Posted by: abusyakirin | 17 Mac 2011

Keturunan ku Dilarang…

“Sebenarnya batuk Nik ni yang teruk sangat sampai keluar darah tu bukan sebab apa…Nik ada salah makan..” kata Tok Ku Soh Datuk Saudara saya.

“Salah makan gapo Tok Ku…” saya kebingungan.. maklumlah dah hampir 3 minggu saya batuk teruk dan sampai jadi seakan-akan penyakit Asthma.Peliknya pergi ke Hospital doktor kata batuk biasa saja.. itulah yang membuatkan saya pening.

“Nik salah makan ike Kace…tu yang Nik batuk darah tu..”

Peristiwa ini berlaku ketika cuti sekolah hujung tahun lepas..semasa kat rompin memang saya tak dapat bernafas kerana batuk yang amat sangat. Nasib baik lah malam tu saya bermalam di rumah Cikgu Mohammad Shah Rizad atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Jad.

Walaupun batuk saya sudah sembuh namun sampai sekarang masih terasa sakit tekak.

Ikan KeKacang & Buluh Bentong

Ikan Kekacang ‘Jangan makan ikan Kekacang’ atau dalam dialek Kelantannya ‘Jange Make Ike Kace!’. Itu adalah sumpah keramat Moyang saya YM Syed Hussein Jamadil Kubra Nusantara kepada anak cucu zuriat kerabat keturunannya sahaja. hanya.. zuriatnya sahaja!

Peristiwa wasiat ini berlaku apabila baginda Syed Hussein Jamadil Kubra berlayar menuju utara setelah peristiwa tragis ‘pokok Pinang terbelah dua dengan panahan mata sahaja sehingga menyebabkan pembunuhan adindanya Sheikh Qamaruddin di tangan Raja Tumasek (Singapura). Dalam Pelayaran itu, kapal baginda telah hampir karam di laut ekoran dipukul ombak ganas; Dan dalam keadaan cemas dan genting itu, setelah membuat solat hajat alKubra, baginda Syed Hussein Jamadilkubra pun bernazar untuk mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana itu. Akhirnya doa wali Allah itu makbul di mana sekumpulan ikan Kekacang (Ikan Kekacang berpuak) telah datang secara tiba-tiba menutupi lubang-lubang kapal yang bocor. Manakala yang bersaiz besar pula (Ikan Kekacang boleh sampai ke saiz sebatang tiang elektrik) menolak kapal itu ke daratan beramai-ramai. Bukan main susah payah ‘ike kace’ tu menolong datuk-nenek saya, masyaAllah-Subhanallah!!

Bersua Tupai Putih

Apabila sampai di daratan, baginda dan angkatannya terasa amat letih, dahaga dan kelaparan. Tiba-tiba satu Petunjuk dari Allah melalui makhluknya Tupai Putih  yang tiba-tiba terlonjat-lonjat di hadapan baginda dan akhirnya berlari menuju ke serumpn pohon Buluh Betong lalu memakan umbut atau rebungnya, tanpa apa-apa masalah. Lantaran itu, baginda telah mengarahkan angkatannya memakan umbut itu untuk menghilangkan kelaparan bersama-sama beliau. Setelah kekenyangan, baginda telah bernazar dan bersumpah supaya zuriat keturunannya tidak boleh lagi memakan Ikan Kekacng dan Rebung Buluh Betong sebagai satu tanda syukur di atas pertolongan Allah yang diberi kepada mereka

Alahan Atau Ketentuan

Ironinya, mana-mana ahli kerabat yang melanggar pantang-larang datuk-nenek akan tertimpa musibah seperti kena penyakit gatal-gatal berbintil, kudis, muntah darah atau sebagainya.Adakah ini faktor alahan yang di warisi sejak turun temurun atau memang ianya takdir Allah swt diatas keturunan kami….Wallahualam

__________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com


Respon

  1. Salam

    Abe Syed baco pasa pate make ike kace nga rebung buluh betong ni…..rasanya pate lare kito serupo…sbb arwah ummi abe syed pernah royat jange make dua-dua tu…arwah pak sedara pun royat bendo sama…wallahua’lam. Apa pun semuanya dari ALLAH swt…kan.

    • wmslm…gitulah A.Aik, nok kato kebetulan ataupun alahan..wama tasyauna ila an yasha Allah.

  2. Kalu ada kelapangan…cuba cari sejarah pasak ‘kapok bukuh’…senjata orang tua-tua kito hok ssoho di klate…

    • Insya Allah… A.Aik pun ada artikel hantar mari..

  3. setiap kluarga ada salah silah kturunannya.. setiap ilmu ada pntang lrangnya.. tp itukah satu sumpah keturunan kta.. hnya allah ja lbih mgetahui.. semoga apa pon yg kta amal dan ikut dari ktrunan kta agar ia mnjadikan kta lbih dkat kpada allah..

  4. ambo sediri penah mengalaminya.langgar pantang keluarga,terima padah.

  5. tapi kadang2 pantang tu dah hilang/cair tanpa kita sedar. famili saya pun dah berketurunan dipesan supaya jangan makan ikan kacang takut nanti berkudis dan jangan makan pisang hutan/raja (color merah) nanti muntah darah. kedua-duanya saya dah pernah makan (tanpa sengaja) dan alhamdulillah tak jadi apa-apa pun.

  6. asslaimuailaikum… hamba nie keturunan hok no 5.. arawah datuk hamba keturunan hok no 3… sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir… dia ada pesan jgn ler anak cucu dia makan ikan kace… tapi masalahnye … ape musibah kalu hamba takdok langgar patang larang nie..sbb nye sebelum nie hamba tok tahu bentuk ikan kace lgmane rupa…

  7. pantang larang make ike kace n buloh bentong pn,ayah kami pun mrh sbb kami keturunan raja jembal,tapi selain raja jembal keturunan apa ag y xboleh makn???

    • Long Yunus, Long Ghafar, dan Syed2 yg tertentu…

  8. salam abe nik…ambo nak tau sumber cerita ini jah jika tak keberatan….alfatihah untuk nenda syed husin al-akbar, syed thanauddin sang adi putra, syed ali nurul alam, alfatiha untuk seluruh nenda kerabat kerajaan cermin judah,majapahit II, jembal, patani besar, dan champa….alfatihah buat leluhur nenda, syed shah jalal sultan malabar, syed abdul malik azmatkhan alhadrami…alfatihah juga buat seluruh keturunan mereka…

    • Cerita bari dikalangan kaum kerabat…jak kecik sapa besar..lagunih hok kito dok dengar..

    • Amin

  9. Keturunan sy juga dilarang memakan ikan kacang & buluh betong.Sy dipahamkan kami dari keturunan Syed Ali (raden Ali) adik bongsu kepada Syed Hussein …..apapun jika kelapangan ctc saya 016-2626720

    • set2 jembal a nih….

  10. yang terjadi ini sme seperti keturunan keluarga sye !

  11. salam.datuk saya juga berpesan demikian jgn make ike kace,mok sedara ambo kena penyakit sopak di kepala,rambut gugur di tempat sopak tersebut,kebetulan dia make ikan kace,mak sedara ambo masih hidup lagi dgn kesan make ikan kace

  12. Salam. Tokki umi sy Raja Jembal terakhir. Anak cucunya takleh makan ikan kacang ni, ada yang dah mati (sabit – atas kehendak Allah). Anyway, jago2 lah belako, buke nok percayo, tapi beringat wahai saudara2 ku semua…

  13. yup keturanan sy pom dilarang makan ikan kace….

  14. Ni msti keturunan Raja Jembal, Raja Siam, Puteri Sadong. Kite bersaudara 🙂 Mungkin ade di kalangan kite yg muka dia iras iras dengan nenek moyang terdahulu 🙂

  15. keturunan ambo x leh make jgk ike kace….
    nenek ambo .. sbb saloh beli satey ike kace ,,,

  16. Thanks pasal gambar ikan kacang tu . Baru tahu rupa dia . Haha keturunan ktrang pun tak boleh makan . Macam ramai jugak je yang ‘senasib’ . Haha

  17. keturunan ambo pun sama, ma ambo pernah termakan ike kace nih…sakit perut gelepar, nasib baik tok ayah cepat cari ubat. kakak pulak termakan rebung buluh betung..gatal duk bergaru tak sudah. caghi air tawar baru ile. keris pusaka cop mohor keturunan tu ada lagi ulu majapahit, lut 13…menurut kisah keris hang tuah sendiri yang dihadiahkan oleh adi putera kepada beliau. wallahua’lam. belah mak ambo pulak dari keturunan kesultanan Demak…keturunan wali songo titihan sayyid husin gak la.

  18. Yup….sy pom bru thu yg
    sy pom berketurunan raja siam…….

  19. Mak ambo pun ada pesan supaya jange makan ike kace tapi tak sebut pulak buluh bentong. Ambo tak pernah lagi makan ikan kace. Kenal pun dok lagi ike kace.

  20. Samala…keturunan sebelah mak saya pun tak boleh makan ikan kacang

  21. keluarga saya turut dilarang makan ikan kekacang ni..jika termakan pasti mendapat penyakit. abang saya tidak tahu akan pantang telah rabun sebelah mata dan seakan buta diwaktu malam. menurut cerita ibu saya moyang saya telah diselamatkan ikan kekacang apabila botnya pecah dilautan..moyang dibawa ke tepi pantai dengan seraya moyang berkata yang keturunannya akan tidak memakan ikan kekacang, jika dimakan akan mendapat penyakit. wallahualam..

  22. Nampaknya.. Kito pom samo..! Ma kito pesan bonar jange make ike kace… Bhaya katanyo… Kalu sapo hok make trimo musibah. Utk keturunan kito jh ma kato…

  23. kalau begitu kemungkinan Syeikh Qamaruddin itu adalah orang yg sama dengan Syeikh Janakhatib yg dimakamkan di Langkawi setelah dibunuh oleh Raja Temasik.orang Langkawi memanggil makam tersebut makam purba.

  24. Bapa saya pown ad berpesan, jangan mkn ikan kacang ngn buluh betung.. Wallahua’alam… Keturunan bapa saya memang dari Pattani, kami keturunan raja siam. cuma xtau lapis yang ke brp…

  25. Salam..maaf mncelah arwah atok pnah brpesan pd ank2 ny..jgn mkn ikn kace ngn rebung bluh bntung n lg 1 jgn buang nama kturunan bhgian dpn nama walau kita brkwin ngn bkn dlm ktrunn yg sama shngga 7 ktrunan habis..slh sorang sppu xletak nama ktran n mcm2 trjdi kat dia smua ny prkara pelik shngga lah namany ltak nma ktrnan..kami skluarga bkn xprcya mnda2 cm ni cuma ny risau kot2 smpai syirik..so kami anggap ianya psanan org tua shja..

  26. Assalam, saya pernah mengalami pengalaman ini ketika berumur 15 tahun dan itulah kali terakhir saya makan ikan kekacang(kace). Peristiwa tersebut begitu meninggalkn kesan kpd saya sehingga hari ini. Sekitar tahun 1994 pada waktu malam ummi saya menghidangkan lauk ikan kekacang goreng dan saya makan seperti biasa kerana tidak tahu kesannya..akibatnya saya mengalami symptom keluar darah melalui setiap bulu roma pada keesokkan harinya. Ketika berumur 16 sehingga sekarang saya masih mengalami mimpi-mimpi aneh dan paling ketara ketika berumur 17 tahun yang mana saya sering kali bermimpi didatangi seseorang yang berpakaian putih berserban mengajar sesuatu dengan membaca ayat-ayat suci al-quran. Pada mula saya amat trauma untuk tidur malam dan seringkali tidak cukup tidur. Pada tahun 2000 ketika keluar bersama kawan2 lepak di dataran bas kota bharu saya didatangi oleh seseorang yang berpakaian serba putih menyapa dan menegur dengan memanggil nama penuh saya dan ibu seraya mengingatkan saya untuk tidak tinggal solat dan sentiasa ingat ALLAH SWT. Saya sempat berbual hanya seminit dan berjanji buat apa yang diberitahu. Beliau menghadiahkan satu gelungan tasbih yang sehingga kini masih dalam simpanan saya. Ketika peristiwa tersebut saya bersama 10 org kawan sedang minum disalah satu gerai dan tidak seorang pun kawan saya menyedari kehadiran beliau dan apabila ditanya mereka tidak tahu sehingga saya menunjukkan gelungan tasbih sebagai bukti. Semenjak itu, setiap kali pertengahan ramadhan saya akan mengalami mimpi didatangi seseorang berpakaian putih (org yang sama) mengajarkan sesuatu yang sama secara berturutan dengan tempat yang sama setiap tahun pada bulan ramadhan sehingga ramadhan tahun lepas. Sekarang sudah 13 tahun mimpi yang sama dan ramadhan 2014 bakal menjelma dan ianya bermain-main difikiran saya samada mimpi tersebut akan berulang dengan menyambung pelajaran ramadhan 2013. Ianya agak trauma dan saya redha dengan ketentuan ilahi…cumanya sukar untuk saya berkongsi kecuali dengan beberapa ustaz yang rapat dan keluarga Tuan Guru Allahyarham Hj. Abdul Ghani.

    @qamarlhysam

  27. Assalamualaikum wbt..
    Saya juga telah di larang oleh arwah bapa saya Hj. Che Ariffin bin Che Ali..tapi asal dari Terengganu..sebabnya arwah pernah terkena semasa ke Pulau Redang..termakan ikan kacang ..badan arwah naik gatal2 dah bersisik dan berkuping..selama lebih kurang 3 bulan..Alhamduillah masa tu ada orang yg pandai mengubati arwah..Waalahualam..

  28. apabila ia di sebut SUMPAH KETURUNAN maka jgn sekali2 kita cuba utk TEST kerana sumpah keturunan ini sama ada kita TAHU atau TIDAK TAHU 2 perkara itu asal masuk ke dalam perut maka terima lah padahnya… kita keturunan Rasulullah s.a.w. ni kena la jaga makan minum sapertimano Baginda Rasulullah telah tunjuk ajar….. 🙂

  29. makan ikan kace xleh laa itu laa..x semaye bang buleh pulok..wak dosa buleh pulok..
    karut jah blako ni..

    • Asalamulaikum wbt.Betul dh kata demo.masuk pondok ore pun kno v salam.msuk kuil hindu pon kno hormat.
      Jasa keturunan kita kne hormat.
      Dgn izin Allah xdk dia xdk la puak kito
      ,”,tidak ku jadi kan mu jika bukan utk mengenal akan daku”
      Kawe x soheh lagi masuk syurga”

      ?

  30. Samalah,sy pun memang arwah nenda pantang Sgt,ikan kekacang Dan rebung buluh betong,mmg jaga Sgt smpai x kenal pun rupa ikan n rebung tu,tp sy bkn keturunan wan,Nik,tengku@ syed,sbb semua dh buang title bila kena keluar istana,tq

  31. HOK X SEMAYE BANG TU HOK X KENAL BAKO LA HAKTUIIH OII.BG DEMO KARUT SBB DEMo X NGAJI BAB BAKO.

  32. Assalamualaikum..Pantang larang kerabat sy pon sama tak boleh mkn ikan kacang..Utk pengetahuan Atuk sy berasal dari Kelantan iaitu Engku Mat Bin Engku ……Klau ada yg boleh jelaskn persamaan pantang larang nie tolong email sy..Terima kasih..

  33. Umi sy ad jgk berpesan jgn mkn rebung buluh betong.. tp umi xckp plak pasal ikan ‘kace ‘.. xthu plak sy ni keturunn ap sbb umi sy asal dri p.mas khwin plak dgn arwah abah sy dri kg jembal atau dikenali pandang jembal sy pon tgh tercari2 keturunn sy..

  34. Benar kata saudara arwah nenek sy cukup2 berpesan saat beliau hidup dulu.tpi ada anak cucu degil.kuasa Allah
    Pda 1 waktu saat salah seorang saudara sepupu sy mkn.termuntah darah di dpn ramai2 maka baru mereka yakin akan pesanan nenek
    .
    (Hidup tauhid)
    .
    Salam hii fisabililah

  35. Sama plk dgn ptang larang kluarga sy…


Tinggalkan komen

Kategori