Posted by: abusyakirin | 7 Oktober 2014

Stange Iseh

Dalam bahasa Kelantan, perkataan ‘ Stange’ atau ‘Stangan’ mempunyai mempunyai dua pengertian, dan tergantunglah kepada  ayat yang digunakan.

1.  Satu pemahaman di dalam melakukan sesuatu gerak kerja secara berkumpulan (satu tangan)

2.  Merujuk kepada singkatan perkataan ‘sapu tangan’ iaitu kain berbentuk empat segi yang ianya boleh dijadikan alat perhiasan kepala atau kegunaan lain.

Dan bagi orang-orang tua kita, kain stangan ni dibahagi kepada dua jenis dengan tiga panggilan..

a)  Stangan Air – Kain sapu tangan kecik yang boleh mengesat peloh, menyapu muka dan buat ‘kesat hingus’ untuk mereka yang berair hidung akibat selsema.  Stangan air ni juga diguna untuk membungkus batil atau puyok kecik yang telah di isi  dengan gula atau beras atau biskut nak bawa gi rumoh orang bekwoh. Stangan air juga dimasuk kedalam poket baju dan dilipat dengan berbagai lipatan untuk dijadikan perhiasan. Tetapi setelah masuknya kain sapu tangan dari luar negeri yang kita dapati di kedai2 hari ini, sapu tangan itu pun dipanggil stangan air juga, walau pun saiz stangan air sekarang lebih kecil dari yang dahulu.

Stangan air – buatan Jawa

b) Stangan Batik – Kain sapu tangan yang berukuran besar sekira-kira kain seproh. Oleh kerana  termasuk dalam kategori kain batik, maka ia disebut stangan batik.

c)  Stangan Iseh – Sebenarnya stangan iseh ini sama dengan stangan batik juga, kerana kedua2nya dibuat dengan corak yang khusus untuk tujuan ini, cuma nama sebutanNya sahaja yang berlainan.

Disebut stangan batek kerana mempunyai corak batik dan panggil stangan iseh kerana kain stangan ini disusun atau dilipat dengan bermacam2 bentuk dan gaya untuk dipakai pada kepala, atau pun dipanggil destar. Daripada bentuk ini pula maka lahirlah nama-nama isehan untuk stangan-stangan tersebut. Bagaimana pun isehan stangan ini tidaklah sehebat iseh membuat tengkolok yang mempunyai berbagai-bagai nama seperti ayam patah kepak, helang menyongsong angin, balung ayam, pari mudek dan sebagainya, kerana proses membuat tengkolok ini memerlukan masa dan hanya dapat dibuat oleh mereka yang mempunyai kepakaran sahaja. Tidak seperti dengan stangan iseh yang hanya dapat di iseh dalam masa yang singkat sahaja, dan apabila selesai dipakai,  isehanNya akan dibuka kembali. Cuma ada la juga nama2 iseh yang biasa disebut, seperti ‘Tanduk bbiri’, ‘Gantang pekasam’ dan saya pun tak tahu sangat pasal nama-nama iseh stangan ni

Stangan Iseh @Stangan Batik Buatan Jawa

Kain seprah batik Kelantan

Pada pendapat saya, kain stangan iseh ini mempunyai dua versi, iaitu versi Jawa (yang dibuat di jawa) dan versi Kelantan (yang dibuat di Kelantan) dan kalau tak silap  di sana orang memanggil dengan nama ‘kain ikat kepala’ . antara kedua-dua versi ini, saya berpendapat bahawa kain stangan iseh dari jawa lebih dahulu dipakai oleh orang-orang Kelantan berbanding dengan kain stangan iseh buatan Kelantan. Walau pun dikatakan perusahaan batik di Kelantan bermula pada abad ke 19, tetapi corak batiknya bukan seperti yang terdapat pada kain stangan iseh ini, tetapi ia lebih kepada corak kain pelangi. Pada tahun ‘20an barulah dibuat batik jenis ni, tu pun lebih menjurus kepada kain batik sarong jah dulu.

Di dalam buku ‘Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Jld.I’, ms 128 ada tertulis semasa Abdullah Munsyi di Kelantan, beliau ada menyebut tentang gambaran tentang Raja Bendahara.

“Maka adalah sifat orangnya itu sahaya lihat, mukanya bulat, tiada tinggi tiada rendah, dan tubuhnya gempal2, dan kulitnya putih kuning, dan dipakainya kain bugis hitam, tiada berbaju, dan sapu tangannya batik bang”.

Batik bang’ bererti ‘batik merah’’. Aku rasa batik ni memang di bawa masuk dari jawa doh sebab di jawa pun pakai istilah ni jgk, saperti Batik Bang-bangan adalah merah berdasr putih, Bang biru adalah berwarna merah dan biru pada dasar putih.

tengkolok3 tengkolok2

Kain stangan buatan Jawa                                 Kain stangan buatan Kelantan

Saya pernah melihat gambar-gambar orang melayu yang berstangan iseh jenis batik ni pada awal tahun 1900 di Pahang dan N.Sembilan. Pada pengamatan saya, corak kainNya sama dengan corak kain stangan  batik buatan jawa yang terdapat di Kelantan. Bahkan pada suatu ketika dulu semasa saya pergi ke sebuah sekolah dalam daerah Kuala Pilah sempena dengan ulangtahun ke 50 sekolah tersebut, saya dapati nekar-nekar makanan yang bertutup dengan saji, semuanya dibungkus dengan kain stangan buatan jawa. Mula-mula terbeliak juga butir mata saya melihat kain yang saya cari selama ini hanya dibuat pembalut nekar oleh orang kampung situ.

Memang betul dah apa yang ditulis oleh seorang belanda dalam sebuah buku yang mengatakan bahawa pada abad 19 kain batik dari lasem jawa telah di eksport ke Sumatera dan termasuklah ke Tanah Melayu melalui pelabuhan semarang dan ada juga kain ikat kepala dan selendang dengan hiasan tulisan arab untuk keperluan eksport ke Sumatera diproduksi di Ceribon. Patut la kain stangan ni ada juga coraknya yang bertulis dengan ayat qur’an. Masa saya masih kecil  dulu, saya biasa la dengar orang-orang tua kelate sebut ‘kain batik laksam’, saya ingat ko kain tu orang buat bungkus laksam, rupa-rupanya kain tu mari daripada Lasem jawa., bekadas molek…

Dalam buku istiadat mentabal KDYMM Al Sultan Ismail pada tahun 1921 pun ada tertulis tentang peraturan berpakaian semasa istiadat tersebut sebagaimana dibawah ini;

stangeiseh_0007

4.  Kerabat2 ahli mesyuarat kerajaan – Dato’-Dato’ dan orang2 yang berpangkat di dalam jawatan kerajaan daripada bangsa melayu hendaklah memakai sama rupa pakaian melayu Kelantan dengan secukupnya bagaimana di bawah ini:-

  1. Stangan Kepala buata Jawa
  2. Baju Kancing Sebutir Kain Jerab
  3. Baju Dalam Sutera tangan Sekerat
  4. Seluar Sutera potongan Acheh
  5. Ikat Pinggang Kain Limar Kelantan
  6. Keris Pendek
  7. Selendang Kain Sarung Sutera Kelantan
  8. Sepatu

 

Sumber :

ATURAN – Bagi istiadat mentabalkan KDYMM Raja memakai gelaran ‘”Al Sultan Ismail” Kelantan dan memahkotakannya ( 1921 )  ms 26

Kalau tengok pada keterangan di atas, bermakna stangan iseh tempatan belum dibuat lagi pada masa itu. Saya tidak pasti bilakah stangan iseh tempatan mula dibuat di Kelantan. Adakah dibuat seiring dengan pembuatan kain seprah dan kain lapik meja yang bercorak batik. Atau pun kain seprah dan kain lapik meja ni diilhamkan dari kain stangan iseh batik buatan jawa, saya tak tahu belaka tuh. Cuma ada beberapa ciri perbezaan untuk kita nak kenal antara kain stangan buatan jawa dgn kain seprah. Saya pun tak pasti adakah kain stangan jenis ni masih dibuat lagi atau tidak di Jawa.

Bagaimana pun ada sejenis kain stangan lagi buatan melayu yang bentuk dan coraknya seakan-akan dengan stangan iseh buatan jawa ni dan kalau tak silap saya stangan yang jenis tu dipanggil stangan telepuk. Stangan ni saya rasa bukan dari jenis batik kerana bunga yang terdapat di atas kain itu berwarna emas dan di cop dengan menggunakan sarang kayu. Katanya bunga warna emas .ini dihasilkan daripada perada terbang.

Kain lapik meja

Kain seprah


Kain batik sarong

Kain batik ela

Bagaimana pun sekarang ini sudah agak susahsaya hendak melihat orang memakai kain stangan iseh yang asli buatan jawa. Kalau ada pun hanya dimiliki oleh individu-individu tertentu dari kalangan puak-puak bersilat sahaja yang diwarisi dari turun temurun. Boleh dikatakan semua orang yang saya lihat sekarang ini, ada diantaranya mengambil jalan mudah dengan mengiseh kain seprah, kain lapik meja atau kain2 dari jenis batik ela untuk mengganti kain stangan iseh batik. Bahkan sekarang ini orang sudah pandai mengguna kain yang jenis berkilat yang di import dari Thailand atau India. Kalu demo pakai hok bekilat ni, pakai baju putih pagoda, seluar jean, selindang kain batik sarong, bagi saya adalah satu kecanggungan yang amat sangat. Saya teringat ko kain pemekop sarang burung ketitir selalu…kita baso jenis minat ko barang ori gak payoh selalu, beraso sekok sebok sokmo..

Tapi kalu kita tengok orang bersilat tari, kot-kot mana pun dia akan cari jugak kain yang jenis batik ni,. tak kiralah kain seproh ko, kain alas meja ko, sarung bantal golek ko. Dia tidak akan semutar dengan kain lepas, padahalnyo kain lepas itu pun berfungsi sebagai kain ikat kepala juga. namun menggunakan kain batik lepas tidak sama sekali …..Haaaaaa bakpo????

Minta Maaf kepada pembaca sekelian kerana kali ini tulisan bercampur loghat kelate…

Sumber rujukan : Ayahanda Che Mat Jusoh ( Lokan Bertepuk )

_________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements

Responses

  1. lebih baik layan bab ni dr isu wahabi…
    🙂 🙂 🙂
    salah silap ambo mitak maaf abe nan…

    • ni sapo pulok..acu royak gak lebih kure.. 😉

  2. 🙂 info yang menarik…sblum ni ambo hanyo penah tengok ore tua dok pakai wat bsilat jawi…arwah ayah ambo penah juga pakai wat kerja..tapi tak tau nak tanyo maso tu…huuu sedih adat budaya dale kuarga ambo hanya tinggal panggilan bangso jah…bonda ajar paggil pada kakak nga nik..kalu ore panggil sahut we…

    • kito pulok..bonda ajar bila dia panggil nik..kito kena jawab ku..

  3. ye..wahabi..wahabi…syiah..khawarij…mu’tazilah..jabariah..mujassimah…ntah apa-apa lagi yang penah di hafal dalam tarikh adyan…last last…ambik ilmu apa pun semak ada sanab tak..sohih tak…kalu sampai sahabat dan rasul..ambik…yang ni pasti cerat jiloh sunggoh seghoti…

  4. emm…pah ni abe nik blh bincang pasal senjata tradisional kelantan…..pasti lbh menarik..

  5. abe nik ooo abe nik! line intrnet tok clear tuu kito chatting putus2. ambo biasa juga dengan setangan ni, biaso laaa ore2 kampung pakai benda ni, lebih2 guru2 silat. tapi tak seko setangan ni salah satu pakaian adat. ingat pakaian budaya sahaja. heheheh, ambo setuju dengan baba syarif. abe nik cerito hal senjata traditional kelantan pula. ambo cadangkan Kapai Binjai dan Golok Jambul…. 😉

    • Ore besilat ni kalu pakai kain lepas, napok jawi selalu. Acu akim cari apa hubunge ore besilat dgn pendekar dan apa kaitan pendekar dgn hulubalang..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: