Posted by: abusyakirin | 13 Februari 2012

SEJARAH,KEBENARAN, KEJUJURAN DAN DENGKI

Salamun alaik,


“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”. Surah an-Nisa : 135

Seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah baik sejarah apa sekalipun hendaklah akur kepada firman Allah di atas

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah.

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.

Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’.

UKURAN DAN NILAI KEBENARAN

Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang semata. Maka betapa banyaknya fakta-fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta yang salah dan dusta ditelan oleh sesebuah masyarakat sebabkan ianya dipercayai oleh majoriti yang ada. Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap sebagai kayu pengukur  utama.

Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran dinilai dengan dalil dan alasan. Dalam dunia akademik ianya juga disebut ‘dengan angka dan fakta’. Jika dalilnya sahih dan alasannya benar atau angkanya betul dan faktanya tepat maka itulah kebenaran sekalipun orang ramai jahil mengenainya atau menolaknya.

Kejahilan manusia tidak boleh merubah hakikat kebenaran. Demikian pembohongan yang diterima ramai tidak boleh mengambil tempat kebenaran. Dalam Islam, dalil dan alasan atau fakta dan angka yang teragung adalah apa yang ditegaskan oleh Allah dan RasulNya. Sekalipun manusia menolaknya, atau tidak memperdulikannya. Jika kita mengubah prinsip ini dalam mengenali kebenaran seperti menjadikan suara ramai sebagai pengukur utama kebenaran, maka banyaklah kesilapan atau kesalahan, bahkan kesesatan akan dianggap kebenaran.

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w menceritakan perihal hari kiamat yang ditunjukkan oleh Allah kepada baginda. Baginda menyebut: “Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah kadang-kala nasib kebenaran. Jikalau kebenaran itu hanya diukur dengan jumlah pengikut, tentu nabi-nabi tersebut tidak termasuk di kalangan orang yang benar disebabkan sedikitnya jumlah yang menyahut seruan mereka. Bahkan ada yang langsung tidak ada siapa yang sudi menerima dakwahnya. Bahkan ada nabi yang ditentang oleh kaum keluarganya sendiri; seperti Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut. Lebih dari itu Nabi Nuh a.s. telah melakukan gerakerja dakwahnya hampir seribu tahun, namun hanya sedikit yang sudi menerima.

Demikian Nabi Muhammad s.a.w juga tidak boleh dianggap benar di peringkat Mekah, kerana kebanyakan penduduk Mekah menentang dan menuduh baginda ketika itu dengan berbagai tuduhan. Namun kebenaran itu bukan dinilai dengan keputusan orang ramai semata. Orang ramai boleh jadi mempunyai kepentingan, atau dipengaruhi taklid buta atau sentimen tertentu atau dipengaruhi oleh pihak yang lebih dominan.

Justeru itu, apabila kita ingin menilai sesuatu perkara sama ada benar ataupun salah hendaklah kita merujuk kepada alasan dan dalil yang dikemukakan. Buanglah dari kita pengaruh persekitaran yang sebahagiannya dek cakap atau pendapat yang tersebar luas tanpa bersertakan bukti dan dalil. Al-Quran juga meminta insan agar ketika berfikir tentang hakikat sesuatu kebenaran bebas dari pengaruh orang ramai yang tidak berteraskan hujah yang benar dan pemikiran yang betul

Dikatakan saya juga memakai Bengkung Cula 7 walaupun ianya adalah hujung SANDANG.

AKU TIDAK PEDULI SELAGI AGAMA KU SELAMAT

Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli.

Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara.

Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan:

“aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. 

Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr).

Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.

Renungkanlah wahai saudara ku semua. Apakah wujud perkara ini di dalam Gayong…Fikirkanlah saudara ku semua.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Advertisements

Responses

  1. Salamun alaik, macamni la cara yg betul klau nak muat naik gmbar yg nak djadikan rujukan utk sesuatu hal….MUKA HARUS D TUTUP agar x mnngaibkan sesiapa…cuba klau guru saudara yg dperlakukan sperti yg telah saudara lakukan d facebook….apa perasaan saudara…sbgai anak murid mngkin kesannya x mendalam sangat….tapi apa kesan pd kluarga guru trsebut…maaf la klau trasa…cuma dari apa yg saya baca dan lihat pd semua komen…seorg anak pasti x akan brdiam diri apa bila bapa mereka dprlakukan sdmikian rupa…
    knapa gambar saudara dtutup muka??

    • wmslm wbt.

      1.kenapa gambar saya di tutup sebab bukan saya yang tutup.. gambar itu orang lain yang edit.. gambar saya yang tak edit dah boleh jelas tengok di blog saya.
      2. Artikel lepas saya masukkan foto Cg Awang, Cg Majid dan Cg Ismail Chik. Saya dalam artikel tu tak sebut pula nama mana2 guru atai individu.. siapa mangka nangka dia la yg kena getah, siapa yg makan lada dia la yang rasa pedas.
      3. Persoalannya sekarang adakah foto yang memakai cula 7 yang heboh di FB itu foto yang di edit.
      4. kalau ianya di edit memang Guru Tersebut kena FITNAH.. kalau benar Guru tersebut memakainya, maka ianya BENAR. Anak Gayong bertanya bukankah cula 7 hak ADMAR. maka jawablah dengan sebaiknya. Tampilkanlah dengan kenyataan FAKTA dan BUKTI sokongan yang BERASAS dan MUNASABAH.
      5. Kenapa di bangkitkan guru tersebut di FITNAH..sepatutnya JAWAB agar ianya JELAS kepada anak-anak Gayong yang bertanya.

      • dari Abu Hurairah r.a, katanya : “Telah bersabda Rasulullah S.A.W ”

        “Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jgnlah kamu tipu menipu,
        benci membenci, musuh memusuhi, berjual beli atas jual beli
        setengah yg lain dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yg
        bersaudara.”

        “Seorang Muslim adalah bersaudara, tidak boleh menganiaya, tidak
        boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak
        boleh menghinanya.. Taqwa itu berpunca dari sini – sambil Nabi S.A.W
        menunjukkan dadanya 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu
        jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang
        Muslim yg lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.”

        • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

  2. Salamun alaik’.

    Bukan hendak mencari salah siapa, tapi kami si anak gayong ingin mendapatkan penjelasan yang mempunyai asas yang kukuh. Bukan sekadar mengeluarkan satu kenyataan/alasan yang tidak langsung mengambarkan beliau seorang guru. Perlembangan telah termaktub bahawasanya AMDAR adalah pemengang hakiki HPCS Gangga Negara Cula 7. Kami ingin mendapatkan pencerahan yang sebenar. Itu saja.

  3. Salam ustaz oi…maaf saya tak dak gayung dirumah….saya ada shower saja…ini bermaksud saya tak tau apa pasai gayung…sebab tu saya post gambar tu kat message box ustaz sebab nak tanya benda tu apa…sama ka tak?… Yang ustaz nak meloncat pasai apa…..last2 buat modai kata org kata hang pakai cula 7…. Cuba tengok sapa yang hantar gambaq tu kat fb message ustaz…… Cuba bawa banyak bersabaq…nak cari ehsan kesian org wat pa…nak tengok ramai mana ka followers..asal tak buat talian mengundi trus….yang lompat nak bagi tau satu dunia ni pasai apa….ada aku letak kat wall hang ka?…gambaq ttup muka tu saya yang buat…saya nak sebut benda alah tu tak reti…sebab tu saya bulatkan……kalau saya tau saya tak payah tanya….mecam ustaz kata…berani kerana benar takit kerana salah…so masa org hantar pertanyaan tu jawab ja la…ini dok provoke suruh saya letak kat face book la apa la….sebab ustaz nak ini la kan…kan….memng sah nak glamer…..blum apa apa dah lompat…ustaz ka?…. Sabaq sket…ingat …tuhan….bawa mengucap…..lagi satu saya talifon saya kata saya anak….perbincangan kita dlm talifon…bukan alam maya….ini saudara ustaz kita siap taip nama cikgu , nama anak….lepas ni apa plak…no talipon…alamat rumah….hari tarikh lahir( senang nak antaq present nanti)…..bemda kat luar nak heboh kat alam maya wat pa…..agak2 la…ilmu ustaz kan tinggi……tak payah la nak letak nama org…nama ustaz pun ustaz tak letak yang betul kat profile…..mula mula ceri ta cula 7 berkisar pada guru tua…last last siap nama naik apa raaa…itu tak mengaibkan org ka?…

  4. Salam,

    [4.114] Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa’ ayat 114)

    Atas perintah dari Allah s.w.t. melalui lisan rasulnya s.a.w. kami di Serantau Selangor berharap isu ini tidak di perpanjangkan sehingga menimbulkan masalah yang lebih besar.

    Benar isu ini tiada kaitan dengan kami secara langsung dan tidak langsung, namun ia mempunyai kesan jiwa kerana yang terlibat itu figura – figura penting dalam perkembangan Gayong secara amnya.

    Islam mengajar kita supaya meneliti dan menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

    [49.6] Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujerat, ayat 6)

    ABAABUN NUZUL- SEBAB – SEBAB PENURUNAN AYAT

    Menurut Imam Ahmad didalam musnadnya telah mengetengahkan sebuah hadith dengan sanad yang jayyid melalui Al-Harith Ibn Dharar Al-Khuza’I yang telah menceritakan , “aku datang mengadap kepada rasulullah s.a.w., lalu beliau mengajak aku masuk agama Islam, lalu aku menyatakan diri masuk Islam dihadapannya.Dan beliau menyeruku untuk mengeluarkan zakat, lalu aku berkata;”Wahai Rasulullah,bolehkah aku kembali kepada kaumku, aku akan mengajak mereka masuk Islam dan menunaikan zakat.Maka barang siapa memperkenankan hal itu aku akan mengumpulkan harta zakatnya, lalu engkau mengirikmkan utusanmu kepadaku dalam jangka waktu yang cukup supaya orang tersebut dapat membawa semua harta zakat yang dikumpulkan kepadaku”.

    Setelah Al-Harith berhasil mengumpulkan harta zakat kaumnya, waktu yang telah dijanjikan telah tiba,ternyata rasulullah s.a.w. tidak mengirimkan utusannya.Setelah ditunggu –tunggu tidak muncul (utusan yang dijanjikan) ,maka Al-Harith menyangka rasulullah s.a.w. marah terhadapnya.Lalu beliau mengumpulkan semua orang – orang kaya dari kalangan kaumnya untuk menyerahkan secara langsung kepada rasulullah.

    Menurut riwayat Sa’id yang diterima dari Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghantar Al-Walid bin Uqbah bin Abu Mu’ith sebagai wakil untuk mengutip zakat kepada Bani Mustaliq yang telah mengaku tunduk kepada Nabi dan telah memeluk Agama Islam.Sesampai Al-Walid dinegeri Bani Mustaliq itu, maka maksudnya memungut zakat itu tidaklah berhasil baik.Lalu Al-Walid segera pulang ke Madinah dan melaporkan kepada Nabi s.a.w. bahawa Bani Mustaliq enggan bayar zakat dan telah murtad.Lalu Rasulullah telah mengutuskan Khalid bin Al-Walid bersama angkatan tenteranya untuk menyelidiki dengan lebih mendalam.

    Sebenarnya didalam riwayat lain , dikatakan Al-Walid tidak pernah sampai kepada Bani Mustaliq sebaliknya beliau telah berpatah balik di sekerat jalan kerana khawatir akan keselamatan dirinya.

    Lalu Khalid al-Walid telah menghantar beberapa orang untuk menyiasat keadaan sebenar.Ternyata apa yang disampaikan oleh al-Walid itu bohong belaka, kerana melalui laporan yang disampaikan kepadanya,Bani Mustaliq masih lagi mengamalkan agama Islam,bahkan dilaporkan kedengaran suara azan dan solat berjemaah pada waktunya.Khalid pun menyampaikan penyiasatannya kepada Nabi s.a.w. Maka turunlah ayat ini, memberi ingatan supaya Nabi s.a.w. selidiki terlebih dahulu sebelum menghantar angkatan tentera.Peristiwa ini juga menjadi asbabul wurud keluarnya hadith dari Nabi s.a.w. yang berbunyi:

    “Menyelidiki dengan tenang adalah dari Allah dan tergopoh-gopoh itu adalah dari syaitan.”

    Melalui ayat ini jelas al-Walid telah diberi nama yang hina iaitu fasik, tegasnya seorang pembohong! Ibn Zaid , Muqatil dan Sahal bin Abdullah memberi erti fasik itu ialah Kadzaab,Pembohong!Abul Hasan al-Warraaq memberi erti orang fasik ialah orang yang tidak segan – segan menyatakan suatu perbuatan dosa

    Maksudnya bayangkan jika nabi s.a.w. tidak memerintahkan Khalid Al-Walid siasat terlebih dahulu, bukankah bani Mustaliq akan mendapat celaka akibat fitnah dari seseorang walaupun ianya bertaraf orang yang hampir dengan kita. Seruan selidik/periksa terlebih dahulu ini menjadi salah satu tiang yang penting juga kerana Allah s.w.t. tidak memerintahkan sesuatu yang dianggap penting tanpa di mulai dengan panggilan “wahai orang – orang yang beriman…” sebagaimana perintah untuk berpuasa dan perintah untuk berhukum hudud kedua – duanya di mulai dengan kalimat yang sama. Maka didalam hal fatabaiyyanu atau fathabathatu (yakni selidik) juga menjadi wajib disebabkan ianya perintah langsung dari Allah s.w.t. kepada orang – orang yang beriman seperti mana kita menerima perintah wajib puasa dan wajib berhukum hudud.

    Jadi pihak – pihak atasan sudah pun menghulur tangan berjabat salam, bahkan Pak Ndak juga sudah mengatakan ianya SELESAI maka biarlah ianya SELESAI. Usah di ungkit dan di semut merahkan lagi.

    Wallahu’alam.

  5. Wan Kancil, Very well said & concluded nicely.
    Isu ini sepatutnya dah dinokhtahkan. Cukuplah,bermaafanlah.
    Banyak isu lain tentang umat Islam yang perlu kita tangani…Islam masih jauh dari umatnya…sama2 kita tarbiyah diri kita & teruskan berdakwah…

  6. Xhabis lg.cik puan annu pun cukup2la

    • 😀

  7. Reblogged this on KUkial_Jr@com.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: