Mukadimah Aku Dan Gayong

Bawalah nama gelaran sebagai mengenal diri,bukan untuk dipuja,hanya untuk mengenal asal-usul jati diri.

Lubuk akal lautan bicara, lubuk bicara lautan budi.

Aku melihat aku merasa.Aku tahu itu rahsia.Rahsia yang kurasa boleh kucerita..tetapi cerita yang kurasa memakan masa.

Bila tepat pada masa dan ketika..rahsia yang bakal dicerita tidak sia-sia.

Kerana yang sia-sia itu bukan rahsia..yang bercerita itulah yang bakal terasa dipersia kerana bercerita kepada yang tidak bercita-cita. Hanya sedap ditelinga tetapi hati sebaliknya.

Ada baik rahsia itu disimpan saja..bukan untuk selama-lamanya tetapi sekadar untuk dijadikan panduan dan rujukan kita

Bila bercerita tentang rahsia..berceritalah kepada yang berhak kita cerita. Maka yang hak itulah yang punya sebenar cita-cita.

Bukan sekadar ingin mendengar cerita..malah yang nyata disebalik kata rahsia..ada rahsia yang belum dicerita maka rahsia jugalah namanya

Baca bukan sekadar membaca..tetapi bacalah dengan mengamati setiap kata. Baca bukan hanya pada mata..biarlah membaca sampai hati terasa…  Itulah dia sebenar cinta..Bila hati sudah terasa akal di kepala mengangguk serta. Suka tak suka itulah dia..Cacat dan cela harus diterima..Itulah tanda kasih dan cinta kekal selama-lama.

aku dan gayong

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Responses

  1. Salam sejahtera dari kami buat saudaraku…

    …siksa itu perit terluka, akibat keris di tikam di dada, tidak sama dengan sidiksa, ianya sakit di dalam jiwa, fahamilah ini kata permata, untuk mereka yang ingin fana, di dalam dunia Prabhupada berkata, carilah makna di dalam kata, bukan ayat bermain di mata hikmahnya jua sentiasa nyata, sebagai sabda orang mulia, menjadi pelita hidup di dunia…..

    hayatilah… bingkisan buat semua… yang merasakan bahawa dirinya Melayu…

    SELOKA MELAYU GERAK SENANDUNG SELAYU

    Gerakkah yang ada padanya kita, langkah tiada bayangnya sahaja, gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja, kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja, gerak mana sahabat berkata, kata gerak kata sahaja, gerak kata hikmah menuja, gerak kita tiada maknanya, gerak yang ada kesan sahaja, jangan kata gerak ada, nampak hanya shariat sahaja, jadi hukum akan tafsirnya, menyata gerak didalam dunia, tiada gerak hukumnya jua, diatas gerak semu yang ada, gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya, atau gerak semata-mata, mengikut rentak nafsu yang ada, mana gerak padanya kita, selagi nyata kesan sahaja, gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada, seketul daging jantung namanya, menjadi pokok buahnya dua, satu manis satu masamnya, mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaanya, tiada gerak itu rupanya, hanya rasa olahan dirinya, jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa, jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita, inilah gerak rasa derianya, menjadi akan bayangnya dia, gerak itu menjadi nyata, pada rupa terkena ia, bukan kesan dihukum ia, hanya penyata hukum asalnya, pada gerak itu nadinya, bukan rupa yang ada didunia, jika terlihat gilalah kita, disangka cempedak menjadi nangka, disangka buru itu rusanya, disangka kitab itu sabdanya, disangka gambar itu lukisannya, disangka madah itu bahasanya, disangka ayat itu hikmahnya, disangka hidup mati rupanya, kerana bayang tiada kekalnya, hanya gerak membawa ertinya, ditiup akan ruh yang ada, bergerak adam mendapat namanya, disuruh bersin tanda jadinya, itu gerak manusia pertama, dari hati hidup adanya, dari mimpi jaganya pula, dari sedar ada dirinya, dari gerak kepada rupanya, menjadi empat sifat lakunya, lima lengkap akan sifatnya pula, itu manusia akan rupanya, asal dari gerak ruhinya, itu gerak rabbani yang punya, pada Adam tanda adanya, menjadi dalil akan geraknya, bukan Muhammad asalnya mula, itu rasul penyata geraknya, bermula dia berdiri adanya, tanda satu akan dirinya, satu atas peri lakunya, menjadi mula asal geraknya, gerak asal niat namanya, tanda gerak hendakkan mula, mula geraknya menyusur lakunya, menjadi peri itu adanya, menjadi akan gerak pertama, takbir alam namanya jua, takbir insan itu pujinya, takbir bakti cinta Tuhannya, takbir ihsan mulia dirinya, takbir raya sekelian manusia, itu takbir dari niatnya, bermula gerak mak sara jiwa, gerak senandung akulah RA-nya, gerak selayu akulah Ma-nya, dari takbir gegar tubuhnya, bermula lagu nyanyian kalbunya, tujuh pintu buka akannya, tujuh pantun akan jawabnya, pantun pertama pembuka hijabnya, pada alam akan takbirnya, pantun kedua menyatakan hatinya, pada seru jiwa raganya, pantun ketiga sahut jawabnya, pohon restu jalan yang esa, agar selamat gelora didunia, pantun keempat akan salamnya, pada rahimah akan cintanya, pantun kelima rahmat pohonnya, agar tiada cela dirinya, pantun keenam akan ilmunya, dapat tunjuk cara mengajinya, pantun ketujuh aminlah dia, lengkap gerak tujuh yang ada, berupa pantun seloka Melayunya, jadilah ada gerak pertama sudah jatuh pada rupanya, jangan tuan lupa padanya, gerak kita gerakNya jua, selagi kita tak lupa padaNya, nescaya islam kita sentiasa, pada gerak nyatanya Dia, pada bayang nyatanya kita, selagi manusia masih bernyawa, tiada terlerai gerak dariNya, jika kita lalai padaNya, nanti jauh tiada gerakNya, takut sesat adanya pula, kerana gerak nafsu jadinya, jadi jangan tuan berkata, selagi gerak tiada nyata, pada hati manusia sentiasa, ujud puji gerak hambanya, kaji akan rupanya kita, itu bayang sifat dunia, tiada nyata padanya mata, selagi gerak belum adanya, tiada sempurna pada tujunya, selagi gerak masih yang lama, jangan berhenti matilah kita, tiada guna hampa belaka, inilah pula isyarat kedua, menjadi gerak selepas pertama, dwita nama gerak kedua, membawa rukuk kepada kita, itu alamat orang yang ada, membawa raga didalam dunia, bila rukuk apa tandanya, jika tuan bijak orangnya, cuba lihat jangan rupanya, rasa akan nikmat geraknya, baru tuan paham akannya, betapa lazat gerak yang ada, menyembah akan hatinya jua, pada rukuk itu tandanya, pada malaikat itulah tugasnya, pada manusia apakah pula, jika tuan melihat akannya, nescaya nampak gerak rahsia, membawa makna akan sifatnya, pada kita jadi akurnya, pada mak sara itu nadinya, bergerak dalam senandung selayunya, samarupa berjiwa sama, dapatkah tuan maksudnya kita, pada gerak kedua yang ada, membawa apa agaknya dia, pada alam itu hukumnya, pada bumi itu terasnya, pada langit itu payungnya, sebelah gerak kiri adanya, pada kanan sebelah geraknya, itu dua dalam satunya, pada sifat itu diriNya, pada dua geraknya jua, tanda akan rahsia terbuka, tunduk itu bakti yang ada, hormat akan kalimah diriNya, tauhid tanda yang telah jadinya, kerana sebelah pecahnya dua, walau berbeda tiada bezanya, kerana gerak satunya jua, tiada ada satu adanya, selagi sebelah tak jadi duanya, bukan senang akan bicaranya, kerana manusia jahil akannya, kerana manusia tahu pun tiada, asal gerak menjadi dua, itu rukuk kesan sahaja, pada gerak nadi utama, tanya pada mak sara jiwa, tali kemandu apa ertinya, nanti tanya ini jawabnya, sebelum gerak apa namanya, selepas gerak bagaimana rupanya, jika bertanya jawab dah ada, itulah gerak ibaratnya jua, pada tuan ini cerita, asal rukuk kepada kita, itu turunnya langit kedunia, turun itu payungan ilahinya, menjadi panji kahyangan namanya,, tiada berbadan berjiwa sama, kerana rukuk bukan sebabnya, tiada nyata akan rahsianya, hanya tanda untuk manusia, melihat akan gerak kedua, tiada nampak matanya manusia, kerana hatinya masih buta, pada dia tanda Tuhannya, sentiasa ada, sentiasa bersama, bagaimana cerita hendak dikata, gerak kedua nafinya kita, pada isbat tanda tauhidnya, pada kalam itu hikmahnya, pada rasa itu puncanya, pada diri itu pengenalannya, pada baca akan pujinya, pada nafas terang dan nyata, pada rukuk alamatnya sahaja, akan panji turun kedunia, panji kahyangan itulah dia menjadi akan tandanya kita, itulah akan geraknya jua, tiada badan berjiwa sama, pahamkah tuan bicaranya kita, takut angguk paham katanya, tapi tahu tiada jua, kerana ilmu banyak muslihatnya, kerana diri banyak shaitannya, kerana lidah tiada tulangnya, kerana hati tiada geraknya, mati sudah indera Tuhannya, tiada rasa hanya kesannya, itulah kita takut akannya, takut hidup dah lama matinya, takut paham angguk sahaja, baca ambil sharat sahaja, cuba nak paham tak paham jua, bagaimana tuan nak alim akannya, tiada ilmu padanya kita, hanya Dia dapat mengajarnya, akan rahsia senandungnya jua, itulah selayu akan sambungannya, kerana gerak tiada hentinya, pada mak sara itu biasa sahaja, turun naik akan nyawanya kita, mengejar bayu puncak namanya, asalnya merak menggal tama, itulah jadi kisahnya kita, Melayu itu alam akannya, bukan orang seperti kita, bukan rupa sepertinya kita, bukan bahasa sepertinya kita, Melayu itulah alamnya jua, hayatilah tuan pantun seloka, senandung selayu akan tajuknya, sama merak menggal tamanya, selari dengan gerak Tuhannya, menjadi akan rukuknya kita, akur akan sekelian anggota, itu tanda afdal hukumnya, tiada berubah akan shariatnya, dari dulu sampailah kini adanya, rukuk jua tempat kedua, tempat akan sifatnya jua, pada bayangan dunianya kita, maka rukuklah jadinya pula, pada kita wajib akannya, kerana kehendak gerak yang ada, memberi hormat padanya kita, kerana kita bayangan syurganya, kerana kita tempat rupanya, kerana kita nyata geraknya, inilah senandung selayu namanya.
    Gerak ketiga menjadi gangganya, aliran maknawi akan mahzabnya kita, tiada empat tiga sahaja, itulah kaabah tiga tiangnya, menjadi tempat ilhamnya dia, pada Adam tiga sifatnya, menjadi sujud akan Isanya, menjadi tunduk akan nafsunya, kepada bumi cecah dahinya, tanda kasih ibu yang ada, kerana ibu syurganya dunia, pada tapak itu tandanya, serupa ia akan alamnya, alam ujud tiada tubuhnya, bumi itulah tubuh yang ada, menjadi akan Adam manusia, tiada terlerai kasih Tuhannya, kerana Adam sujud sentiasa, bukan Adam dalam cerita, tapi Adam bejana rahsia, Adam kerana mula rahsia, Adam akan isinya dunia, Adam akan tiga sifatnya, menjadi rahsia Tuhannya kita, siapa tahu asal yang tiga, dari satu menjadi dua, dua tiada kekal adanya, kerana pisah sudah geraknya, menjadi bisu akannya ia, menjadi buta sebelah matanya, kerana tiga tiada nyata, pada dua takkan berjumpa, kerana tiga tersorok adanya, pada sujud sembah salamnya, siapa mengaji tahulah dia, walau sedikit cukup sharatnya, kerana sujud itu cerita, akan Isa merawi Injilnya, kerana manusia tiada pahamnya, Injil itu bukan tulisannya, tapi hasil gerak yang ada, serupa pancaran kilat yang ada, masuk tiga tenggelamlah ia, kerana sujud bawa binasa, bukan hancur segala yang ada, tapi tiada duanya pula, satu jantan satu betina, hanya pecah dua yang ada, tiga hilang entah kemana, kerana manusia tiada geraknya, tahu sujud tahu solatnya, dimana sujud itu jadinya, dapatkah tuan teka maksudnya, makam Adam tiga adanya, seperti Maghrib tiga rakaatnya, itulah rahsia isinya kawula, akan gustinya yang Maha Esa, kenapa tiga gerak sujudnya, kenapa tiga rahsianya pula, kenapa tiga jadinya pula, pada sujud nyata geraknya, menafikan diri pada geraknya, baru tahu rupanya tiada, hanya rasa pengganti rahsia, itulah kawula yang amat setia, sepertinya akan mak sara jiwa, tiada berbadan tiada beraga, ujudnya mak sara berjiwa sama, dijunjung anak cucu yang ada, disanjung akan manusia yang ada, baru ada kuning dan putihnya, menjadi tempat gerak ketiga, menjadi ia akan tiang serinya, pada sujud itulah dia, bumi tempat jadinya kita, kerana sujud itu kesannya, akan gerak menyata rahsianya, jika paham tuan akannya, itulah puji pada diriNya, menjadi bakti akannya kita, kerana sujud turun kedunia, jangan tiada pahamnya jua, ini hanya kesan sahaja, cari erti gerak ketiga, sujud itu tanda jadinya.
    Gerak keempat duduk bersila, duduk panglima akan rajanya, bukan bersila itu kakinya, bersila dia dalam hatinya, munajat akan Tuhannya jua, bersatu didalam fuadnya jua, disitu cahaya gerak adanya, punca dan asal ketemua akannya, menjadi ada padanya kita, itulah rupa tahyat akannya, duduk akan bicara pendita, duduk akan rasul Tuhannya, bicara menjadi akan geraknya, gerak keempat jadilah dia, tiada hamba bertemu Tuhannya, hanya Dia dengan diriNya, hanya Allah Muhammadnya jua, harap tuan segera pahamnya, kenapa duduk keempat geraknya, tanda akhir akan jadinya, dalam dua satu jadinya, kamil akan sekelian dirinya, hamba akan gerak Tuhannya, baru sempurna akan islamnya, kerana tahu kehendak Tuhannya, baru shuhadat dibaca kita, tanda tauhid akan EsaNya, jika dibaca akanya ia, hendaklah paham erti geraknya, bukan lidah itu yang kata, ia hanya istana shariatnya, kata itu gerak yang ada, dari puji dalam dirinya, daimnya ia sentiasa tasbihnya, akan Ibrahim tempat solatnya, tuan harus rajin bertanya, agar paham akan maksudnya, bukan ayat bermain dimata, hikmah nyata pada geraknya, hikmah asal gerak yang ada, pada gerak keempat adanya, itu puji hamba Tuhannya, pada diri satu jiwanya, tiada beza akan hakikatnya, samarupa samarasanya, paham akan ayat yang ada, menyatakan gerak pada rupanya, bukan Ibrahim jadinya pula, tapi tanda akan tauhidnya, jika tiada pahamnya jua, takut gerak kesasar pula, kerana kita sudah dinyata, menjadi akhir akan solatnya, bukan mula jadi puncanya, tapi akhir jadinya apa, bukan tiada padanya kita, menyatakan Dia itulah tugasnya, kerana keempat besar ertinya, menjadi tunggak akan dunia, menjadi nyata sempurna manusia, tiada cacat barang dirinya, selagi nabi tiada Tuhannya, selagi empat tiada hujungnya, lima tiada simpul sahaja, pada empat gerak akhirnya, jika tiada tahyat dibaca, tiada sempurna gerak yang ada, kerana gerak itu akbarnya, kerana gerak itu pujinya, kerana gerak itulah manusianya, menjadi afaal sekelian makhluknya, besar empat kerana hujungnya, bukti niat akan geraknya, tiada gerak tanpa rupanya, kerana empat itu akhirnya, empat anasir akan kejadiannya, asal dari gerak hikmahnya, kepada sabda menjadi nyatanya, menjadi hukum akan agama, menjadi jalan untuk geraknya, sehingga nyata akan tauhidnya, pada punca segala geraknya, dihati kita itu istanaNya, bukan tubuh gelap gelita, tempat akan shaitan durjana, jangan tuan mudah akannya, nescaya badan jadi neraka, nescaya empat tiada kesudahannya, kemana jua tiada geraknya, tiada sempurna agamanya kita, kerana tiada tahu asalnya, yang empat itu gerak lakunya, puji dalam alamya jua, bukan bersila kita katakannya, dalam gerak memuja rasa, gerak rasa empat anasirnya, menjadi nyawa akannya kita, bila paham keempat geraknya, paham akan jadinya kita, sempurna shuhadat manusianya kita, sempurna adat akan jalannya, sempurna solat akan hakikatnya, sempurna jadi akan geraknya, pada kita tempat nyatanya, pada kita jadinya, pada kita tempat rupanya, menjadi bayang gerakNya pula, inilah cara gerak kuasanya, menjadikan Islam akan dirinya, Islam bukan ertinya agama, Islam erti menyerah dirinya, jika tiada pahamnya jua, sempurna Islam keseluruhannya, bukan separuh tiada bermakna, seperti kata pendita jua, sempurna shariat tahu hakikatnya, sempurna diri tahu Tuhannya, sempurna agama tahu jalannya, sempurna gerak tiada bezanya, sempurna rupa sama sahaja, sempurna ilmu tiada belajarnya, sempurna adat tahu susilanya, sempurna kita lengkap selokanya, inilah sebab selokanya ada, sebagai bicara caranya kita, mengenal diri amat berharga, kerana gerak itu ada rasanya, kerana jadi itu ada tandanya, kerana gerak itulah asalnya, akan tajjali diriNya jua, hendak menyata akan diriNa, hendak mengenal akan diriNya jua, bukan kita empunya cerita, seloka ini dendang sahaja, bukan seloka menjadi sebabnya, seloka hanya sampaikan sahaja, cara kita orang yang lama, agar dapt mudah pahamnya, jika tiada baca semula, hingga sedar akan maksudnya, gerak itu getar jiwanya, tempat cahaya kumpul rasanya, tempat sedar tahu dirinya, tempat ilmu menyuloh akalnya, tempat jadi hancur nafsunya, baru tiada bebal dirinya, kerana gerak telus adanya, tiada warna kelabu matanya, kerana nafsu tiada sentuhnya, baru sempurna jalannya kita, kerana gerak suci sentiasa, menjadi puji akan hambanya, menjadi wajib sekelian manusia, menjadi hukum padanya kita, wajib bukan atas dipaksa, wajib kerana tiada pilihannya, atas cinta tersemat didada, keran paham geraknya dia, bukan nafsu menjadi rajanya, tapi insan mulia fitrahnya, itulah gerak menjadi senandung, senandung nyanyian gerak akannya, menjadi biduanda syurga hatinya, sayup memanggil akannya kita, agar gerak kembali ada, tiada mati dalam dunia, hidup dalam fuadnya jua, baru melihat dua alamnya, baru gerak sakti dapatnya, bukan rugi tiada faedahnya, baru puji dapat geraknya, baru gerak dapat asalnya, baru Tuhan nyata adanya, pada kita selama-lamanya, tiadalah sukar hidupnya kita, kerana gerak berpindah miliknya, dari penyewa kepada tuannya, dari pinjam dipulangkannya, bukan engkau Muhammad lakunya, atas barang gerak dirinya, tapi Dia gerak yang ada, menjadi sebab Muhammad berkata, itulah ibarat petuanya kita, terlajak gerak buruk padahnya, kerana gerak lidah yang ada, hanya diatas nafsunya jua, tiada sebab hendakkan dusta, tapi hati tiada tahunya, hanya hendak gerak nafsunya, bukan nafsu empunya geraknya, tapi Dia akan tuannya, pahamkan tuan selokanya kita, kerana bercerita kan kalamnya, seloka ini hanya bicara, mengenal gerak akan asalnya, mengenal gerak empatnya jua, mengenal gerak akan solatnya, mengenal erti geraknya kita, bukan atas sendiri yang suka, tapi atas dua perkara, gerak yang baik sentosa badannya, gerak yang jahat jahanam jadinya, jika paham mana hendaknya, baru gerak dapat ilhamnya, baru gerak lurus jalannya, tiada lagi dalam sesatnya, kerana gerak tiada bezanya, yang mana satu pilihnya kita, hanya kesan nampak dimata, akan isyarat kalbunya pula, tersembunyi didalam raganya, tiada yang tahu apa maksudnya, kerana gerak kita manusia, hanya nampak kesan sahaja, maka jangan tertipunya kita, alim itu belum tentunya pula, jahat pula belum dihukumnya, selagi kita bernama manusia, gerak kita belum bernama, kerana gerak dihatinya jua, akan cahaya dengan cahayanya, bila bertemu gerak dan rupa, dalam alam bukan dunia, baru jelas keterangannya, bahawa kita itu tiada, yang ada hanya geraknya, menyatakan niat akan hendaknya, baru paham mana pilihannya, cantik rupa atau geraknya, baru paham alimlah kita, kerana pandai mengolah rasa, asal gerak menjadi ada, pada kehendak itulah puncanya, menjadi akan kesan rupanya, menjadi ia akan hakikatnya, pada batin shariat yang ada, mengenal gerak padanya rupa, baru sempurna shariat sepenuhnya, bukan baca itu ayatnya, tapi gerak akan hatinya, berkata dalam bahasa alamya, serupa cahaya gelombang permata, itu rupa ibaratnya ia, asal gerak mendapat jadinya, didalam hati itu kalbinya, tempat nyata akan geraknya, seperti purnama menyinari malam, seperti itulah ibarat gerak yang ada, jadi tuan segera pahamkannya, kerana gerak tiada rupanya, dari gerak membawa makna, akan maksud tersirat adanya, jika tersurat jadi selokanya, nyatalah pesan dari penciptanya, baru kita mendapat ertinya, kerana geraknya satu jua, jangan tak paham tuan membaca, kerana gerak dah jadi seloka, tiada yang nyata hanya hikmahnya, kerana hikmah itu tafsirnya kita, akan gerak puji baginda, tempat asal telur jadinya, kerana fuad itulah tempatnya, jika paham dimana ia, segeralah akan dapatkannya, tiada dapat pengetahuannya kita, jika usaha sekerat sahaja, nak paham bukan susahnya pula, selagi gerak itu gerak kita, bila paham akan geraknya, dari cahaya lima rangkainya, pusar akan gerak diriNya, menjadi benih pancar delima, itulah rupa akannya kita dari gerak menjadi rupa, lima saudara geraknya sama, hanya beza yang tua dan muda, ikut warna jadi usulnya, menjadi solat lima waktunya, itu gerak menjadi kita, puji akan sekelian anggota, kerana gerak pujilah jua, akan sebab ujunya kita, dalam fuad itu pusarnya, balam bayu pusing beliungnya, hilam repu cahaya galurnya, silam cepu naiknya bertiga, menjadi biru bagai angkasa, menjadi putih tenang tengahnya, menjadi merah punca amarnya, itulah gerak bindunya sabda, geruh gerak sekilas perginya, tiada terlihat mana perginya, laju sepantas kilat menerpa, pada kita hanya kesannya, menjadi akan sekelian wajibnya, kerana asal gerak Tuhannya, menjadi haram diatas nafsunya, siapa cepat dapat pahamnya, nescaya terbuka pintu ilmunya, mengenal gerak tiada rupanya, menjadi tiada akhirnya jua, barulah dapat gerak irama, barulah jadi gerak selayunya, baru paham dimana mulanya, bukan gerak atasnya kita, kerana sudah dikarang pendita, sudah tetap pada azalinya, tiada berubah lidah berkata, kerana hakikat pahamnya kita, jika ditanya gerak yang mana, pilih gerak ada caranya, gerak sulong tanggung akannya, gerak yang tengah membawalah ia, gerak yang bongsu nyatalah ia, jika yang sulong tanggungnya makna, jika yang tengah hikmah bawanya, yang bongsu nyata akan kalamnya, pada lidah tempat yang bongsu, otak tempat yang tengahnya pula, di hati tempat sisulongnya pula, pahamkan ia hai tuan yang ada, bukan gerak mencipta rasa, hanya bayang adanya ia, cahaya pancar akan ujudnya, itulah gerak menjadi puncanya, jika kita bergerak tubuhnya, hati tempat asal mulanya, jika geraknya mengikut rasa, takut kecundang akan akhirnya, kerana gerak membendung laku, agar budi mendapat restunya, agar akal mendapat pahamnya, agar hati mutmainah jadinya, sebab dalam jalan geraknya, ada dua pilihannya kita, satu kiri neraka namanya, yang kanan syurga namanya pula, jika gerak dari tengahnya membawa kita khabar wahyunya, tiada siapa dapat rasanya, kerana jiwa tiada fananya, selagi itu tiada jadinya, kita kembali pada tengahnya, ingat tuan akan nya ia, tiada Tuhan hanya pada kita, sentiasa ada sentiasa bersama, itulah hakikat janganlah lupa, menjadi gerak padanya kita, dari tengah gerak yang mulia, pecah pertama menjadi berdirinya, kedua akan rukuknya pula, ketiga jadi sujudnya kita, keempat duduk kita bersila, pada semua ada maknanya, pada semua ada lenggoknya, gerak tengah sentiasa mulia, tenang dan aman gerak syahdunya, inilah senandung selayu adanya, pahamkan ia pada bicaranya, kerana gerak yang tengah adanya, itulah ibu akan yang lain, kerana gerak ini bermakna, jika betul fanalah kita, jika tidak bebal lah kita harus paham erti katanya, kerana yang tengah pusarnya jua, tempat bermula akan geraknya, menjadi pemangkin adanya kita, menjadi sebab kenapanya kita, gerak yang lain anaknya sahaja, kerana mereka suruhan sahaja, menjaga gerak ibunya kita, agar tiada sunyinya ia, gerak yang lain baik pun ada, jahatnya pula adalah pula, hati-hati akan jalannya, kiri neraka kanannya syurga, yang mana jadi geraknya kita, harus fikir akan akibatnya, jangan hanyut dalam nafsunya, kerana nafsu jahatnya yang ada, bila gerak naik ke kita, segeralah rasa sebelum terkena, pilih rasa yang tengah sahaja, bukan kiri atau kanannya, jika tak tahu bertanyalah pula, sebab gerak tiada rupanya, itu rasa jadi jaksanya, kerana rasa dapat kawalkannya, jika rasa lemah adanya, tiada jadi barangnya kita, kerana Tuhan sentiasa ada, ditaruhnya manikam dalam geraknya, jika kita tak tahu yang mana, yang kaca intan sangkanya, kerana gerak amat bahaya, membawa hanya kepada bencana, selagi kita masih manusia, hati-hati gerak yang ada, disangka gerak memberi makna, sedangkan mainan nafsu sahaja, inilah adat kita berseloka, menyampaikan ilmu pada yang ada, jika tak paham rajinlah bertanya, agar paham mana gerakNya, selagi kita masih bernyawa, dapatkan gerak yang datang dariNya, baru sempurna agamanya kita, baru sempurna Islamnya kita, baru sempurna dirinya kita, barulah paham jadinya kita, jangan tuan leka akannya, kaji penuh semangat yang ada, tiada rugi akannya kita, kerana Tuhan sentiasa ada, hanya pintu nak pandai buka, dengan rasa sebagai petunjuknya, kemudian akal menapis akannya, ambil gerak yang ada faedahnya, bukan semua diikut sahaja, tiada afdal perbuatannya kita, kerana gerak hanya berpura, hati kotor shaitan rumahnya, harus paham akan duduknya kita, dalam gerak menimbangkan rasa, dalam rasa melihat geraknya, baru senang pahamnya kita, kerana gerak tiada bermakna selagi lidah berkata sahaja, sedangkan hikmah itu tujunya, masih kita tiada pahamnya, kenapa jadi geraknya kita, tiada sampai akan akhirnya, tiada sampai pada hatinya, tiada sedar akan maksudnya, tiada masuk akan otaknya, tiada nampak kebenarannya, tiada jadi barang kerjanya, tiada berkat akan hidupnya, tiada pandai akan akalnya, hanya bebal tetap yang ada, kata sudah baca semua, kata sudah belajar semua, kata sudah paham akannya, kata sudah banyak amalnya, kata sudah lengkap ilmunya, kata sudah hafal doanya, kata sudah ijmak akannya, kata sudah hajinya pula, kata sudah empat bininya, kata sudah tua umurnya, kaya sudah jadi manusia, benarkah ini gerak yang ada, dimana kata paham kan semua, dimana kata gerak dah jadi dirinya, masih belum nampak benarnya.
    Dari gerak membentuk seloka, seloka terkalam atas geraknya, ditulis orang pada papannya, agar dibaca matanya kita, jika nampak terang dan nyata, itu tanda seloka ada, seloka ada hurufnya ada, ada hurufnya nyata ceritanya, itu hasil gerak pencipta, menghasil seloka rasa geraknya, seloka didendang mengikut rasanya, merdu dimadah oleh pujangga, pujangga itu gerak seloka, pada rupa yang nyata geraknya, buka seloka dipena pendita, tapi seloka dendang pujangga, dengan irama lagunya kita, nyanyian akan pujangga madahnya, sama saja akan gerak padanya, satu dipuja satu memuja, dua itu tiada bezanya, kerana gerak menjadi iramanya, kalau tuan melihat seloka, samakah dengan dengar akannya, mata melihat seloka terpena, telinga mendengar dendang seloka, yang mana mustajab akan geraknya, pada dengar atau melihatnya, bukan untuk kajiannya kita, mencari keliru pada puncanya, bukan cabang ilmu pahamnya, tapi rasa akannya ia, baru lengkap akan geraknya, yang melihat tidak ada, yang dilihat itu ada, yang mendengar itu tiada, yang dibaca itu ada, ini madah puspita raga, pada baca lidah kalamnya, pada mata cahaya sinarnya, pada kalam gerak suaranya rasa tandanya pula, pada mata rupa cahayanya, gerak jadi bukti adanya, ini kata dua berbeza, gerak yang satu timbangnya rasa, gerak kedua timbang gerak rupanya, cuba tuan lihat akannya, mana pun jua, gerak itu uratnya jua, tiada jadi kata yang ada, tiada tampak akan rupanya, tiada gerak tanpa adanya, akan saksi pada keduanya pula, ash-hadu itu saksi aku-nya, pada kalimah tauhid geraknya, jadi bukti shuhadatnya kita, saksi akan gerak lidahnya, atas kata kalam ternyata, gerak ash-hadu saksinya kita, baru sempurna ajarannya kita mengenal gerak tiada semunya, baru nafsu terlerai jua, pada gerak tiadalah dia, hanya gerak asli sahaja, itulah senandung sayu namanya, didalam seloka ia beraga, didalam seloka ia memuja, didalam seloka jadilah ia, akan seloka gerak pujinya, akan merak menggal tama, panca cahaya delima bindunya, menjadi akan sifat manusia, tempat jatuh gerak Yang Esa, serupa ia nafsu pada dirinya, itulah hukum adanya agama, agar nafsu beralih rupa, menjadi kita bukannya dia, baru mengaji dapat hikmahnya, bukan bingung jadi akalnya, bukan rosak akal pikirnya, jadi tuan yang telah membaca, bukan senang nampak dimata, jangan tuduh ini seloka, tiada makna sesat belaka, kerana akal pendek adanya, kerana hati selam tak terdaya, jangan mudah mulut bicara, akan tiada paham dirinya, bukan mainan orang biasa, mainan mereka yang paham akan geraknya, kerana itu janganlah mudah ingatnya kita, bicara akan fadilat yang ada, selagi gerak belum sampainya, jangan simpul akan maksudnya, jangan kata lidah berkata, kerana gerak itu yang ada, bunyi ada hurufnya tiada, begini rupa hakikat kajinya, pakainya rasa bukan pikirnya, bukan huruf tapi bunyinya, baru sempurna mengenal geraknya, harap dapat kita semua paham akan bicaranya kita, selagi semu didepan mata, selagi itu geraknya rahsia, bila paham maksud ayatnya, barulah paham erti selokanya, baru jadi kerjanya kita, baru jadi tajuk selokanya, baru jadi alim akannya.
    Inilah bicara senandung selayunya, menjadi akan irama lagunya, tiada bunyi padanya jua, hanya irama mainan geraknya, tiada seruling menemaninya, tiada gendang akan rentaknya, tiada biduan nyanyi akannya, tiada ragam akan ahli muziknya, hanya akal sembah pentasnya, hanya fikir lakun dirinya, hanya diri kupasan ertinya, hanya peminat setia paham akannya, memang susah rangkai akannya, kerana tiada nampak ruangnya, tapi jika tuan berjaya, hebat diri kerana sedarnya jua, atas rahmat asal datangnya, baru jadi kehendak kita, paham hanya jika gerakNya, tiada hasil jika kita geraknya, jadi harus kita waspada, memahami seloka banyak ertikatanya, bukan itu maksud tulisnya, kerana hikmah tiada nampaknya, kerana gerak itu ilmunya, mengenal hakikat akan shariatnya jua.
    Jika gerak jadi hukumnya, bagaimana burung terbang sayapnya, bagaimana awan tiada putihnya, bagaimana pelangi tiada warnanya, bagaimana pucuk mendatar jalarnya, bagaimana kita tiada geraknya, pikirlah tuan akan jalan hukumnya, bukan shariat penentu geraknya, tapi shariat hasil geraknya, fahamilah betul akan jadinya, kepada hukum shariatnya kita, jika tiada paham akannya, tiada jadi kerjanya kita, kerana gerak nafsu sahaja, amal ibadat menjadi hampa, kerana gerak hilang saktinya, kerana gerak hilang akan ainnya, kerana gerak hilang mustajabnya, kerana gerak lumpuh anggotanya, kerana gerak bukan darinya, sudah menjadi basi akannya, sudah menjadi rapuh akan niatnya, sudah menjadi bubur akan nasinya, sudah menjadi pudar akan halatujunya, sudah menjadi gerak tiada bermaya, kerana kita tiada tahu akannya, bahawa gerak itu empatbelas akan hukumnya, tujuh kanan akan rahmannya, tujuh kiri akan rahimnya, pada rahman kasar geraknya, pada rahim lembutnya pula, bergabung menjadi akarnya nirmala, menjadi tunjang belakang kita, tempat mak sara berdendang seloka, selayu nama pujanya dia, jika kasar jantan namanya, tempat mentari naik ufuknya, jika kiri chandralah pula, betina akan bangsanya jua, harus tahu arus yang ada, kerana gerak bersama dengannya, jika tuan paham akannya, nescaya ghaib dalam solatnya, kerana gerak menjadi tiada, sudah bersama di satya loka, itu tanda mak sara dah tiba, ketempat janji ambilannya kita, pada Rab itu masanya, dizaman purba mulanya dunia, selagi ada geraknya kita, kesitu jua pergi akhirnya, kerana gerak itu berdua, dimana sahaja kasih cintanya, puji satu puja berdua, mak sara jiwa, itulah dayangnya, jangan tuan cepat bacanya, jangan ghairah akannya kita, kelak gerak terpesong jadinya, tiada sampai tempatnya kita, semua terkandung dalam yang lima, tempat ujud alhamdunya pula, menjadi rangka hukum solatnya kita, baru paham jadinya kenapa, itu gerak tanda mulajadinya, menceritakan akan tajjalinya jua, pada kita tandanya nyata, pada kita tempat geraknya, wajib kenal serata-rata, kerana gerak itulah Dia jua, jangan tak tahu akan asalnya, dari gerak kepada rupanya, barang mengaji biar sempurna, baru bukti nyata pada kita, baru rasa jadi geraknya, baru Muhammad bukan pekerjaannya, kerana sudah kamil geraknya, mukamil rasa pada geraknya, sempurna agama akan jalannya, kerana gerak sudah bernama, itulah senandung selayu namanya, dari dulu inilah ceritanya, di baitkan orang menjadi seratnya, dari seluruh pelusuk dunia, inilah jua yang dicari manusia, kerana kurang paham akannya, jahillah kita akan pengenalannya, difikir orang akan jawabnya, namun tetap rahsia duduknya, kerana akal tiada sampainya, akan rasa belum sempurnanya, kerana makan lauknya tiada, kerana minum sejatnya tiada, kerana hidup nyawa tiada serta, kerana mengaji tutup pintu hatinya, gurunya pula sandiwara sahaja, anggap tahu ada kitabnya pula, bukan hasil tapa akannya ia, bukan hasil tafakkur akannya dia, bukan hasil tajam akalnya, bukan hasil Nur Qalbinya pula, bukan hasil ilmu shuhadahnya jua, bukan hasil puasa dan amalnya, bukan dari wali ghaib adanya, semua masih dalam semua adanya, masih belum paham akan geraknya, cuma tafsiran nafsu kamusnya, mendapat paham kelam ertinya jua, kerana dada sempit sentiasa, penuh dengan doa kedunia, penuh hasrat sejahtera badannya, penuh amal akan minta syurganya, ibarat segala pada dirinya jua, kosong hampa nafsu belaka, gerak ada hanya bayang sahaja, tiada jati akan akar uratnya, kerana gerak didalam dunia, hasil dari nafsunya jua, dikata ini dari Tuhannya, mana tahu pasti ilmunya, selagi manusia didalam dunia, tiada terbeza intan dan kaca, hanya kilauan imbasan rasa, tiada ada tiada nyata, ini ibarat petua yang ada, lihat bayang dalam gelasnya, jika nampak mukanya kita, baru selamat tiada santaunya, ini lah kata orang tua-tua, menjadi gerak padanya kita, gerak membawa erti buktinya, jika benar serta-mertanya, bukan seminggu baru nak tiba, itu pasal tak jadi semuanya, kerana gerak dah lama tiada, hanya bekas parut yang ada, tapi gerak sama sahaja, walau ia semalam dah tiada, hari ini mana datangnya, kalau tidak semalam geraknya, takkan tiba menjadi sekarangnya, fikirlah tuan akannya jua, seloka membawa makna geraknya, bukan nukilan mencipta rasanya, hanya gerak rasa jadinya pula, baru yakin dapatnya kita, kerana gerak dah sampai pada kita, bila paham jatuhnya ia, pada rupa tetap akan geraknya, fahamilah tuan sekelian yang ada, gerak berwajah akannya kita, gerak berkalam lidahnya kita, gerak membakti solatnya kita, itulah sebab menjadi puncanya, kerana gerak dari dalamnya, ramai tak paham sengkek akalnya, tiada dalam kajinya jua, tiada halus akan fikirnya, hanya mengikut rentak yang ada, irama merdu sahutan dunia, menjadi akan lagu nafsunya, bukan senandung selayu adanya, tapi rupa seakan samanya, kerana tiada dapat dibeza, yang mana intan yang mana kaca, kerana diri masih manusia, kerana hati didalam dunia, itulah kita pangkal duduknya, hujung jua timbulnya pula, sudah jantan bintinya betina, nak kata pondan tak tahu rupanya, ini isyarat kepadanya kita, dalam gerak ada rasanya, cari rasa dalam geraknya, baru tahu yang mana benarnya, gerak nafsu atau Tuhannya, gerak badan atau nyawanya, gerak Aku ataupun Dia, pilihlah pilih wahai saudara, jangan lambat habislah pula, kerana gerak sekejap sahaja, itulah nikmat adanya pula, seperti P.Ramlee dalam lagunya, saat yang bahagia datang sekejap saja, ambillah tuan permata kata, jangan lalai dan alpa hidupnya, kita sentiasa dalam gerak yang ada, cuma tak tahu kiri atau kanannya, yang mulia atau nafsunya, jadi jangan bangga dirinya, tiada alim akan dirinya, yang alim adalah Dia, bukan kita bukan sesiapa, hanya nafsu menyamar kadang-kala, bila tengok kita ni alpa, walhal setiap detiknya kita, tahu akan kehendak Tuhannya jua, kerana jiwa masih beraga, kerana mak sara jiwa empunya kersa, paham tuan ini seloka, untuk yang pandai dan bijak sahaja, bukan yang suka mengumpul kitabnya, jadi perhiasan akan rumahnya, bukan untuk hujah lawannya, nak tunjuk handal pada kawannya, ini semua gerak palsunya, kerana nafsu melonjak adanya, maklumlah hebat rasa dirinya, orang lain bodoh belaka adanya, jangan ikut resmi yang ada, alim itu panjang janggutnya, soleh itu lebam dahinya pula, warak itu serban tiga lapisnya pula, islam itu menunjuk akan amalnya, yang ulamak hebat hafalannya, pemegang ijazah di pesada dunia, bukan ilmu dari tuhannya, bukan laduni akan salurannya, tapi kitab diWisma Yakin tempat beliannya, serasa hebat bila dibaca, kerana gerak Arab dah jadinya, bukan baca paham pun tiada, ambil berkat akan Masjid India, tempat hebat terkumpul al-kitaba, entah apa hendaknya pula, mengaji setengah pening kepala, kerana gerak membaca tiada, hanya ilmu akan dirinya, kenapa perlu sampai kesana, kerana gerak nafsu sahaja, suka mencari barang yang tiada, katanya ada di Masjid Indianya, berkumpul kertas pelbagai rupa, gerak mencari tajuk tak bernama, agak-agak kira-kira sahaja, asal hebat nama pengarangnya, sedangkan gerak sentiasa nyata, pada kita memberi ilmunya, tapi tak suka tafakur pula, sebab tak sama resmi Arabnya pula, cuba duduk Melayu caranya, gerak Melayu senandung selokanya, didalam diri abdikan rasa, pada gerak tetapkan imannya, baru tak perlu habis duitnya, membeli buku tiada faedahnya, hanya berat mengantuk matanya, dalam tidur bermimpilah pula, jadi orang tak tahu namanya, sedangkan gerak sudah bernama, bila jaga hilang segalanya, hanya serpihan memorinya jua, bukan berpindah pada dirinya, bukan menjadi gerak sendirinya, tapi nafsu tunggangnya kita, maka habis kitab dibaca, tiada pandai akannya jua, tapi banyak ayat hafalannya, untuk hujah akan lawannya, bukan dari sendiri jadinya, bukan ilmu laduninya ia, hanya tiung ulangannya jua, hanya tiung ajaran hafalannya, bukan itu resamnya kita, menjadi manusia diatas dunia, tugas kita mencari gerakNya, agar dapat memerintah dunia, bukan menjadi hamba nafsunya, konon nak cepat alimnya, hai tuan bukan mudahnya, mencari diri belum tentu jumpanya, inikan Dia yang Maha Esa, rasanya pahamkah maksudnya kita, pada rasa tetap akanNya, pada gerak tetap kehendakNya, baru jadi akannya kita, dapat paham akan gerakNya, pada kita jatuhnya ia, menjadi rupa gerak sendinya, baru jadi terang otaknya, baru lapang akan dadanya, baru tahu hakikat dirinya.
    Tempat jatuh dikenang akannya, tempat bangkit tiada tahunya pula, bila ditanya mana perginya, katanya ke Mekah naik hajinya, mana Kaabah seginya tiga, atau lima tapak akannya, fahamilah ia tuan akannya, baru dapat akan saktinya, gerak itu rasul kuasanya, kepada kita tauhid akannya, baru satu geraknya kita, KUN itu titahnya kita, pada gerak jadi segalanya, baru tak payah belajarnya kita, hanya sesaat masa yang ada, disitu kekal pada alamNya, bukan tiada tahu akannya, cuma tak percaya akannya ia, kerana hanya bentuk seloka, tiada hadis tiada dalilnya, tiada sentuh barang yang biasa, tiada dijual di Wisma Yakinnya, seloka ini percuma adanya, tiada harga tiada penulisnya, hanya gerak akan sepinya, menyatakan akan diriNya jua, tapi dikedai mahal harganya, sanggup beli tak kira berapa, walau duit tak cukup adanya, janji dapat jadi miliknya, milik apa hendaknya kita, hanya ilmu ilham manusia, belum sempurna akan dirinya, hanya panggilan Sheikh sahaja, kerana pandai mengarang cerita, kutipan dari bacaan gurunya, hasil dari tafsir akalnya, bukan laduni itu jadinya, membawa ilmu dari Tuhannya, hanya sekadar masuk akalnya, tiada bukkti akan rasanya, kerana Arab keras perangainya, tiada malu akan celanya, pasal itulah bertutup semua, otak yang ada kuning sahaja, begitulah resam atas dunia, masing-masing hendaknya jua, kalau boleh dunia miliknya, bukan atas harta dan benda, tapi atas agama yang ada, menjadi tempat perjuangan yang ada, sampai mati tak mengapa, syurga pasti menunggu kita, tapi bangsa tercicir sahaja, kerana tiada makna ujudnya, kitab hanya sekadar sastranya, bukan rujukan akan ilmiahnya, cukup buat syarat yang ada, geraknya sudah menjadi tiada, kerana gerak bertukar rupa, akan rupa isi tiada jua, lain rupa sama isinya, jadi bengong kita dibuatnya, rupa Arab Melayu cakapnya, hebat tiada perinya jua, Melayu hamba Arab tuannya, kerana gerak Mekah asalnya, bukan Tuhan ada dimana-mana, hanya disana rasa adaNya, bukan sentiasa bersama dengannya, kerana kitab Arab sahaja, tak kira siapa menulis akannya, wajib jangan Melayu bunyinya, kalau terdengar bahasanya kita, terasa janggal akan kitabnya, kerana gerak Melayunya tiada, hanya salinan Arab dirinya, tak mungkin terima akannya dia, kerana ulamak tiada Melayunya, hanya bangsa rakyat negara, bukan asal gerakNya jua, itulah kita tiada mahu akannya, kerana gerak dah hilang arahnya, kerana gerak dah hilang getarnya, kerana gerak dah jauh nun disana, tiada siapa mahukan dia, kerana nafsu bermaharaja lela, nafsu suka akan dunia, walau akhirat kata sahaja, hati tetap dunia mahunya, jadikan ini tuan tauladannya, seloka senandung selayu namanya, peri cerita gerak yang ada menjadi nadi uratnya kuasa, atas kita titah hatinya, dijunjung atas batu jemala, gerak itu gerak saktinya, akur akan tuannya sahaja, bukan nafsu mencuri gayanya, bukan manusia mencuri rupanya, bukan agama tempat nyatanya, pada kita jua akan sebabnya, bila diri menjadi tiada, hanya gerak semata-mata, baru sempurna jalanya kita, menuju makrifat akan akhirnya, binasa tiada lagi geraknya, hanya Dia sahaja yang ada, dialam ini kita berjanji padanya, selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya, begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sharat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita, apa yang hendak diatas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita, baru gerak ada maknanya, baru gerak jadinya kita, selamat kembali kita manusia, jadi gerak Melayunya kita, ini akhirnya akan cerita, Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu namanya.

    … Sumpahku…. Selagi hayat dikandung bunia, takkan Melayu hilang di dunia.

    Teruskanlah perjuanganmu. Maaf kerana mengganggu ruangan ini.
    Terima kasih, kami mohon mengundurkan diri… sampai ketemu lagi.

    • Sungguh indah seloka tuan hamba..penuh bermakna tersirat ertinya, sepatah kata seribu makna, sepatah makna seribu rahsia, rahsia kamu rahsia ku jua..rahsia dari Allah yang esa

      • Kupanjat syukur sembah padaNya, kerana ada yang berhati mulia, menyambut salam pengenalan Baginda, memahami serat geraknya kita, akan Melayu telah lama di dunia, melangkaui batas ketamadunan bangsa, jangan leka atau terpedaya, dengan mainan mereka yang derhaka, kerana Melayulah Panglima Dunia, hilang Melayu kiamatlah segala.
        Terbanglah helang si anak garuda, membelah awan hebat terperi, anak Melayu pantang di cabar, musuh di depan binasa sendiri, tiada senjata hanyalah diri, Melayu sejati Melayu sakti.
        Jangan di hina keturunan kita, wasasa diri sasanya jiwa, malang menanti musuhnya kita, barulah tahu asal manusia, seperti kata ibarat pendita, terbilangnya Melayu sohor di dunia.
        Gagah panglima segaknya wira, pending negara cahaya geliga, pecahnya janji membela bangsa, pecahnya Melayu binasalah dunia, ingatlah wahai tuan dan puan, harta dunia tidak ke mana, hilangnya harta membawa mulia, hilangnya Melayu kiamat dunia.

        Saudaraku,
        Seloka di atas adalah hanya secebis peringatan dan panduan daripada Guruku yang di amanahkan kepada ku untuk di sebarkan kepada anak bangsa panglima Melayu. Mudah-mudahan, anak bangsa tidak lagi alpa dengan muslihat duniawi dan mereka-mereka yang menafikan bahawa Melayu adalah lebih besar daripada peninggalan sejarah yang dicatat oleh pendusta-pendusta yang telah membutakan mata kita selama ini…
        Sebar-sebarkanlah….. Terima kasih, sehingga ketemu lagi.

        • Salam ku sambut tangan ku hulur buat sahabat yang berhati luhur, sudilah sahabat menyampai ilmu dalam bertegur, buat panduan kita di alam kubur…

        • Sabas..tegerak hati bila mendengar petuah tuan

  2. aq x dapat na komennnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!

  3. Bersatulah kami wahai pemberi, menadah tangan tanda memberi
    Teguhlah kami berdiri berdiri sekali, sehingga rahsia dikumpulkan kembali.
    amin

  4. salam tuan……boleh tak tuan beritahu saya,siapa kah nama orang yang pertama mencipta ibu gayong dan dari mana kah asal usul orang itu????????

    • wmslm..eloklah kiranya Tuan berjumpa guru tua untuk mengetahuinya… adat pendekar, biar pecah diperut jangan pecah di mulut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: