Posted by: abusyakirin | 30 Mei 2012

Silat, Solat dan Silap

Assalamualaikum wbt,

Duhai sekalian pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Adapun sekalam jua yang terbaca, yang terpandang, maka sebanyak mana itulah maaf dipinta bagi ketiadaan waktu mengemas kini laman yang daif lagi jahil ini.

Benarlah masa itu milik ALLAH dan amat beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjaga akannya dengan beramal membawa bekalan di akhirat kelak.

Dek kerana kesuntukan masa yang tidak mampu dielakkan, maka laman ini berada di dalam kesepian dan tidak tersentuh dengan coretan nasihat dan muhasabah.

Ingin pertama sekali menyatakan Syukur tiada terhingga atas nikmatNYA yang hakikatnya tetap ujian bagi saya yang serba kekurangan ini

ANTARA SILAT & SOLAT

Sempena kedatangan Bulan Rejab ini sukanya saya insan yang Faqir Haqir ini memperingatkan kembali diri saya ini. Sesungguhnya Solat itu berat untuk dilaksanakan. Tetapi berat lagi solat berjamaah. Lagilah berat untuk menyusun saf dalam jamaah. Begitulah, berjuang itu susah. Tetapi susah lagi berjuang secara berjamaah. Lagilah susah untuk menjadi tentera yang tersusun, taat dan wala’ kepada jamaah. Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali oleh orang yang dimudahkan oleh Allah dengan kurniaan ‘khusyu’ dan insaf’

“Dalam solat berjemaah, kita tak boleh berdiri sendirian di belakang saf. Kalau kita tinggal seorang diri, kita perlu tarik kawan di hadapan ke belakang untuk bersama dgn kita. Dalam perjuangan dan dakwah juga kita tak boleh berjuang sendirian akhi. Kita mesti sentiasa berteman dan berjamaah

Mengapa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan para sahabatnya tentang solat? Padahal mustahil di kalangan mereka ada yang melalaikannya. Maksud yang tersirat dari kata-kata Baginda yang amat mengasihi umatnya itu sebenarnya terlalu mendalam. Walau apapun nama dan gelaran kita, kedudukan dan pangkat, tahap ilmu dan amal ibadat kita, hendaklah kita sentiasa perbaharui dan selidiki kesempurnaan solat kita. Tidak semestinya seorang alim ulama telah lulus dari ujian solatnya. Kerana setiap manusia dicipta dengan potensi ‘kelalaian’ yang tak pernah akan hilang dari kehidupannya. Manakala salah satu sifat orang beriman yang bijaksana adalah dia sentiasa merasa dirinya lalai dan kurang sempurna. Berbahagialah bagi mereka yang masih ‘sedar diri’ di atas segala kelemahannya!

PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN

Setelah bertahun-tahun mengerjakan solat, kadang-kadang kita merasa terlalu hebat hingga dapat menghabiskannya tak sampai lima minit. Kerana terlalu mudah, ringan dan senang akhirnya sikap mempermudah-mudah dan meremehkan solat menjadi kebiasaan. Padahal jika anda mendengar cerita Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu anha:

”Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersembang-sembang dengan kami, ketika datang waktu solat, maka seolah-olah Baginda Shallallahu alaihi wasallam tidak mengenal kami dan kami pun tidak mengenal Baginda.” Anda akan mengerti betapa beratnya perkara solat ini, yang telah merampas segala perhatian keluarga Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam daripada urusan duniawi!

TANYALAH DIRI KITA

Asim bin Isam bercerita: “Suatu hari aku menginap di rumah imam Ahmad bin Hanbal. Beliau membawakan air (wuduk) lalu meletakkannya untukku. Pagi harinya, beliau melihat air itu seolah tak tersentuh. Beliau berkata: “Subhanallah! Seorang penuntut ilmu tak punya wirid di waktu malam?!” Diceritakan Al-Khatib dalam Al-Jamik li akhlaq al-Rawi.
Apa agaknya ucapan Imam Ahmad melihat manusia seperti kita yang, jangankan solat malam, bahkan subuh pun sering terlewat?

Mujahadah sentiasa dalam amali,
Muraqabah amal jangan dilupai,
Muahadah hati sentiasa disemati,
Muhasabah diri selalu diingati…

Kamal ALLAH dalam adab,
Qahhar ALLAH dalam tegas,
Jamal ALLAH dalam pandangan,
Jalal ALLAH dalam ibadat…

Wallahu a’lam..

al-Faqir Haqir ila awfi Rabbihi.

________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: