Posted by: abusyakirin | 14 Februari 2012

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa

Salamun alaik,

Walau sehebat mana pun kita, Walau sekaya mana pun kita, Matlamat kita tetap satu, Tujuan kita tujuan yang sama, Adat Kita Kalah Menang, Adat Kita Hidup Mati.

‎”Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya”.
Saidina Umar al Khatab

” Saya tak suka perdebatan yang tiada jalan penyelesaian dan tidak tahu kesudahannya.”

Entahlah..saya pun malas nak baca dah komen-komen tersebut kerana bahasa yang digunakan tidak mencerminkan kita seorang ISLAM yang berbangsa Melayu dan juga orang Silat yang diasuh dengan penuh adat susila.”

Persoalan perdebatan di ruangan komen blog ini mengheret ingatan saya kepada sebuah buku klasik bertajuk Arguing With Idiots oleh Glenn Beck. Ia memberikan pelbagai sketsa yang memeningkan tentang betapa rumitnya untuk kita keluar daripada belenggu perdebatan yang sudah hilang hujung pangkalnya.

Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan nasihat Imam Syafi’i iaitu :

“Apabila berkata kepadamu orang ‘safih’ ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya…maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap”

Lalu, diam itu jugalah penyelesaian paling sejahtera untuk menjernihkan keadaan.

Bersama kita  menghayati  sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

Di alam internet yang serba mudah ini, , Postkan gambar yang baik-baik atau diam sahaja, kerana sekeping gambar boleh mengundang 1001 cerita..

Diam Dan Senyum Tanpa Berkata Apa-Apa..Dari berbalas komen yang tiada membawa  pahala sebaliknya membuahkan dosa.

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

Posted by: abusyakirin | 13 Februari 2012

SEJARAH,KEBENARAN, KEJUJURAN DAN DENGKI

Salamun alaik,


“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”. Surah an-Nisa : 135

Seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah baik sejarah apa sekalipun hendaklah akur kepada firman Allah di atas

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah.

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.

Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’.

UKURAN DAN NILAI KEBENARAN

Kebenaran itu selalu menjadi mangsa apabila manusia menilainya hanya berdasar cakap atau pendapat orang semata. Maka betapa banyaknya fakta-fakta yang benar dalam sesebuah masyarakat ditolak hanya kerana ianya tidak digemari oleh cakap orang ramai. Entah berapa banyak pula fakta yang salah dan dusta ditelan oleh sesebuah masyarakat sebabkan ianya dipercayai oleh majoriti yang ada. Inilah nasib kebenaran atau al-haq jika pungutan suara atau desas-desus ramai dianggap sebagai kayu pengukur  utama.

Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran dinilai dengan dalil dan alasan. Dalam dunia akademik ianya juga disebut ‘dengan angka dan fakta’. Jika dalilnya sahih dan alasannya benar atau angkanya betul dan faktanya tepat maka itulah kebenaran sekalipun orang ramai jahil mengenainya atau menolaknya.

Kejahilan manusia tidak boleh merubah hakikat kebenaran. Demikian pembohongan yang diterima ramai tidak boleh mengambil tempat kebenaran. Dalam Islam, dalil dan alasan atau fakta dan angka yang teragung adalah apa yang ditegaskan oleh Allah dan RasulNya. Sekalipun manusia menolaknya, atau tidak memperdulikannya. Jika kita mengubah prinsip ini dalam mengenali kebenaran seperti menjadikan suara ramai sebagai pengukur utama kebenaran, maka banyaklah kesilapan atau kesalahan, bahkan kesesatan akan dianggap kebenaran.

Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w menceritakan perihal hari kiamat yang ditunjukkan oleh Allah kepada baginda. Baginda menyebut: “Diperlihatkan kepadaku umat-umat manusia. Maka aku dapati ada nabi yang mempunyai seorang pengikut. Ada pula nabi yang mempunyai dua orang pengikut. Ada pula yang mempunyai beberapa orang pengikut. Ada juga nabi yang tidak mempunyai seorang pengikut pun…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah kadang-kala nasib kebenaran. Jikalau kebenaran itu hanya diukur dengan jumlah pengikut, tentu nabi-nabi tersebut tidak termasuk di kalangan orang yang benar disebabkan sedikitnya jumlah yang menyahut seruan mereka. Bahkan ada yang langsung tidak ada siapa yang sudi menerima dakwahnya. Bahkan ada nabi yang ditentang oleh kaum keluarganya sendiri; seperti Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut. Lebih dari itu Nabi Nuh a.s. telah melakukan gerakerja dakwahnya hampir seribu tahun, namun hanya sedikit yang sudi menerima.

Demikian Nabi Muhammad s.a.w juga tidak boleh dianggap benar di peringkat Mekah, kerana kebanyakan penduduk Mekah menentang dan menuduh baginda ketika itu dengan berbagai tuduhan. Namun kebenaran itu bukan dinilai dengan keputusan orang ramai semata. Orang ramai boleh jadi mempunyai kepentingan, atau dipengaruhi taklid buta atau sentimen tertentu atau dipengaruhi oleh pihak yang lebih dominan.

Justeru itu, apabila kita ingin menilai sesuatu perkara sama ada benar ataupun salah hendaklah kita merujuk kepada alasan dan dalil yang dikemukakan. Buanglah dari kita pengaruh persekitaran yang sebahagiannya dek cakap atau pendapat yang tersebar luas tanpa bersertakan bukti dan dalil. Al-Quran juga meminta insan agar ketika berfikir tentang hakikat sesuatu kebenaran bebas dari pengaruh orang ramai yang tidak berteraskan hujah yang benar dan pemikiran yang betul

Dikatakan saya juga memakai Bengkung Cula 7 walaupun ianya adalah hujung SANDANG.

AKU TIDAK PEDULI SELAGI AGAMA KU SELAMAT

Al-Imam al-Bukhari (194-256H) atau namanya Muhammad bin Ismail yang agung dalam hadis itu, semasa hayat dituduh menganut ajaran Muktazilah dan sesat, bahkan dikafirkan. Beliau terpaksa keluar meninggalkan negerinya Naisabur. Tuduhan bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk bukan sahaja mempengaruhi orang awam, bahkan mempengaruhi tokoh-tokoh ilmuwan hadis besar pada itu seperti Abu Hatim dan Abu Zur’ah. Tuduhan ini datang dari gurunya sendiri Muhammad bin Yahya al-Zuhli.

Apabila beliau berpindah ke Bukhara, beliau disambut hebat oleh penduduk negeri berkenaan. Malangnya, tokoh ilmuan yang hasad kepadanya itu menulis surat pula kepada Gabenor Bukhara: “Lelaki ini menonjolkan diri menyanggahi sunnah Nabi”. Lalu al-Imam al-Bukhari dikeluarkan dari Bukhara.

Menariknya, apabila ditanya al-Imam al-Bukhari tentang ujian itu, beliau menyatakan:

“aku tidak peduli selagi agamaku selamat”. 

Kemudian sebahagian penduduk Samarkand menjemputnya ke negeri mereka. Namun berlaku perbalahan dan fitnah di kalangan penduduk, ada yang setuju beliau datang, ada yang membantah. Akhirnya bersetuju menerima kedatangan beliau, tapi ketika beliau menaiki kenderaannya itu menuju ke sana, beliau meninggal sebelum sempat ke Samarkand. Demikian kisah sedih akibat hasad dengki yang menimpa seorang imam yang agung al-Imam al-Bukhari (lihat: al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 12/453-464, Beirut: Dar al-Fikr).

Hidupnya dibuang orang, namun matinya tetap terbilang. Hari ini apabila orang membaca hadis, nama beliau disebut dan kekukuhan riwayat beliau dalam ‘Sahih al-Bukhari’ diakui oleh sekelian sarjana. Akidah al-Bukhari diakui sebagai akidah yang sahih dan benar, ilmunya diiktiraf dan jasanya dikenang. Namun siapa yang membaca sejarah perit perjuangan ilmu, tidaklah sangka demikian nasib yang menimpanya.

Renungkanlah wahai saudara ku semua. Apakah wujud perkara ini di dalam Gayong…Fikirkanlah saudara ku semua.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 12 Februari 2012

Isu Cula 7 Selesai.

Salamun alaik,

Saya difahamkan kata-kata ini bukan dari mulut Ybhg Cg Ismail Chik.. alangkah indahnya ajaran ISLAM bila berbincang dan bermesyuarat baru dapat penjelasan yang sebenar.

Berikut adalah kenyataan RASMI oleh Yang Mulia Raja Dato Abdul Majid B Raja Mat Isa berkenaan isu Cula 7.

” Alhamdulillah, Ybhg Cg Ismail Chik telah memperjelaskannya kepada saya berkenaan isu pemakaian bengkung Cula 7 baru-baru ini. Semua ini kerana berkaitan masalah kefahaman masing-masing, walau bagaimanapun Saya berpuas hati dan menerima penjelasan yang telah beliau berikan.Apa yang dapat saya katakan di sini ialah isu ini sudah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit tentang isu cula 7. Sekali lagi dinyatakan bahawa tiada sesiapa pun di dalam PSSPGM yang memakai Bengkung Pelangi Hitam Cula 7. Wallahualam “

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.

Alhamdulillah, Kenyataan ini amat-amat melegakan saya dan kita semua hendaknya.Saya berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi suara-suara sumbang yang membicarakan isu ini. Kenyataan Rasmi sudah dikeluarkan. Benang yang kusut sudah terurai, yang tersimpul sudah dibuka, maka berlapanglah dada kita semua.

Walaupun tulisan awal saya menerima banyak kritikan, makian dan cercaan, namun saya hadapinya dengan redha, Saya berlapang dada kerana mereka yang marah tidak memahami letak duduk sebenar tugas yang saya pikul ini.

Di kesempatan ini juga saya memohon kemaafan seandainya saya menjalankan tugas yang diberikan oleh Ybhg Dato YDP PSSPGM banyak yang tersilap saya laksanakan. Saya berharap agar anak-anak gayong yang lain mencadangkan kepada Ybhg Dato YDP PSSPGM untuk MELUCUTKAN segala JAWATAN dan AMANAH yang diberikan kepada saya. Tidak MERAJUK tetapi andainya saya melaksanakan menyebabkan ada yang tak selesa, elok dicadangkan saja. Kerana kita ada orang Islam ada Musyawarrahnya.

Bila anak-anak  Gayong keliru ..tiada pun guru-guru lama tampil membantu..dibiarkan saja memandang sepintas lalu..apalah sangat masalah begitu..umpama ringan seperti debu.. nak berkata tak tergamak malu..hati berbicara namun lidah kelu..tampilnya hamba membujur lalu..dengan amanat sandang dibahu.. bukan bersuara mencari seteru tapi mencari restu agar ianya tidak lagi menjadi isu..mudahan gayong akan bersatu..sama sendiri bantu membantu selamat sejahtera hajat dituju..

RIBATH .. Dalam jihad qital, hati yang ikhlas lilLaahi, mata yang berjaga malam untuk mengawal akan selamat dari sambaran api neraka. Semoga mata-mata yang ribath dalam jihad Gayong dengan mata pena yang tajam pada saat mata-mata lain sedang lena akan selamat jua dari pembalasan api neraka kelak, Allahumma aamiin..

اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Al-Faqir ila awfi Rabbihi

Nik Iznan Musyahmi B Mohamed.

______________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 7 Februari 2012

HAKIKAT ILMU KEBATINAN & ILMU KHASYAF

Salamun alaik,

Berkata sebuah syair

إذا رأيت شخصاً قد يطير وفوق ماء البحر قد يسير

ولم يقف على حدود الشرعِ فإنه مُستَدرج وبدعــي .

“Jika kamu melihat seorang lelaki terbang,

atau berjalan diatas air laut,

Akan tetapi tidak mematuhi dengan hudud dan syara’,

Maka sesungguhnya dia menuju kesesatan dan dia seorang pelaku bid’ah.”

Didalam syair lain pula yang pernah dinukil oleh Imam Syafie:-

إذا رأيتم ارجل يطير في الهواء ويمشى على الماء فلا تعجلوا بالحكم بصلاحه قبل أن تقيسوا أمره بكتاب الله عزوخل

“Jika anda melihat seorang lelaki yang terbang di udara dan berjalan diatas air maka janganlah anda cepat-cepat menghukum yang ianya seorang yang soleh sebelum anda benar-benar membandingkan urusannya dengan kitab Allah”

Secara kasar terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan yang tersirat disuratkan. Cara yang pertama adalah berdasarkan ilmu psikologi, yang kedua berdasarkan ilmu firasat dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi iaitu melalui ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan tersirat dapat dikesan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat didapati lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia.

Ilmu firasat merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang dicampakkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah S.W.T. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, jatuh ke dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.

Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang dicampakkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pacaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang digariskan atas syariat Allah walaupun ianya dapat menghasilkan ilmu yang banyak.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manuasia dalam menilai dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (pandangan tembus), iaitu sebahagian dari ilmu mskrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam roh dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat sama ada orang itu berkepala babi atau berkepala kambing atau berkepala ular dan sebagainya. Pasti secara lahirnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam membaca al-Quran dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf terbahagi kepada empat jenis iaitu ;

1. Kasyaf yang berlaku kepada para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terbina imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Pengadian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana ianya hamba Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2. Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah.

Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Ibrahim Adham yang asalnya seorang raja, gemar berburu pada hari Jumaat. Beliau tidak menghiraukan “pantang-larang” umat Islam yang sangat memuliakan hari Jumaat sebagai hari yang dikhususkan untuk beribadat.

Suatu ketika sedang ia berburu, tiba-tiba ia mendengar satu suara ; “Wahai Ibrahim Adham! Adakah kerana ini Allah menjadikan kamu?” Ibrahim Adham terpinga-pinga. Dia tidak dapat melihat siapa dan dari mana suara itu datang. Ia pun meneruskan pemburuannya. Tetapi sekali suara itu bergema. Akhirnya, hati beliau tersentuh dan insaf atas kelalaiannya selama ini.

Ia pun meninggalkan kemewahan, dan cara hidupnya sebagai raja. Ia berkelana dan hidup sebagai seorang sufi. Mulai saat itulah darjatnya meningkat hinggalah mencapai taraf wali.

3. Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat dicontohkan dengan kasyaf yang dikurniakan mukasyafah waktu sebelum bertaraf wali. Dengan mukasyafah itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan barakah dari ibunya yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya (Rabi’atul Adawiyah). Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan barakah doa seorang ibu kepada anaknya!

4. Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah ia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa seronok dengan kebolehannya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan uruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ;

“Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.”

Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!”

Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.”

Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.

Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong.

Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Wallahualam

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 5 Februari 2012

FAHAMILAH MAKSUD SEBENAR SAUDARA SEGAYONG…

Aku merindui saudaraku semua..Insya Allah tak lama lagi kita semua akan bersama.

Salamun alaik..

” Insya Allah kami semua akan ke Labuan pada bulan 6 nanti..semua dah setuju”

Alhamdulillah…Sayu hati bila menerima pangilan dari Setiausaha Gelanggang Tok Janggut..Syukur Ya Allah…hanya itu yang mampu saya ucapkan di atas kenangan dan ingatan saudaraku semua..Walau jauh di seberang laut, namun ikatan persaudaraan tidak pernah padam dan semakin utuh..

Kami bukanlah sebuah Gelanggang yang Gah.. bukan terkenal dan ternama.. Walau kami semua tiada banyak gelanggang..namun kami ibarat Rumah Kecil Tiang Seribu..walau apa jua yang terjadi hubungan persaudaraan tetap di utamakan. Tak perlu di canang serata sini..Biarlah kemesraan kami ini kekal sampai ke mati.. Alhamdulillah.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.

Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.

Jika air mata umat mengalir kerana rindukan Nabi, ketahuilah bahawa darah Nabi mengalir kerana cintakan umat.

Sempena bulan kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini, mudah-mudahan lahir dalam diri kita akhlak dan sunnah Baginda dalam segenap aspek kehidupan kita. Ayuh beramal dan perjuangkan ajaran Islam yang syumul.

Wallahualam

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

 

 

Posted by: abusyakirin | 4 Februari 2012

Perbaharui Sumpah Ikrar Gayong Anda.

Salam MauliduRasul,

Bahawasanya kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.

Bahawasanya
Kami mengaku taat setia kepada Allah
Kami mengaku taat setia kepada Baginda Rasulullah (s.a.w)
Kami mengaku taat setia kepada guru kami
Kami mengaku taat setia kepada ibu dan ayah kami
Kami mengaku taat setia kepada negara kami
Kami mengaku taat setia kepada saudara se-Gayong dengan kami
Bahawasanya Kami mengaku taat setia ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah di seluruh Tanah Melayu
Ya Allah Ya Tuhan kami
Kau murahkanlah rezeki kami
Kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami
Kau tetapkanlah iman kami
Kau lindungilah kami daripada segala mala petaka jin dan iblis dan manusia yang niat khianat ke atas  Agama  kami,diri kami dan negara kami.

PERSOALANNYA

Benarkah kita Taat dan mematuhi sumpah ikrar kita tersebut. Atau hanya lafaz di bibir sahaja, berpura-pura dalam berkata-kata, sumpah setia ini tidak akan berdaulat kalau kita sendiri tidak kenal dan cinta kepada Guru yang sebenar-benar guru iaitu Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم . Bukti mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah mencintai apa yang dicintai Baginda صلى الله عليه وسلم.

Sebaliknya yang kita patuh hanyalah sumpah taat setia kepada Guru secara memKHINZIR Buta tanpa usul periksa..apa jua yang guru katakana kita laksanakan..kita taat dengan sepenuh hati, tiada berbelah bagi.. ini adalah kesilapan besar. Masalah perpecahan dikalangan kita masih berlarutan sampailah sekarang, sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan bahawa umat Islam adalah Bersudara..Taatkah kita pada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Banyak lagi kalau nak disebutkan..Tepuk Hati tanyalah diri sendiri..sama-sama kita muhasabah diri.

BENARKAH kita TAAT dan MENCINTAI RASULULLAH صلى الله عليه وسلم
♥ …Tanda kasih Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat…

♥Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan ummat berpisah tiada…

Dalam Sahih Bukhari dinyatakan bahawa setiap Nabi dibekalkan dengan satu doa yang pasti dimakbulkan. Para nabi semuanya telah pun berdoa dengan doa tersebut akan tetapi Baginda صلى الله عليه وسلم masih belum berdoa. Baginda صلى الله عليه وسلم telah menyimpan doa itu sebagai syafaat untuk ummatnya di akhirat kelak.

Baginda صلى الله عليه وسلم telah menyimpan sesuatu yang istimewa untuk kita. Apa istimewanya kita di sisi Baginda صلى الله عليه وسلم? Kita buat apa?

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

❀ Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

❀ Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

♥ Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

اللهم ارزقنا الوصول إلى محبة الله والرسول
Ya Allah .. kurnialah kepada kami peluang sampai ke maqam cinta Allah dan Rasul

Salam MaulidurRasul dari kami sekeluarga

Nik Iznan Musyahmi @ Abusyakirin

Siti Norjamilah @ Ummu Hanan

Nik Abdul Syakur @ Nik Abduh

Nik Kauthar Hanan @ Nik Teh.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 3 Februari 2012

SMS Gangster..

Salamun alaik,

“ Salam ///Amar Maaruf Nahi Mungkar.. Engkau ni siapa ha.. berani betul kau ni..Kau tak kenal aku lagi..jangan sampai Ayahanda dan Bang Long aku bagi arahan ajar kau sudah….”

“ sabar saudara seislam dengan ku.. kita orang Islam..ada adabnya.. jangan ikut nafsu membabi buta..Kata nak perjuangkan Amar Maaruf Nahi Mungkar..macam inikah caranya..”

“ Sekali kau jentik adik beradik aku..sampai bila pun aku tak maafkan kau..ingat..jangan bagi aku jumpa kau sudah..”

“ tak apa..kalau jumpa saudara..saya bagi salam..kalau saudara tak jawab saudara berdosa..”

Inilah ayat-ayat Cinta di bawa ombak rindu kepada saya yang jauh dari semenanjung.. Hebat benar semangat AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR  saudara ini.

Budak sekarang banyak yang nak jadi samseng..banyak yang nak jadi hero..tapi saya rasa Hero Boboi Boy lagi hebat..Semua gah dek gelaran yang di dipakai. Apa nak jadi la dengan anak bangsa ku.. Berpersatuan tapi dengan niat tertentu. asyik-asyik gua lu..gua lu..

Sambil menemani keluarga bersantai di persisiran pantai..saya terfikir, adakah saudara kita tu faham apa  itu PERJUANGAN ISLAM sebenar..apa tuntutan AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR . mudah dilafaz, susah diterjemahkan dalam kehidupan…emm daripada dok layan Gangster ni baik aku layan Lobster..jangan dengki..sebab di sini banyak dan senang di cari.

HAKIKAT DAN TUNTUTAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR .

Bani Israil dilaknat kerana meninggalkan usaha mencegah kemungkaran. Firman Allah

Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Banyak perkara negatif telah menjalar ke dalam berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat kita. Daripada isu akidah seperti menghina Islam sehingga kepada gejala sosial yang melampaui batas. Orang ramai tidak lagi peka apabila melihat sesuatu yang ternyata amat mungkar berlaku di hadapan matanya sedangkan mereka mampu mengubahnya.

Akhirnya, masyarakat hidup tanpa mempedulikan arahan Allah. Kemunkaran yang pada mulanya merupakan penyakit kelompok, akhirnya menjelma menjadi barah yang mengancam masyarakat keseluruhannya. Akhirnya, keselamatan, keadilan, minda, bahkan identiti umat Islam itu sendiri terancam. Ancaman-ancaman ini pada mulanya kelihatan kecil dan kita tidak begitu mempedulikannya. Tapi akhirnya ia menjadi api yang menyala dan sukar untuk dipadamkan lagi.

Firman Allah: (maksudnya):

Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25).

Dalam menafsirkan ayat ini Ibn ‘Abbas berkata: Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam).

Sabda Nabi saw:

Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim).

Maka sesiapa yang melihat mungkar tetapi dia mencegahnya sedangkan dia mampu, maka dia sebenarnya berdosa. Ramai kita yang tidak perasaan bahawa dia berdosa kerana membiarkan kemungkaran yang dia sebenarnya amat mampu mencegahnya.

Kata al-Nawawi (meninggal 676H):

“Sesungguhnya menyuruh kepada makruf dan mencegah dari munfkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah sesiapa yang mampu melakukannya tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang. Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan mungkar atau mengurangi makruf” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 1/217218, Beirut: Dar al-Khair).

Jika kita berlumba-lumba memelihara persekitaran kita, mungkin pencemaran kesejahteraan yang sedang kita alami akan dapat diselamatkan. Dengan syarat kita ikhlas niat hanya kerana Allah, bukan sekadar meredakan masyarakat. Jika tidak kelucuan akan berlaku seperti mana kita yang memberi lesen kepada pusat-pusat hiburan terlampau kemudian kita pula menghantar pegawai pencegah untuk menahan sesiapa yang terlibat. Demikian kita lihat ada tangan yang merasmikan masjid, tangan yang sama juga meluluskan pusat-pusat yang mencemarkan kemurnian iklim. Tiada kejujuran yang penuh dalam hal ini.

Di samping, ramai pula di kalangan masyarakat yang merasakan tidak menjadi kesalahan duduk dalam majlis yang penuh dengan kemungkaran tanpa dia berusaha mencegahnya. Dia dapat selesa dalam iklim yang sedemikian. Lebih parah lagi jika ada yang mampu duduk semeja tersenyum simpul ketika rakan-rakan yang lain menghina Islam atau melakukan maksiat secara terang seperti meminum arak. Dia tidak membela dan mempertahankan ajaran Allah dan Rasul-Nya, atau mencegah, sebaliknya terus berkongsi kegembiraan bersama.

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). (Surah al-An‘am, ayat 68).

Firman Allah juga: (maksudnya):

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. (Surah al-Nisa, ayat 140).

Kata al-Imam al-Qurtubi dalam menafsirkan ayat ini:

“Ayat ini menjadi dalil wajibnya menjauhi ahli maksiat apabila jelas kemungkaran mereka. Ini kerana sesiapa yang tidak menjauhi mereka bererti redha dengan perbuatan mereka”. Katanya lagi: “Firman Allah: (kalau demikian, kamu sama seperti mereka) sesiapa yang duduk dalam majlis maksiat dan tidak membantahi mereka maka dia menanggung dosa yang sama seperti mereka. Maka hendaklah dia membantah mereka sekiranya mereka bercakap dan melakukan maksiat. Sekiranya dia tidak mampu untuk membantahi mereka maka hendaklah dia meninggalkan mereka supaya tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam ayat ini. (Al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/418, Beirut: Dar al-Fikr).

HAKIKAT PEJUANG KEBENARAN

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Bak kata kata Rasulullah s.a.w:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albani).

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk dirinya atau puaknya, maka dengan lantangnya dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada dirinya dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya, atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik PERTUBUHAN dan PEMIMPIN selalu melakukan perkara yang seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran itu dilacurkan untuk mendapatkan habuan atau keuntungan.

menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasulNya, bukanlah kerja yang mudah. Allah menguji insan untuk insan membukti keikhlasan dirinya dalam membela ajaran tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya.

Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia yang fana ini. Entah berapa ramai para nabi dan pejuang yang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran.

Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semesti setiap pejuang itu berpeluang untuk menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga demikian. Betapa ramai para pembela dan pejuang kebenaran yang disiksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi, namun masanya tidak ketahui. Para sahabah yang gugur syahid dengan penuh trajis di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak yang menyiksa mereka.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi s.a.w dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Nabi s.a.w pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Ramai pejuang terkorban ketika perit menggalas amanah perjuangan. Ramai yang pergi menemui Allah sebelum mata sempat melihat pejuangan kebenaran menjatuhkan pejuangan kebatilan. Namun para pejuang yang ikhlas itu redha kerana mereka tahu itulah harga kebenaran.

Mereka tidak berjuang untuk menang dalam bahasa yang biasa. Mereka berjuang kerana titah perintah Allah dan itulah kemenangan hakiki. Kemenangan dunia hanyalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang akan digunakan demi kepentingan menegakkan kebenaran.

Jika kemenangan dunia tidak disaksikan di hadapan mata, bukanlah bererti perjuangan kebenaran mesti ditinggalkan. Bayaran bagi pejuangan yang tulus itu adalah keredhaan Allah sekalipun tewas dan ditindas. Allah membeli perjuangan yang benar itu dengan syurga, bukan harta dunia.

Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”. (Surah al-Taubah, ayat 111).

Sesiapa yang ingin berjuang menegakkan kebenaran, menyebarkan Islam yang tulen tanpa mengenal batasan kepentingan diri, puak, parti dan manusia keseluruhan perlulah nekad menggalas bebenan tersebut dengan penuh jujur. Ia adalah amanah. Membela dan menyokong kebenaran adalah tanggungjawab yang dipersoalkan Allah pada hari Kiamat kelak.

Namun ramai orang yang tersasar kerana merasakan tujuan mereka menyokong dan menyebarkan kebenaran adalah untuk mengecapi nikmat keuntungan dunia hasil dari kemenangan atau habuan yang bakal diperolehi. Maka bukan sedikit mereka yang bergelar pejuang Islam atau organisasi Islam yang telah mengubah halatuju dan prinsip apabila dirasakan buah yang hendak dipetik belum mahu masak.

Mengubah prinsip kebenaran kerana mengharapkan sokongan pihak lain amatlah buruk. Allah mengingatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika menghadapi cabaran yang berbagai daripada para pembesar Quraish dengan firmanNya:

“Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu (Wahai Muhammad) dari apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan (kalau engkau melakukan yang demikian) tentu mereka menjadikan engkau sahabat karibnya. Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sedikit cenderung kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman kami”. (Surah al-Isra, ayat 73-75).

Atas hubungan jiwa dengan teguh dengan wahyu, seorang pejuang kebenaran yang membawa arahan Islam akan terus memapah risalah kebenaran itu di kala senang atau susah, di saat di julang atau dibuang, samada dikeji atau dipuji, samada dipuja atau dihina, samada ketika di atas atau ketika ditindas. Kalah atau menang adat perjuangan, namun kebenaran adalah kebenaran.

Allah memuji mereka yang ikhlas seperti ini dan tetap pendirian. Firman Allah:

“Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun” (Surah al-Ahzab ayat 23).

Maka, Islam adalah agama perjuangan. Kita menjadi lemah pada hari ini disebabkan hilangnya semangat dan nilai perjuangan dalam beragama.

Moga saudara ku memahami akan hakikat sebuah perjuangan.

 

Salam bercucuk petanda baju, digengam kuat dipaut erat, Dihias mesra dengan pelukkan, pipi ke pipi tanda hormat, simpang /// jalan mati, buah tujuh pelepas diri, 30 juzuk menjadi saksi, pegangan kita sampai mati.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

 

 

Posted by: abusyakirin | 1 Februari 2012

Isu Cula 7

 

Bismillahirahmanirahim..

Dari Abu Hurairah ra, telah bersabda rasulullah SAW,”Lelaki yang paling dimurkai oleh Allah pada hari kiamat dan dihinakan keatasnya ialah lelaki yang menggelarkan dirinya sewaktu didunia sebagai raja diantara raja-raja. Sesungguhnya tiadalah raja yang sebenar selain Allah.” (Riwayat Muslim, no. 2606)

Lupakah kita pada pesan Baginda Rasulullah saw di atas bahawa Sesuatu nama/gelaran yang dipakai demi untuk membesarkan diri hanyalah menambah hina di akhirat. Ramai mendakwa mereka adalah Pengganti/Pewaris/Pemegang Amanah ADMAR..ada yang mengaku dapat Cula 6 dari ADMAR dan ada yang mengaku dia pemegang bengkung Hitam cula 7. Semua nak mengaku dia Pakar senjata itu dan ini.. Semua inginkan Gelaran yang hebat-hebat..

Sejak kelmarin hamba bertalu-talu menerima panggilan telefon, baik sms atau mesej di FB..tak larat rasanya nak menjawab dan mengulasnya, semuanya bertanyakan isu pemakaian Bengkung Hitam Cula 7 oleh seorang guru dari Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia.

Sejujurnya saya bukanlah orang yang layak dan berhak mengulas akan kredibeliti Guru tersebut, jauh sekali untuk mengeluarkan apa-apa komen kepada yang bertanyakan hal ini kepada saya. Walau bagaimanapun di atas Amanah dan Tugas yang diberikan oleh Guru kita semua YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa kepada saya, sebagai Wakil Mutlak dan Waris Lembaga Beradat, di atas amanah yang diberikan saya cuba mendapatkan kepastian akan isu ini. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan anadainya bicara kali ini kurang enak dibaca dan didengar..

Hakikatnya…aku bukanlah Seorang Panglima yang memerintah..aku hanyalah hamba Allah yang wajib menjalankan perintahnya dimuka bumi ini, aku bukanlah Anak Gayung yang Terbaik..aku sama dengan anak Gayung yang lain, yang membezakannya adalah aku dibebani dengan beban yang berat berbanding dengan saudara-saudara semua. Jawatan ini adalah Ibarat KESENGSARAAN di dunia PENYESALAN di akhirat

Salam hamba bererti selamat tuan sekalian dari lidah dan tangan hamba, tiada memukul hamba dengan bicara apalagi dengan gerak anggota.

Salam hamba bererti tiada umpat dan nista serta tiada pula niat jahat di hati melainkan segalanya kerana redha Ilahi.

Salam ukhuwah salam pendekar, Menjunjung wadah yg diberikan, Hamba tunas baru nak menjalar, salah silap mohon ajarkan.

salam ukhwah salam bersambut, salam pendekar salam bertaut. hamba ini berdahan lembut, manakan kukuh jadi tempat berpaut

Duduk panglima keris di sisi, Duduk mengawal Duli Tuanku, Tunduk padi kerana isi, Tunduk manusia kerana ILMU.

Mana mungkin ada ilmu di dada, Kalau bukan kerana dipusakai jua.Mana datangnya pendekar muda. Kalau bukan kerna ada ajaran tua ..

Hamba berkata kerana Allah Taala jua..Kelunya lidah hnedak menulis sepatah dua.Walau apa nak dikata titah paduka ayahanda hendaklah dilaksana.

PENJELASAN DATO YDP PSSPGM

Saya tidak menelefon Guru tersebut..saya hanya menelefon YDP PSSPGM ,YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa bertanyakan isu ini.Ada beberapa soalan yang saya tanyakan dan salah satunya ialah

  1. Di dalam Majlis Gurulatih PSSPGM sejak mula-mula ditubuhkan sehinggalah sekarang wujudkah Guru yang memiliki Bengkung Hitam Cula 7. Kalau ada siapakah Guru tersebut. Sebab Kalau mengikut Sejarah Pengarah Majlis gurulatih PSSPGM yang pertama ialah Pak Andak sendiri, selepas itu di ambil alih oleh Cg Tn Hj Awang b Daud dan yang terkini ialah Cg Abd Ghaffar ( Jebat ) b Raja Abd Majid.

 

Manakala soalan lain dan yang berikutnya..tidak akan saya jelaskan kerana saya suka menfokuskan isu CULA 7.

Jawapan yang YM Dato Raja Abd Majid B Raja Mat Isa berikan ialah :

“ Sejak dari dulu sampai sekarang PSSPGM memang tidak ada mana-mana pun Gurulatih yang memakai Bengkung Hitam Cula 7. Kalau ada juga ianya pembohong..”…Arwah Dato tidak pernah berikan kepada sesiapa juga pakai Hitam cula 7…..Ustaz Nik kena tulis dalam internet bagi tau semua perkara yang sebenar. Jika ada sesiapa yang tak puas hati pada perkara ini suruh depa mari jumpa Pak Andak sendiri.”

Inilah jawapan guru kita semua pada soalan yang bermain difikiran kita.. Perlu dingati dan difahami..Saya hanya bertanyakan tentang Gurulatih dalam PSSPGM..tiada kena mengena dengan Pertubuhan Gayong yang lain.. Dan kepada sesiapa yang inginkan penjelasan lanjut silalah berkunjung ke rumah YDP PSSPGM sendiri. Hanya ini yang mampu saya usahakan bagi meleraikan kekusutan yang timbul.

Bukanlah niat saya nak memperlekehkan dan menafikan keilmuan yang ada pada mana-mana guru gayong, kerana saya juga belum tahu dan kenal apa-apa jua hal Gayong. Jauh sekali niat nak mengaibkan mana-mana guru Gayong.

Sheikh Faihan bin Syali Al-Mutairi pernah berpesan

: شر الورى من بعيب الناس مشتغلا – مثل الذباب يراعى موضع العلل

Ertinya; Sejahat-jahat manusia ialah mereka yg sibuk mencari “aib” orang- Seumpama lalat yg sentiasa mencarai tempat luka / bernanah!!..

Sufyan bin Husain al-Wasithi berkata:

“Aku bercerita mengenai keburukan seorang lelaki di hadapan Iyas bin al-Muzani, seorang tabi’in yang menjadi hakim Basrah. Maka ia menatap wajahku dan mengatakan: Engkau pernah ikut berperang melawan Rom? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana dengan Sind (sekarang Pakistan), India, dan Turki? Aku mengatakan: Tidak. Bagaimana boleh selamat darimu Rom, Sind, India, dan Turki namun tidak selamat darimu saudaramu Muslim?”

Sejak dari itu Sufyan bin Husain al-Wasithi tidak pernah menceritakan aib orang lain kepada manusia dan menghebahnya. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/336)

SALAHKAH SEKIRANYA  MENEGUR DAN BERTANYA PADA GURULATIH ATAU PIMPINAN

Semua orang ada hak untuk bersuara.Semua orang ada hak untuk memilih.Semua orang ada hak untuk memberi pendapat…tetapi orang yang lebih berakal lebih tahu mana yang hak mana yang bathil. Ramai seronok nak menegur tapi tak ramai bertanggungjawab dengan apa yang ditegur….

Teguran dan nasihat bukan matlamat tetapi wasilah, matlamat yang menegur dan memberi nasihat ialah keredhaan Allah. Tetapi apalah gunanya jika nasihat dan teguran yang diberikan hanya membawa kemurkaan Allah ?Jadi pastikan teguran dan nasihat itu membawa keredhaan Allah bukan kemurkaan…apa caranya Jawapannya ialah fiqh.

Betapa banyak riwayat para sahabah dan ulama salaf bangun memberikan kritikan terhadap keputusan para penguasa di depan khalayak ramai.Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani:

“Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya.

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”.

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”.

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”.

Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula kita semua yang dikatakan Pejuang ISLAM pejuang GAYONG..Pejuang yang berslogankan AMAR, MAARUF, NAHI MUNGKAR melarang sama sekali BERTANYAKAN atau MENEGUR pemimpin Gayong sedangkan ianya di atas dasar menjaga kepentingan Pertubuhan.

NAMUN Islam menyuruh kita menutup aib orang, apatah lagi mereka yang mempunyai peranan yang besar seperti pemimpin… Di sini Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani).

‘Cara memuji paling indah adalah dengan mendoakan…Cara mencela paling mulia adalah dengan menunjukkan tauladan”

Maafkan daku wahai saudara-saudaraku semua.terutama sekali saudara ku yang berguru dengan guru tersebut. Mengertilah bahawa aku hanya melaksanakan amanat dan titah perintah yang diberikan oleh Ayahanda kita semua bagi menjelaskan perkara ini.

قال ابن المقفع : الصَّبر صَبران ، صبر الرجلِ عَلى مَا يكرَه ، وصبره عَمّا يحِبّ

Maksudnya : KESABARAN ada dua; iaitu kesabaran seseorang terhadap perkara yang DIBENCINYA (tapi ada di sisinya) dan kesabarannya terhadap perkara yang DIKASIHINYA (tapi tiada di sisinya )

Terkadang kita mampu kehilangan seorang sahabat [bahkan lebih] hanya disebabkan secebis nasihat atau kata-kata yang benar. Sedangkan nasihat adalah tanda kasih sayang anda terhadapnya.

Maka buatlah pilihan yang tepat, sama ada anda sayangkan sahabat atau cintakan kebenaran

Hayatilah pesanan Imam asy-Syafi’e:

Keredhaan manusia adalah suatu yang sulit dicapai, maka hendaklah engkau memperbaiki dirimu dan kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh, kerana tiada jalan membuat seluruh manusia redha terhadapmu.” [Hilyatul Auliya': 9/122]

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati:

“Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda lagi: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ya ALLAH, Yang NurNYA Meliputi sekalian Alam, hidupkanlah hati kami dengan hidayahMU, gerakkanlah kudrat kami dengan TaufiqMU. Janganlah kami disempitkan dengan kejumudan dari mata jahil kami, akal daif kami, kerana sesungguhnnya ENGKAUlah Pemberi dan Pencipta sekalian ilmu di muka alam. Hanya padaMU kami mengadu, hanya padaMU kami memohon, hanya padaMU kami meminta.

SolallALLAHu Alaika Wassalam Ya Rasulullah Fi Kulli Lam Hatin wanafasin

‘adadama wasi ‘ahu ‘ilmULLAH.

Amin Ya ALLAH, Ya Robbal Alamin.

Wallahualam.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 19 Januari 2012

Mengambil Alih Tugas Malaikat Atid

Mereka Boleh bersama..Berat sama dipikul ringan sama di jinjing...kita pula bagaimana.

Salamun alaik,

Seminggu dua ni sibuk sungguh berforum di Group Guru Gayong Bersatu dan Gayong Bercantum..macam-macam pandangan dan pendapat di keluarkan. Tapi ramai yang tidak memahami apakah Pendapat dan Nasihat yang sebenarnya. Bagaimana menegur dan berhujah..

Benda biasa terkadang orang lain cakap pasal kita kat belakang, terkadang kita cakap pasal orang lain kat belakang. maka mesti terima fitrah manusia begitu. sepertimana kamu mahu manusia dapat menerima diri kamu, maka begitulah juga kamu perlu menerima diri mereka. hidup saling memahami antara satu sama lain…fahamilah!!

Teguran dan nasihat bukan matlamat tetapi wasilah, matlamat yang menegur dan memberi nasihat ialah keredhaan Allah. Tetapi apalah gunanya jika nasihat dan teguran yang diberikan hanya membawa kemurkaan Allah ?Jadi pastikan teguran dan nasihat itu membawa keredhaan Allah bukan kemurkaan…apa caranya ? Jawapannya ialah fiqh !Ramai seronok nak menegur tapi tak ramai bertanggungjawab dengan apa yang ditegur !

Pendapat kita apalah nilainya ? Amalan kita tidak banyak dan ilmu kita pula hanya sejengkal, jadi berpadalah dalam mempertahankan pendapat !Pendapat kita, apalah yang hebat sangat dengan pendapat kita ? Al-Quran pun tak pernah habis khatam seminggu sekali, hadith rasulullah pun tidak sampai seribu buah yang kita pernah baca tiba-tiba dalam urusan ad-deen dan agama Allah yang amat berat amanahnya itu kita menjadi begitu berani dan tidak malu untuk berfatwa dan memberikan pendapat sesuka hati. Takutlah kepada Allah dan simpanlah pendapat kita kecuali jika kita berani untuk dipertanggungjawabkan… 

nasihat bukan pendapat..pendapat  adalah idea, manakala nasihat adalah  tindakan.

Nasihat itu tugas agama, kita berikan nasihat tidak sama dengan berikan pendapat….nasihat ialah apa yang jelas dari Al-quran dan as-sunnah. Pendapat ialah apa yang kabur-kabur atau kefahaman kita sendiri…Ada dua buah hadith untuk difikirkan sebelum memberikan pendapat pada orang lain. Hadith pertama yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari, berkenaan seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan yang padanya dianggap remeh tetapi Allah memasukkan dia ke dalam neraka jahannam. Manakala hadith kedua pula ialah dari riwayat Jabir ra dalam sunan abu Daud berkenaan seorang lelaki yang meminta pendapat berkenaan mandi wajib kerana dia mimpi basah namun dalam masa yang sama dia mengalami lupa parah di kepala. Kerana pendapat orang-orang yang tidak mengerti menyebabkan sahabat ini akhirnya mati. Nabi Salallahualaihiwassalam memarahi orang-orang yang memberikan pendapat kerana tidak bertanya disebabkan kejahilan mereka telah membunuh lelaki tersebut.

Pengajarannya, pendapat ini bukanlah urusan ringan. Yang memberi harus berani bertanggungjawab atas kesan pendapatnya !

IBRAH PERANG JAMAL

Jika kuasa-kuasa dunia yang berbagai; Amerika, Eropah, Rusia dan selain mereka boleh duduk semeja –sekalipun berbeza aliran- untuk menentukan masa depan umat Islam dan negara-negara Arab, mengapa pula kita tidak mampu?

Jika mereka yang mempunyai hasrat buruk untuk melanyak Umat Islam sanggup melupai perbezaan antara mereka, apakah kita umat Islam tidak dapat melupai perbezaan antara kita buat seketika demi memastikan masa depan umat Islam dalam negara ini selamat dan terjamin?!. Saya yakin pemimpin-pemimpin mana-mana Pertubuhan atau kelab Silat Seni Gayong lebih tangkas dan tulus dalam memikirkan hal ini.

Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui pertemuan antara pimpinan PSSGM dan PSSPGM. Justeru, bersama kita semua kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.

Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.

Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabah yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum trajedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.

Kata al-Qa’qa’: 

“Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.

Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.

Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.

Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.

`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selepas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.

Seterusnya `Ali menegaskan:

 “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. 

Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.

Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.

Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata:

 “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”.

Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.

Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh Gayong dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan ahli bawahan mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara kita semua.

Walaupun ahli Gayong yang ada sekarang tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.

Setakat ini beberapa pemimpin utama Gayong telah menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab yang patut dipuji. Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan anak Gayong. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.

Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memporak-perandakan kita sekali lagi.

Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.Kita bawa sejarah pahit sebagai bekalan pengajaran, untuk kita menghadapi cabaran. Melainkan jika ada penipuan secara jelas, atau mesyuarat yang ternyata tidak tunduk kepada kaedah dan peraturan, atau jelas dari awal kesannya hanya keburukan untuk umat, maka tentu tidak wajar diteruskan.

Namun, telah ternyata anak Gayong di kala ini amat memerlukan kesefahaman antara mereka dalam saat yang sebegini untuk kepentingan semua. Maka mereka mesti menelan jika ada kepahitan pun demi masa depan yang lebih baik.

Pemimpin mesti jadi seperti seorang ibu yang sanggup menanggup keperitan perasaan dan kesedihan silam demi masa depan anak-anaknya yang terus membesar. Kadang-kala seorang ibu terpaksa bersabar dengan kehidupan yang tidak selesa untuknya, tetapi demi hari esok yang bahagia untuk anaknya, dia telan jua. 

Para pejuang juga begitu. Betapa banyak mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup, tohmahan, ejekan, makian, penghinaan, sangkaan buruk dan berbagai lagi hanya semata untuk membawa obor cahaya agar menerangi perjalanan orang lain. Hanya yang harapkan atas pengorbanan itu syurga Allah di Hari Akhirat kelak.Para pemimpin yang ikhlas juga terpaksa menanggung perkara yang tidak disukai, demi kebaikan pengikut mereka. Allah berfirman kepada Nabi s.a.w: (maksudnya): 

“Maka dengan sebab rahmat daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari mendampingimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”.(Surah Ali ‘Imran: ayat 159).

Dalam ayat ini jelas Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w agar janganlah kesalahan dan kesilapan pengikut baginda itu menghalang baginda untuk terus bermusyuarat dengan mereka dalam perkara-perkara yang wajar untuk diperbincangkan bersama. Begitulah sepatutnya kita semua.Jika para pemimpin yang ada berunding dan berbincang agar mereka dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah, tentulah perundingan itu mendapat berkat dan rahmat. Jika ada yang berunding untuk menjaga jawatan dan pengaruh dalam Gayong, maka itulah nanti akan menjadi punca kegagalan. Walaupun mereka ada perbezaan dan perasaan yang tersimpan, namun memang nostalgia itu dikenang, tapi masa depan hendaklah dipandang.

KITA ADA TUGAS KITA

Ingatlah walaupun anda berada di pihak yang memperjuangkan kebenaran. Itu bukanlah tiket bagi anda untuk merendah-rendahkan orang lain. Dalam kita perbaiki semua aspek jangan mengabaikan satu aspek iaitu Akhlak. Memang benar Dakwah, Berpersatuan, Politik,Sukan dan sebagainya adalah merupakan di dalam ruang lingkup kesyumulan Islam. Tetapi jangan lupa kepada Akhlak di dalam membicarakan soal kesyumulan.

Manusia seringkali mengambil alih tugas malaikat Atid yang menulis kejahatan tetapi melupakan tugas malaikat Raqib yang menulis kebaikan manusia, selepas itu pula cuba mengambil alih tugas Allah untuk membalas keburukan orang secepat mungkin. Sedangkan dia lupa dia cumalah hamba Allah yang tugasnya beribadah padaNya…

Cukuplah membenci perbuatan jahat seseorang dan janganlah membenci dirinya kerana masih ada dalam hati mereka kalimah Tauhid Laailahaillallah. Sayangilah mereka kerana Allah memilih mereka didalam golongan kaum Muslimin seperti kita.

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

 

 

 

Posted by: abusyakirin | 5 Januari 2012

Pejuang semestinya Romatik.

Salamun alaik..

Sekapur Sireh Seulas Pinang, Diberi Bekal Bawa Berjuang, Tinggalah Kasih Tinggalah Sayang, Moga Kekanda Selamat Pulang.

Aku sedang jatuh cinta…Rasanya sakit sekali.Tapi aku ingin merasakan sakit selamanya.

Mereka para pejuang kebenaran adalah orang-orang paling romantis..

Betapa tidak?..

Hidupnya dikelambui cinta, cinta akan kebenaran..Tak ada yang sanggup menandingi kesediaan mereka dalam berkorban demi cintanya akan kebenaran..Mereka sanggup menahan perih dalam mencinta,

Dari telapak tangan mereka mengepul asap dan tercium bau hangus daging terbakar, kerana menggenggam bara kebenaran..Di dada mereka mendidih magma cinta yang menggoncangkan sekelilingnya..Hatinya dibakar api rindu, rindu akan berkibarnya kebenaran bagi semesta alam

Dirasuki cinta akan kebenaran itu sakit.. tapi ingin merasakan sakit selamanya Kalau kamu tahu hidup ini bukan hanya kamu dan duniamu saja… “but, more than that..”Kalau saja kamu boleh membuka mata hati kamu dan melihat orang-orang di sekitarmu, maka kamu akan melihat mereka begitu khusyuk dalam beribadah pada Rabbnya…Dan mereka begitu ikhlas ketika diminta untuk mewakafkan dirinya bagi jalan dakwah ini..Jika hati kita bersih, maka takkan pernah kita merasa bahwa diri ini lebih hebat dari mereka.Kerana setiap diri itu mempunyai peranannya masing-masing, tak ada orang yang tinggi jawatannya jika tak ada para rakyat yang dipimpin..Dan tak ada pegawai yang amanah jika tidak ada pemimpin yang mempunyai peribadi dan keteladanan yang mulia.

Itulah dakwah yang terbangun atas kerjasama, amal jama’i dan juga ikhlas niat..Bukan kerana paksa but resposibility…kerana tanggung jawab akan setiap diri sebagai pemimpin yang pasti dimintai pertanggungjawaban olehNya.Oleh kerana itu maka sesungguhnya setiap diri memerlukan pembinaan diri tentang dienullah yang lurus, iaitu Tarbiyyah Islamiyyah…

Pembinaan diri yang tak pernah berhenti, apalagi merasa cukup, akan tetapi istiqamah…Meskipun suatu ketika kita telah merasa di puncak dunia, sehingga kita terlupa bahwa engkau hanya satu dari sekian juta makhlukNya. Dan sedarilah bahwa kita sangat kerdil dihadapanNYa..

Bersabar dalam ujian..tegar dalam perjuangan.Bergerak bukan kerana perintah bukan pula kerana dipaksa… but responsibility.Ketika kita kehilangan semangat apalagi untuk “show of force”… ingatlah kepada Sang Pemberi semangat bahwa semangat itu hanyalah TITIPAN.

Akan tetapi akan sangat sia-sia jika kita tidak pernah bersemangat dan berusaha, bagaikan mencari semut hitam dalam padang pasir yang gelap gulita..Bangkitlah selagi ruh, energi itu belum redup wahai sahabat perjuangan…Kerana,..tidak ada cuti dalam bergerak selama kita berjiwa MUDA!!

Adalah sebuah ibadah jika dilakukan dengan konsentrasi yang tinggi. Ia akan tercipta ketika kita memiliki pemahaman yang baik tentang diri kita. Sedangkan pemahaman itu didapati melalui belajar, baik  dengan mendengar, membaca, atau pun dengan gerakan, gabungan dari kedua unsur( mendengar dan membaca, mendengar dan gerakan, membaca dan gerakan).

Adakalanya para penyeru kebaikan dan kebenaran diperlukan konsentrasi dalam ibadah kerana hal itu adalah membentuk satu hubungan dengan Allah, juga merupakan bentuk dari ‘uzlah. Idealnya dalam waktu sepertiga malam terakhir…..Akan tetapi tidak menutup kemungkinan dalam ibadah mahdhah lain selain ibadah di sepertiga malam terakhir  juga ketika berinteraksi dengan makhluk-makhluk Allah yang lain, fenomena alam, bencana dan sebagainya yang di dalamnya ada kesempatan dan saat kita boleh melakukan dzikrullah. Waktu-waktu di atas diharapkan menjadi waktu optimum yang secara biologi (tidak ngantuk, lelah dan sebagainya) dapat mendukung konsentrasi kita dalam ibadah.

Optimum dalam membangun hubungan personal dengan Allah akan menambah energi positif, kerana apa, bagi anda yg sibuk dengan segala aktiviti, menyalurkan ilmu, mengajarkan kebaikan dan kebenaran akan terserap energi positif dari tubuh, maka jika kita tidak menambahnya dengan berbagai ilmu amal dan ibadah maka akan habislah dan lemahlah……. na’udzubillah.

Dan pada akhirnya sifat konsentrasi dalam ibadah itu haruslah benar-benar optimum, banyak beristiqamah/konsisten, dan tentunya adalah berkualiti. Kita semua berlindung kepada Allah semoga sentiasa di jalan kebaikan dan kebenaran..

Apabila seseorang berbicara tentang kebenaran, atau mempertahankan kebenaran maka dia hendaklah sedar bahawa dia lakukan tanggungjawab itu atas perintah Allah dan rasulNya. Tidak kerana dia mengharapkan habuan daripada manusia, atau kemasyhuran, atau kemenangan.

Kebenaran adalah kebenaran, ia tiada kaitan dengan kehendak diri sendiri atau kehendak orang lain. Justeru, insan yang jujur akan membela dan memperjuangkan kebenaran dan prinsip yang benar sekalipun terpaksa bercanggahan dengan kehendak dirinya, ataupun kehendak orang lain. Sekalipun dia menanggung rugi, atau dia ditentang oleh dunia sekelilingnya. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam:

“Katakanlah kebenaran walaupun ia pahit” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, al-Hakim, )

Terima Kasih Guru ku AlFadhil Ustaz Abdul Aziz Ismail Nuh diatas perkongsian  ini..moga kita semua mendapat berkat di atas ilmu ini.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers