Posted by: abusyakirin | 18 Mei 2010

Silat Pulut atau Gayong Pulut

Pengenalan

Silat pulut adalah satu persembahan, permainan dan seni mencipta buah dalam sesebuah pertubuhan silat melayu semenanjung. Silat pulut bukan suatu pelajaran wajib yang di kursuskan kepada pesilat-pesilat. Seni silat pulut ini adalah amalan seni gelanggang bangsal yang kini dimasukkan dalam kurikulum silat melayu di Semenanjung Malaysia. Silat pulut tercipta daripada gabungan beberapa pergerakan anggota badan yang terdapat dalam seni mempertahankan diri yang membentuk satu latihan riadah. Amalan silat pulut dipercayai dapat melancarkan aliran darah dan sistem pernafasan selain membentuk stamina serta daya tahan pada individu yang mengamalkannya.

Seni silat pulut ini juga adalah satu bentuk persembahan yang telah meresap kedalam adat istiadat melayu semenanjung dengan diiringi muzik silat baku iaitu gendang ibu, gendang anak, gong dan serunai. Disamping itu, seni mempertahankan diri melayu yang unik ini diberi nama silat pulut kerana pesilat yang mempersembahkan seni silat pulut ini diberi sebungkus bunga telor bersama-sama pulut didalamnya. Pulut telah menjadi biasanya menjadi hidangan wajib yang disediakan dimana-mana majlis kenduri kahwin dalam sesebuah kampung.

Asal-usul silat pulut

Seni Silat Pulut adalah merupakan permainan silat turun temurun dari warisan nenek moyang kita. Sejarah mengenainya tidak begitu jelas, namun terdapat beberapa teori yang menyebut tentang sejarah silat pulut ini. Sejak kejatuhan kerajaan Melayu Tradisi di Semenanjung, silat telah terpinggir daripada istana dan pertahanan negara telah diperkenalkan dengan sistem pertahanan barat. Orang perang dan pahlawan telah kembali ke desa dan terus mengembangkan Ilmu Seni Perang Melayu atau institusi pendidikan kepahlawaan Melayu. Bagi mengelakkan ilmu kepahlawanan itu daripada pengetahuan penjajah lalu dijadikan satu permainan tradisi yang didalamnya terdapat serang dan beladiri, dinamakan Silat Pulut. Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan.

Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran Silat Melayu yakni silat tempatan atau Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya, seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang sempadan dengannya, dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. Silat menjadi permainan yang kerap dipersembah di majlis-majlis rasmi, nikah-kahwin atau kenduri-kendara makan pulut, di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan ianya `silat pulut’ atau `gayung pulut’. Permainan silat ini biasanya dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan biasanya pesilat-pesilat pada zaman dahulu akan mengambil sedikit pulut dan disuapkan ke mulut pengantin

Permainan silat dahulu biasanya diakhiri dengan banyak berlakunya kecederaan kepada pesilat. Dan para pendekar2 ketika itu memainkan silat ini sebagai menggantikan kepada pertempuran yang sebenarnya. Namun rahsia permainan silat ini hanyalah diketahui oleh mereka yang mengamalkannya, walaupun luarannya nampak begitu lembut dan bersopan. Begitulah indah dan cantiknya nilai tradisi Melayu. Perkara ini banyak tidak diketahui oleh generasi masakini yang sibuk kepada kebendaan dan harta. Ada juga teori mengatakan permainan ini sekiranya lawan dikunci, jikalau dia bergerak maka akan semakin terkunci ibarat pulut yang melekit2.

Seni yang dipelihara

Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan. Permainannya, secara berpasangan, dua pesilat akan berhadapan dan melakukan `pecah langkah’ atau `belebat silat’ mengatur strategi serangbela yang dimulakan dengan `sikap jual’ dan `sikap beli’. Kedua-dua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan silat. `Si elat’ sebagai ganti nama pelaku, `elat’ bermakna usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan `ilat’ bermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian.

Pada tahun 70an, keluar pula arahan semua kumpulan silat wajib didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran silat Melayu, antaranya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983, pertubuhan ini telah diiktiraf sebagai ahli badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu, silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi semenanjung yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut mendapat nama serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan beberapa orang tokoh silat dan aliran perguruan pencak silat.

PSGFM telah mengembangkan kaedah pendidikan silat tradisi `gelanggang bangsal’ yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tohir (1816-1839), di Pendang, Kedah Darul Aman. Kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik, silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak. Pada tahun 1976, penulis (Allahyarham Tuan Haji Anuar bin Abdul Wahab AMN 19-2009) telah diangkat sebagai Guru Utama. Penulis telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang kepada sebuah kurikulum silat yang telus dan setara. Berdasarkan kurikulum silat tradisi ini (sebelum 1976-1986), menjadi dasar kepada “Kurikulum Baru PSGFM” (1986-2004) dan “Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002”.

Kaedah permainan silat pulut atau gayung pulut masih kekal dalam tradisi silat perguruan silat tradisi perguruan ini. Kurikulum silat baru telah menjadi faktor utama PSGFM berjaya menjadi juara kumpulan dalam kejuaraan silat kebangsaan pada 1991, 1992 dan 1994. Kurikulum tersebut turut membantu PSGFM berjaya dinobatkan sebagai juara kumpulan persembahan terbaik dalam kejuaraan seni beladiri dunia ANJURAN International Martial Arts Games Committee (IMGC) pada 2004 dan 2005. PSGFM lebih dikenali di peringkat antarabangsa apabila pasukan silat PSGFM diberi kesempatan mempersembahkan silat bersama-sama sebelas pasukan seni beladiri terbaik duni iaitu judo, sumo, karate, jujitsu, samurai, capoeira, free-style, nunchaku, taekwando dan sholin kung fu dalam program jelajah 15 kota Jerman pada 2004.

Teknik-teknik silat pulut

Silat pulut mengandungi pelbagai teknik rahsia yang tidak  di pertontonkan kepada khalayak ramai. Namun begitu, teknik asas silat pulut dapat di pelajari dengan begitu mudah walaupun memakan masa untuk menguasainya dengan sempurna. Teknik asas silat pulut terbahagi kepada beberapa kaedah iaitu, untuk pembukaan atau permulaan biasanya dua orang pesilat akan berdiri pada kotak berbentuk segiempat tepat. Dua orang pesilat ini akan mengadap berhadapan sebaris dengan garis yang bersebelahan antara satu sama lain. Dua orang pesilat ini tadi akan membuat langkah sembah mengikut bentuk segiempat tepat sehingga kembali ke tempat mula-mula mereka berdiri. Kemudian pesilat tadi akan melakukan teknik melilit iaitu dengan mengelilingi segiempat tepat tadi dalam bentuk bulatan. Teknik ini adalah satu asas yang telah di tetapkan dalam permainan silat pulut.

Seterusnya, setelah melakukan teknik melilit, pesilat akan berhadapan dan teknik galah panjang dimainkan. Teknik galah panjang ini serupa dengan permainan galah panjang yang dimainkan masyarakat melayu. Pesilat akan bergerak ke arah yang sama, jika persilat A bergerak ke kanan, pesilat B akan ikut bergerak ke kanan lawannya dan sebaliknya. Pergerakan galah panjang ini mencantikkan lagi seni tempur pulut ini. Permainan ini akhirnya dimulakan dengan iga serangan asas iaitu serangan tikam, belah dan parang. Teknik tikam dilakukan dengan penyerang melancarkan serangan bagai membawa senjata tajam di pergelangan tangan. Serangan yang dilancarkan tidak seperti seni pencak silat yang laju dan lincah tetapi dilakukan dengan tenang dan dalam gerakan yang lambat. Teknik tikam ini akan disambut oleh tukang sambut yang menanti serangan. Setelah buah tikam disambut dengan kemas, penyambut tadi akan mengunci bahagian kaki lawan dengan menyendal kaki lawan pada bahagian belakang lututnya. Tikaman pihak lawan tadi akan cuba dipatahkan dengan menolak sendi tangan pihak lawan ke atas. Orang yang menikam tadi akan menyelamatkan dirinya dari dipatahkan tangannya dengan melakukan teknik kedu[1]. Kemudian penyerang akan melepaskan tangan dengan membuat sisipan pada lengan pihak lawan. Perlakuan sagang[2] akan terjadi apabila penyerang dapat melepaskan tangannya dan penyambut dalam kedudukan rapat bahu bertemu bahu dan belakang lutut bertindih antara satu sama lain. Kemudian, buah potong dilancarkan oleh penyerang bagi melepaskan diri. Buah potong dilakukan dengan menggunakan tangan yang menyerang atau tangan yang tidak dikunci untuk melepaskan diri. Jika kedua-dua pesilat telah berada pada kedudukan jarak yang agak jauh, buah pelepas dilakukan. Buah pelepas adalah teknik penamat bagi serangan yang dilancarkan. Apabila buah pelepas dilaksanakan, kedua-dua pesilat..akan terpisah dan permainan akan disambung atau ditamatkan.


[1] Teknik kedu – membengkokkan sendi untuk melepaskan tangan dari dipatahkan lawan.

[2] Sagang terjadi apabila kedua-dua pesilat mendekati antara satu sama lain. Pesilat akan rapat bertemu antara satu sama lain dan berlaku tindih menindih antara satu sama lain.

________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com


Respon

  1. Salam

    Silat Pulut adalah salah satu seni orang melayu yang diamalkan sekian lama. Kelembutan gerak tari pada zahirnya menghasilkan buah atau pukulan yang jitu yang boleh membinasakan.

    A.aik pernah memperlekehkan tari silat di hadapan seorang guru (bagi tujuan mengorek rahsia) dan memang rezeki a.aik, guru tersebut terasa marah dan menyuruh a.aik menyerangnya dengan kekuatan yang ada… dan hasilnya tak bernafas a.aik dibuatnya sehingga perlu dipulihkan…

    Itulah rahsia orang tua-tua yang sentiasa bersikap low profile dan perlu dicontohi oleh kita semua… pesan guru itu pada a.aik…”syed guna ‘mata’ awak dalam setiap tindakan”…

    Tarian silat juga dikatakan sebagai medium untuk menyampaikan dakwah islamiah di zaman penjajah. Bimbang pihak penjajah mengetahui dakwah yang disampaikan secara lisan, para mursyid memperturunkan ilmu secara senyap menggunakan isyarat tarian silat…setiap gerak tari melambangkan huruf/maksud yang hanya boleh difahami oleh mereka yang mendalami.. wallahua’lam. Minta tolong iznan cari kebenaran / fakta cerita tersebut.

    • Terima kasih di atas perkongsian maklumat

  2. Tahun 1991 Allahyarham Guru Anuar Wahab ada buat kertas kerja pasal pertandingan laga silat pulut tapi direject oleh kebanyakan pertubuhan silat lain sebab ego memasing iaitu rasa macam kena berguru dengan PSGFM.. Jadi pertandingan sebegini hanya boleh dilihat di pertandingan Beladiri Hari Kebangsaan oleh PSGFM.

    • Tah tahu pulok ambo pasal tuh

    • adakah silat pulut itu sama dgn gayung fatani…kalau ya kenapa tari pulut tak sama dgn tati gayung fatani….

      • ada yg kta sama ada yg kata xsama……tari ada sama ada yg xsama….mcm mna 2.?bg saya sama saja…ok

    • Idea Allahyarham tu sangat baik dan berwawasan tp memang ada cubaannya. Oleh kerana beliau sudah meninggalkan kita ( semoga Allah merahmati roh beliau ) maka tugas tersebut perlu diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian dan mendapat persetujuan drp semua persatuan. Sbb bg saya, hanya satu pertubuhan sahaja yg tak bersetuju.tak ade masalah. Yg penting, kita berusaha.Sbb jika kita dpt wujudkan silat Malaysia, mudahlah dapat peruntukan drp kerajaan.

  3. mana ada silat nama pulut . nama silat pulut muncul kerana sikap untuk merendahkan silat tradisi oleh sesetengah pihak. pulut boleh dikepal-kepal dgn tangan dan dimakan. lama kelamaan nama silat pulut jadi popular tanpa menyedari orang lain merendah-rendahkan silat tradisi.

    • maaf kalau tak keberatan saudara asal negeri mana ye… kalau bukan sebenarnya gelaran silat pulut apakah namanya yg sebenar. mohon di perjelaskan sewajarnya

    • kata Allahyarham Tn Hj Anuar, silat pulut diberi nama silat pulut kerana selesai jer persembahan silat, maka diberilah pulut kuning ngn telur. kata beliau lagi, zaman2 dulu pulut kuning ni jarang dapat. masa2 kebesaran jer bleh dapat, spt kahwin, berkhatan, khatam qur’an dsb. Tu pun, yg diberi pulut kuning pun VIP ke atas. Dari sinilah asal nama main pulut atau gayung pulut.

      • Sya bersetuju silat pulut memang dimainkan di majlis yang disediakan pulut spt majlis perkahwinan. Di Kelantan pd masa dahulu majlis perkahwinan disebut makan pulut. Permainannya juga berbeza drp silat biasa. Pd masa dahulu hanya bertari pulut shj yg sesuai dimainkan di majlis yg terhormat seperti itu. Semasa tari pulut, tiada pukulan dan sepakan. Ia diganti dgn cuit atau tepuk shj. Kaki juga tidak diangkat terutamanya apabila bertari di depan raja. Permainannya adalah tujuan menghibur dan mementingkan keindahan tari. Tiada perkara yg mengaibkan pasangan seperti jatuhan dan pukulan atau kuncian yg tidak boleh dirungkai. Silat jatuh lain, ia dimainkan dlm pertandingan. Zaman skrg pula semua silat dimainkan di majlis perkahwinan termasuk silat pukulan, silat jatuh dan silat bersenjata!Begitulah halusnya adab orang dulu.Wallahua’lam.

    • maaf mecelah… setau saya mmg dari dulu lagi di panggil silat pulut…. moyang saya pengasas seni silat pulut pulau pinang… so kenapa saudara azman29 berkata begitu??? waris bongsu anak moyang saya masih hidup…. jikalau saudara azman29 nak kan kepastian bolehlah saya aturkan perjumpaan dgn beliau…

      • saudara shah.salam..sy intan..btl ke moyang saudara pengasas seni silat pulut di pulau pinang?dan masih ada lagi ka waris bongsu anak moyang tersebut?saya ingin mmbuat kjian tentang seni silat pulut ini untuk pengetahuan anak muda di pulau pinang.kalau tidak keberatan untuk memberi beberapa maklumat shah sila e-mel sy intanfatin1994@yahoo.com ,terima kasih. 🙂

        • No telefon saya 0122449281

  4. kalau kt kg ambo di panggil silat tari tu nik

  5. Salam perkenalan pada semua….

    Kalu tmpt ambo…Silat Jatuh pun org panggil… tapi nama glamor dia tetap Silat Pulut…

  6. Satu soalan pada Abe Nik dan yang lain-lain…..org kata, silat pulut ni..mainan dia lebih bnyk buka tngn dari kepal… katanya ada rahsia di sebalik tangan yg ‘terbuka’ tu…boleh jelaskan ko?

    • Assalamualaikum dan salam perkenalan jua dari hamba. Terlebih dahulu hamba ingin bertanya adakah PedangSakti mengenali hamba yang lemah ini. Tentang rahsia permainan kenapa byk buka tangan dari kepal insya Allah akan diperjelaskan sedikit masa nanti. Apa pun terima kasih kerana mengajukan soalan yang hamba kira sebagai ilmu PedangSakti kepada hamba dan pembaca yang lain

      • Waalaikummussalam…..kita masih belum mengenal lagi….saya ore mudo lagi Abe Nik….kalu nok banding dgn abe nik dan rakan2 di sini……setampuk pinang pun belum sampai lagi ilmu ambo ni….tapi tempat kito tidak jauh…..abe duk seberang sana…..saya duk seberang sini……45 minit perjalanan sajo kita terpisah…hihi

        Pertanyaan ambo tu….dari cerita org tua-tua, ambo nok belajar…nok tau….itu sajo….:)

        Jumpo lagi…..

        • napok gayo..ambo keno gi nuntut dengan Tok Dekar PedangSakti…buleh selakoh dua sepatoh selidah pun takpo. Kalu Mujur dia nak ajar pun raso bertuah benar doh ambo nih.. Gua muse tu alik mano weh..

          Buat Tok Dekar PedangSakti…

          Muda bukan sebarang Muda
          Muda datang dari Jawa
          Muda bukan sebarang muda
          Muda penuh ilmu di dada

          Muda Bukan sebarang Muda
          Muda penuh ilmu di dada
          Muda pandai berkata-kata
          Muda kaya budi bahasa

          Muda pandai berkata-kata
          Muda kaya budi bahasa
          Muda umur tua rahsia
          Muda banyak ilmu Berbisa

        • Yak kelih boktan….nok mari nuntut dgn kito pulok doh…..abe nik ni…..hihi….kito duk nusuk dlm guo pun dio tahu……patutnya kito g ngadap dio…..guo muse beloh bandar jah….

          Tak panda pantun…tapi nok keno jwp la ni….dok?

          *Utk Abe Nik….*

          Muda bukan sebarang Muda
          Muda datang dari Gua
          Muda bukan sebarang muda
          Muda nak isi ilmu di dada

          Muda Bukan sebarang Muda
          Muda nak isi ilmu di dada
          Muda belajar berkata-kata
          Muda mengenal budi bahasa

          Muda belajar berkata-kata
          Muda mengenal budi bahasa
          Muda ilmu Muda rahsia
          Muda belum cukup ilmu di dada……….

          • Biso sungguh pendekar pedang Sakti berpantun..

            Pedang Sakti pernah Kedengaran
            Jauh di mata tak lupa di ingatan
            Ilmu hamba bukanlah seorangan
            Ayuh bertandang kita gabungkan

        • Yak….kelih tu…kelih tu….kuat benar abe kito ni main angin…..pdn doh la tu abe nik…..ambo raso tak lekat duk doh ni…. melayang-layang jah rasonya…..bo laaa……ambo ngaku kaloh….

          InsyaAllah…..jika kita di takdirkan kita bertemu…….ingin ku kupas dari kulit ke kulit,isi ke isi,ruas ke ruas……… bersedialah wahai guru…..menerima murid nakal dari gua….

          InsyaAllah……

          • aikkk… supo nga main teri nih.. lepas siup gak jijok angin.

            Bila sunyi bakar kemian guru..
            menyeru segala ilmu untuk beradu,
            sekelian murid datang menyerbu,
            diteratak guru semuanya bersatu,

            Datang lah berseru,
            Carilah kemian guru,
            pencak Gayong ilmu berguru
            Pendekar Lanang Sejagat akan ditemu…..

            Pedang ditempa Pedang Sakti,
            Besi kuning diisi sekali,
            Terhunus Pedang Si PedangSakti,
            Pancar cahaya sukar dierti,

            Salam Pendekar berhati sari,
            Madah seloka penganti diri,
            Pencak Gayong masih dihalusi,
            Buat tatapan yang bersemangat besi.

            Besi kuning sebagai ufti,
            Pancarnya cahaya bak mentari,
            belumnya cukup ilmu dipelajari,
            Jangan berdiri bertongkat seni,

            Kalau melangkah berhati-hati,
            PedangSakti berada disisi,
            Jangan sekali berhasad dengki,
            PedangSakti memakan diri,

            SalamHamba mengundur diri,
            Buat Pendekar PedangSakti,
            Pendekar Lanang Sejagat cula sakti,
            Madahnya sukar untuk dierti,

            Kalau tak keberatan tel/sms hamba di 013 992 3535 jgn lupa perkenalkan diri PedangSakti

            • baso dio doh laa…abe nik weh….jenis angin toho….lambat jijok….kembung perut selalu…hahhahaha

              InsyaAllah…akan saya perkenalkan diri……no guru telah di simpan….terima kasih daun keladi….

  7. negeri saya sebeloh bawoh negeri sdra , di sini banyak jenis permainan silat tradisi yang dipanggil secara ikutan oleh orang ramai disini sbgai silat pulut kerana ada lela sembah , jalan bertari ,tangan pun ada tari bunga seperti lang belayar, cucuk racik, merbah berlaga, tarik manau dll lagi, cara jalan menapak pun ada jalan ranjau, lenggang janda, jalan padang,jalan pendekar …… ,dsbnya.lepas tu berbuah 5, 6cara. kebanyakkan silat disini tidak ada nama hanya menggunakan nama gurunya. kekadang tu sesatu silat hanya ada sedikit pengamalnya dan dikampung tertentu saja. cara tarian (bunga),menapak ,kekuda biasanya berbeza sedikit antara silat-silat disini .

    kalau disini, mereka yang berpulut tu kadang-kadang saya lihat tarian dan bunga mereka hanya mengikut hati saja kerana persilatan mereka bukan kategori ‘silat pulut’ maka nampak amat sumbanglah kekadangnya.

    maaf ye ,panjang lebar pulak, saya juga a.p.g tapi hanya tmt main pukul dan qulhu sja.

    • Terima kasih saudara..sungguh bermaklumat penjelasan yg diberikan.. eloklah kiranya di panjangkan lagi penceritaannya buat tatapan kami pembaca semua

  8. ya..saya tau saudara tu tau, lag satu sdr terlalu sibuk agaknya hingga tak sudi bertandang ke’gelanggang’ saya sedangkan saya selalu sangat melawat kesini.

    • Bukan tak sudi tuan hamba..Saya tak tahu gelanggang saudara kat mana..saya sekarang berada di Merapoh.. Insya Allah teringin juga rasanya berguru dengan tuan hamba barang selangkah dua sepatah selidah buat pedoman hamba yang serba kekurangan ini

  9. jangan begitu , saya ini hanya pelajar jua.
    Merapoh tu kalau sdra menghilir rasanya banyak rahsia silat yang tersimpan di sepanjang sungai hingga ke pekan.
    pada saya silat adalah raga melayu yang tersimpan rahsia orang melayu. sesiapa yang tidak belajar silat tak mungkin dia tahu rahsia orang melayu.
    maaf kalau tersasul.

    • Dalam sungguh madah tuan hamba…ibarat harimau menyimpan kuku, mengikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi dan laksana pendekar perkasa penuh ilmu di dada…

  10. walaubagaimana pun pulut telah melekat pada silat yang ada tarinya , rasa nya se malaya orang memanggil tari silat sbg pulut jadi mudahnya baik kita ikut sbg silat pulut. kalau begitu silat pulut mengandungi beratus jenis, di tempat saya jika ia silat tempatan maka ia adalah katogeri s.pulut .cuba bayangkan setiap kg tradisi masing-masing ada silatnya. banyakkan?

  11. silat pulut d pulau pinang asalnya dari pada kedah iaitu tikam batu,yang dibawa dan di didik oleh tokoh yang bernama tok mat jawa,pembabitannya di dlm dunia persilatan pulut d pulau pinang sangat d kenang dan d hargai oleh anak muda kami kerana beliau sangat berjasa,lantaran itu lahirlah ramai pesilat tua yang termashur di sini seperti pak wan chik,marecan,cik buang,dan ramai lagi oleh itu saya memohon agar pihak tuan dapat memperjelaskan fakta yang bermain d fikiran kami.

    • salam saudara…. saya cicit kpd allahyarham tok mat jawa, dari tikam batu kedah…. sudikah saudara berkongsi pengetahuan saudara mengenai moyang saya serba sedikit…..

    • Saudara Khairi..nama yg tuan hmba sebut diatas tu semuanya kerbat hmba..Semuanya dah Tiada lagi..Anaknya juga tidak lagi mengamalkan seni tu lagi..cuma yg tinggal nama dan tapak gelanggang di Kg Baru Sg Ara..D block 8 Flat kg baru…kalu tak keberatan sila hubungi saya …dan Insyaallah kita hidupkan kembali Seni Pulut..=)Salam Perkenalan dari hamba yg serba kekurangan =)terima kaseh kepada Tuan yg punya Blog..

  12. salam,ade x silat pulut ni di pontian johor…
    kalo ade boleh x bg no contect

  13. salam…. saudara saya adalah cicit kpd allahyarham tok mat jawa pengasas seni silat pulut di pulau pinang…. boleh kah saudara menceritakan seba sedikit tntg asal usul seni silat pulut di pulau pinang serta siapakah guru yg masih ada di pulau pinang sekarang????

  14. Salam. Mhn maaf , tmpang mencelah , tmpg bercakap apa yg tahu. Slt pulut ni setahu ambo dah lama disebut org , pulut itu bknlah merujuk kpd mksd tersurtnya , tetapi cuba fhmkan maksud trsirtnya (org dahulu kan suka berkias kata). Fizikal pulut itu ialah lembut dan melekit2 , jd ianya merujuk kpd format permainan slt sbnr org Melayu d mjls keramaian dan sbgnya. Org dahulu tdk menunjuk megah d majlis keramaian, jd slt djdikan hiburan penyeri majlis lngkp dgn bunyi2an gdg slt, berkelahi dlm jenaka ,bermusuh dlm irama dan akhirnya berdamai dlm limbai potongnya. Perbuatan tangkap menangkap berjual beli itu dilihat lembut dan lekit-melekit . Di gelanggang sbnr ada pljrn tapak sembah , tapak empat , melilit , belebat ,buah gaduh , penangkap , pelepas dsb. Jika kita lihat ptmpuran sebenar (klu anda pernah lht) , pergrkan seperti slt pulut itulah realitinya .Kehebatan akrobatik , buah-buah berangkai , kesaktian ,berguling2 itu hanyalah imaginasi(khayalan) dlm pertempuran shja . Siapa shj manusia yg bergaduh akhirnya akan bergelut , bergomol dan sondol-menyondol kecuali jika ada pengadil spt tomoi , silat olahraga , tinju dll. Jd slt pulut itu lebih menjurus kpd ptmpuran sbnr yg diselndungi oleh aspek hiburan lawak jenaka dan geruh mainan pendekar . Klu anda berada d zmn slm atau d zmn kini yang hendak mencari ilmu utk berprg dan sgh2 utk mempertahankan diri , maka silat pulutlah yang anda cari . Insyaallah . … Kajilah rahsia khbtn nenek moyang kita , saya telah bekelana dlm byk aliran persltn Melayu , akhirnya saya sampai juga ke asal usul . Slt skrg kebanyakan mencipta gerak utk pertunjukkan , maka ianya nampak hbt d pnts hburan tp bkn d alam realiti slt itu. Saya pernah mdngr keluh kesah pengml slt pulut ini ketika hayatnya , mengenai bgaiman slt2 aliran moden tlh meruntuhkan bngsl glanggang mrk krn anak2 muda lebih memuliakan ilmu megah drpd tunduk berisi padi kuning berbuah emas . Banyak lagilah yang hdk dikata , tp terlebih sgt nanti jadi fitnah dan riak . Apa dipandang pada megah , sampai masa hilanglah indah , apa dipandang pada langkah sampai masa makan dipangkah. Apa dihajat pada nama , sampai masa kembali sama . Sekadar membawa rasa hati pejuang2 slt generasi lama yg tak pandai bercakap dan menulis dlm bhsa kita.

    • WAALAIKUMUSSALAM WBT
      Terima kasih di atas perkongsian pak Ngah buat kami.. saya hargai sangat.

      • Sama2lah kita. Mohon maaf jika terlajak cakap dan tersalah dlm berbahasa

  15. Salam semua , slmt berpuasa dan berhari raya > Ampun dan maaf dipinta

    • Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri… saya kagum dengan apa yang saya baca. kebetulan sedang buat kajian dan selidik mengenai silat pulut untuk penulisan saya dalam majalah SB.

      • Waalaikumusalam wbt..Salam Aidilfitri juga buat Pendita Azlan Ghanie.

  16. Saudara Khairi..nama yg tuan hmba sebut diatas tu semuanya kerbat hmba..Semuanya dah Tiada lagi..Anaknya juga tidak lagi mengamalkan seni tu lagi..cuma yg tinggal nama dan tapak gelanggang di Kg Baru Sg Ara..D block 8 Flat kg baru…kalu tak keberatan sila hubungi saya …dan Insyaallah kita hidupkan kembali Seni Pulut..=)Salam Perkenalan dari hamba yg serba kekurangan =)terima kaseh kepada Tuan yg punya Blog..

  17. hahahahahahah

  18. Assalamualaikum,saya dari PSGFM cawangan Melaka . S

  19. Ni copy paste nota arwah ckg anuar guru utama gayung fatani


Tinggalkan Jawapan kepada shah Batal balasan

Kategori