Kunjungan Shaykh al-Habib ‘Umar bin Hafiz

Terjemahan dari kitab Risalatul Murid ( Petunjuk Jalan Tariqat) – Al Imam Habib Abdullah Alwi Al Haddad

MUKASYAFAH

Diantara perkara-perkara yang boleh membahayakan seorang murid ialah mencita-citakan

(menginginkan) Mukasyafah (penyingkapan rahasia-rahasia Tuhan) dan berharap keramat

serta perkara-perkara diluar kebiasaan adat berlaku atas dirinya. Ingatlah wahai murid, bahwa

perkara-perkara serupa ini tidak akan muncul selagi kamu dituntut atau diminta-minta dengan

berdasarkan hawa dan nafsu kerana pada kebiasaanya ia tidak akan muncul melainkan pada

orang-orang yang membencinya dan tidak menduganya sama sekali.

Keterangan:

“Kebanyakkan murid dan salik bercita-cita untuk memperolehi ‘mukasyafah’ iaitu terbukanya

rahasia-rahasia Tuhan dan bila terbukanya rahasia ketuhanan maka beralihlah ia untuk

mencapai kedudukkan keramat yang mempunyai perkara-perkara diluar kebiasaan adat resam

sebagai manusia biasa kerana tercapainya kedudukkan keramat akan membawanya kepada

kedudukkan luar biasa, macam ‘superman’. Ingatlah wahai murid dan salik, perkara ini tidak

akan datang selagi kamu mencarinya atau meminta-minta dengan berlandaskan hawa nafsu.

Kerana pada kebiasaanya keramat ini tidak akan datang melainkan pada orang-orang yang

sangat membencinya dan tidak sangka sama sekali bila ia datang. Orang yang benci pada

kedudukkan keramat ini adalah semata-mata tidak mahu diganggu oleh manusia lain kerana

tumpuan yang selama ini diberikan untuk Allah akan beralih kepada manusia dengan terpaksa

melayani fi’il tabiat manusia yang hanya ingin kesenangan dan menolak kesusuhan kerana

kebanyakkan manusia sebegini adalah manusia yang buta mata hatinya”.

Adakalanya perkara-perkara seumpama keramat dan sebagainya itu berlaku juga pada

golongan orang yang tertipu dengan cita-cita untuk mencelakakan dirinya dan sebagai suatu

pengujian terhadap kamu Mu’minin yang lemah I’tikadnya. Semua itu tidak boleh dikira

sebagai keramat yang benar, malah ia merupakan sebagai suatu penghinaan kepada orang orang yang mendakwa keramat itu. Sebab keramat hanya lahir (ada) pada orang-orang ahli

istiqamah, yakni orang-orang yang sudah terkenal lurus dalam perjalanannya.

Keterangan:

“Kadang-kadang perkara seperti keramat berlaku juga pada orang yang tertipu dengan

angan-angannya. Ini adalah sebagai hukuman dari Allah untuk mencelakakan dirinya dan

sebagai pelajaran bagi kaum mu’minin yang lemah keyakinannya terhadap Allah Taala.

Sekiranya berlaku juga sesuatu diluar dugaan manusia itu adalah ‘ketetapan hukum yang

berlaku pada masa itu’ bukan pada keramat seperti yang didakwa oleh orang yang tertipu dan

orang yang ditipu. Keramat hanya akan datang pada orang-orang yang ahli didalam

istiqamah sahaja. Lain cara jangan haraplah! Istiqamah didalam menjalankan ketaatan

perintah Allah Taala dan RasulNya. Sangatlah mudah untuk mengetahui seseorang itu

menerima anugerah keramat ataupun tidak, lihatlah akan ketaatannya pada perintah Allah

dan RasulNya. Mudah bukan! Maka dengan itu janganlah lekas terperdaya dengan dakwaan

seseorang itu keramat atau tidak, lihatlah pada istiqamahnya”.

Wahai kamu murid! Sekiranya Allah Taala telah memberikan penghormatan keramat kepada

kamu, maka hendaklah kamu mensyukuriNya. Awas, janganlah pula kamu berhenti dari

meneruskan amalan kamu lantaran keramat itu telah muncul atas diri kamu. Juga hendaklah

kamu tidak bermegah sangat dengan keramat itu, lalu kamu mengantungkan semua harapan ke

atasnya. Hendaklah kamu merahsiakan keramat itu dari orang ramai dan jangan

membicarakannya dengan mereka.

Keterangan:

“Sekiranya ditakdirkan oleh Allah Taala memberikan penghormatan keramat kepada kamu,

maka hendaklah kamu mensyukuriNya atas pemberianNya. Tapi ingat! Selagi kamu tidak tahu

mensyukuriNya bagaimana mungkin penghormatan keramat akan diberikan? Dan janganlah

pula kamu ‘pencen’ pulak dari meneruskan amalan ketaatan kerana keramat sudah dapat dan

kerana telah sebok melayani manusia . . . Janganlah kamu bertepuk dada lantaran keramat itu

dan mengantungkan semua harapan kamu keatasnya. Kalau perbuatan itu tidak dibuat macam

mana orang nak tahu kamu keramat? Rugilah . . . Duit tak masuk . . .

Rahasiakan keramat itu dari orang ramai dan jangan membicarakannya kalau kamu tidak

mahu disebokkan oleh mereka . . .”.

Akan tetapi, jika semua itu tidak pernah muncul atau lahir atas diri kamu, meskipun kamu telah

banyak beramal dan beribadat, maka janganlah sampai kamu mencita-citakannya dan jangan

juga merasa kesal dan dukacita, apabila dengan tiba-tiba ia hilang tidak menjelma lagi.

Keterangan:

“Sekiranya keramat itu tidak muncul atau datang atas diri kamu walaupun kamu telah banyak

beramal dan beribadat, janganlah kamu berangan-angan kepadanya dan jangan merasa kesal

atau dukacita apabila hilang dengan tiba-tiba, tidak datang lagi. Kembalikan fikiran kamu

kepada ‘kenapa aku berada disini’”.

HAKIKAT KERAMAT

Ketahuilah, wahai murid yang budiman, bahwasanya keramat yang merangkum semua jenis

keramat, samada keramat yang hakiki (betul), mahupun keramat yang bukan hakiki, yakni

rupanya saja kelihatan seperti keramat, tapi yang betulnya bukan keramat; semua itu berasal

dari istiqamah (berlaku lurus dalam jalan Allah); iaitu menurut perintah dan menjauhi

larangan, lahir dan batin.

Keterangan:

“Hakikat keramat semuanya berasal dari istiqamah kepada Allah Taala dan sentiasa berada

pada jalan yang lurus berpandukan AlQuran dan Sunnah RasulNya menjunjung tinggi segala

perintah dan menjauhi segala laranganNya, zahir dan batin. Itulah keramat hakiki (yang

benar).

Lantaran itu, hendaklah kamu membetulkan istiqamah kamu itu serta memeliharanya dengan

baik, kelak semua kaun (alam) langit dan bumi akan terdorong untuk memberikan khidmat

kepada kamu, sehingga kamu tidak akan terlindung lagi dari Tuhan kamu dan kamu tidak

masyghul (sebok) lagi dengan selain dari melaksanakan kehendak-kehendakNya.

Keterangan:

“Oleh kerana itu hendaklah kamu sentiasa menyelidiki dan membetulkan istiqamah dan

memeliharanya dengan baik, semata-mata kerana Allah, BUKAN MENGINGINKAN

KERAMAT! Pasti Langit dan Bumi akan memberi khidmat mereka kepada kamu sehingga

kamu tidak akan terlindung lagi dari Tuhan, ini adalah perjanjian Allah Taala kepada

hambaNya yang menjaga istiqamah mereka. Kamu tidak sebok lagi dengan selain dari

melaksanakan kehendak-kehendakNya”.

________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Advertisements
Posted by: abusyakirin | 22 Ogos 2011

Tidak perlu banyak..

“Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki…” ~oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 10 Jun 2010.

 

Posted by: abusyakirin | 2 Ogos 2011

Ihya Ramadhan Gelanggang Tok Janggut

Salamun alaik,

Alhamdulillah Nik Abdul Syakur yang baru berumur 5 tahun dapat menyempurnakan Ibadat Puasa kelmarin dengan sempurna..Semoga anakanda tabah menghadapinya selama sebulan

“Abi..Abduh lapar la..” kata Nik Abdul Syakur

“Sabar..Insya Allah..Nik Abduh kuat..sabar..dan boleh puasa”.  Saya memberi semangat kepadanya.

“Kalau kita puasa Allah sayangkan kita..dan Allah sayangkan Abi dan Umi kerana ada anak Soleh macam Nik Abduh ni..” Saya menambah lagi..

” Ala..Nik Abduh lapar..emm..ok lah Nik Abduh tunggu sampai berbuka..” jawabnya..

Saya hanya tersenyum sambil mengucap syukur diatas ketabahan anakanda saya yang sanggup meneruskan Ibadah Puasa yang pertama kali beliau laksanakan. Susah payah dia bangun di awal pagi untuk Sahur.. dan Alhamdulillah dia dapat mengikuti saya 5 kali ke Surau untuk Solat berjemaah, Kuliah  dan Terawikh. Moga ianya akan berterusan sampai ke penghujung Ramadhan..

Kadang-kadang saya terfikir..mengapa budak yang seusia 5 tahun boleh tabah menghadapi semua ini, sedangkan ada segelintir manusia yandah dewasa pun masih tak puasa dan bermacam-macam alasan yang diberikan..

Ada juga yang pura-pura sakit dan tak tahan untuk terus berpuasa..sakit itu la..sakit ini la..walhalnya dah tak biasa menjalani Puasa Sunat maka bila masuk Ramadhan susah la nak biasakannya.

Justeru itu saya mengambil Hadis di bawah sebagai kuliah saya kelmarin kepada anak-anak Gayong Gelanggang Tok Janggut dan masyarakat di sini sebagai peringatan agar program Ihya Ramadhan Gelanggang Tok Janggut dan Masyarakat setempat berjaya . Insya Allah Program Ihya Ramadhan ini akan dihiasi dengan Kuliah Tafsir Al Quran selepas Asar, Solat Berjemaah 5 waktu, Solat Terawikh berjemaah ,Tazkirah antara Terawikh, Taddarus Al Quran dan Qiyamullail di Gelanggang Tok Janggut pada Hujung Minggu. Kami mengharapkan Saudara-saudara semua dapat mendoakan agar ianya berjaya, Insya Allah.

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam  Mawaarid al-Zam’aan, 1509]

Wahai saudara-saudaraku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin. ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.

_________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Sesungguhnya..begitu ramai yang berpesan dengan ketakwaan..tetapi sangat sedikit yang beramal dengan takwa...

Sabda Nabi s.a.w “Allah menolong umat ini disebabkan orang-orang yang lemah dalam kalangan mereka; disebabkan doa mereka, solat mereka dan keikhlasan mereka” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Doa, munajat dan rintihan memanggil Tuhan adalah nyawa kepada kehidupan..dalam suka, dalam duka, dalam indah, dalam gundah..kepada Allah tempat kita menadah..Dunia ini sempit apabila mata hanya memandang sempadan hidup..namun ia amat luas jika dihampar dengan doa yang ikhlas..

kebahagiaan jiwa kita akan hilang jika ia bergantung kepada apa yang ada di bumi..namun siapakah yang dapat merampas ketenangan jiwa kita, jika ia bergantung ‘di langit’..kita mampu dihalang berjumpa dan mengadu kepada insan tertentu..namun siapakah yang dapat menghalang kita mengadu kepada ALLAH?

Insan boleh mencuba segala nikmat dunia ini, namun tiada yang lebih manis dan damai dari menangis keinsafan dan rintihan ikhlas di hadapan kebesaran Tuhan..namun itu semua tidak dapat dirasai melainkan dengan ketulusan tauhid dan kerendahan jiwa seorang hamba..

 

Salam Ramadhan Karim dari Kami Sekeluarga,

alFaqir ul Maghfirah ,

Nik Iznan Musyahmi Bin Mohamed ( abu syakirin )

Siti Norjamilah binti Yusop ( ummu Syakirin )

Nik Abdul Syakur Bin Nik Iznan Musyahmi

Nik Kauthar Hanan Bin Nik Iznan Musyahmi. ( Nik Teh )

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 29 Julai 2011

Apa Dicari Hebatnya Diri Jasad Pasti Luka Dilukai

Salamun Alaik…

Ayahanda yang ku Sayangi dan Guruku yang ku Hormati...terima kasih kerana mendidik daku selama ini.

‎Apabila kita mendengar sangkaan baik orang terhadap kita, amatlah bimbang dan takut..mereka menyangka kita hebat dan baik..sedangkan belum tentu itulah hakikat kita di sisi Allah..

Apa Dicari Hebatnya Diri Jasad Pasti Luka Dilukai,Tumpu Sebenar Pada Ilahi Itu Hakikat Kekal Abadi . Setinggi Mana Ilmunya Silat ,Niatnya Biar Untuk Syariat,Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat, Peluk Erat Kalimah Syahadat..

Ya Allah jadikanlah kami ini di sisiMu lebih baik dari apa yang mereka sangkakan..ampun dan ampunlah kami Ya Allah..

____________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 26 Julai 2011

Menyuluh Hati Mencari Cinta Ilahi…

__

Aku Risau kerana aku bukanlah MUKMIM yang BAIK..

Aku ingin mengambil kesempatan RAHMAT & KEAMPUNAN bila tibanya RAMADHAN

namun aku Bimbang sekiranya aku tak sempat bersama RAMADHAN..

Menyuluh Hati Mencari Cinta Ilahi.

 

“Subhanaka la ‘ilma lana illa ma’allamtana innaka antal ‘alimul hakim…Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi…

 

Anta Rabbi wa ana al-‘Abd…

Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq…

Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq…

Anta al-Malik wa ana al-mamluk…

Anta al-‘Aziz wa ana al-dhalil…

Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir…

Anta al-Hayy wa ana al-mayyit…

Anta al-Baqi wa ana al-fani…

Anta al-Karim wa ana al-la’iim…

Anta al-Muhsin wa ana al-musi’…

Anta al-Ghafur wa ana al-muznib…

Anta al-‘Azim wa ana al-haqir…

Anta al-Qawiy wa ana al-dha’if…

Anta al-Mu’ti wa ana al-saa’il…

Anta al-Amin wa ana al-khaa’if…

Anta al-Jawwad wa ana al-miskin…

Anta al-Mujib wa ana al-daa’i…

Anta al-Syaafi wa ana al-maridh…”

__________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


							
Posted by: abusyakirin | 19 Julai 2011

Gelanggang TOK JANGGUT

Salamun Alaik…

Alhamdulillah dan selayaknya pujian ke atas Allah swt..Selawat dan salam keatas junjngan Besar Nabi Kita Muhammad s.a.w

Saya selaku Gurulatih PSSPGM Teluk Gunung mengucapkan jutaan terima kasih kepada,YM Ayahanda Raja Abd Majid B. Raja Mat Isa yang telah menganugerahkan gelaran Nama Gelanggang PSSPGM Teluk Gunung dengan Gelaran Gelanggang Tok Janggut.Harapan saya semoga Anak-anak Gayong di Gelanggang ini bersemangat mengikuti jejak langkah perjuangan Pahlawan Tok Janggut.

Logo Gelanggang Tok Janggut

Saya mendoakan dan berharap agar sahabat-sahabat semua mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada kami semua warga Gelanggang Tok Janggut. Amin..

_____________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

 

 

 

Posted by: abusyakirin | 14 Julai 2011

IBU GAYONG

Ilmu Ibu Gayong

Gayong ialah sebutan Melayu Klasik untuk ‘bersilat’. Ada ulamak mengatakan bahawa Gayong adalah berasal dari perkataan QAYUM ( Berdiri ). Ianya di perkatakan oleh para Syeikh dan Habib dari Hadramaut di Yaman yang mana loghatnya berbunyi Gayum dan bila sampai ke tanah Melayu menjadi Gayong. Ianaya mungkin ada kebenarannya kerana masyarakat di sana kebanyakkan berpakaian seperti kita dan mungkin budaya antara masyarakat Melayu dan Hadramaut sudah sebati sejak dari dalu kala lagi.
Jadi Ilmu Ibu Gayong ialah bukanlah asalnya dari Silat Gayong yang diperkenalkan oleh arwah Dato’ Meor. Ilmu Ibu Gayong berkenaan dengan mengenali Zat ALLAH. Tiada cara lain untuk mempelajari ilmu ini melainkan dengan berguru dengan guru mursyid, berserah diri kepada ALLAH dan memahami Al-Qur’an. Konsep Ibu Gayong juga amatlah ringkas tetapi untuk mencapai makrifatnya amatlah sukar.Ilmu ini merangkumi beberapa makrifat asas iaitu:

1) Mengenal diri dan asal usul kejadian Alam Makhluk dan Alam Benda ciptaan ALLAH.
2) Meletakkan status diri sebagai hamba ALLAH dengan sepenuh ketaqwaan (ketakutan) kepada ALLAH semata-mata. Maka dengan ketakwaan hakiki ini pengamalnya tidak akan pernah takut kepada sesuatu apa pun yang lain melainkan hanya Tuhan Yang Maha Perkasa.
3) Meletakkan perlindungan diri dan nyawa di bawah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Melindungi hamba-Nya.
4) Meletakkan sebarang jenis ancaman dari musuh dari kalangan manusia, jin atau objek sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
5) Meletakkan para Malaikat sebagai makhluk yang tunduk kepada Khalifah ALLAH.
6) Meletakkan diri sebagai Khalifah ALLAH dengan mempertajamkan MakrifatuLLAH.
7) Menyeru meminta perlindungan hanya dari Tuhan secara mutlak, bukan dari malaikat atau pun jin.

Ilmu Ibu Gayong ini merangkumi beberapa rangkap serapah mentauhidkan diri kepada Tuhan dan serapahnya mengandungi beberapa jenis ilmu:

1 ) Serangkap serapah BismiLLAH Tauhid 121 Asma-Al-Husna
2 ) Serangkap serapah menyumpah musuh (dari kalangan manusia, jin dan objek) sebagai musuh kepada Zat ALLAH.
3 ) Serangkap serapah bersumpah diri di bawah kandungan Zat ALLAH.
4 ) Serangkap serapah Ilmu Selisih.
5 ) Serangkap serapah Ilmu Pendinding (Kebal).
6 ) Serangkap serapah Ilmu Memulangkan Ancaman kembali kepada musuh.
7 ) Serangkap serapah Ilmu Khalifah Pemerintah Makhluk.
8 )  Dua Kalimah Shahadah.

Kejituan atau ‘sensitivity’ Ilmu Ibu Gayong amatlah tajam walaupun dalam keadaan tidur sekali pun. Contohnya ketika pengamalnya sedang tidur nyenyak di atas lantai; apabila digolekkan sebiji buah pinang yang lembut (tidak menghasilkan bunyi) ke arah pengamal, tubuh akan terangkat sendiri membiarkan buah pinang tersebut melepasi di bawah tubuh pengamal. Apabila ditetak dengan parang semasa sedang tidur, tubuh berpusing 90 darjah dan tetakan tersebut dipatahkan balik mengena diri musuh. Apabila ditembak dengan pistol, pelurunya menyimpang lalu berpatah balik mengena musuh atau senapang meletup ditangan musuh. Apabila tubuh pengamal dibiarkan untuk dipukul atau ditembak peluru, udara membentuk lapisan pendinding yang menyerap hentakan. Semuanya berlaku dengan izin ALLAH.

Apabila ada orang menyangka Ilmu Ibu Gayongnya cukup hebat, akan ada lagi seorang yang dikurniakan ilmu yang lebih tinggi makrifatnya iaitu Ilmu Ibu Gerak.

Ilmu Ibu Gerak

Aku tidak tahu jika ada lagi ilmu yang tingkatannya lebih tinggi dari Ilmu Ibu Gerak. Hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Ilmu Ibu Gerak asasnya dari Ilmu Ibu Gayong. Cuma pemahaman MakrifatuLLAH yang lebih mendalam akan menambah beberapa lagi Ilmu Hikmah kepada Ilmu Ibu Gayong iaitu:

Prasyarat Menuntut Ilmu Ibu Gayong dan Ibu Gerak

Memahami Al-Qur’an sebagaimana Nabi Muhammad RasuluLLAH memahaminya melalui Pintu Hati Yang Bersih (Ulul Albab). Perkataan ‘Ulul Albab’ difirman beberapa kali pada beberapa ayat Al-Qur’an dan salah satunya ialah pada Ayat Akhir Surah Ibrahim,
هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(QS. Ibrahim 14:52)

Terjemahan:
“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi pelajaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang Ulul Albab berzikir (mengambil peringatan darinya).”

Pantang Larang

Seorang lelaki pernah diajar Ilmu Ibu Gayong. Akibat melanggar Sumpah Kalimah Syahadah dan menyimpang keluar dari Perjanjian Al-Qur’an, lelaki tersebut menyeru malaikat (tidak menyeru Tuhan) lalu 7 Ekor Raja Jin Kafir menyahut seruannya. Lelaki tersebut tidak mengetahui bahawa dia telah mengamalkan Ilmu Ibu Jin lalu dia mati dipanah petir dalam keadaan kafir musyrik (engkar lagi syirik, penghuni Neraka Jahannam). Untuk melanggar pantang amatlah mudah, putar belit hukum Al-Qur’an, engkar perintah Tuhan, melakukan larangan-Nya dan menyeru sesuatu yang lain selain dari-Nya.

Penutup

Ilmu sebegini adalah ilmu-ilmu Al-Hikmah untuk jalan yang Haq (Kebenaran) , tidak berlaku sesuatu apa pun melainkan dengan izin ALLAH. Salah pemahaman makrifat akan membawa kepada kafir musyrik sebagai tiket menuju Neraka Jahannam tanpa hisab. Benar pembawaan makrifatnya pula akan membawa kepada tingkat-tingkat (maqam) yang lebih baik di sisi ALLAH, Tuhan Yang Maha Empunya Haq.

Aku tidak mahu menyembunyikan sebarang ilmu tambahan lagi Ilmu Khalifah sebegini untuk tujuan haq atau fi sabiliLLAH. Kepada mereka yang menghubungi aku melalui email untuk mempelajari ilmu sebegini, buktikan bahawa anda memahami Al-Qur’an sepertimana Nabi Muhammad Abdullah ‘AbduHU wa Rasullu

Wallahualam.

________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 12 Julai 2011

Budi Tuan Kusanjung..Jasa Tuan Kujunjung

 Rombongan Kelantan : Hj Afendi, Cg Zuber, Cg Zawawi dan  Cg Amran

Bersama sahabat dan juga Guru saya cg Jad

 

Bersama Sahabat dan juga Guru saya Ustaz Wafi

 

Bersama Pengerusi Gurulatih PSSPGM Selangor juga merupakan Guru saya

Penerangan tentang Cendai pada Ketua Balai Polis Merapoh

memakaikan tengkolok Bugis

Pecahnya Geting maka sempurnalah Majlis Perasmian

Seni keris yang memukau para penonton

Aksi Permainan Parang yang begitu mendebarkan

Aksi permainan Buluh Runcing yang begitu unik dan berseni sekali

Barisan Para pendekar Gayong yang sungguh segak.

Aksi Gerakkan simbat dari Group Reyokiwara ( PSSGM )

khusyuk sungguh pakcik Isa..org kuat gelanggang ni

 

En Kamaruddin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Abe Din..Pengerusi Gelanggang.

Pak Ngah Mustaffa yang membenarkan tanahnya di jadikan gelanggang...Moga Allah membalas jasa baiknya.

Srikandi dan puteri ku...

_____________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 8 Julai 2011

Bergayong Berpencak Mandi Berlimau.

Selamat Datang Saudara Segayong

Tarikh : 9.7.2011

Masa : 2pm-5pm

Persamian Oleh : Yg Setia Ketua Polis Daerah Lipis

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Majlis Pembukaan Gelanggang Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Cawangan Teluk Gunung. Saksikan nanti  pertunjukkan Seni Gayong oleh Anak-anak Gayong Bermula dari tangan kosong hinggalah ke Seni senjata.

Adat Pendekar…

Jauh Dijemput Dekat Diturut,Datang Bersambut Ukhwah Bertaut,Gayong Bergayut Kata Bersahut, Biduk Berlalu Kiambang Bertaut,

Teluk Gunung Belukar Temau, Main ke Hutan Berimau-Rimau, Asalnya Seni Sendi harimau, Bergayong Berpencak Mandi Berlimau.

_______________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori