Posted by: abusyakirin | 17 Disember 2011

Jangan Merasa pandai..Lebih baik Pandai Merasa.

Ramai orang mempertahankan ilmunya, siang malam membela bahawa ilmu yang dipelajarinya itu benar. Malangnya,ilmu itu pula tidak membelanya!Apalah guna belajar ilmu jika ianya hanya membawa bencana kepada kamu, menambah dosa dan mengurangkan amal ? Sejak jadi Guru kamu berubah jadi suka mencela dan membid’ahkan orang. Apabila jadi tahu, kamu semakin malas berpencak di Gelanggang dan berbuat kebaikan. Ilmu menambah bongkak dan sombong dalam diri, jiwa yang dulunya rendah dan tunduk jadi keras dan meninggi hanya kerana aku sudah tahu ? Malanglah.

Begitu jua, banyak yang terjadi..

Ada orang perlu membesarkan gurunya agar dia yang berpeluang belajar dari guru tersebut pun turut dipandang hebat. Ada guru pula suka membesarkan muridnya agar dia yang pernah mendidik murid tersebut pun dipandang tinggi. Untunglah guru dan murid yang membesarkan Allah dan merendahkan diri keranaNya sebab mereka akan dimuliakan oleh malaikat dan seluruh isi langit dan bumi !

Man Arafa Rabbahu
Faqad Jahila Nafsahu
Barangsiapa mengenal Tuhan mu itu
Tentulah jahil akan diri mu itu…

Carilah guru mengenal diri
Yang diAmanatkan olehnya Nabi
Janganlah takut penat dan rugi
Asalkan dapat ilmu yang sejati.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 


Respon

  1. Betul sekali tu cikgu….apa lah sgt ilmu yg ada pd kita ni…..:)

  2. alhmdulillah….syukran ustaz….nasihat yang sangat berguna utk kita semua….semoga kita semua semakin mengerti, bahawa tiada lah untungnya kita besar diri…
    sesuai sangat lah perumpamaan resmi padi….

  3. perumpamaan antara ilmu ALLLAH dgn ilmu manusia itu adalah umpama setitis air dengan lautan yg luas


Tinggalkan komen

Kategori