Posted by: abusyakirin | 1 Jun 2012

Layakkah Dipuji Elokkah Memuji

Assalamualakium wbt,

 

SUKA KAN PUJIAN

“Aku ni Ketua Panglima Hitam..Aku Pakai Hitam Cula 5, jangan berani bantah kata-kata ku”.

“Aku Ketua Waris Beradat di negeri ni..nak buat majlis adat mesti kena rujuk kat aku..yang lain kau jangan dengar cakap, aku paling berkuasa”.

Dialog ini sering sekali kita dengari dan lebih syok lagi bila anak buah masing-,masing memuji-muji gurunya dengan penuh ghuluw yakni melampau-lampau.

“Saya rasa Cikgu lah yang paling hebat..kalau tak takkan dapat jaga Negeri ni”

“Kalau kamu semua nak tahu lepas arwah dato tiada..tidak ada yang layak menggantikan tempatnya selain guru ku itu..kerana dia yang dapat pelajaran keseluruhan..orang lain semua pembohong..”

Lumrah kehidupan,semua bangga dengan jawatan dan sandang masing-masing. Semua inginkan dan impikan manusia yang berada disekelilingnya memuji dan memujanya. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan memuji seseorang melampau-lampau dan inginkan pujian amat dibenci oleh baginda Rasulullah saw.

Hakikatnya hidup kita, mati kita di bawah satu bumbung, di atas satu landasan, dikeliling dengan satu dinding yang sama, iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Begitulah jua kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, selagi bergelar Islam, Al Quran dan Sunnah adalah cara hidup, cara hidup yang selamat, berbahagialah mereka yang tetap di dalamnya.

Dalam setiap perbuatan dan amal, semuanya berasaskan dari ilmu, ilmu beriringan dengan adab dan akhlak, adab dan akhlak beserta dengan displin, displin berturutan dengan akal yang disulami jiwa penuh tunduk dan tawadhuk.

Tiada yang layak menerima pujian yang terbaik melainkan Allah . Seseorang yang beradab kepada Allah akan merasa di dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas kemuliaan dan kebijaksanaannya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan makhluk paling mulia di atas mukabumi ini tidak selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri baginda. Begitulah hakikatnya satu pujian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada yang memuji. Jika dengan sesama insan kita kadang-kadang terpaksa memuji untuk motif tertentu yang kita harapkan daripada orang itu. Mengapa kepada Allah , seorang hamba amat terbatas melafazkan pujian demi nikmat kehidupan yang amat bernilai. Begitulah manusia yang mengaku bijak pandai tetapi kurang logik berfikir tentang Rabbnya. Sesungguhnya Allah sukakan pujian dan hakikatnya pujian itu bukan untuk-Nya bahkan untuk diri orang yang memuji-Nya.

Daripada Anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata:

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: ”Wahai Muhammad, engkau adalah pemimpin kami dan juga putera pemimpin kami. Wahai Muhammad engkau adalah lelaki yang terbaik di antara kami dan juga putera terbaik kami.” Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud: ”Wahai sekalian manusia, katakanlah dengan sederhana dan janganlah kamu semua terpengaruh oleh pujukan syaitan. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, aku hanyalah hamba Allah, aku tidak menyukai kedudukan yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditetapkan Allah untukku.” (Hadis riwayat Al-Nasa’i)

Wallahualam

al-Faqir ila awfi Rabbihi

______________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Responses

  1. Amat bermakno

    • Takbirrrrrrrrrr….🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: