Posted by: abusyakirin | 29 Disember 2011

Silat Itu Tiada Salahnya, Salah Bila Tiada Adabnya .

Salamun alaik,

(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. alKahfi : 98

Begitu hebat kemahiran,ilmu dan kekuatan Zulqarnain ketika membina benteng yg menghalang Ya’juj dan Ma’juj, kesemuanya itu beliau isytiharkaninilah rahmat dari Tuhanku’ – keimanannya menjadikan dirinya merasai kasih sayang Allah SWT yg mengurniakan segala nikmat ke atas dirinya. Terharu membaca ayat ini .Ilmu dan kebijaksanaan yg ada padanya tidak membuatkan beliau bangga dan lupa diri terhadap nikmat Allah s.w.t. Semoga kita termasuk dalam org yg bersyukur.

Pesan Ulama

Rendahkanlah diri kamu nescaya kamu akan menjadi seperti bintang yang nampak jelas oleh orang yang melihatnya walaupun ianya dilihat di permukaan air masih kelihatan tinggi.

Janganlah kamu menjadi seperti asap yang naik tinggi dengan sendirinya ke atas udara padahal ianya langsung tidak berharga.

Pesan Pendekar

Mana Hebat Orang Melayu Jika Tanpa Mulianya Ilmu, Mana Tinggi Nilai Bangsaku Jika Tanpa Islam Padamu. Langkah Gagah Tetap Terarah Cara Mara Tampak Kuasa Itulah Gagah Ilmunya Tuah.Bina Wibawa Perkasa Gayong dan Tertib Penuh Gemalai.Dalam Ilmu Tinggi Nilainya, Itulah Warisan Lama. Dipakai Bedil Berdentum Menggegar Bumi, Pendekar Gentar Tidak Sekali .Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni Islam Suci Sebagainya Inti .Apa Dicari Hebatnya Diri Jasad Pasti Luka Dilukai,Tumpu Sebenar Pada Ilahi Itu Hakikat Kekal Abadi .Setinggi Mana Ilmunya Silat ,Niatnya Biar Untuk Syariat .Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat, Peluk Erat Kalimah Syahadat.Sunnah Itu Paling Utama, Amal Adalah Segalanya .Silat Itu Tiada Salahnya, Salah Bila Tiada Adabnya .

Wallahualam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 28 Disember 2011

Perpecahan Gayung Perpecahan Sayang – Siri 3

Salamun alaik,

Mereka Boleh bersama..Berat sama dipikul ringan sama di jinjing...kita pula bagaimana.

Cuba kita bermuhasabah diri, kerana siapa kita berbeza pendapat ? Kerana Allah ? Kerana diri sendiri ? Kerana kepentingan jamaah atau organisasi ? kerana mencari wajah manusia ? kerana mencari sokongan manusia ?

Perbezaan pendapat ialah suatu kemestian yang mesti dihadapi oleh semua manusia dan hal ini adalah disebabkan kerana perbezaan pendapat termasuk di antara ujian Allah SWT kepada kita semua untuk melihat siapakah di antara kita yang layak menjadi orang yang beriman dan siapakah pula yang tidak.

Firman Allah SWT : “Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia mampu menjadikan manusia umat yang satu, tetapi (Allah mahu) mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka (untuk diuji) . Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.” (Hud : 118-119)

Allah SWT dengan jelas telah memberitahu kita bahawa manusia memang telah ditakdirkan untuk senantiasa berbeza pendapat dan itu adalah termasuk di antara ujian Allah untuk melihat cara kita mengendalikan perbezaan tersebut apakah sebagai seorang yang beriman atau tidak.

Kerana siapa kita berbeza pendapat ?

Itulah soalan yang patut kita bertanya kepada diri kita sendiri !

Orang yang berbeza pendapat kerana Allah tidak akan memutuskan silaturahim, mencela atau menghina orang yang tidak bersetuju dengannya. Manakala orang yang berbeza pendapat kerana kepentingan dunia pasti akan memutuskan pertalian, mencela dan menghina orang lain kerana kepentingannya telah terjejas dan nafsunya tidak dapat dipenuhi. Percayalah kita berselisih bukan kerana hujah tetapi kerana ada kepentingan !

Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda mengenai keperibadian sahabat sejati: “Mahukah kamu aku beritahukan mengenai orang baik di kalangan kamu? Para sahabat menjawab: Ya Wahai Rasulullah. Baginda Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Apabila kamu memandang kepada mereka, kamu teringat kepada Allah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda lagi: “Mahukah kamu aku beritahukan orang yang jahat di kalangan kamu? Mereka ialah orang yang suka melaga-lagakan antara dua orang, yang suka merosakkan hubungan kasih sayang antara mereka yang berkasih sayang dan suka mencari aib cela orang yang baik-baik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Allah sahaja yang dapat menyatukan hati-hati kita…

Firman Allah: “Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Anfal :63)

Iman menjadi penyatu dua hati, jika iman berbicara sikap ditunjukkan seseorang kepada saudaranya benar-benar bersih daripada kepentingan dunia. Dia berdiri sebagai pendamping yang jujur dalam menyatakan pandangannya, tidak ada apa yang ditutupi, yang pahit sama ditelan yang manis sama dirasa. Dialah penasihat paling ikhlas demi kebaikan saudaranya, dia mewarnai pemikiran dan perasaan, pandangan dan sikap saudaranya dengan nilai agama yang membawa suasana harmoni di antara dua hati. Matlamat mereka bertemu dan bersahabat ialah kerana Allah , agenda mereka rancang bersama ialah demi cita-cita akhirat. Tidak sesekali mereka biarkan dunia menghancurkan persahabatan itu.Subhanallah.. Moga Umat Islam dan Anak Gayung Bersatu di atas IMAN..

Jangan masuk Gayung kalau kamu nak cari dunia, jangan gelarkan diri kamu pejuang Gayung kalau nak kan pujian dari manusia, Kamu jangan perasan kamu macam Pendekar Gayung kalau setakat memakai pakaian hulubalang, lengkap bertengkolok dan keris sisip di pinggang. Gayung bukan untuk orang yang cintakan dunia, Gayung adalah untuk orang yang rindukan akhirat. Hidup Mulia atau mati Syahid. Mati beriman, Hidup Bermaruah. Anak gayung adalah manusia yang BERANI MATI di jalan ALLAH dan BERANI HIDUP di jalan ALLAH.{ Kalam Tok Janggut }

Wallahualam.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 26 Disember 2011

Madah Guru

Mani manikam madi dan madzi,Titis menitis jadi manjadi,Si Anak Adam balaksa kati,Hanya yang tahu Allahu Rabbi…

Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali,Itulah Sahabatnya daripada Nabi,Yang empat itu hendak diketahui,Kenallah oleh mu di dalamnya diri…

Jangan syak janganlah gundah,Abu Bakar itu bahagian darah,Di dalam badan ianya melimpah,Seperti kilat cahayanya merah.

Bahagian Umar iaitulah urat,Seperti tali sirat menyirat,Sekelian sendi ia mengikat,Simpulan ia kepada pusat…

Hai segala anak murid ku,Inilah perkataan yang amat tentu,Bahagian Usman dagingnya itu.Urat dan tulang terhimpun di situ…

Ali bahagian tulang yang empat,Ketahui oleh mu di dalam ma’rifat,Urat dan daging di situlah terikat,Kepada wujud mendatangkan kuat…

Jalan haqiqat sangat terbilang,Tiada binasa urat dan tulang,Daging dan darah tiada hilang,Maka sifat itu dibawa pulang.

Sinaran SANI cahaya kamalat,Pancaran MURNIi asma’ dan sifat,Rumusan SENI segala makhlukat,Yang dzohir pada CERMIN haqiqat,Dalam DIRIKU semua terlibat.

Kalimah nafi pedang di kananmu,

Kalimah isbat perisai di kirimu,

Laisa Kamitslihi Syai’un – itulah Tuhanmu,

Sampailah engkau orang berilmu .

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 17 Disember 2011

Jangan Merasa pandai..Lebih baik Pandai Merasa.

Ramai orang mempertahankan ilmunya, siang malam membela bahawa ilmu yang dipelajarinya itu benar. Malangnya,ilmu itu pula tidak membelanya!Apalah guna belajar ilmu jika ianya hanya membawa bencana kepada kamu, menambah dosa dan mengurangkan amal ? Sejak jadi Guru kamu berubah jadi suka mencela dan membid’ahkan orang. Apabila jadi tahu, kamu semakin malas berpencak di Gelanggang dan berbuat kebaikan. Ilmu menambah bongkak dan sombong dalam diri, jiwa yang dulunya rendah dan tunduk jadi keras dan meninggi hanya kerana aku sudah tahu ? Malanglah.

Begitu jua, banyak yang terjadi..

Ada orang perlu membesarkan gurunya agar dia yang berpeluang belajar dari guru tersebut pun turut dipandang hebat. Ada guru pula suka membesarkan muridnya agar dia yang pernah mendidik murid tersebut pun dipandang tinggi. Untunglah guru dan murid yang membesarkan Allah dan merendahkan diri keranaNya sebab mereka akan dimuliakan oleh malaikat dan seluruh isi langit dan bumi !

Man Arafa Rabbahu
Faqad Jahila Nafsahu
Barangsiapa mengenal Tuhan mu itu
Tentulah jahil akan diri mu itu…

Carilah guru mengenal diri
Yang diAmanatkan olehnya Nabi
Janganlah takut penat dan rugi
Asalkan dapat ilmu yang sejati.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Barangsiapa yang merendahkan diri maka akan dimuliakan oleh Allah dan barangsiapa yang membesarkan diri maka dia akan dihinakan oleh Allah

Salamun alaik,

Bila menerima sandang dan bengkung ini..lantas terlintas di hatiku pesan guruku Syed Harun Tuan Besar ( Amin Ayong Al Yahya ) iaitu :Ada manusia yang keliru antara HAK dan KEHENDAK..dan besar bezanya antara BETUL-BETUL layak dengan MERASAKAN dirinya layak.

Kita selalu berusaha merebut status yang tinggi dihadapan manusia agar kelihatan lebih mulia. Kalau orang berilmu harus beroleh Phd agar dihormati, kalau ahli perniagaan dan politik harus bergelar Dato dan Tan Sri. Kalau doktor mesti mahu menjadi pakar dan kalau jurutera kurang-kurang ada Ir.  Kalau dalam SILAT semua kita nak..SANDANG, BENGKUNG, JAWATAN dan GELARAN. Sesungguhnya kita lupa bahawa Allah hanya memandang apakah kita ini seorang MUKMIN, MUSYRIK atau MUNAFIQ !

Semoga Sandang dan Bengkung tidak membawa kepada bongkak dan takabbur serta membinasakan amalan.

Wassalam.

_____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

Posted by: abusyakirin | 18 November 2011

Nak Keji atau Nak Motivasi.

Salamun alaik,

Sungguh lama rasanya tak menulis di blog ini, mungkin kerana saya tak pandai menguruskan masa dek kerana sibuknya tugasan yang perlu saya selesaikan. Kadang mengikut mood dan semangat juga untuk menulis ni. Tambahan pula sekarang ni dok siapkan diri untuk berhijrah.

Dalam masa saya menyepikan diri dialam blog ini, banyak kritikan yang diterima ada yang positif dan ada yang negatif..Alhamdulillah..nampaknya masih ada yang sudi memberi CELAAN dan CABARAN buat diri saya ini.

CELAAN Dan CABARAN

Saya sering melihat pemuda yang lemah kerana celaan orang lain, samada dari temannya ataupun dari gurunya. Akibatnya, setiap kali hendak melakukan sesuatu, ia selalu teragak-agak dan tidak percaya diri. Ia selalu takut orang lain akan mencelanya.

Sifat seperti ini tanda kelemahan. Pemuda yang kuat tidak akan terkesan oleh celaan. Sebab ia tahu apa yang diinginkannya. Cemuhan tidak menyedihkan dirinya, dan sindiran tidak menghalangi langkahnya. Sebaliknya, ia menerima setiap cemuhan seolah cabaran untuk membuktikan dirinya.

Syeikh Muhammad Ismail

Semasa Syria masih dibawah jajahan kerajaan Turki Usmani, hidup seorang pemuda bernama Muhammad Ismail. Beliau pemuda biasa yang bekerja sebagai penjahit. Beliau bukan seorang pelajar, namun selalu menghadiri kelas-kelas agama di masjid. Bukan untuk belajar, tapi hanya untuk mendapatkan berkat sahaja. Setiap kali kelas bermula, Ismail selalu terlihat di barisan pertama.

Melihat ketekunannya ini, syeikh berusaha mengajaknya untuk menimba ilmu. Dengan lembut, beliau berbicara dengan Ismail dan menasihatinya. Ternyata kata-kata gurunya ini sangat mengena di hati Ismail.

Pemuda ini menjadi bersemangat. Beliau segera membeli kitab yang diperlukan, lalu mengkajinya siang dan malam. Permasalahan yang tidak difahami, beliau tanyakan kepada rekan-rekannya. Beberapa masa kemudian, beliau telah menguasai pelbagai ilmu. Semua itu beliau lakukan tanpa meninggalkan profesinya sebagai penjahit.

Orang ramai mulai berdatangan ke kedai Ismail. Mereka datang bukan untuk menjahit pakaian, namun kebanyakannya datang untuk meminta fatwa. Jawaban pemuda ini selalu mengagumkan. Bahkan tidak dapat dilakukan oleh para ulama besar di kota itu.

Sindiran

Fenomena ini tentu sahaja tidak disukai olehpara penyokong mufti Syria pada saat itu. Sebab orang ramai tidak lagi bertanya masalah kepadanya, malah bertanya kepada Ismail. Mereka sangat membenci kepada pemuda ini, namun tidak mampu menghentikannya daripada berfatwa. Sebab Ismail tidak bergantung dari wang kerajaan sedikitpun. Pekerjaannya sebagai penjahit cukup untuk menafkahi diri dan keluarganya.

Pada suatu hari, Ismail berlalu di hadapan orang-orang yang membencinya ini. Beliau mengucapkan salam kepada mereka. Namun mereka menjawab salamnya dengan penuh sindirian: “Engkau hendak ke mana, wahai syeikh? Nak pergi ke Istanbul untuk meminta jawatan mufti ke?” Mereka lalu tertawa-tawa.

Istanbul adalah ibu kota kerajaan Turki Usmani. Di kota ini berada Sultan dan para pegawainya. Mereka yang menetapkan siapa yang berhak menjawat jawatan penting. Termasuk jawatan mufti Syria.

Mendengar sindiran ini, Syeikh Ismail hanya menjawab singkat: “Insya Allah.” Beliau lalu balik ke rumah, mengucapkan salam perpisahan kepada keluarganya, lalu berlayar. Istanbul menjadi tujuannya.

Satu demi satu negeri beliau lalui, hingga akhirnya tiba di Istanbul. Beliau menetap di sebuah kedai bersebelahan dengan pejabat Syeikhul Islam. Syeikhul Islam adalah mufti tertinggi di kerajaan Turki Usmani. Beliau berhak mengangkat atau menurunkan seorang mufti di pelbagai negeri-negeri jajahan Turki Usmani.

Selama duduk di Istanbul, pekerjaan hari-hari yang dilakukan oleh Syeikh Ismail hanya membaca buku atau menulis sahaja.

Soalan Sultan

Suatu hari, seseorang berkata kepada Syeikh Ismail: “Hari ini Sultan mengajukan soalan yang membingungkan para ulama di pejabat fatwa. Mereka tak mampu menjawabnya, namun Sultan tetap memaksa untuk meminta jawapan. Sudikah engkau melihat permasalahan ini, siapa tahu Allah membukakan jawabannya kepadamu?”

Syeikh Muhammad Ismail berkata: “Ya.”

Orang itu berkata: “Mari ikut bersamaku ke pejabat Syeikhul Islam.”

Syeikh Ismail bangkit sambil berkata: “Bismillah.”

Mereka lalu mendatangi sekretaris Syeikhul Islam untuk bertanyakan masalah tersebut. Sekretaris ini memandang Syeikh Ismail dengan sinis. Beliau melihat Syeikh Ismail dari hujung kepala hingga hujung kaki. Penampilan Syeikh memang bukan seperti ulama. Beliau lebih mirip orang awam daripada seorang yang berilmu.

Namun begitu, akhirnya sekretaris Syeikhul Islam tetap menyerahkan soalan itu juga kepadanya, lalu melanjutkan pekerjaannya semula.

Syeikh Ismail mengeluarkan kaca matanya, lalu memakainya. Beliau membaca permasalahan itu beberapa saat, lalu mengeluarkan penanya. Beliau lalu untuk menulis jawapan untuk soalan itu yang ternyata mencapai hingga sepuluh lembar kertas. Beliau lalu menyerahkan kertas itu kepada sekretaris, lalu pergi setelah menuliskan alamat rumahnya.

Syeikhul Islam

Apabila kertas jawaban itu tiba ke tangan Syeikhul Islam, beliau terkejut bercampur gembira. Beliau segera meminta agar Syeikh Ismail datang menghadap kepadanya. Apabila berjumpa dengannya, Syeikhul Islam sangat menghormati dan memujinya.

Syeikhul Islam berkata: “Mintalah daripadaku apa yang engkau inginkan.”

Syeikh Ismail berkata: “Aku minta jawatan sebagai mufti di Syria dan guru besar di kubah Nasr.” Kubah Nasr adalah tempat paling terhormat yang diduduki seorang ulama. Hanya ulama terbesar di Syria sahaja yang layak mengajar di tempat itu. Tradisi itu telah berlangsung sejak ratusan tahun lalu hingga ke hari ini.

Syeikhul Islam segera berkata: “Keduanya milikmu.” Beliau lalu menuliskan surat pengangkatan Syeikh Ismail dan memberinya wang sebanyak seribu Dinar.

Pulang ke Syria

Syeikh Ismail segera pulang ke Syria. Di tengah jalan, beliau kembali berlalu di hadapan orang-orang yang selalu menghinanya itu. Seperti biasa, mereka bertanya kepadanya dengan penuh sindiran dan sambil tertawa-tawa: “Dari mana sahaja engkau wahai Syeikh? Lama kami tidak melihatmu.”

Syeikh menjawab dengan tenang: “Dari Istanbul. Aku sudah meminta jawatan mufti seperti yang engkau suruh.”

Beliau terus berjalan ke pejabat Gabernor untuk menyerahkan surat pengangkatannya. Tidak lama kemudian, Syeikh Ismail rasmi menjawat sebagai mufti Syria dalam sebuah perayaan yang sangat mewah.

Jangan takut celaan dan cemuhan. Terimanya sebagai cabaran yang mesti dimenangi. Inilah nasihat dari Guru yang saya Sayangi dan hormati al-fadhil ustaz Umar Muhammad Nor.Wallahu a’lam.

____________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 30 September 2011

Dah naik Maqam Wali…

Hebat sungguh guru ku ini..apa tidaknya dapat hadir membantu ku ketika aku diserang musuh..Hebat betul guruku ini dapat…hebat betul guru ini kerana itu dan ini..hebat betul kerana bla..bla..bla..Cerita begini selalu dihidangkan menjadi halwa telinga kita. Kena pulak kita yang di alam Persilatan ini.. memang bukan selangkah tetapi dua langkah terus kealam Misteri.

Syeikh! Ana nampak anta minggu lepas di mekah tengah solat di Masjid Nabawi, sedangkan kita ada di Malaysia! Kita agaknya merasa bangga dan hebat seketika! Hati pun mula berkata : Aku ni dah tinggi maqam dan martabatnya(mcm wali). Teringat saya akan kisah di mana para murid Ibn Taymiyah beristighathah dgnnya ketika berhadapan dengan  tentera Tartar, lalu tiba-tiba beliau muncul di udara menghalau Tentera Tartar. Bila ditanya, beliau menafikannya: aku tak tahu menahu hal bantuan itu, yang datang itu adalah syaitan yg nak menipu kamu! Subhanallah  sikap dan pendirian ulama tidak  mudah ditipu setan.

-عالم الجن والشياطين, ms 117

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat (al-Jinn[72:6]).

Wallahualam.

_____________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 28 September 2011

Segenggam Garam..

Seorang Tua di Kaki Gunung Jerai..

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.

Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan  sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.

“Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya…”, ujar Pak Tua itu.”Masin sampai pahit, pahit sekali,” jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

“Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah”. Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: “Bagaimana rasanya?””Segar.” sahut tamunya.

“Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi.”Tidak,” jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk bahu anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

“Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

“Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,” katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan ‘segenggam garam’ untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Ujian itu bagaikan ’sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa

____________________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 19 September 2011

Kaedah Salam Persaudaraan Gayong.

Salamun Alaik.

 

Begitulah kaedah cara Salam Gayong yang sebenarnya..Ada  adab, petua dan rahsianya.

______________________________________________________________

© KHALIFAHGAYONG.COM (AKU DAN GAYONG)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Khalifahgayong.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Khalifahgayong.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin KHALIFAHGAYONG.COM terlebih dahulu.

“Aku Dan Gayong”

http://www.khalifahgayong.wordpress.com

 

Posted by: abusyakirin | 22 Ogos 2011

Tidak perlu banyak..

“Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki…” ~oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 10 Jun 2010.

 

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori