Posted by: abusyakirin | 1 Julai 2012

Aktifkan diri dengan aktiviti yang disukai Rasulullah S.A.W

 

YAB Tuan Guru mencuba bakat memanah (+ TGNAA sebelumnya dikenali sebagai penembak yang baik) ketika merasmikan Sukan Memanah Yayasan Islam Kelantan di Maahad Muhammadi Lelaki – 24/5/2012

Salamun alaik,

Seluas langit diangkasa, seluas lautan di bumi, maka lebih luas lagi limpahan rahmat ALLAH buat sekalian yang diciptakanNYA. Dalam keraihan rahmat inilah mereka dari kalangan yang tidak mengenal akan DIA berada di dalam kufur akan nikmat tersebut, maka semoga ALLAH meletakkan kita dari kalangan yang bersyukur atas setiap pemberianNYA. Betapa bertuahnya bagi mereka yang beroleh hidayah dan taufiq ALLAH dalam setiap perbuatan baik diam atau gerak. Sessungguhnya hidayah minALLAH itu adalah sebaik-baik penggerak dalam amal, semoga dengannya tiada kita menisbahkan diri pada setiap amal agar amal itu tiada membawa kepada kesiaan umpama debu-debu berterbangan. ALLAHu ROBBuna, ALLAHu Akbar, AlhamduLILLAH.

Kewajiban I’dad (p’sediaan) & Ancaman Nabi SAW Kepada Siapa Yang Abaikannya
Firman Allah SWT :

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” [Al Anfal : 60]
Ayat di atas menerangkan tentang ‘Kekuatan’, iaitu kekuatan secara umum. Sedangkan, kekuatan atau kelengkapan perang yang sewajarnya boleh didapati daripada sabda Baginda SAW yang berbunyi :

“Sesungguhnya ‘Kekuatan’ itu ialah pada balingan (panah dan sebagainya). Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.” [HR Muslim – sahih]

*Ditanya oleh seseorang  :
من قائل الحديث – علموا ابنائكم السباحة والرماية وركوب الخيل

Maka jawab lah oleh sheikh Muhammad Abdul Abasi seorang ahli as Syariah juga ulumul hadis :
هذه المقولة ليست من كلام النبي صلى الله عليه وسلم بل هي من كلام عمر بن الخطاب رضي الله عنه

Perkataan ini bukanlah daripada kalam nabi SAW, bahkan ianya adalah daripada kalam Umar bin al Khattab r.anhu

Yang disebutkan beliau lagi :
وقد ورد عن النبي صلى الله عليه وسلم في فضل تعلم الرمي وركوب الفرس بعض الأحاديث الصحيحة منها :
قوله عليه الصلاة والسلام : “من تعلم الرمي ثم نسيه فليس مني” وقوله صلى الله عليه وسلم ” ارموا بنو إسماعيل فإن أباكم كان رامياً”

Dan sesungguhnya yang warid daripada nabi SAW dalam kelebihan belajar memanah dan menunggang kuda -sebahagiannya daripada hadis sahih- telah bersabdalah baginda SAW : Barangsiapa yg telah mengetahui ilmu memanah kemudian melupakannya maka bukanlah ia daripadaku (ummat). dan bersabdalah baginda SAW lagi : Memanahlah wahai anak-anak Ismail maka sesungguhnya bapa kalian adalah pemanah.

WUJUDKAH SILIBUS MEMANAH DALAM SENI GAYONG

Terfikirkah kita, apa kelebihan memanah, dan adakah pelajaran memanah ini di dalam 21 senjata melayau yang terkandung dalam silat seni gayong ini.

Antara faedah ialah melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan panahan pada sasaran. Ianya sangat menitik beratkan keseimbangan tubuh badan. Dan pemanah yang emosinya tertekan, amat mudah tersasar panahannya. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi. ndividu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya sukar untuk menjadi pemanah yang baik. Itulah sebabnya Khalid Al Walid antara pemanah yang terkenal dalam Islam, terkenal dengan sifat tenangnya, begitu juga Saad Bin Abu Waqas.

Memanah adalah memerlukan fizikal tangan tubuh yang benar-benar sihat dan dapat mengelakkan dari terkena penyakit seperti jantung dan barah, terutamanya kerana perangsang hormon adrenalin secara langsung, juga pada saraf jantung. Amalkan 2x seminggu sekurang-kurangnya, insyaALLAH, peransangan otak akan teransang dengan baik, kerana kita melatih tahap kesedaran membuat analisis melalui memanah, iaitu kadar aiming (5 saat) adalah bersamaan kadar neuron dalam otak bekerja dalam membuat keputusan. masa tarik tali busur, nafas di tarik bersama, dada dikembangkan, diafragma kita akan turut sama aktif, aim 5 saat, lepaskan, kita akan merasakan kelegaan, realease tension… InsyaALLAH..

Sebab itu, Pahlawan-pahlawan Islam yang dahulu berperang sambil berkuda, bukan calang-calang pahlawan, cukup lengkap dengan zahir dan bathinnya… Mereka jaguh di medan perang, tetapi hamba sebenar hamba di medan ibadat…

Berenang juga baik, sama seperti berolahraga.4 aktiviti sukan Rasulullah S.A.W, iaitu memanah, berolah raga, berenang dan berkuda.keempat-empat aktiviti ini akan memberi ransangan pada jantung dengan tahap kerja yang betul iaitu kerja dari seluruh anggota tubuh.Maka tidak salah dalam mengatakan Rasulullah S.A.W adalah insan yang melangkaui zaman setiap amal dan perbuatanNya, jelas, amal dan perbuatan Rasulullah S.A.W adalah iktibar kepada umat Baginda S.A.W.

Wallahu a’lam

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Tinggalkan komen

Kategori