Posted by: abusyakirin | 22 Jun 2012

JundulLAH FisabiLILLAH 313

Salamun alaik,

Barisan Panglima dan Angkatan Perang Pusaka Gayong

Dengan nama ALLAH, Pemula dan Pengakhir segala sesuatu, yang dengan KUN dariNYA maka Fayakun segala yang dikehendaki. ALLAHu Akbar

Segala puji bagi ALLAH yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-NYA segala puji di akhirat. Dan DIA-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (As Saba : 1)

Selawat dan Salam ke sisi junjungan PANJI CAHAYA sekalian alam Rasulullah S.A.W atas berkat syafaat Baginda S.A.W kasih sayang masih bersemarak di hati umat-umat Baginda S.A.W. SollALLAHu Alaika Wassalam, Ya Rasulullah.

AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan peluang untuk saya menulis dalam ‘kesibukan dan kelalaian diri.

Para saudaraku yang dihormati,

Suka untuk saya berkongsi kali ini tentang perkara yang berkaitan dengan tentera 313 juga Baiah, ini sebagai satu permulaan kerana apabila dikatakan kita mengambil Jalan FisabiLILLAH dan mengaku menjadi JunduLLAH maka ada eloknya kita faham sebaik mungkin.

Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa)  dua  pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan  (orang-orang  Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan  agama Allah)  dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka  (yang kafir itu)  melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa  dua kali ramainya  berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa  menguatkan sesiapa  yang dikehendakiNya, dengan memberikan  pertolonganNya. Sesungguhnya pada  peristiwa itu terdapat satu  pengajaran yang memberi insaf bagi  orang-orang yang berfikiran (yang  celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 .

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

Nah betapa hebatnya rahsia angka keramat 313 ni. Nanti ada pula para sahabat semua yang berebut untuk beli no ni letak kat kenderaan masing-masing sudah. Apapun banyak lagi rahsianya, kena mengadap para guru dan ulama untuk mengethuinya.

Sumpah Baiah Pendekar Gayong

Baiah  merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang   melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya   dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan   perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10).

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum   berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji   620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara   haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan  Ismail)  beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan   berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda   Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan   agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan  “bai’ah”  dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang  bernama  ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan  “bai’ah  ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin  Shamit  meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami  pada  malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan  mempersekutukan  Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak  akan berzina, tidak  akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta,  melindungi apa saja  yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak  membantah perintah  baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :

Jika   kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat   syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu   akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika   kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka   hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan   diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat   al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji  para  muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan  ikrar  mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat  muslimin  yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang  menyekutukan Tuhan  dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang  bertentangan dengan ajaran  dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih  penting lagi dalam perjanjian  itu ialah taat setia mereka kepada  Rasulullah SAW dalam mengerjakan  segala amalan kebajikan mereka.

Gejala  hidup mereka yang  merupakan keganasan, membunuh sesama manusia,  membunuh anak perempuan  yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan  mungkar lainnya haruslah  ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan  seorang muslim. Segala  kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini  adalah ibu segala dosa dan  punca kepada kehancuran manusia di dunia  ini. Sebab itulah Rasulullah  SAW memberi amaran kepada mereka supaya  apa yang mereka ikrarkan itu  hendaklah direalisasikan dan diamalkan  dalam kehidupan mereka, dan  mengingkarinya merupakan suatu kesalahan  yang boleh dikenakan hukuman  dunia. Sekiranya dilakukannya secara  rahsia, maka terserahlah kepada  Allah SWT untuk membalasnya di akhirat  nanti.

Sumpah taat setia  seperti yang tercatat di atas  adalah merupakan bai’ah pertama antara  Muslimin Madinah dengan  Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini,  maka kaum Ansar itu pun  berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW  mengutuskan seorang  sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama  mereka ke Madinah  dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik  masyarakat Madinah bagi  memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci  al-Quran. Utusan yang  dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau  juga ditugaskan untuk  menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di  Madinah.

Dicatatkan  juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair  telah berjaya menjalankan  tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke  Makkah setahun kemudian  iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta  melaporkan kepada  Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah  terhadap Islam.  Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan  ketibaan  rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu  sebagai  rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA

Tiba   masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua   bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah   riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu   Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu  kelainan  dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah  SAW  supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada   mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing,   termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :

“Kamu   selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab   atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang   murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam,   sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin   Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini  mempunyai  kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa  ini disebut  sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah  yang terbesar.

IBRAH Peperangan Badar.

3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)

Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:

Maka   Sa’ad bin Muaz pun berkata:

“Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan   kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad:   “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah   menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan   janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu   kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah)   dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan   engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama   kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang  dikatakan  Sa’ad sambil berkata:

“Berangkatlah (berjuanglah pada jalan  Allah) dan  bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan  kepadaku  salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang  aku  melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”

Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan….

Perang   Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam  yang  berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah,   menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang   dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera   yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah   sambil bermunajat:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah   Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini   binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi   ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh  daripada  bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang  itu, lalu  meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau  berdiri di  belakang Rasulullah seraya berkata:

“Wahai Nabi Allah!  Cukuplah doamu  itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan  permintaanmu dan  akan penuhi janjiNya kepadamu.”

Selepas  itu, turun wahyu yang  bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon  pertolongan kepada Tuhan  kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu  (dengan firmanNya):  Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu  (bala tentera)  daripada malaikat yang datang berturut-turut.” – (Surah  Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat. Dan kita yang ingin berjuang dan mengaku pejuang seharusnya mengimpikan dimuliakan ALLAH didunia dan di akhirat.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Responses

  1. salam semua..nombor 313 ni adalah bilangan yang pelik..ada banyak rahsia yg Allah Taala simpan di dalamnya..dan ia adalah satu bilangan yang boleh menakutkan dan menggerunkan orang2 kapir..sejarah telah membuktikannya..segi logiknya mana mungkin 313 dpt mengalahkan yg seribu..kenapa Rasulullah SAW memilih 313? wallahua’lam….org kapir zaman loni samaada tahu atau tak tahu sejarah perang badar, kalu dgr tentera 313 atau pendekar 313 ko atau mana2 nama pun yg ada kaitan dgn angka ni pasti akan gedebar jantung perutnya..bakpo jadi gitu..itu rahsia yg sukar hendak di robek..daulatkan Islam..jgn biarkan segala kuffar memijak tanah melayu dan segala melayunya yang agamanya adalah islan

    • Terima ksih ya Sidi Guru

      • salam .nbr313-diambil dari surah ali imraan ayat 13…ia bukan rahsia tapi satu metovasi untuk semua.

  2. Tulisan yang menarik dan inspiratif , terimakasih sharingnya, salam

  3. subhanalloh, sirr 313, Srimurni (Suci Rahasia Ilahi manusia ujud rahasia nur ilahi)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: