Posted by: abusyakirin | 1 Julai 2012

Aktifkan diri dengan aktiviti yang disukai Rasulullah S.A.W

 

YAB Tuan Guru mencuba bakat memanah (+ TGNAA sebelumnya dikenali sebagai penembak yang baik) ketika merasmikan Sukan Memanah Yayasan Islam Kelantan di Maahad Muhammadi Lelaki – 24/5/2012

Salamun alaik,

Seluas langit diangkasa, seluas lautan di bumi, maka lebih luas lagi limpahan rahmat ALLAH buat sekalian yang diciptakanNYA. Dalam keraihan rahmat inilah mereka dari kalangan yang tidak mengenal akan DIA berada di dalam kufur akan nikmat tersebut, maka semoga ALLAH meletakkan kita dari kalangan yang bersyukur atas setiap pemberianNYA. Betapa bertuahnya bagi mereka yang beroleh hidayah dan taufiq ALLAH dalam setiap perbuatan baik diam atau gerak. Sessungguhnya hidayah minALLAH itu adalah sebaik-baik penggerak dalam amal, semoga dengannya tiada kita menisbahkan diri pada setiap amal agar amal itu tiada membawa kepada kesiaan umpama debu-debu berterbangan. ALLAHu ROBBuna, ALLAHu Akbar, AlhamduLILLAH.

Kewajiban I’dad (p’sediaan) & Ancaman Nabi SAW Kepada Siapa Yang Abaikannya
Firman Allah SWT :

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” [Al Anfal : 60]
Ayat di atas menerangkan tentang ‘Kekuatan’, iaitu kekuatan secara umum. Sedangkan, kekuatan atau kelengkapan perang yang sewajarnya boleh didapati daripada sabda Baginda SAW yang berbunyi :

“Sesungguhnya ‘Kekuatan’ itu ialah pada balingan (panah dan sebagainya). Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.” [HR Muslim – sahih]

*Ditanya oleh seseorang  :
من قائل الحديث – علموا ابنائكم السباحة والرماية وركوب الخيل

Maka jawab lah oleh sheikh Muhammad Abdul Abasi seorang ahli as Syariah juga ulumul hadis :
هذه المقولة ليست من كلام النبي صلى الله عليه وسلم بل هي من كلام عمر بن الخطاب رضي الله عنه

Perkataan ini bukanlah daripada kalam nabi SAW, bahkan ianya adalah daripada kalam Umar bin al Khattab r.anhu

Yang disebutkan beliau lagi :
وقد ورد عن النبي صلى الله عليه وسلم في فضل تعلم الرمي وركوب الفرس بعض الأحاديث الصحيحة منها :
قوله عليه الصلاة والسلام : “من تعلم الرمي ثم نسيه فليس مني” وقوله صلى الله عليه وسلم ” ارموا بنو إسماعيل فإن أباكم كان رامياً”

Dan sesungguhnya yang warid daripada nabi SAW dalam kelebihan belajar memanah dan menunggang kuda -sebahagiannya daripada hadis sahih- telah bersabdalah baginda SAW : Barangsiapa yg telah mengetahui ilmu memanah kemudian melupakannya maka bukanlah ia daripadaku (ummat). dan bersabdalah baginda SAW lagi : Memanahlah wahai anak-anak Ismail maka sesungguhnya bapa kalian adalah pemanah.

WUJUDKAH SILIBUS MEMANAH DALAM SENI GAYONG

Terfikirkah kita, apa kelebihan memanah, dan adakah pelajaran memanah ini di dalam 21 senjata melayau yang terkandung dalam silat seni gayong ini.

Antara faedah ialah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan panahan pada sasaran. Ianya sangat menitik beratkan keseimbangan tubuh badan. Dan pemanah yang emosinya tertekan, amat mudah tersasar panahannya. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. ndividu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya sukar untuk menjadi pemanah yang baik. Itulah sebabnya Khalid Al Walid antara pemanah yang terkenal dalam Islam, terkenal dengan sifat tenangnya, begitu juga Saad Bin Abu Waqas.

Memanah adalah memerlukan fizikal tangan tubuh yang benar-benar sihat dan dapat mengelakkan dari terkena penyakit seperti jantung dan barah, terutamanya kerana perangsang hormon adrenalin secara langsung, juga pada saraf jantung. Amalkan 2x seminggu sekurang-kurangnya, insyaALLAH, peransangan otak akan teransang dengan baik, kerana kita melatih tahap kesedaran membuat analisis melalui memanah, iaitu kadar aiming (5 saat) adalah bersamaan kadar neuron dalam otak bekerja dalam membuat keputusan. masa tarik tali busur, nafas di tarik bersama, dada dikembangkan, diafragma kita akan turut sama aktif, aim 5 saat, lepaskan, kita akan merasakan kelegaan, realease tension… InsyaALLAH..

Sebab itu, Pahlawan-pahlawan Islam yang dahulu berperang sambil berkuda, bukan calang-calang pahlawan, cukup lengkap dengan zahir dan bathinnya… Mereka jaguh di medan perang, tetapi hamba sebenar hamba di medan ibadat…

Berenang juga baik, sama seperti berolahraga.4 aktiviti sukan Rasulullah S.A.W, iaitu memanah, berolah raga, berenang dan berkuda.keempat-empat aktiviti ini akan memberi ransangan pada jantung dengan tahap kerja yang betul iaitu kerja dari seluruh anggota tubuh.Maka tidak salah dalam mengatakan Rasulullah S.A.W adalah insan yang melangkaui zaman setiap amal dan perbuatanNya, jelas, amal dan perbuatan Rasulullah S.A.W adalah iktibar kepada umat Baginda S.A.W.

Wallahu a’lam

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements
Posted by: abusyakirin | 22 Jun 2012

JundulLAH FisabiLILLAH 313

Salamun alaik,

Barisan Panglima dan Angkatan Perang Pusaka Gayong

Dengan nama ALLAH, Pemula dan Pengakhir segala sesuatu, yang dengan KUN dariNYA maka Fayakun segala yang dikehendaki. ALLAHu Akbar

Segala puji bagi ALLAH yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-NYA segala puji di akhirat. Dan DIA-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (As Saba : 1)

Selawat dan Salam ke sisi junjungan PANJI CAHAYA sekalian alam Rasulullah S.A.W atas berkat syafaat Baginda S.A.W kasih sayang masih bersemarak di hati umat-umat Baginda S.A.W. SollALLAHu Alaika Wassalam, Ya Rasulullah.

AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan peluang untuk saya menulis dalam ‘kesibukan dan kelalaian diri.

Para saudaraku yang dihormati,

Suka untuk saya berkongsi kali ini tentang perkara yang berkaitan dengan tentera 313 juga Baiah, ini sebagai satu permulaan kerana apabila dikatakan kita mengambil Jalan FisabiLILLAH dan mengaku menjadi JunduLLAH maka ada eloknya kita faham sebaik mungkin.

Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa)  dua  pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan  (orang-orang  Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan  agama Allah)  dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka  (yang kafir itu)  melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa  dua kali ramainya  berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa  menguatkan sesiapa  yang dikehendakiNya, dengan memberikan  pertolonganNya. Sesungguhnya pada  peristiwa itu terdapat satu  pengajaran yang memberi insaf bagi  orang-orang yang berfikiran (yang  celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 .

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

Nah betapa hebatnya rahsia angka keramat 313 ni. Nanti ada pula para sahabat semua yang berebut untuk beli no ni letak kat kenderaan masing-masing sudah. Apapun banyak lagi rahsianya, kena mengadap para guru dan ulama untuk mengethuinya.

Sumpah Baiah Pendekar Gayong

Baiah  merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan, manakala orang yang   melakukannya seolah-olah membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya   dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ianya merupakan   perbuatan sunnah Nabi S.A.W.

” Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10).

1) BAI’AH ‘AQABAH

Sebelum   berlaku peristiwa Hijrah, sejarah mencatatkan bahawa pada musim haji   620 – 621 M (Orang Arab Jahiliyyah setiap tahun masih melakukan upacara   haji, tetapi telah menyeleweng daripada syariah Nabi Ibrahim dan  Ismail)  beberapa orang tokoh Islam Madinah telah menyatakan simpati dan   berikrar menyokong serta memberikan sumpah setianya kepada baginda   Rasulullah SAW apabila baginda berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan   agama Islam dari sana.

Sumpah setia mereka ini dinamakan  “bai’ah”  dan berlangsung di satu lembah berhampiran dengan Makkah yang  bernama  ‘Aqabah sehingga perjanjian taat setia ini di kenali dengan  “bai’ah  ‘Aqabah” yang terkenal dalam sejarah.

Ubadah bin  Shamit  meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW mengambil sumpah setia kami  pada  malam pertama di ‘Aqabah, bahawasanya kami tidak akan  mempersekutukan  Allah dengan apa pun juga, tidak akan mencuri, tidak  akan berzina, tidak  akan membunuh anak-anak kami, tidak akan berdusta,  melindungi apa saja  yang ada di depan atau di belakang kami dan tidak  membantah perintah  baginda dalam hal kebajikan.”

Ketika itu Rasulullah SAW bersabda :

Jika   kamu sekalian menunaikan semua janji itu, maka kamu akan mendapat   syurga, (tetapi) jika kamu memungkiri sebarang janji tersebut, maka kamu   akan dikenakan hukum dunia (dalam bentuk) kaffarah (denda). Dan jika   kamu mengingkari janji itu secara senyap-senyap hingga hari kiamat, maka   hal itu kembalilah kepada Allah, jika dikehendaki-Nya kamu akan   diseksa, dan jika dikehendaki-Nya juga, kamu akan diampunkan. (Riwayat   al-Bukhari dan Muslim)

Ikrar taat setia dan sumpah janji  para  muslimin dari Madinah dalam upacara Bai’ah ‘Aqabah itu merupakan  ikrar  mereka untuk melaksanakan tatacara kehidupan sebagai satu umat  muslimin  yang berbeza daripada cara hidup kaum musyrikin yang  menyekutukan Tuhan  dan menjalani gejala hidup jahiliyyah yang  bertentangan dengan ajaran  dan nilai kerohanian Islam. Malah lebih  penting lagi dalam perjanjian  itu ialah taat setia mereka kepada  Rasulullah SAW dalam mengerjakan  segala amalan kebajikan mereka.

Gejala  hidup mereka yang  merupakan keganasan, membunuh sesama manusia,  membunuh anak perempuan  yang dilahirkan, mencuri, berzina dan perbuatan  mungkar lainnya haruslah  ditinggalkan sama sekali dalam kehidupan  seorang muslim. Segala  kemungkaran yang disebutkan dalam ikrar ini  adalah ibu segala dosa dan  punca kepada kehancuran manusia di dunia  ini. Sebab itulah Rasulullah  SAW memberi amaran kepada mereka supaya  apa yang mereka ikrarkan itu  hendaklah direalisasikan dan diamalkan  dalam kehidupan mereka, dan  mengingkarinya merupakan suatu kesalahan  yang boleh dikenakan hukuman  dunia. Sekiranya dilakukannya secara  rahsia, maka terserahlah kepada  Allah SWT untuk membalasnya di akhirat  nanti.

Sumpah taat setia  seperti yang tercatat di atas  adalah merupakan bai’ah pertama antara  Muslimin Madinah dengan  Rasulullah SAW. Selepas perjanjian pertama ini,  maka kaum Ansar itu pun  berangkat pulang ke Madinah, dan Rasulullah SAW  mengutuskan seorang  sahabat kepercayaannya turut serta bersama-sama  mereka ke Madinah  dengan diberikan tanggungjawab untuk mendidik  masyarakat Madinah bagi  memahami ajaran Islam dan kandungan kitab suci  al-Quran. Utusan yang  dihantarkan itu ialah Mush’ab bin ‘Umair. Beliau  juga ditugaskan untuk  menyaksikan perkembangan penyebaran agama Islam di  Madinah.

Dicatatkan  juga dalam sejarah bahawa Mush’ab bin ‘Umair  telah berjaya menjalankan  tugasnya dengan baik, dan beliau kembali ke  Makkah setahun kemudian  iaitu menjelangnya musim haji berikutnya, serta  melaporkan kepada  Rasulullah SAW tentang sambutan baik penduduk Madinah  terhadap Islam.  Malah sebagai hasilnya Rasulullah SAW akan menyaksikan  ketibaan  rombongan ke Makkah bagi kali yang kedua pada musim haji itu  sebagai  rombongan yang akan menyembahkan taat setia kepada baginda.

2)BAI’AH AQABAH AL-KUBRA

Tiba   masanya maka rombongan dari Madinah itu pun datanglah buat kali kedua   bertemu dengan Rasulullah SAW, dan yang menariknya, mengikut sesetengah   riwayat bahawa dalam rombongan ini terdapat dua orang wanita, iaitu   Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amr bin ‘Adiy.

Satu  kelainan  dalam pertemuan kedua ini ialah permintaan baginda Rasulullah  SAW  supaya rombongan kedua ini hendaklah mengandungi 12 orang daripada   mereka yang bertindak sebagai wakil daripada kabilah masing-masing,   termasuk kabilah Khazraj dan Aus.

Rasulullah bersabda kepada mereka yang bermaksud :

“Kamu   selaku pemimpin di atas kabilah masing-masing adalah bertanggungjawab   atas keselamatan kabilahnya sendiri, sebagaimana Hawariyyin (12 orang   murid Nabi Isa AS) bertanggungjawab atas keselamatan Isa putra Maryam,   sedangkan aku bertanggung jawab atas kaumku sendiri (iaitu kaum Muslimin   Makkah).”

Peristiwa bai’ah ‘Aqabah yang kedua ini  mempunyai  kepentingannya yang tersendiri, maka sebab itulah peristiwa  ini disebut  sebagai Bai’ah ‘Aqabah al-Kubra, iaitu perjanjian ‘Aqabah  yang terbesar.

IBRAH Peperangan Badar.

3) Baiah Tentera Fisabilillah (Perang Badar)

Bai’ah taat setia Sahabat bersama Rasulullah s.a.w:

Maka   Sa’ad bin Muaz pun berkata:

“Demi Allah, kamu seolah-olah hendakkan   kami wahai Utusan Allah.” Nabi s.a.w. menjawab: “Benar.” Berkata Sa’ad:   “Seseungguhnya kami telah beriman dan membenarkan kamu, kami telah   menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar belaka, dan kami menyatakan   janji dan taat setia kami kepadamu, maka lakukanlah apa yang kamu   kehendaki, kami akan bersamamu, dan demi Yang Mengutuskan kamu (Allah)   dengan kebenaran, jika engkau membentangkan kepada kami lautan ini dan   engkau menyeberanginya nescaya kami juga akan mengharunginya bersama   kamu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berpegang dengan apa yang  dikatakan  Sa’ad sambil berkata:

“Berangkatlah (berjuanglah pada jalan  Allah) dan  bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjanjikan  kepadaku  salah satu daripada dua puak…Demi Allah, seolah-olah sekarang  aku  melihat kepada kehancuran satu kaum (pihak musuh).”

Rasulullah telah memilih 313 orang untuk dibaiah kan….

Perang   Badar Al-Kubra adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam  yang  berlaku pada Ramadan. Perang itu berlaku pada tahun kedua Hijrah,   menyaksikan pertembungan antara tentera Islam yang disertai 313 orang   dengan bala tentera kafir Musyrikin seramai 1,000 orang.Jumlah tentera   yang tidak seimbang itu menyebabkan Rasulullah berdoa kepada Allah   sambil bermunajat:

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkenankan apa yang telah   Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Ya Tuhanku! Jika jemaah Islam ini   binasa, maka tidak akan ada lagi orang yang akan menyembahMu di bumi   ini.”

Baginda terus berdoa sehingga selendangnya jatuh  daripada  bahunya. Lantas datang Abu Bakar As-Siddiq mengambil selendang  itu, lalu  meletakkannya kembali pada bahu Baginda. Kemudian beliau  berdiri di  belakang Rasulullah seraya berkata:

“Wahai Nabi Allah!  Cukuplah doamu  itu kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan makbulkan  permintaanmu dan  akan penuhi janjiNya kepadamu.”

Selepas  itu, turun wahyu yang  bermaksud:

“(Ingatlah) ketika kamu memohon  pertolongan kepada Tuhan  kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu  (dengan firmanNya):  Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu  (bala tentera)  daripada malaikat yang datang berturut-turut.” – (Surah  Al-Anfal 8:9)

Para pejuang Badar ini telah dimuliakan Allah di dunia dan di akhirat. Dan kita yang ingin berjuang dan mengaku pejuang seharusnya mengimpikan dimuliakan ALLAH didunia dan di akhirat.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 20 Jun 2012

Karamah dan Istiqamah di Tanjung Malim.

Salamun alaik,

AlhamduliLLAH minggu lepas saya sempat membawa ayahanda ke Institut Jantung Negara. Setelah selesai mendapat rawatan di sana dan mendapat tarikh untuk diadakan pembedahan, saya, ayahanda dan juga sahabat saya Wafi dan  Cg Rizal bersama-sama makan di Cafe IJN. Cg Rizal  mengajak saya dan ayah untuk berziarah kerumah Cg Noor Azman UPSI, diatas jemputannya untuk bertemu dengan saya. Saya setuju dan setelah selesai makan kami bergerak ke Tanjung Malim.

Walaupun agak penat namun kerana ingin menunaikan hajat Cg Noor Azman maka kami gagahi juga, untuk bertemu dengan saudara SeISLAM dan seGayong.

AlhamduLILLAH kami selamat sampai dan di sambut dengan mesra. Pada Petang itu juga sahabat-sahabat saya REYOKIWARA bertandang dan bertamu di rumah Cg Azman untuk bersama-sama berbincang hal-hal semasa persilatan. Banyak yang kami sembang dan bualkan dan apa yang saya ingin kongsikan dalam perbincangan kami semua ialah hakikat BERAMAL.

Kesedaran beramal LILLAH sangatlah penting, kerana amal mengejar fadhilat atau amal kerana inginkan ilmu-ilmu hikmah pasti akan menemui kebuntuan hidup ataupun kerugian.

Ramai dikalangan kita ( tidak semua)  beramal untuk kuat misalnya,atau untuk dikasihi ramai atau apa-apa jua amalan. Namun yang menjadi masalah ialah sikap tidak peduli atau ambil berat tentang ‘niat’,akhirnya semasa umur tua membawa bencana.

Sekadar mengingati diri sendiri, saya  mendoakan agar dijauhkan dari amalan yang menjurus kepada terbukanya pintu-pintu memudahkan tusukan iblis dan kuncu-kuncunya dalam diri kita semua,juga membuka laluan jin dan syaitan memasuki dan merasuki kita sebagai khalifah di bumi ALLAH ini.

Pesannya Guru ialah

Beramallah IKHLAS kerana ALLAH.Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita. Jangan dikejar Fadhilat sebagai keutamaan sebaliknya kejarlah Hidayah ALLAH dari setiap bacaan ayat suci alQuran dan doa yang diamalkan, nescaya engkau akan memperolehi fadhilatnya.

Abu Ali Al-Jauzaja’i pernah berpesan:

“Jadilah engkau orang yang memiliki istiqamah, jangan menjadi pencari karamah. Sesungguhnya jiwamu bergerak (berusaha) dalam mencari karamah padahal Tuhan mu mencari istiqamah mu”.

Cukup dulu sampai di sini leteran si Jahil ini. InsyaALLAH, semoga dengannya dapat kita sama-sama perbaiki yang rosak, meneliti yang dilekakan, memerhati yang terlepas pandang,  Semoga kita berhati-hati dalam perjalanan bagi meraih Rahmat dan Redha ALLAH atas segala amal jua perbuatan untuk kebaikan dunia juga akhirat.

… BarakaLLAHu lakum wa fiikum wa ‘alaikum…

___________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 16 Jun 2012

Manusia dan Anjing

Salamun alaik,

Tibetan Mastiff dikatan Anjing Paling Garang di Dunia…

Pesan seorang Guru Gayong  kepada saya :

“Jangan sergah kalau anjing menyalak…dia akan menyalak lebih kuat.Dan jangan lari kerana dia akan kejar dan menggigit…Diamkan diri…ingat Allah….dia akan penat dan dengan sendirinya…berhenti menyalak”

Menyalak Dan Menyergah.

Letih dan jenuh kalau nak melayan kerenah perdebatan dalam isu-isu Gayong . Ada baiknya saya diam. Melihat dan menilai lebih baik dari berkata-kata. Asalkan saya  tetap di atas manhaj Perjuangan. Elok juga kita merenung kembali nasihat  Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah [w.751 H]:

وَالْكَلِمَةُ الْوَاحِدَةُ يَقُولُهَا اثْنَانِ، يُرِيدُ بِهَا أَحَدُهُمَا أَعْظَمَ الْبَاطِلِ، وَيُرِيدُ بِهَا الْآخَرُ مَحْضَ الْحَقِّ، وَالِاعْتِبَارُ بِطَرِيقَةِ الْقَائِلِ وَسِيرَتِهِ وَمَذْهَبِهِ، وَمَا يَدْعُو إِلَيْهِ وَيُنَاظِرُ عَلَيْهِ

Maksudnya: “dan perkataan yang satu (yang sama) boleh sahaja diucapkan oleh dua orang (yang berbeza) di mana salah seorang mereka mengkehendaki dengannya (makna) yg sangat Batil manakala seorang lg mengkehendaki dgn maknanya keBenaran semata-mata, maka yg dijadikan iktibar (ukuran) adalah jalan si penuturnya, sirahnya, mazhabnya, apa yg dia serukan kepadanya, dan apa yg dia pertahankan atasnya”.

[Madarij al-Salikin, 3/481]
Ini adalah kaedah yg sangat besar ditaqrir oleh Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah dalam menghukum perkataan manusia di mana satu perkataan mungkin diucapkan oleh dua orang atau lebih tetapi masing-masing mengkehendaki makna yg berbeza; ada yg benar, ada yg salah. maka utk menghukumnya perlulah meneliti akidah si penutur dan manhajnya.

wallahualam.

______________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 1 Jun 2012

Layakkah Dipuji Elokkah Memuji

Assalamualakium wbt,

 

SUKA KAN PUJIAN

“Aku ni Ketua Panglima Hitam..Aku Pakai Hitam Cula 5, jangan berani bantah kata-kata ku”.

“Aku Ketua Waris Beradat di negeri ni..nak buat majlis adat mesti kena rujuk kat aku..yang lain kau jangan dengar cakap, aku paling berkuasa”.

Dialog ini sering sekali kita dengari dan lebih syok lagi bila anak buah masing-,masing memuji-muji gurunya dengan penuh ghuluw yakni melampau-lampau.

“Saya rasa Cikgu lah yang paling hebat..kalau tak takkan dapat jaga Negeri ni”

“Kalau kamu semua nak tahu lepas arwah dato tiada..tidak ada yang layak menggantikan tempatnya selain guru ku itu..kerana dia yang dapat pelajaran keseluruhan..orang lain semua pembohong..”

Lumrah kehidupan,semua bangga dengan jawatan dan sandang masing-masing. Semua inginkan dan impikan manusia yang berada disekelilingnya memuji dan memujanya. Namun sedarkah kita bahawa perbuatan memuji seseorang melampau-lampau dan inginkan pujian amat dibenci oleh baginda Rasulullah saw.

Hakikatnya hidup kita, mati kita di bawah satu bumbung, di atas satu landasan, dikeliling dengan satu dinding yang sama, iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Begitulah jua kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, selagi bergelar Islam, Al Quran dan Sunnah adalah cara hidup, cara hidup yang selamat, berbahagialah mereka yang tetap di dalamnya.

Dalam setiap perbuatan dan amal, semuanya berasaskan dari ilmu, ilmu beriringan dengan adab dan akhlak, adab dan akhlak beserta dengan displin, displin berturutan dengan akal yang disulami jiwa penuh tunduk dan tawadhuk.

Tiada yang layak menerima pujian yang terbaik melainkan Allah . Seseorang yang beradab kepada Allah akan merasa di dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas kemuliaan dan kebijaksanaannya. Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang merupakan makhluk paling mulia di atas mukabumi ini tidak selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri baginda. Begitulah hakikatnya satu pujian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada yang memuji. Jika dengan sesama insan kita kadang-kadang terpaksa memuji untuk motif tertentu yang kita harapkan daripada orang itu. Mengapa kepada Allah , seorang hamba amat terbatas melafazkan pujian demi nikmat kehidupan yang amat bernilai. Begitulah manusia yang mengaku bijak pandai tetapi kurang logik berfikir tentang Rabbnya. Sesungguhnya Allah sukakan pujian dan hakikatnya pujian itu bukan untuk-Nya bahkan untuk diri orang yang memuji-Nya.

Daripada Anas bin Malik Radhiyallahu anhu beliau berkata:

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: ”Wahai Muhammad, engkau adalah pemimpin kami dan juga putera pemimpin kami. Wahai Muhammad engkau adalah lelaki yang terbaik di antara kami dan juga putera terbaik kami.” Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud: ”Wahai sekalian manusia, katakanlah dengan sederhana dan janganlah kamu semua terpengaruh oleh pujukan syaitan. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, aku hanyalah hamba Allah, aku tidak menyukai kedudukan yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditetapkan Allah untukku.” (Hadis riwayat Al-Nasa’i)

Wallahualam

al-Faqir ila awfi Rabbihi

______________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 30 Mei 2012

Silat, Solat dan Silap

Assalamualaikum wbt,

Duhai sekalian pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Adapun sekalam jua yang terbaca, yang terpandang, maka sebanyak mana itulah maaf dipinta bagi ketiadaan waktu mengemas kini laman yang daif lagi jahil ini.

Benarlah masa itu milik ALLAH dan amat beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjaga akannya dengan beramal membawa bekalan di akhirat kelak.

Dek kerana kesuntukan masa yang tidak mampu dielakkan, maka laman ini berada di dalam kesepian dan tidak tersentuh dengan coretan nasihat dan muhasabah.

Ingin pertama sekali menyatakan Syukur tiada terhingga atas nikmatNYA yang hakikatnya tetap ujian bagi saya yang serba kekurangan ini

ANTARA SILAT & SOLAT

Sempena kedatangan Bulan Rejab ini sukanya saya insan yang Faqir Haqir ini memperingatkan kembali diri saya ini. Sesungguhnya Solat itu berat untuk dilaksanakan. Tetapi berat lagi solat berjamaah. Lagilah berat untuk menyusun saf dalam jamaah. Begitulah, berjuang itu susah. Tetapi susah lagi berjuang secara berjamaah. Lagilah susah untuk menjadi tentera yang tersusun, taat dan wala’ kepada jamaah. Sukar dimengertikan, diterima dan dilaksanakan kecuali oleh orang yang dimudahkan oleh Allah dengan kurniaan ‘khusyu’ dan insaf’

“Dalam solat berjemaah, kita tak boleh berdiri sendirian di belakang saf. Kalau kita tinggal seorang diri, kita perlu tarik kawan di hadapan ke belakang untuk bersama dgn kita. Dalam perjuangan dan dakwah juga kita tak boleh berjuang sendirian akhi. Kita mesti sentiasa berteman dan berjamaah

Mengapa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan para sahabatnya tentang solat? Padahal mustahil di kalangan mereka ada yang melalaikannya. Maksud yang tersirat dari kata-kata Baginda yang amat mengasihi umatnya itu sebenarnya terlalu mendalam. Walau apapun nama dan gelaran kita, kedudukan dan pangkat, tahap ilmu dan amal ibadat kita, hendaklah kita sentiasa perbaharui dan selidiki kesempurnaan solat kita. Tidak semestinya seorang alim ulama telah lulus dari ujian solatnya. Kerana setiap manusia dicipta dengan potensi ‘kelalaian’ yang tak pernah akan hilang dari kehidupannya. Manakala salah satu sifat orang beriman yang bijaksana adalah dia sentiasa merasa dirinya lalai dan kurang sempurna. Berbahagialah bagi mereka yang masih ‘sedar diri’ di atas segala kelemahannya!

PERSOALAN YANG PERLU DIFIKIRKAN

Setelah bertahun-tahun mengerjakan solat, kadang-kadang kita merasa terlalu hebat hingga dapat menghabiskannya tak sampai lima minit. Kerana terlalu mudah, ringan dan senang akhirnya sikap mempermudah-mudah dan meremehkan solat menjadi kebiasaan. Padahal jika anda mendengar cerita Ummul Mukminin Aisyah Radhiyallahu anha:

”Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersembang-sembang dengan kami, ketika datang waktu solat, maka seolah-olah Baginda Shallallahu alaihi wasallam tidak mengenal kami dan kami pun tidak mengenal Baginda.” Anda akan mengerti betapa beratnya perkara solat ini, yang telah merampas segala perhatian keluarga Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam daripada urusan duniawi!

TANYALAH DIRI KITA

Asim bin Isam bercerita: “Suatu hari aku menginap di rumah imam Ahmad bin Hanbal. Beliau membawakan air (wuduk) lalu meletakkannya untukku. Pagi harinya, beliau melihat air itu seolah tak tersentuh. Beliau berkata: “Subhanallah! Seorang penuntut ilmu tak punya wirid di waktu malam?!” Diceritakan Al-Khatib dalam Al-Jamik li akhlaq al-Rawi.
Apa agaknya ucapan Imam Ahmad melihat manusia seperti kita yang, jangankan solat malam, bahkan subuh pun sering terlewat?

Mujahadah sentiasa dalam amali,
Muraqabah amal jangan dilupai,
Muahadah hati sentiasa disemati,
Muhasabah diri selalu diingati…

Kamal ALLAH dalam adab,
Qahhar ALLAH dalam tegas,
Jamal ALLAH dalam pandangan,
Jalal ALLAH dalam ibadat…

Wallahu a’lam..

al-Faqir Haqir ila awfi Rabbihi.

________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 14 Mac 2012

Adakah Gayong Berpecah Kerana Doa Tertolak..

Salamun alaik,

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan daripada Allah.Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini

Tidakkah kita malu merungut atas ketentuan Allah? Tusukan-tusukan duri di dalam hati sememangnya menyakitkan, melalui pergaulan kita dengan orang lain tentunya ada yang mengecewakan, melukakan bahkan mencabar kesabaran. Tidakkah kita sedar semua yang berlaku adalah ketentuan Allah? Pelbagai masalah dalam pergaulan yang memberi tekanan kepada jiwa dan perasaan kita.

Mengapa seorang mukmin dituntut untuk bersikap redha? Hakikatnya syariat Allah disusun untuk mengatur perjalanan hidup manusia. Allah menyediakan ubat untuk manusia hidup bahagia. Tanpa ubat ini mereka akan sakit dan tertekan oleh cabaran duniawi yang pasti takkan sanggup mereka tanggung. Ubat itu adalah ibadah kepada Allah!

Hubungan hati seorang hamba dengan Allah SWT terjalin dengan ikatan redha. Redha kepada Allah bermakna menerima qadha’ dan qadar yang ditentukan oleh-Nya ke atas diri kita. Umar bin al-Khattab Radhiyallahu anhu pernah berkata:

“Aku tidak kisah bagaimana keadaanku pada waktu pagi dan petang, sama ada dalam kesulitan atau kelapangan.”

Di dalam hadis qudsi Allah berfirman melalui sabda baginda Shallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

“Mengapakah para kekasih-Ku bersedih terhadap dunia? Sesungguhnya sedih kerana urusan dunia dapat menghilangkan manisnya bermunajat kepada-Ku daripada hati mereka.”..

Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia redha dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang redha dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah , tiada seorang hambapun mengetahui rahsia takdir Allah!

Wallahu a’lam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 2 Mac 2012

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.. Moga Allah memberi Rahmat dan Hidayah buat saya dan semua hambanya.

Jika Hendak Mengenal Orang Berbangsa,
Lihat Pada Budi dan Bahasanya,
Jika Hendak Mengenal Orang Yang Berbahagia,
Sangat Memeliharakan Yang Sia-Sia.
Jika Hendak Mengenal Orang Yang Berilmu,
Belajar dan Bertanya Tiadalah Jemu.
Jika Hendak Mengenal Orang Yang Mesra,
Perhatilah Semasa Bersama Dengannya.
Jika Hendak Mengenal Orang Mulia,
Lihatlah Kepada Kelakuan Dia.
Jika Hendak Mengenal Orang Yang Berakal,
Hidup Di Dunia Mengambil Bekal.
Jika Hendak Mengenal Orang Yang Baik Perangai,
Lihat Ketika Bercampur Dengan Orang Ramai.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Hai anak-anak tanah
Ada jiwa gagah
Jeling seteru kecut
Ada semangat keras
Seteru langgar goyah
Ada keris ganja
Tahu hulu mata
Tikam tahu langkah
Ada damai sambut
Elak mana musibah


Patah rotan tali bersilang
Batang meranti rimbun berjejal
Langkah pahlawan di tengah gelanggang
Berpantang mati sebelum ajal

Batang meranti rimbun berjejal,
Di tanah datar tanam sengkuang,
Berpantang mati sebelum ajal,
Baru bermakna hidup pejuang.


Perahu payang layarnya merah,
Belayar menuju arah utara,
Keris dipegang bermandikan darah,
Adat pahlawan membela Negara!


Sampan kotak mengapa dikayuh?
Hendak belayar ke Tanah Seberang,
Patah sayap bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah ditengah gelanggang.

Kapal berlabuh di Kota Gelanggi,
Cakerawala arah panduannya,
Patah tumbuh hilang berganti,
Takkan Melayu hilang di dunia!

 

Kita bergerak di dalam gelanggang,sebarang langkah kita aturkan.
Kita berkumpul adik beradik,mengatur gerak dan langkah
Berhati-hati bila berkata,nilainya diri di hujung lidah.
Sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa
Memang melayu dia seloka.
Memang melayu dia bermadah.
Memang melayu manis bicara.
Ikut cakap orang dulu-dulu,susun-susun,satu-satu
Bila bicara fikir dahulu.
Menepis dia senyum dan silu.
Tegur dia tegur berlagu,marah dia seloka lucu.
Meniti seri bahasa kita,menegur tidak menyingung.
Menyindir santan berlada,lemak pun lemak pedas terasa.
Kalau guruh dia berdentum.
Kalau badai dia berderu.
Kalau daun dia berdesir.
Menikam cara berpantun.
Meninggi tidak menyokong.
Kurang ajarnya tetap bersantun

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

 

 

Posted by: abusyakirin | 14 Februari 2012

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa

Salamun alaik,

Walau sehebat mana pun kita, Walau sekaya mana pun kita, Matlamat kita tetap satu, Tujuan kita tujuan yang sama, Adat Kita Kalah Menang, Adat Kita Hidup Mati.

‎”Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya”.
Saidina Umar al Khatab

” Saya tak suka perdebatan yang tiada jalan penyelesaian dan tidak tahu kesudahannya.”

Entahlah..saya pun malas nak baca dah komen-komen tersebut kerana bahasa yang digunakan tidak mencerminkan kita seorang ISLAM yang berbangsa Melayu dan juga orang Silat yang diasuh dengan penuh adat susila.”

Persoalan perdebatan di ruangan komen blog ini mengheret ingatan saya kepada sebuah buku klasik bertajuk Arguing With Idiots oleh Glenn Beck. Ia memberikan pelbagai sketsa yang memeningkan tentang betapa rumitnya untuk kita keluar daripada belenggu perdebatan yang sudah hilang hujung pangkalnya.

Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan nasihat Imam Syafi’i iaitu :

“Apabila berkata kepadamu orang ‘safih’ ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya…maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap”

Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.

Bersama kita  menghayati  sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Di alam internet yang serba mudah ini, , Postkan gambar yang baik-baik atau diam sahaja, kerana sekeping gambar boleh mengundang 1001 cerita..

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa..Dari berbalas komen yang tiada membawa  pahala sebaliknya membuahkan dosa.

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori