Posted by: abusyakirin | 17 Februari 2010

Sebilah Keris Gelita Jati Keris Sakti Radin Lakjuna

Masih adakah lagi padamu Bentara Guru
Sebilah Keris Gelita Jati
Yang ditempa oleh Sang Dewa Rata
dalam kolam Permai Setaman Bunga?
yang asal besinya tiga beradik:
Kakak tua bernama Maharaja Kersemi Be
Yang tengah Agok Ading
Adik bongsu Bapa Besi Sekubang Darah.

Aku bertanya
kerana kini sudah jelma
bota-bota penderhaka bangsa
bertubuh kebal belaka
tidak lut senjata biasa.

Kiranya ada padamu Bentara Guru ,
senjata sakti Radin Lakjuna itu,
pinjamkanlah aku untuk seketika.
Kepingin sungguh aku turun ke padang alun-gemalun,
bertemu muka bota-bota derhaka
bersama Keris Sakti Radin Lakjuna.

Wahai Bentara Guru,
Kiranya kecundangku di tangan bota
lalu terjelepok di padang kolor-bolor
segeralah engkau ke negeri Derdap Muda
Tanah Mayam Perbuangan Sari,
di persemayaman Sri Rama
Maharaja Perkam Bersedang Ratna,
dan minta padanya:
Anak panah Gading Wak
Anak panah Sakda Roka,
Yang asalnya dari Germak Jang Tiga Lapan
batang bergelar Tembaga Runa,
tali bergelar Ular Sawa Tita Pesaka,
kerajat bergelar Darah menyembur
mata bergelar Mayat Cendera.

Aku tahu dari dulu Bentara Guru,
yang Gading Wak
dan Sakda Roka itu,
adalah sahabat pada yang setia
dan seteru pada yang derhaka.

Pun, engkau akan menjadi saksi Bentara Guru:
Akan kubaca isin uragedi
bangkitkan terca seribu lapan,
harkat empat bersilih harkei
titih lalu senjata pati.
Dongak ke langit ingatkan ibu.
Pecah langkah empat gayung.

Akan aku berkemas pakaian,
berdakap siku lengan,
undur tiga langkah mara tiga langkah,
akan kurempuh kubu bota,
bersama Gading Wak Sakda Roka.

Hutang tepuk kan kubayar tepuk.
Hutang tampar kan kubayar tampar.


Respon

  1. siapakah bentara guru dalam alam melayu islam??????

  2. salam, nak tahu, gambar hulu keris di atas apa namanya???

  3. Maaf saudara,kalau tak silap ambo dikalangan ahli keris hulu di atas dipanggil hulu Tajong, hulu bagi keris Fatani. Satu lagi yang hampir sama dari segi bentuk tapi ringkas ukirannya dipanggil hulu coteng.

  4. salam….sesiapa yang memiliki “KERIS JATI” harap dapat menghubungi saya melalui phone no ini…012-2469474 saya berminat untuk mengetahui atau ingin memiliki keris tersebut.Terima Kasih..


Tinggalkan komen

Kategori