun..
          2.Adakah patut tuduhan blog ini diwujudkan semata-mata isu Cula 7.. blog ni sudah lama beroperasi. Dangkal sungguh kenyataan saudari.
          3.Sekali cakap hal pulau pinang..alih kata hal keluarga pula, kita sentuh isu gayong, bukan isu peribadi.
          4.Nak hantar foto ke dalam FB silakan.. itu yang terbaik. dok kata saja nak hantar. Boleh kita sama-sama tengok dan nilai.
          5. TOLONG JAWAB.. KEPADA SAYA SEKARANG, KENAPA YBHG Cikgu ISMAIL CHIK PAKAI CULA 7 MAAF SAYA TAK MENGGUNAKAN ISTILAH AYAHANDA PADUKA KERANA ITU BUKAN GELARAN DAN ISTILAH DALAM GAYONG.
          6. MEMANG BUKAN BELIAU KAH YANG DALAM FOTO TERSEBUT YANG MEMAKAI CULA 7
          7. ATAU MEMANG BUKAN 7 BILANGANNYA, SEBALIKNYA MATA SAYA DAN YANG LAIN SEMUA RABUN .

          • emm abusyakirin nak pasal apa ybhg cikgu ismail chik pakai cula 7?pergilah tya beliau sndiri nombor dahh ada..dan itu adalah hak cikgu mail kita x boleh kacau…waris mutlak sendiri pon ada cakap itu hak cikgu ismail chik…

    • Salam, saya baru sahaja menjadi murid gayong di UiTMPP. Boleh bagi saya wall name Cikgu Ismail?

  5. marah2…emo2…period barang kali…shuuu…diam….
    ada akal…pikaiq….
    tak tahu cerita …tanya…
    ntah siapa yang tak tahu cegita ntah….aduh…sang wanita….

    • lagi komen..

  6. tuan guru paduka bonda seri yang utama maharani yang tertinggi, ampun kan patik pacar yang hina…
    gambar yang ustaz nik pakai tu bukan bengkong…tapi sandang…semua sandang 7 cula….
    bonda ni orang gayong ke tidak? tak kan tak kenal bengkong dengna sandang kot?
    kalau bukan orang gayong….jgn di sebok2 kan cerita pasal gayong

  7. Persoalan yang tiada jawapan…mana jawapanmu wahai intan permata

  8. Bonda,
    akhirnya..
    terbongkar jua rahsia
    (lagu m.nasir sket)

  9. Maaf lah ya..ustaz nie memang nak fofuler…gambar yang dia post kat blog dia ni tak diupload kan satu dunia pun..di hantar secara peribadi kepada beliau…dengan pertanyaan…bukan untuk hinaan..yang dia pi letak secara terbuka tu sapa suruh…memang hobby kot nak mengaibkan org….sekurang kurang nya orgbyang hantar tu bukan ustazah atau ustaz dia pikiaq dulu…ada baik nya bertanya pada tuan badan dari serbu tembok…..memang sah nak perhatian……seorang uztaz untuk mendidik bukan nak menjatuhkan org….

    • Anda bertanya saya menjawab

      1. Ada saya mention nama sesiapa yang hantar..kenapa Si AnnU terasa pulak.
      2. Macam mana Si Annu tahu dihantar secara peribadi… Ada komplot dengan penghantar ke.
      3. Siapa yang HINA siapa. Siapa yang buka pekung di dada. Di saat saya tak menyebut nama guru tersebut di Blog saya.
      4. Si Annu ni nak pertahankan pun bagilah hujah kukuh sikit.

  10. Ann & Ayu Ismail,
    i) Kan tajuk entri blog ini “Isu Cula 7 Selesai” – bila selesai, sudahlah…yg dok menjerit melolong tak abih2 ni apa ke hae nyer? Yg Bhg Dato’ Abd. Majid dah kata : ” Apa yang dapat saya katakan di sini ialah isu ini sudah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit tentang isu cula 7. Sekali lagi dinyatakan bahawa tiada sesiapa pun di dalam PSSPGM yang memakai Bengkung Pelangi Hitam Cula 7.”
    ii) Apabila YDP PSSPGM kata camtu, kita sbg ahli pertubuhan, akur sajalah, walupun ada yg x puas hati. Mana mgkin hati manusia puas 100%? Namun kita kena belajar redha & patuh kpd pimpinan, itu adat berpersatuan.
    Jika kita x mau patuh, maka jgnlah kita jadi ahli lagi, keluar saja & buka pertubuhan baru…kita jd YDP, kita jdi ahli, buatlah peraturan sendiri…sapapun x marah.
    iii) Kalau kita ‘bukan’ ahli PSSPGM, maka tak perlu sibuk & menyibuklah.
    iv) kalau kita marah sbb pos dalam FB menyentuh ayhanda – itu ‘bukan’ kerja Us Nik, tapi org lain yg buat link… & ramai yg terlibat dlam perbincangan tersebut….nape tak marah semua? Orang yg buat link kat FB Gayong Bercantum tupun ambil foto dlm FB cawangan Gayong juga (anak murid ayahanda). Bila dimuatnaikkan secara ‘public’/awam, maka foto tersebut berhak ditonton, dilihat, dikomen & dibincangkan. Kenapa kita nak marah kpd yg menyambung/link-kannya kemudian (macam forward jer…) sedangkan orang yg pos mula2 tu tak dimarahi? Tak ke pelik tu? Umpama: kita marah kpd posmen yg hantar surat saman kat kita – kita marah org yg menyaman kita atau kpd posmen? fikir….fikirkanlah.
    Kalau tak mau org awam lihat, ubah kat setting tu, hanya murid2 ayahanda shj yg dapat lihat…org2 len tak boleh. Kenapa tak buat camtu?
    v) Nak tegur apa2pun, kaji, selidik dulu…tanya org2 lama kalau tak tau. Us Nik tak tau dia tanya org >tau, Pak Ndak sbg YDP. Anda yg tak tau antara bengkung bercula & hujung sandang tu, dah tanya org ka? Kalau tanya budak sekolah bengkung Putihpun, rasanya dia tau & dpt bezakan….
    vi) Pokok takkan bergoyang jika tiada angin (kecuali hantulah yg goncang2kannya…he3). Kalau ayahanda cik2 pakai Cula 6, org nak bising tak? InsyaAllah semua anak Gayong 1 Malaysia tau siapa Cg Ismail Chik, semua org respek abis…sebab senioritinya, sebab komitmennya dlm Gayong tak pernah berhenti sejak dulu, hampir 50 thn. Bila pakai Cula 7, yg menjadi hak Allahyarham Dato’ Meor Abd. Rahman (ADMAR), mestilah semua anak Gayong marah/kecewa, kecuali anak2 murid ayahanda sahaja.
    vii) Kesimpulannya, bila ayahanda dak tak pakai & hal ini disahkan oleh Dato’ Abd. Majid, maka sama2lah kita terima dgn lapang dada. Yg sudah tu, sudahlah. Jgn diulang lagi kes ini & insyaAllah orgpun dah tak marah/kecewa dah. Marilah sama2 kita saling maaf memaafkan. Allah SWT amat suka mereka yg sentiasa minta maaf & senang pula memaafkan. Saya juga mohon maaf jka terllebih bicara/kekurangan bahasa. Wallahua’lam. Terima kasih.

  11. Dari Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya :

    “Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah : “ Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu !! ”

    Suka saya dengan petikan kata-kata Hadith di atas, kadang-kadang tanpa kita sedar… ketika kita sibuk mengejar apa yang dituntut oleh hati demi kepuasan diri sehingga lupa bahawa akibat kebodohan kita dari perbuatan kita itu telah menjatuhkan Darjat dan maruah kita sendiri. Jika ia hanya melibatkan diri sendiri tanpa menarik insan lain dalam perlakuan bodoh sombong kita itu, itu antara dosa kita dengan diri dan Allah SWT tetapi jika tujuan kita mengikut gerak hati lalu mencalit tahi pada insan lain sehingga kita boleh menjatuhkan air muka insan tersebut, maka dimanakah tempat kita selepas itu ? Adakah kita akan menerima ‘anugerah’ dari segelintir masyarat atau selepas itu kita akan jatuh tersungkur kerana kedaifan dan kejahilan kita sendiri?? Mungkin, ada diantara mereka-mereka yang bersetuju dengan tindakan yang kita lakukan dan tidak kah kita terfikir bahawa insan-insan yang menyokong perbuatan sumbang kita itu adalah SEUMPAMA DENGAN KITA??? Lebih-lebih lagi perbuatan jahil kita itu boleh memutuskan silaturrahim antara satu insan kepada insan yang lain.

    Dari Abdullah bin Abi Aufa RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

    “Rahmat tidak turun kepada kaum yang pada mereka ada yang memutuskan silaturrahim”. Dan satu Hadith yang lain Rasulullah ada menyebut : “Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim ” ( al-Bukhari).

    • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya..umar al khatab

  12. Asmk pak anjang…terima kasih atas penjelasan…bukan niat nak menjerit nak melolong…isu cula tujuh selesai ditaip oleh blogger setelah anak cikgu call minta delete atau do something mengenai nya sebab dah selesai….sebagai anak mesti terasa…walau pun saya tak bersilat tapi saya masih anak…yang menjadikan begini kerana waktu nak tau sesangat pasai bab tu…terus tanya menaip…..tapi bila dah selesai..senyap di biarkan…sampai disuruh baru buat…..waktu buka cepat…waktu nak tutup take his own sweet time….post tu saya baru nampak bukan kat fb tapi bloggers….apa pun..dah selesai selesai lah……cuma ustaz ni sepatutnya tanya la juga dulu tuan punya badan…kalau boleh tanya pak ndak kenapa lepas tu tak leh tanya cikgu….katanya menjalankan tugas kan…so jalankan lah baik baik…ikut cara straight bukan bengkang bengkok….kita jadikan pengajaran lah…….mmmm maaf ilmu sya tak setinggi ilmu ustaz dan yang lain lain…cuma ilmu perasaan anak saja yang ada pada saya….apa pun untuk gayung all the best….ingat zaman kecik kecik dulu bersilat ramai ramai buat pertunjukkan…tak sangka kenangan dewasa ini lain jadi nya…..assalamualaikum semua…….

  13. Berkata benar memang pahit rasanya..tapi terimalah hakikat..berlapanglah dada.. Ustaz Nik pememgang HPCS 3 bukan 7… Harap maklum…Yang tua tak semestinya tinggi ilmunya dan yang muda tak semesti rendah martabatnya…

    • Walau sehebat mana pun kita, Walau sekaya mana pun kita, Matlamat kita tetap satu, Tujuan kita tujuan yang sama, Adat Kita Kalah Menang, Adat Kita Hidup Mati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: