Posted by: abusyakirin | 14 Mac 2012

Adakah Gayong Berpecah Kerana Doa Tertolak..

Salamun alaik,

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan daripada Allah.Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini

Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah? Pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.

Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap redha? Hakikatnya syariat Allah disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah!

Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan redha. Redha kepada Allah bermakna menerima qadha’ dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab Radhiyallahu anhu pernah berkata:

“Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.”

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman melalui sabda baginda Shallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”..

Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia redha dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang redha dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah , tiada seorang hambapun mengetahui rahsia takdir Allah!

Wallahu a’lam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: